Showing posts with label biasiswa. Show all posts
Showing posts with label biasiswa. Show all posts

Friday, October 23, 2009

Biasiswa Untuk Lepasan SPM, STPM, Diploma Dan Matrikulasi Ke Luar Negara


1. Beberapa universiti di Amerika Syarikat yang menawarkan biasiswa melalui polisi need blind. Polisi ini bergantung harap kepada dana endowment yang diterima. Terdapat 7 buah institusi yang mempunyai polisi need blind dan menawarkan bantuan penuh kepada pelajar termasuk pelajar antarabangsa. Institusi-institusi itu ialah MIT, Dartmouth College, Yale University, Harvard University, Princeton University, Amherst College dan Williams College.

2. Terdapat juga universiti di Amerika Syarikat yang menawarkan bantuan kewangan kepada mereka yang mempunyai skor yang cemerlang dalam peperiksaan SAT.

3. Universiti Victoria di New Zealand memberi diskaun yuran pengajian yang banyak kepada lepasan STPM, diploma atau yang setara dengannya dari Malaysia melalui program Malaysia Fees Scholarship. Diskaun yang diberi ialah sebanyak NZ$20,000. Universiti of Queensland di Australia memberi potongan yuran 100% kepada pelajar cemerlang untuk mengikuti kursus Bachelor of Economics. Nama biasiswa itu ialah UQ Economics Scholarship-Malaysia. Queensland University of Technology menawarkan potongan yuran semester 1 sebanyak 50% kepada pelajar-pelajar Bachelor of Business yang layak.

Tuesday, October 20, 2009

Biasiswa Penyelidikan Kanser di Sepanyol


Centro Nacional de Investigaciones Oncológicas (CNIO) di Sepanyol menwarkan 10 tempat untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan pada tahun 2010. Biasiswa ini dibuka kepada pemegang ijazah sarjana muda atau master dalam bidang bioperubatan atau mereka yang akan menamatkan pengajian mereka dalam kursus-kursus berkaitan dalam separuh pertama tahun 2010. Pemohon mestilah mempunyai rekod akademik yang baik dan pengalaman membuat penyelidikan. Had umur untuk memohon ialah 30 tahun.

Pada tahun pertama dan kedua, setiap calon dibayar sebanyak 18,069 Euro setahun ditambah dengan elaun tahunan sebanyak 1,500 Euro. Pada tahun ketiga dan keempat, setiap calon dibayar sebanyak 26,700 Euro setahun ditambah dengan elaun tahunan sebanyak 1,700 Euro. terma-terma perkhidmatan tertakluk kepada undang-undang Sepanyol. Setiap calon dilindungi oleh insurans kesihatan dan pekerjaan. Manfaat lain ialah cuti tahunan, subsidi makanan dan program bahasa Sepanyol dan Ingeeris. Setelah tamat pengajian, calon akan dianugerahkan dengan ijazah PhD daripada universiti-universiti yang berpusat di Madrid, Sepanyol. Belanja perjalanan dan tambang untuk menghadiri temuduga di Centro Nacional de Investigaciones Oncológicas (CNIO) di Sepanyol dibiayai oleh penaja.

Tarikh tutup untuk memohon ialah pada 15 Mac 2010. Keterangan lanjut boleh didapati di laman ini. Emel Pengurus Latihan CNIO, En. Mar Pérez ialah phd@cnio.es

Friday, October 16, 2009

Biasiswa Master Untuk Penglihatan Komputer Dan Robotik


Applications are currently being considered for 16 fully funded scholarships (fees and stipend for 8 EU and 8 non-EU students) on the prestigious 2-year Erasmus-Mundus European Masters programme on Computer Vision and Robotics (VIBOT) between Heriot Watt University (UK), the Universite de Bourgogne (France) and the Universitat de Girona (Spain).

VIBOT is one of the European Union`s flagship Erasmus-Mundus courses. The key aim of VIBOT is to produce the next generation of leading engineering researchers to solve important future challenges in a broad range of engineering applications. Starting from a comprehensive coverage of the prerequisites in the field of digital imagery and basic image processing, the students will cover at specialized level all subjects of artificial vision applied to robotics, medical imagery and 3D vision.

This Masters programme will provide an unrivalled knowledge in computer vision and robotics applied to industrial problems and medical imagery. Moreover, the students will have also acquired a mobility, a broadmindedness and the language skills which constitute, in an age of globalization, a major asset for finding research work either in a public laboratory or in a private company.

VIBOT encompasses a broad spectrum of scientific and engineering research from fundamental theoretical results to applied engineering solutions that have strong industrial relevance. Individuals within the VIBOT research network are leading authorities on areas ranging from computer vision, autonomous vehicles, statistical signal processing, robotics and image processing.

The Masters candidates will experience research cultures in three different European countries and will be able to draw on the expertise from leading experts in different disciplines and different nationalities. The students spend the first semester in Scotland, the second in Spain and the third in France. The fourth semester is reserved for the 5-month Masters research project at one of the host universities or in industry.

Selection Criteria
Admission to VIBOT is highly competitive and based on academic excellence. Applicants should have a minimum of a BSc degree in computer science, electrical engineering, physics or mathematics. The VIBOT research programme is intended for top level non-EU and EU students with a fluent knowledge in spoken and written English (TOEFL 550). Applicants are expected to provide a statement of their research interests and motivation.

Further information and application procedure can be found at
http://vision.u-bourgogne.fr/masters/vibot/

Closing date: 15th January 2010

Monday, October 12, 2009

Biasiswa Master Tajaan Bank Pembangunan Asia - Jepun Di University Of Sydney


Biasiswa ini ditaja oleh kerajaan Jepun untuk program-program berikut di University of Sydney,

1. Master of Economics
2. Master of Commerce
3. Master of International Business
4. Master of Transport Management
5. Master of International Public Health
6. Master of Engineering

Syarat-syarat permohonan

1. Tinggal atau bekerja di negara sendiri semasa memohon
2. Tidak memohon biasiswa yang sama lebih dari dua kali
3. Memohon tempat di University of Sydney dan biasiswa ini secara berasingan
4. Mempunyai kelulusan yang baik seperti CGPA sekurang-kurangnya 3.0 (skala 4) di peringkat ijazah pertama atau ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama
5. Jika memohon untuk Master of Engineering, pemohon mestilah mempunyai kelulusan yang baik dari program kejuruteraan 4 tahun di institusi yang diiktiraf
6. Menyertakan bukti pengalaman bekerja selama sekurang-kurangnya 2 tahun dan penyata cukai pendapatan yang terbaru (surat rasmi majikan memadai jika belum mempunyai penyata cukai pendapatan

Yuran pemprosesan permohonan untuk University of Sydney dikecualikan jika anda menghantar borang permohonan biasiswa ini bersekali dengan borang permohonan kemasukan ke University of Sydney

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2009 untuk kursus yang bermula pada Julai 2010. Untuk kursus yang bermula pada Mac 2011, tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mei 2010.

Biasiswa meliputi yuran pengajian, elaun buku dan bahan pengajaran, elaun bulanan, insurans perubatan dan belanja perjalanan. Bagi mereka yang terlibat dengan penyelidikan, geran khusus boleh dimohon untuk kerja lapangan dan penyediaan tesis. Dalam kes-kes yang tertentu, kemahiran komputer, persediaan bahasa dan lain-lain kursus berkaitan akan diambil kira.

Kelayakan calon

1. Pemohon yang mempunyai pengalaman kerja kurang dari dua tahun tidak akan dipertimbangkan
2. Pemohon wanita diberi keutamaan
3. Penaja tidak akan mempertimbangkan pemohon yang pernah belajar di luar negara
4. Penaja tidak akan mempertimbangkan pemohon yang sudah mempunyai ijazah master atau kedoktoran
5. Penajaan ini ialah untuk program-program University of Sydney seperti yang dinyatakan sahaja

Tempoh biasiswa ialah selama setahun. Lanjutan untuk tahun kedua atau ketiga bergantung kepada pencapaian akademik pemohon yang cemerlang mengikut kriteria University of Sydney dan kelulusan daripada pihak penaja.

Untuk keterangan lanjut dan memohon, layari laman ini

Alamat institusi,

International Office
The University of Sydney
NSW 2006 AUSTRALIA
Tel : +61 2 8627 8302
Faks: +61 2 8627 8387
Emel: adbscholarships@io.usyd.edu.au

Saturday, October 10, 2009

Biasiswa Untuk Master Dan PhD Bidang Water Science


Biasiswa ini terbuka kepada pemegang-pemegang ijazah sarjana muda dengan sekurang-kurangnya kepujian kelas dua atas atau master untuk menyelidik dalam bidang "Ecohydrology or remote sensing of river and wetland systems atau Ecological/conservation modelling of aquatic ecosystems atau Aquatic chemistry, biogeochemistry or ecotoxicology". Nilai biasiswa ialah AUD30,000 setahun. Tempoh biasiswa ialah selama tiga tahun. Biasiswa akan dibayar setiap 2 minggu sekali. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2009.

Keterangan lanjut, layari laman ini atau hubungi

Australian Rivers Institute
Room 1.09
Environment 2 Building (N13)
Griffith University
170 Kessels Road
Nathan Qld 4111
Tel: (07) 3735 7402 atau +61 7 3735 7402
Faks: (07) 3735 7615 atau +61 7 3735 7615
Emel: ari@griffith.edu.au atau jane.hughes@griffith.edu.au

Biasiswa APA(I) Untuk Sains Perhutanan Dan Hortilkultur Di Griffith University


Biasiswa ini terbuka kepada pemegang-pemegang ijazah sarjana muda dengan sekurang-kurangnya kepujian kelas dua atas dalam bidang sains perhutanan, geologi, geosains, geofizik atau sains tanah. Tajuk penyelidikan ialah "Ecosystem restoration of bauxite processing residue sand disposal areas in Western Australia". Nilai biasiswa ialah AUD26,000 setahun. Tempoh biasiswa ialah selama tiga tahun. Biasiswa akan dibayar setiap 2 minggu sekali. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2009.

Keterangan lanjut, layari laman ini atau hubungi

RHD Scholarships (Postgraduate Scholarships Office)
Griffith University
Tel: (07) 3735 6596
Faks: (07) 3735 3885
Emel: rhd-scholarship@griffith.edu.au

Monday, October 5, 2009

Biasiswa Donald Dyer Untuk Perhubungan Awam Dan Komunikasi

University of South Australia menawarkan biasiswa untuk pemegang-pemegang ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi. Biasiswa meliputi kehadiran ke program-program anjuran Institut Perhubungan Awam Australia dan konferens-konferens lain. Mereka yang berminat boleh menghubungi michelle.sced@unisa.edu.au. Nilai biasiswa ialah sekurang-kurangnya AUD27,000 setahun. Pemohon dikehendaki memohon secara online dan menyediakan salinan sijil dan transkrip berkaitan yang telah disahkan. Laporan akademik daripada 2 orang referee dan salinan pasport antarabangsa yang telah disahkan juga diperlukan. Laporan akademik itu perlu dihantar kepada research.referees@unisa.edu.au. Pemohon-pemohon perlu menyatakan pengalaman kerja yang berkaitan dan sebarang hasil kajian yang telah diterbitkan, jika ada. Rangka tesis perlu memfokuskan tentang aspek-aspek industri atau akademik tentang Perhubungan Awam atau Komunikasi. Esei pendek sebanyak 1200 perkataan mengenai kajian yang akan dijalankan juga perlu dikemukakan sekali. Keperluan bahasa Inggeris ialah skor IELTS sebanyak 6.5 untuk kemasukan tahun 2010. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2009. Untuk keterangan lanjut dan memohon, rujuk laman ini.

Sunday, October 4, 2009

Biasiswa William T Southcott Untuk Kejuruteraan


Biasiswa ini terbuka untuk ijazah sarjana muda dengan pangkat sekurang-kurangnya Kepujian Kelas 2 Atas atau ijazah sarjana dalam bidang berkaitan.

Biasiswa William T Southcott dikeluarkan untuk hanya seorang pelajar PhD dalam bidang Advanced Manufacturing Engineering di University of South Australia. Jumlah biasiswa ialah sebanyak AUD35,000 setahun untuk tempoh selama 3 tahun. Bahagian sebanyak AUD32,000 dikeluarkan oleh University of South Australia’s Graduate Studies Office. Pembayarannya ialah dua minggu sekali. Baki AUD3,000 setahun dikendalikan oleh School of Advanced Manufacturing and Mechanical Engineering. Jumlah ini ialah untuk konferens, kajian di luar negara dan sebagainya. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar antarabangsa termasuk dari Malaysia.

Pemohon-pemohon mestilah menepati kriteria untuk pelajar PhD. Ini termasuklah ijazah sarjana muda dengan pangkat sekurang-kurangnya Kepujian Kelas 2 Atas atau ijazah sarjana dalam bidang berkaitan. Pemohon mestilah mempunyai rekod akademik yang cemerlang serta dapat berkomunikasi dengan baik dan mempamerkan ciri-ciri kepimpinan. Pemohon akan dinilai berdasarkan sebuah esei ringkas mengenai visi pemohon tentang cadangan penyelidikannya serta manfaatnya kepada industri. Pemohon juga akan ditemuduga untuk menilai tahap komunikasi pemohon dan dan kemahiran interpersonal.

Tarikh tutup: 31 Oktober 2009
Cara memohon: Online (Rujuk laman ini)

Keterangan lanjut, hubungi

Graduate Office
University of South Australia
Tel: +61 8 830 25240
Faks:+61 8 830 23921
Emel: research.degrees@unisa.edu.au

Sunday, May 17, 2009

Biasiswa Master Dan PhD di Jepun



Asia Japan Alumni International dan The Japan Graduates Association Of Malaysia (JAGAM) menawarkan biasiswa Master dan PhD kepada mereka yang layak.

Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang berumur 35 tahun ke bawah dan memulakan pengajian pada kemasukan April 2010.

Mereka yang tidak boleh berbahasa Jepun akan diberi elaun untuk mengikuti kursus bahasa Jepun secara intensif sebelum memulakan program master atau PhD.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2009. Keterangan lanjut dan borang permohonan, boleh menghubungi talian 03-7877 4312 atau mengirim e-mel kepada jagamkl@gmail.com. Laman web JAGAM ialah www.jagam.org.my.

Alamat JAGAM:

Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM)
No. 88, Jalan SS2/4,
47300 Petaling Jaya,
Selangor,
Malaysia

No faks: 03-7787 4311

Sunday, March 15, 2009

Biasiswa Monbukagakusho Sesi 2010

Biasiswa Monbukakagusho ialah biasiswa tajaan kerajaan Jepun. Kerajaan Jepun membuka tawaran untuk program pengajian peringkat sarjana muda dan juga sarjana bagi tahun pengajian 2010.

Program sarjana muda mengambil masa 5 hingga 7 tahun. Ia bermula pada April 2010. Elaun bulanan dianggarkan sebanyak RM4,500. Tawaran dibuka kepada pemohon yang berumur antara 17 hingga 22 tahun pada 1 April 2009 yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau O-level. Pemohon juga perlu mahir Bahasa Inggeris.

Program sarjana ialah selama 18 bulan hingga dua tahun. Ia bermula pada April atau Oktober 2010. Elaun bulanan dianggarkan sebanyak RM6,000. Penerima biasiswa dikecualikan daripada membayar yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran matrikulasi dan yuran kemasukan.

Penerima biasiswa juga mendapat tiket kapal terbang pergi dan balik ke Jepun.
Borang permohonan boleh didapati dari Kedutaan Jepun atau dimuat turun dari laman web http://www.my.emb-japan.go.jp/Pemohon juga boleh menghantar sampul surat beralamat sendiri beserta setem 50 sen ke Perkhidmatan Maklumat Jepun, Kedutaan Jepun di Nombor 11, Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak, 50450, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kedutaan berkenaan

Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2008

1. Biasiswa Shell Malaysia

Tarikh tutup : 31 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati http://www.shell.com.my/

2. Program Biasiswa Khazanah

Keterangan lanjut, lawati http://www.khazanah.com.my/

3. Permohonan Tajaan JPA dan MARA

Tarikh tutup : 18 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati http://www.jpa.gov.my/ dan http://www.mara.gov.my/

4. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2009

Tarikh tutup : 22 Mac 2009
Mohon secara online melalui http://yayasan.tnb.com.my/sam

5. Securities Commission Malaysian Scholarship Award

Tarikh tutup : 25th March 2009
Keterangan lanjut, lawati http://www.sc.com.my/

6. Biasiswa Yayasan TM 2009

Tarikh tutup : 22 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati http://ytm.tm.com.my/

7. Biasiswa Bank Negara 2009

Tarikh tutup : 18 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati http://www.bnm.gov.my/

8. Yayasan Sime Darby Scholarship Award 2009

Tarikh tutup : 20 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati www.simedarby.com/scholarships

9. Biasiswa PETRONAS

Tarikh tutup : 17 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati http://spmonline.petronas.com.my/

10. Untuk biasiswa/bantuan pendidikan lain rujuk http://malaysia-scholarship.net/






Thursday, January 29, 2009

Biasiswa Master Kejuruteraan Perisian di University of Tartu di Estonia

Sekurang-kurangnya enam biasiswa Master Kejuruteraan Perisian ditawarkan untuk pelajar-pelajar luar negara di University of Tartu di Estonia. Program ini dianjurkan bersama oleh University of Tartu, Estonia dengan Tallinn University of Technology, Estonia. Bahasa pengajaran ialah bahasa Inggeris.

Program ini dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa. Pengkhususan yang ditawarkan ialah dalam bidang Enterprise Software and Embedded Real-Time Software.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 April 2009. Pelajar-pelajar yang berjaya akan dikecualikan dari membayar yuran selama 2 tahun. Hanya pelajar-pelajar cemerlang sahaja akan diberikan elaun sara hidup sebanyak 2600 Euro setahun.

Keterangan lanjut, rujuk laman ini.

Alamat untuk dihubungi :

International Student Service
University of Tartu
Ülikooli 18,
50090 Tartu,
Estonia

Telefon : +372 737 6109
E-mel: studyinfo@ut.ee
Laman web : www.ut.ee/studentoffice

Saturday, December 27, 2008

Biasiswa MS/PhD Bidang Sistem Maklumat di University of California at Irvine


Fakulti ISG (Information System Group) University of California at Irvine sedang mencari calon-calon yang sesuai untuk mengikuti pengajian dan manjalankan penyelidikan dalam bidang sistem maklumat di peringkat MS dan PhD. Program bermula pada musim luruh tahun 2009.

ISG ialah sebahagian daripada Jabatan Sains Komputer di Bren School of Information and Computer Science di University of California at Irvine, Amerika Syarikat. Hampir kesemua pelajar PhD Jabatan Sains Komputer menerima bantuan kewangan dalam berbagai bentuk. Baru-baru ini jabatan itu menerima sumbangan peribadi sebanyak USD20 juta dari Donald Bren.

Maklumat lanjut mengenai pengajian peringkat pasca ijazah di situ boleh di dapati di laman ini.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Januari 2009.

Alamat surat menyurat :

Department of Computer Science
Donald Bren School of Information and Computer Sciences
University of California, Irvine
3019 Donald Bren Hall
Irvine, CA 92697-3435
United States of America

No telefon : (949) 824-0016
No faks : (949) 824-4056
No telefon Pejabat Hal Ehwal Pelajar : (949) 824-5156

Emel : gcounsel@ics.uci.edu atau mcartnal@ics.uci.edu

Pegawai untuk dihubungi : Mark Cartnal

Monday, September 29, 2008

Pengecualian Yuran

Malaysia University of Science and Technology (MUST) membiaya sepenuhnya (RM12,000) yuran pengajian program baru iaitu Foundation in General Sciences. Pelajar-pelajar yang mendaftar untuk program itu tidak akan dikenakan yuran di sepanjang tahun. Mereka yang lulus program itu akan diterima secara automatik untuk mengikuti program-program sarjana muda yang dikendalikan oleh Malaysia University of Science and Technology (MUST). Pengkhususan yang ditawarkan melalui program Foundation in General Sciences itu ialah sains, biosains, teknologi dan kejuruteraan. Syarat kelayakan pemohon ialah 5 kredit di peringkat SPM termasuk Bahasa Inggeris, Matematik dan mana-mana 2 subjek sains atau yang setara. Keterangan lanjut, hubungi Redzuan Zainuddin di talian 03-78801777 atau e-mel redzuan@must.edu.my

Dipetik dari laman The Star Online

Friday, August 22, 2008

MBA Scholarship at UIAM, Malaysia

Specialization : General Management, Strategic Management, Finance or Islamic Banking and Finance

Admission requirement for MBA :

1. A good Bachelor’s Degree or an equivalent professional qualification
2. A minimum of 2 years working experience in a management or executive position. Where necessary, potential candidates may be interviewed
3. Proficiency in English language (where necessary candidates may be required to sit for an English language proficiency test)
4. A minimum score of 550 (PBT-TOEFL), 213 (CBT-TOEFL), 6.0 (IELTS) or 6.0 (EPT) is required for international students

Application deadline for November 2008 intake

1. Malaysian student : September 30, 2008
2. International student : September 5, 2008

MBA application form can be downloaded from this link

Name of scholarship : Rector's Fellowship

Details of scholarship :

1. Open to full-time students (Malaysian and International)
2. For international applications, the applicant must be a Muslim
3. Full-waiver of tuition fees
4. Monthly stipend of RM1000.00
5. Book allowance of RM250.00 per semester
6. Return airfare for international students for one trip only
7. On-campus accommodation (for unmarried students only)

Eligibility for scholarship :

1. Outstanding academic track record with minimum CGPA of 3.50 or its equivalent at undergraduate level
2. Proficiency in English language and mathematics
3. Leadership potential and impressive co-curriculum record
4. The applicant has not received any financial assistance from any other sponsoring bodies
5. Preference will be given to those with work experience

Further information about the scholarship and the application form can be obtained from this link

Contact information:

Management Centre,
International Islamic University Malaysia
P.O. Box 10,
50728 Kuala Lumpur,
Malaysia

Telephone :

+603-61964181 / + 603-61964183 / + 603-61964187 / + 603-61964189 / 603-61964190

Fax : +603-61964856

Website : http://www.managementcentre.com.my/

Saturday, July 26, 2008

Biasiswa Master/PhD Kerajaan Mexico

Keutamaan diberikan kepada mereka yang

1. mahu memberi fokus pengajian kepada pembangunan di negara asal
2. akan bekerja dalam bidang yang penting untuk pembangunan di negara asal
3. mengikuti bidang pengajian dari institusi yang tersenarai
4. mengikuti bidang yang tidak ditawarkan di negara asal
5. merupakan pensyarah atau penyelidik di negara asal
6. datang dari sektor awam yang bertanggungjawab terhadap bidang-bidang yang penting terhadap negara asal
7. bekerja dalam projek-projek pembangunan ekonomi, sosial dan manusia yang memberi tumpuan terhadap golongan ang terpinggir

Syarat-syarat asas

1. menghantar borang ke kedutaan Mexico sebelum tarikh tutup permohonan
2. mempunyai sokongan daripada kerajaan negara asal pemohon
3. mempunyai CGPA 3.2 ke atas
4. mempunyai ijazah bacelor (untuk memohon program master) atau ijazah master (untuk memohon program PhD)
5. memenuhi kelayakan yang ditetapkan
6. diterima masuk oleh institusi berkaitan
7. pulang ke negara asal selepas tamat pengajian dan berada di negara asal sekurang-kurangnya 2 tahun (untuk program master) atau tiga tahun (untuk program PhD)

Tarikh tutup memohon ialah pada 7 Ogos 2008. Pemohon mestilah mempunyai surat tawaran dari institusi-institusi Mexico yang berkaitan sebelum dipertimbangkan. Borang permohonan hendaklah dihantar ke kedutaan Mexico sebelum tarikh tutup permohonan.

Butir-butir biasiswa

1. meliputi yuran enrolmen dan yuran pengajian
2. elaun bulanan sebanyak 6310.80 Peso untuk program master dan 7888.50 untuk program PhD
3. insurans kesihatan bermula dari bulan ketiga setelah biasiswa berkuatkuasa
4. tambang dari Mexico City ke tempat pengajian
5. tambang penerbangan dari negara asal tertakluk kepada negara-negara yang tersenarai sahaja

Institusi-institusi yang terlibat

1. Autonomous University of Puebla
2. Mexico College
3. Michoacan College
4. Northern Border College
5. Southern Border College
6. Mexico State College
7. National Polytechnic Institute
8. Technological Institute of Celaya
9. Technological Institute of Ciudad Madero
10. Technological Institute of Chihuahua
11. Technological Institute of Durango
12. Technological Institute of La Laguna
13. Technological Institute of Morelia
14. Technological Institute of Orizaba
15. Technological Institute of Saltillo
16. Technological Institute of Tepic
17. Technological Institute of Tijuana
18. Technological Institute of Toluca
19. Technological Institute of Tuxtepec
20. Technological Institute of Veracruz
21. Monterrey Institute of Technological and Higher Studies
22. Western Institute of Technology and Higher Education
23. Kementerian Kesihatan Mexico
24. Antonio Narro Autonomous Agrarian University
25. Autonomous University of Aguascalientes
26. Autonomous University of Baja California
27. Autonomous University Chapingo
28. Autonomous University of Chihuahua
29. Autonomous University of Nuevi Leon
30. Autonomous University of Queretaro
31. Autonomous University of San Luis Potosi
32. Autonomous University of Tlaxcala
33. Autonomous University of Yucatan
34. Autonomous University of Zacatecas
35. Autonomous University of Hidalgo State
36. Autonomous University of Mexico State
37. Autonomous University of the State of Morelos
38. Metropolitan Autonomous University
39. University of Colima
40. University of Gauadalajara
41. University of Guanajuato
42. University of Quintana Roo
43. Sea University
44. University of the Americas, Puebla
45. Ibero-American University
46. San Nicolas de Hidalgo University of Michoacan
47. National Autonomous University of Mexico
48. University of Veracruz

Keterangan lanjut, alamat emel dan borang pemohonan boleh didapati di laman ini

Sunday, July 13, 2008

Biasiswa Master/PhD di University of Tasmania

Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS) dianugerahkan kepada pelajar antarabangsa berdasarkan merit dan potensi untuk menjalankan penyelidikan. Biasiswa ini merangkumi

1. Yuran pengajian
2. Perlindungan kesihatan untuk pelajar
3. Elaun sara hidup bulanan dan sebagainya

Biasiswa ini untuk pengajian sepenuh masa sahaja. Tempoh biasiswa ini ialah selama dua tahun untuk peringkat master dan 3 tahun untuk peringkat PhD.

Syarat kelayakan

1. Bukan rakyat Australia atau New Zealand
2. Memenuhi syarat-syarat masuk untuk program master atau PhD ke University of Tasmania
3. Mengemukakan bukti kompetensi bahasa Inggeris
4. Memulakan pengajian dalam tahun 2009
5. Menunjukkan rekod pencapaian akademik yang cemerlang

Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos 2008

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini

Untuk menghubungi perkhidmatan antarabangsa University of Tasmania

Telefon: +61 3 6226 2706
Faks: +61 3 6226 7862

Monday, July 7, 2008

Biasiswa Master/PhD di Flinders University

Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS) dianugerahkan kepada pelajar antarabangsa berdasarkan merit dan potensi untuk menjalankan penyelidikan.

Biasiswa ini merangkumi

1. Yuran pengajian
2. Perlindungan kesihatan untuk pelajar dan tanggungan
3. Pengecualian yuran untuk memohon visa bagi pelajar dan tanggungan
4. Elaun sara hidup Flinders University bagi pelajar cemerlang sebanyak AUD20,007 (kadar tahun 2008) yang dikecualikan dari cukai. Flinders University mempunyai hak untuk tidak memberi elaun ini.
5. Elaun anak (atau anak-anak) dibawah tanggungan yang berusia 18 tahun ke bawah
6. Elaun perpindahan sebanyak AUD1445 (resit diperlukan)

Biasiswa ini untuk pengajian sepenuh masa sahaja. Tempoh biasiswa ini ialah selama dua tahun untuk peringkat master dan 3 tahun untuk peringkat PhD.

Syarat kelayakan

1. Bukan rakyat Australia atau New Zealand
2. Memenuhi syarat-syarat masuk untuk program master atau PhD ke Flinders University
3. Mengemukakan bukti kompetensi bahasa Inggeris
4. Tidak memegang ijazah PhD melalui penyelidikan. Tidak memegang ijazah master melalui penyelidikan jika memohon untuk program master.
5. Tidak memegang biasiswa Australian Agency for International Development (AusAID) dalam tempoh dua tahun sebelum bermulanya biasiswa Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS).
6. Belum memulakan pengajian di peringkat PhD melalui penyelidikan sebelum 1 Januari 2009.

Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos 2008

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini

Sunday, June 29, 2008

Lagi Biasiswa CIRTS Untuk Master/PhD di Curtin University of Technology

Nama biasiswa : Curtin International Research Tuition Scholarship (CIRTS)

Jenis biasiswa : Berasaskan merit, terbuka kepada semua kerakyatan selain Australia dan New Zealand

Bilangan biasiswa : 30

Tarikh tutup : 31 Ogos 2008

Bidang penyelidikan : Semua bidang dari Curtin Business School, Division of Health Science, Division of Humanities dan Division of Science and Engineering

Tarikh mula program : 2009

Biasiswa ini untuk program peringkat master dan PhD melalui penyelidikan.

Biasiswa meliputi yuran pengajian selama dua tahun untuk master dan tiga tahun untuk PhD serta elaun sara hidup sekurang-kurangnya AUD20,007 setahun.

Alamat surat menyurat:

Office of Research & Development
Curtin University of Technology
GPO Box U1987
PERTH WA 6845
Australia

Telefon: (08) 9266 4905
Faks: (08) 9266 3793
Emel : scholarships@curtin.edu.au

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini

Monday, June 23, 2008

Biasiswa Master/PhD di Curtin University of Technology

Endeavour International Postgraduate Research Scholarship (EIPRS) ialah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang ingin menyambung belajar di Curtin University of Technology dalam tahun 2009 untuk program master dan PhD melalui penyelidikan.

Biasiswa ini menyediakan:

1. Yuran pengajian selama dua tahun untuk program master melalui penyelidikan dan tiga tahun untuk program PhD
2. Perlindungan kesihatan untuk pelajar antarabangsa (OSHC) untuk penerima biasiswa dan tanggungannya di sepanjang tempoh biasiswa.
3. Biasiswa Curtin University of Technology peringkat lepas ijazah (CUPS) mengandungi elaun sara hidup sebanyak AUD20,007 (bebas cukai)

Syarat kelayakan:

Biasiswa ini terbuka kepada rakyat mana-mana Negara kecuali New Zealand.
Biasiswa diberi berasaskan merit dan keupayaan untuk menjalankan penyelidikan kepada calon-calon pelbagai negara yang dapat memulakan kursus dalam tahun 2009 di Curtin University of Technology.

Tarikh permohonan dibuka : 1 Jun, 2008
Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos, 2008

Maklumat mengenai syarat kelayakan boleh didapati dari laman ini

Maklumat lanjut:

Borang permohonan boleh didapati dari laman web Curtin University of Technology di antara 1 Jun 2008 dan 31 Ogos 2008 atau dengan menghubungi:

Office of Research & Development
Curtin University of Technology
GPO Box U1987
PERTH WA 6845
Australia

Telefon : (08) 9266 4905
Faks : (08) 9266 3793
E-mel: scholarships@curtin.edu.au

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini