Saturday, July 26, 2008

Beza Malaysia Dengan Kanada

Ketika saya berada di Kanada pada 2006, saya mendapati seorang pegawai tenteranya yang berpangkat Kapten memperolehi jumlah pendapatan tahunan sebanyak CD70,000. Ini bermakna pendapatan bulanannya lebih kurang CD5,800.

Dengan gaji bulanan sebanyak itu mereka boleh membeli sebuah kereta baru dengan kapasiti enjin 1.5 cc ke atas pada harga kurang CD25,000. Dengan gaji sebanyak itu juga mereka dapat membeli komputer riba (laptop) berjenama seperti Dell dengan harga kurang lebih CD800.

Di Malaysia dengan gaji RM3,000 saya hanya dapat membeli kereta dengan cc besar pada harga RM50,000 ke atas. Juga saya dapat membeli laptop dengan harga lebih kurang RM2,500 bagi jenama Dell. Sepatutnya di negara ini, untuk membeli kereta berharga RM50,000 - gaji yang selesa yang patut saya dapat adalah RM10,000 sebulan! Barulah rationya sama seperti di Kanada.

Kanada memang besar tetapi mempunyai jumlah penduduk lebih kurang Malaysia. Jika dibandingkan hasil buminya, Malaysia lagi bertuah kerana mempunyai kelapa sawit, getah, minyak dan sebagainya. Kanada tidak bernasib baik kerana mempunyai cuaca empat musim. Walau bagaimanapun mereka ada minyak di Wilayah Alberta. Jika membeli barang di sana kita dikenakan cukai seperti GST dan PST (jika tidak silap).

Bagaimanapun masih murah juga. Di Alberta hanya di kenakan GST sahaja kerana Wilayah mereka mempunyai minyak. Jadi rakyat Canada memang beruntung sebab kerajaannya ditadbir dengan baik. Rakyatnya hidup selesa kerana tak perlu fikir nak buat dua kerja semata-mata nak pakai kereta mewah dan memperolehi sesuatu yang mereka kehendaki.

Di Malaysia kerajaan nak rakyatnya buat kerja lebih untuk membeli kereta mewah dan barang-barang lain. Hakikatnya kenapa tak boleh kita mencontohi Kanada. Yang baik ikut sajalah dan yang tidak baik diketepikan. Ini tidak, mentadbir negara seperti tidak ada panduan. Ikut suka hati pemimpin sendiri.

Semasa bersekolah, saya ingat Malaysialah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai budi bahasa dan sopan santun yang tinggi. Tanggapan ini didorong oleh propaganda media khususnya TV dan akhbar. Rupa-rupanya di Eropah, orangnya lebih berbudi bahasa dan bersopan santun.

Contohnya di Malaysia, penumpang bas awam akan turun tanpa ucapan terima kasih pada pemandu. Sebabnya penumpang dah bayar, buat apa nak ucap terima kasih kepada pemandu. Tetapi di Eropah, walaupun penumpang membayar tetapi ketika turun diucapkan terima kasih kepada pemandu. Bukankah itu berbudi bahasa namanya?

Oleh Mohamad Nazir
Dipetik dari laman Harakahdaily

Biasiswa Master/PhD Kerajaan Mexico

Keutamaan diberikan kepada mereka yang

1. mahu memberi fokus pengajian kepada pembangunan di negara asal
2. akan bekerja dalam bidang yang penting untuk pembangunan di negara asal
3. mengikuti bidang pengajian dari institusi yang tersenarai
4. mengikuti bidang yang tidak ditawarkan di negara asal
5. merupakan pensyarah atau penyelidik di negara asal
6. datang dari sektor awam yang bertanggungjawab terhadap bidang-bidang yang penting terhadap negara asal
7. bekerja dalam projek-projek pembangunan ekonomi, sosial dan manusia yang memberi tumpuan terhadap golongan ang terpinggir

Syarat-syarat asas

1. menghantar borang ke kedutaan Mexico sebelum tarikh tutup permohonan
2. mempunyai sokongan daripada kerajaan negara asal pemohon
3. mempunyai CGPA 3.2 ke atas
4. mempunyai ijazah bacelor (untuk memohon program master) atau ijazah master (untuk memohon program PhD)
5. memenuhi kelayakan yang ditetapkan
6. diterima masuk oleh institusi berkaitan
7. pulang ke negara asal selepas tamat pengajian dan berada di negara asal sekurang-kurangnya 2 tahun (untuk program master) atau tiga tahun (untuk program PhD)

Tarikh tutup memohon ialah pada 7 Ogos 2008. Pemohon mestilah mempunyai surat tawaran dari institusi-institusi Mexico yang berkaitan sebelum dipertimbangkan. Borang permohonan hendaklah dihantar ke kedutaan Mexico sebelum tarikh tutup permohonan.

Butir-butir biasiswa

1. meliputi yuran enrolmen dan yuran pengajian
2. elaun bulanan sebanyak 6310.80 Peso untuk program master dan 7888.50 untuk program PhD
3. insurans kesihatan bermula dari bulan ketiga setelah biasiswa berkuatkuasa
4. tambang dari Mexico City ke tempat pengajian
5. tambang penerbangan dari negara asal tertakluk kepada negara-negara yang tersenarai sahaja

Institusi-institusi yang terlibat

1. Autonomous University of Puebla
2. Mexico College
3. Michoacan College
4. Northern Border College
5. Southern Border College
6. Mexico State College
7. National Polytechnic Institute
8. Technological Institute of Celaya
9. Technological Institute of Ciudad Madero
10. Technological Institute of Chihuahua
11. Technological Institute of Durango
12. Technological Institute of La Laguna
13. Technological Institute of Morelia
14. Technological Institute of Orizaba
15. Technological Institute of Saltillo
16. Technological Institute of Tepic
17. Technological Institute of Tijuana
18. Technological Institute of Toluca
19. Technological Institute of Tuxtepec
20. Technological Institute of Veracruz
21. Monterrey Institute of Technological and Higher Studies
22. Western Institute of Technology and Higher Education
23. Kementerian Kesihatan Mexico
24. Antonio Narro Autonomous Agrarian University
25. Autonomous University of Aguascalientes
26. Autonomous University of Baja California
27. Autonomous University Chapingo
28. Autonomous University of Chihuahua
29. Autonomous University of Nuevi Leon
30. Autonomous University of Queretaro
31. Autonomous University of San Luis Potosi
32. Autonomous University of Tlaxcala
33. Autonomous University of Yucatan
34. Autonomous University of Zacatecas
35. Autonomous University of Hidalgo State
36. Autonomous University of Mexico State
37. Autonomous University of the State of Morelos
38. Metropolitan Autonomous University
39. University of Colima
40. University of Gauadalajara
41. University of Guanajuato
42. University of Quintana Roo
43. Sea University
44. University of the Americas, Puebla
45. Ibero-American University
46. San Nicolas de Hidalgo University of Michoacan
47. National Autonomous University of Mexico
48. University of Veracruz

Keterangan lanjut, alamat emel dan borang pemohonan boleh didapati di laman ini

Thursday, July 24, 2008

Masalah Hilang Pendengaran Akibat Kebisingan Tempat Kerja Membimbangkan

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata bahawa masalah pendengaran yang serius di kalangan rakyat Malaysia rata-rata disebabkan oleh kebisingan di tempat kerja. 424,000 penduduk Malaysia mempunyai masalah pendengaran akibat kebisingan di tempat kerja. Masalah ini berlaku apabila pekerja terdedah terlalu lama terhadap bunyi bising daripada peralatan seperti mesin dan jentera. Data ini diperolehi dari kajian yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Umum. Graf mereka yang mengalami masalah pendengaran meningkat setiap tahun. Keadaan ini amat membimbangkan. Saraf telinga yang rosak akibat kebisingan akan menjadi kecacatan kekal. Masalah ini tidak boleh diperbaiki. Datuk Liow Tiong Lai menyeru supaya masalah ini ditangani segera secara serius. Masalah ini berlaku kerana pekerja dan majikan tidak sedar tentang pentingnya alat pelindung pendengaran.

Sebenarnya, cara terbaik untuk mengurangkan kebisingan di tempat kerja ialah melalui kawalan secara kejuruteraan. Namun, cara ini jarang dilakukan kerana belanjanya mahal. Sukar ditemui syarikat yang betul-betul jujur mengeluarkan duit untuk mengurangkan kebisingan di tempat kerja. Bagi mereka, untung lebih penting dari mengeluarkan duit untuk menjaga telinga pekerja. Syarikat-syarikat juga nampaknya tidak berminat untuk menukar mesin dan jentera yang mengeluarkan bunyi bising kepada mesin dan jentera yang lebih senyap.

Sikap pekerja dan majikan terhadap alat pelindung pendengaran juga menyedihkan.

Namun keadaan ini masih boleh diperbaiki. Jumlah denda yang boleh dikenakan terhadap majikan atau pekerja berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 masih rendah. Meningkatkan jumlah denda kepada RM1 juta - RM2 juta bagi setiap kesalahan boleh menggusarkan mereka yang tidak berminat untuk mengatasi masalah pendengaran rosak akibat terdedah terlalu lama terhadap bunyi bising daripada peralatan seperti mesin dan jentera. Satu kesalahan dikira bukan dari satu kilang yang didakwa melanggar akta tetapi ia dikira berdasarkan berapa ramai pekerja yang mengalami masalah pendengaran atau tidak memakai alat pelindung pendengaran.

Penguatkuasaan akta juga berada ditahap minima. Pekerja takut membuat laporan kepada pihak kerajaan tentang perlanggaran terhadap akta ini kerana bimbangkan kerjaya terjejas atau tidak tahu bagaimana caranya hendak membuat laporan dengan betul. Pekerja juga bimbang pihak yang menerima laporan mereka bersubahat dengan majikan atau sudah dirasuah oleh majikan sendiri.

Kita juga tidak mempunyai jumlah pegawai penguatkuasa yang mencukupi untuk melaksanakan akta itu. Pegawai-pegawai yang ada juga tidak berapa cekap untuk menjalankan tugas mereka secara efektif. Terdapat berpuluh-puluh ribu graduan yang menganggur, namun kita masih mengatakan masalah pekerja terdedah terlalu lama terhadap bunyi bising daripada peralatan seperti mesin dan jentera ialah masalah yang kronik.

Penglibatan pihak kesatuan sekerja juga amat dialu-alukan. Setakat ini pihak kesatuan sekerja di Malaysia kelihatan tidak begitu berminat dengan isu pekerja terdedah terlalu lama terhadap bunyi bising daripada peralatan seperti mesin dan jentera. Pihak kesatuan sekerja lebih mengutamakan gaji dan bonus tahunan. Agaknya skop perjuangan pihak kesatuan sekerja hanya terbatas kepada gaji dan bonus tahunan. Telinga kurang pendengaran sedikit tidak mengapa asalkan majikan menambah gaji dan bonus tahunan walaupun jumlahnya tidak seberapa.

Wednesday, July 23, 2008

Jadikan Membaca Jurnal Suatu Kebiasaan

Salah satu hobi lelaki pengasas Microsoft, Bill Gates adalah membaca jurnal. Ini kerana jurnal menghidangkan perkembangan terkini penyelidikan dalam bidang tertentu tidak kira undang-undang, sains sosial, kejuruteraan, perkomputeran, perniagaan, biologi, fizik dan lain-lain.

Apakah itu jurnal? Jurnal adalah suatu himpunan artikel penyelidikan akademik yang diterbitkan secara berkala menurut bidang tertentu atau gabungan beberapa bidang. Ia berbeza dengan majalah yang menerbitkan artikel yang bersifat popular.

Artikel jurnal lebih menekankan dasar penyelidikan, metodologi serta hasil penemuannya. Bahan-bahan penyelidikan itu dipersembahkan dengan terperinci. Adakalanya dibantu oleh graf, carta, peta dan sebagainya.

Sebelum zaman Internet, jurnal sukar diperolehi secara langsung di kedai-kedai biasa melainkan di kedai buku universiti ataupun pusat penyelidikan yang menerbitkannya. Ia bukan sahaja mahal tetapi mempunyai khalayak yang tertumpu kepada segelintir ilmuwan dalam bidangnya sahaja.

Biasanya jurnal akan dilanggani oleh perpustakaan dan sarjana yang berminat secara perseorangan. Para pelajar akan memperoleh manfaat daripada jurnal apabila mengunjungi perpustakaan.

Setelah Internet menerobos alam pendidikan dengan lebih meluas, versi jurnal akademik dalam talian mula mengambil tempat.

Biasanya jurnal-jurnal ini dilanggan berdasarkan rumah penerbitan akademik tertentu seperti ScienceDirect atau Elsevier yang telah berkecimpung dalam penerbitan jurnal bercetak sebelum meluasnya penggunaan Internet. Walau bagaimanapun, kosnya masih sangat mahal dan tidak mampu dibiayai kebanyakan pelajar secara persendirian.

Sayangnya, menurut kajian tertentu di Universiti Malaya, hanya sebilangan kecil pelajar sarjana muda sahaja memanfaatkan jurnal sebagai salah satu bahan rujukan penting dalam kajian masing-masing. Manakala yang lebih kerap menggunakannya adalah pelajar sarjana.

Ini kerana jurnal akademik dianggap terlalu berat intinya dan ramai pelajar lebih suka menggunakan maklumat yang lebih ringkas dan mudah untuk difahami.

Ini adalah satu kerugian besar, apatah lagi dengan kemunculan kira-kira 3,500 jurnal akademik berwibawa yang telah menyediakan penerbitan secara percuma dalam talian, bernaung di bawah projek Directory of Open Access Journals (DOAJ).

Dengan capaian terbuka yang disediakan oleh jurnal-jurnal akademik tersebut, mereka yang bukan terdiri daripada kalangan akademik dan pelajar universiti pun dapat turut sama membaca hasil kajian bermutu dan terkini yang biasanya cuma disediakan oleh perpustakaan akademik.

Bagi pelajar sarjana muda, bolehlah mula menjinakkan diri dengan jurnal akademik supaya dapat meningkatkan daya fikir dan menghasilkan kertas kerja atau tesis yang cemerlang.

Bahan yang terhad kepada apa yang mampu dibawakan oleh enjin carian Google mahupun Google Scholar sahaja tanpa usaha mencari bahan khusus dan menjurus, ditakuti akan memberikan hasil yang sederhana atau biasa-biasa.

Bagi orang awam pula, keberadaan jurnal ini dalam talian akan memudahkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menelitinya.

Manfaatnya boleh dikongsi hatta oleh para usahawan yang mencari idea perusahaan baru di pinggiran ilmu paling mutakhir, ataupun penulis yang mahukan idea segar dan terkehadapan untuk ditukangi menjadi karya.

Mungkin akan lahir dalam kalangan kita mereka yang setara Bill Gates, fikirannya berada nun jauh di hadapan sana, hasil membaca bahan-bahan penyelidikan mutakhir.

Dipetik dari blog bukuria

Sunday, July 13, 2008

Biasiswa Master/PhD di University of Tasmania

Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS) dianugerahkan kepada pelajar antarabangsa berdasarkan merit dan potensi untuk menjalankan penyelidikan. Biasiswa ini merangkumi

1. Yuran pengajian
2. Perlindungan kesihatan untuk pelajar
3. Elaun sara hidup bulanan dan sebagainya

Biasiswa ini untuk pengajian sepenuh masa sahaja. Tempoh biasiswa ini ialah selama dua tahun untuk peringkat master dan 3 tahun untuk peringkat PhD.

Syarat kelayakan

1. Bukan rakyat Australia atau New Zealand
2. Memenuhi syarat-syarat masuk untuk program master atau PhD ke University of Tasmania
3. Mengemukakan bukti kompetensi bahasa Inggeris
4. Memulakan pengajian dalam tahun 2009
5. Menunjukkan rekod pencapaian akademik yang cemerlang

Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos 2008

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini

Untuk menghubungi perkhidmatan antarabangsa University of Tasmania

Telefon: +61 3 6226 2706
Faks: +61 3 6226 7862

Wednesday, July 9, 2008

Mengapa IPT Menjadi Korban Politik Dan Ekonomi?

Laman Harakahdaily pada 7 Julai 2008 menyiarkan tentang ucapan Taib Azamuddin, ahli parlimen PAS dari Baling dalam sesi perbahasan kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia kesembilan(RMK9). Dia berkata bahawa sesetengah golongan seolah-olah menjadikan IPT sebagai mangsa politik dan ekonomi mereka. Para sarjana dan cendikiawan negara menganggap IPT di negara ini sudah tidak mampu mengeluarkan golongan yang berfikiran kritis dan inovatif. Peranan IPT menjadi semakin sukar untuk diperbaiki. Dia berkata bahawa mahasiswa menanggung beban sehingga sudah selesai menamatkan pengajian. Beban ini mengganggu-gugat usaha mengembangkan daya intelek mahasiswa, selain dari rohani dan jasmani mereka. Adalah lebih malang lagi apabila pihak-pihak tertentu dilihat seolah-olah mahu menjadikan mahasiswa sebagai tempat untuk mendapat untung semata-mata. Dia menegaskan bahawa tugas IPT ialah sebagai pendokong visi dan misi pendidikan negara. Tetapi apa yang berlaku ialah IPT sangat bermotifkan untung sambil diresapi oleh anasir-anasir politik.

UM sudah terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dunia berdasarkan senarai Times Higher Education Supplement (THES). Dalam senarai tahun 2007, ia berada pada tangga ke 246. IPT-IPT lain seperti UiTM, UMS dan UPSI tidan pernahpun memasuki senarai 500 universiti terbaik dunia.

Kita masih ternanti-nanti apakah IPT-IPT Malaysia dapat memperbaiki kedudukan mereka dalam senarai tahun 2008 dan seterusnya. Namun, usaha yang gigih secara berterusan amat penting supaya lebih banyak IPT-IPT Malaysia dapat memasuki senarai 200 universiti terbaik dunia, lebih-lebih lagi dalam senarai 50 universiti terbaik dunia. Dalam masa terdekat ini, sekurang-kurangnya ada sebuah IPT yang tersenarai di antara 25 universiti terbaik dunia. Manakala, 2 atau 3 IPT lagi ialah di antara 100 universiti terbaik dunia.

Laman Utusan Online pada 3 Februari 2008 memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan supaya Universiti Malaya (UM) menjadi di antara universiti terbilang dunia. Dia mencadangkan 3 langkah iaitu meningkatkan lagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai bidang, menambah pelajar asing dan meningkatkan peratus tenaga pengajar asing. Dia menyerahkan kepada kebijaksanaan pengurusan Universiti Malaya (UM) apabila ingin melakukan langkah-langkah itu.

Namun, apakah pengurusan IPT yang diresapi oleh anasir-anasir politik dapat menarik pelajar dan pensyarah asing serta meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai bidang? Pengurusan IPT yang tidak bebas dari anasir-anasir politik sukar untuk menjadi kreatif dan inovatif.
Dr Azly Rahman pernah menulis mengenai cara-cara untuk memperbaiki IPTA dalam blognya. Artikel itu bertajuk Recontructing Our Public Universities dan sebagainya.

Monday, July 7, 2008

Biasiswa Master/PhD di Flinders University

Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS) dianugerahkan kepada pelajar antarabangsa berdasarkan merit dan potensi untuk menjalankan penyelidikan.

Biasiswa ini merangkumi

1. Yuran pengajian
2. Perlindungan kesihatan untuk pelajar dan tanggungan
3. Pengecualian yuran untuk memohon visa bagi pelajar dan tanggungan
4. Elaun sara hidup Flinders University bagi pelajar cemerlang sebanyak AUD20,007 (kadar tahun 2008) yang dikecualikan dari cukai. Flinders University mempunyai hak untuk tidak memberi elaun ini.
5. Elaun anak (atau anak-anak) dibawah tanggungan yang berusia 18 tahun ke bawah
6. Elaun perpindahan sebanyak AUD1445 (resit diperlukan)

Biasiswa ini untuk pengajian sepenuh masa sahaja. Tempoh biasiswa ini ialah selama dua tahun untuk peringkat master dan 3 tahun untuk peringkat PhD.

Syarat kelayakan

1. Bukan rakyat Australia atau New Zealand
2. Memenuhi syarat-syarat masuk untuk program master atau PhD ke Flinders University
3. Mengemukakan bukti kompetensi bahasa Inggeris
4. Tidak memegang ijazah PhD melalui penyelidikan. Tidak memegang ijazah master melalui penyelidikan jika memohon untuk program master.
5. Tidak memegang biasiswa Australian Agency for International Development (AusAID) dalam tempoh dua tahun sebelum bermulanya biasiswa Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS).
6. Belum memulakan pengajian di peringkat PhD melalui penyelidikan sebelum 1 Januari 2009.

Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos 2008

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini