Thursday, January 29, 2009

Biasiswa Master Kejuruteraan Perisian di University of Tartu di Estonia

Sekurang-kurangnya enam biasiswa Master Kejuruteraan Perisian ditawarkan untuk pelajar-pelajar luar negara di University of Tartu di Estonia. Program ini dianjurkan bersama oleh University of Tartu, Estonia dengan Tallinn University of Technology, Estonia. Bahasa pengajaran ialah bahasa Inggeris.

Program ini dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa. Pengkhususan yang ditawarkan ialah dalam bidang Enterprise Software and Embedded Real-Time Software.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 April 2009. Pelajar-pelajar yang berjaya akan dikecualikan dari membayar yuran selama 2 tahun. Hanya pelajar-pelajar cemerlang sahaja akan diberikan elaun sara hidup sebanyak 2600 Euro setahun.

Keterangan lanjut, rujuk laman ini.

Alamat untuk dihubungi :

International Student Service
University of Tartu
Ülikooli 18,
50090 Tartu,
Estonia

Telefon : +372 737 6109
E-mel: studyinfo@ut.ee
Laman web : www.ut.ee/studentoffice