Sunday, May 17, 2009

Biasiswa Master Dan PhD di Jepun



Asia Japan Alumni International dan The Japan Graduates Association Of Malaysia (JAGAM) menawarkan biasiswa Master dan PhD kepada mereka yang layak.

Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang berumur 35 tahun ke bawah dan memulakan pengajian pada kemasukan April 2010.

Mereka yang tidak boleh berbahasa Jepun akan diberi elaun untuk mengikuti kursus bahasa Jepun secara intensif sebelum memulakan program master atau PhD.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2009. Keterangan lanjut dan borang permohonan, boleh menghubungi talian 03-7877 4312 atau mengirim e-mel kepada jagamkl@gmail.com. Laman web JAGAM ialah www.jagam.org.my.

Alamat JAGAM:

Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM)
No. 88, Jalan SS2/4,
47300 Petaling Jaya,
Selangor,
Malaysia

No faks: 03-7787 4311

Saturday, May 16, 2009

Wirid Yang Lebih Utama Untuk Orang Bisnes



Orang bisnes semestinya lebih baik bergerak dalam aktiviti-aktiviti ekonomi berbanding dengan semata-mata berwirid. Tidak wajar selagi matahari tidak naik segalah, kerja belum bermula sedikitpun. Ini kerana begitu banyak perkara yang boleh dilakukan sementara menanti matahari naik segalah itu. Wirid sebenar untuk orang bisnes ialah berniaga untuk mencari rezeki yang halal. Mencari rezeki yang halal ialah wirid yang sebenarnya mesti dilakukan. Ia bagi menjaga keperluan anggota keluarga yang menjadi tanggungannya. Semasa melakukan kerja yang halal itu, orang bisnes sentiasa ingat kepada Allah. Selain itu, ia sentiasa ingat tentang soal halal dan haram dalam setiap aktiviti bisnes yang dijalankan. Ingat kepada Allah bukan hanya di bibir. Ingat kepada Allah juga bermaksud ingat kepada para malaikat Allah yang mencatit apa sahaja yang kita lakukan. Setiap pekerjaan yang dilakukan berkait rapat dengan syariat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Setiap pekerjaan yang dilakukan berkait rapat dengan soal dosa dan pahala. Sebagai contoh, seorang kontraktor yang melakukan kerja tanpa menepati spesifikasi yang ditetapkan bermaksud ia tidak ingat kepada hukum Allah. Allah melarang perbuatan menipu timbangan. Wirid-wirid sunat menjadi tambahan kepada setiap perkara yang dilakukan dengan mengikut syariat.