Tuesday, April 29, 2008

Biasiswa Penuh Pelajar Kejuruteraan dan Sains di KAUST

KAUST (King Abdullah University of Science and Technology) Discovery Scholarships

Sesi pembentangan mengenai biasiswa KAUST Discovery akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 4 Mei 2008 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Hotel Concorde (No 2 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur)

Masuk percuma dan minuman disediakan.

Pelajar-pelajar kursus kejuruteraan dan sains tahun 2, 3 dan 4 dijemput hadir.

Sila daftarkan melalui sararach@bkk.iie.org

Tempat terhad. Hadiah istimewa dari KAUST menanti 50 pelajar yang pertama mendaftar.
Tarikh tutup permohonan secara online ialah 11 Mei 2008. Sila rujuk laman web berkaitan untuk maklumat lanjut.

Saturday, April 26, 2008

Universiti of Malaya Fellowship Scheme Session 2008/2009

Application for University of Malaya Fellowship Scheme Session 2008/2009


The University of Malaya (UM) invites all Malaysians and non-Malaysians interested in pursuing postgraduate studies in the University of Malaya to apply for the University of Malaya Fellowship Scheme.


Eligibility to apply:


1. Applicants who are registered candidates of the University of Malaya (research mode or mixed mode with research component not less than 70%) or PhD programmes; or
2. Applicants who have been offered admission to the postgraduate programme mentioned in paragraph 1. above; or
3. Applicants who have submitted an application for a postgraduate programme Masters (research mode or mixed mode with research component not less than 70%) or PhD in the University of Malaya or have already had discussions with the Director/Dean/Head of Department/Supervisor at the Academy/Faculty/Institute/Centre concerning the postgraduate programme to be applied for.


Applicants who are working (except as Research Assistants in the University of Malaya) or are receiving any type of financial assistance are not eligible to apply for the scheme.


Value of Award


Total value of the fellowship scheme is up to a maximum of RM100,000 inclusive of monthly stipends, registration fees, tuition fees, research fees, examination fees and service fees.
The monthly stipend to be given is as follows:


RM1,500 per month for Masters candidate
RM1,800 per month for PhD candidate


Application forms can be obtained from the Institute of Postgraduate Studies, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur or downloaded from the IPS website at http://www.ips.um.edu.my/


The completed application form must be submitted to the following address not later than 16 May 2008.


Student Affairs Section,
Institute of Postgraduate Studies,
University of Malaya,
50603 Kuala Lumpur


Incomplete application form or application form received after the above date will not be considered.
Applicants who do not receive any reply after six months from the closing date should condider their applications unsuccessful.

Thursday, April 24, 2008

Pepatah Tamil I

Sebatang pokok getah tidak boleh menjadi estet

Saturday, April 19, 2008

Belajar Perubatan di Mesir Sesi 2008

Calon-calon dipelawa untuk memohon tempat untuk memasuki kursus perubatan peringkat ijazah pertama di Mesir bagi sesi 2008 di universiti-universiti berikut:

1. Universiti Al Azhar
2. Universiti Tanta
3. Universiti Zagazig

Pengajian mengambil masa selama 6 tahun. Pengajian dijalankan dalam bahasa Inggeris. Yuran pengajian tahun pertama ialah USD2000. Yuran kemasukan ialah RM7000. Kos sara hidup ialah RM350 sebulan. Penganjur akan membantu memperolehi pinjaman daripada bank-bank terpilih untuk pemohon-pemohon yang berjaya.

Syarat kelayakan asas ialah mempunyai SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 dalam subjek Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Moden dan Matematik Tambahan.

Untuk keterangan lanjut, hubungi

Prof. Dr Razali Nawawi
Akademi Al Qur'an Medic Malaysia,
No 7, Jalan 2/1D,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-89262797/013-3690263/012-3725353

Wednesday, April 16, 2008

Scholarship Bacelor Kejuruteraan Elektronik dan Komputer di Politecnico di Torino kampus Vercelli

Biasiswa Bacelor Sains Kejuruteraan Elektronik dan Komputer di Politecnico di Torino kampus Vercelli

Kursus dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris selama 3 tahun. Kursus bermula pada September 2008. Jumlah biasiswa ialah 10,000 Euro setahun. Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Mei 2008. Permohonan boleh dibuat secara online. Pemohon akan dinilai untuk biasiswa melalui maklumat yang diberikan semasa memohon. Senarai mereka yang berjaya akan dikeluarkan pada 23 Mei 2008.

Maklumat mengenai kursus dan cara memohon boleh didapati di laman ini.
Untuk proses kemasukan, hubungi emel berikut:
atau kedutaan Itali di 99, Jalan U Thant, 55000 Kuala Lumpur.
No tel : 03-42565122 atau 03-42565228

Sunday, April 13, 2008

Mencapai Matlamat Diri

Manusia ialah pemula yang baik. Tetapi belum tentu kita boleh menjadi seorang penyudah yang baik walaupun kita mempunyai berbagai idea yang hebat-hebat. Untuk menjadi penyudah yang baik, kita memerlukan koc. Koc membantu mencapai matlamat melalui komitmen klien. Koc membantu dengan cara memberi maklumatbalas kritikal terhadap sesuatu projek yang sedang dijalankan. Koc memasukkan unsur-unsur akauntabiliti dalam maklumatbalas yang diberikan. Matlamat lebih mudah dicapai apabila akauntabiliti klien meningkat.


Kemungkinan seorang individu mencapai matlamat.


1. Apabila kita mendengar sesuatu idea, kemungkinan kita mencapai matlamat cuma 10%.
2. Apabila kita menerima sesuatu idea, kemungkinan kita mencapai matlamat cuma 25%.
3. Apabila kita memutuskan untuk melaksanakan sesuatu idea, kemungkinan kita mencapai matlamat cuma 40%.
4. Apabila kita merangka pelan untuk melaksanakan sesuatu idea, kemungkinan kita mencapai matlamat cuma 50%.
5. Apabila kita menyatakan komitmen kepada orang lain untuk melaksanakan sesuatu idea, kemungkinan kita mencapai matlamat meningkat kepada 65%.
6. Apabila kita mempunyai akauntabiliti yang spesifik untuk melaksanakan sesuatu idea melalui pertemuan dengan orang yang kita nyatakan komitmen itu, kemungkinan kita mencapai matlamat meningkat kepada 95%.