Monday, December 29, 2008

Sambung Belajar di IPTA Jerman

Akhbar The Star Ahad 28 Disember 2009 menyiarkan artikel tentang kualiti IPTA Jerman. Ramai tokoh-tokoh ternama dilahirkan oleh IPTA-IPTA Jerman. Di antaranya ialah 30 peratus daripada pemenang hadiah nobel pada awal abad ke 20. Artikel itu juga menerangkan tentang University of Applied Science. Institusi jenis ini banyak terdapat di Jerman dan melahirkan sebahagian besar jurutera di negara itu. Kos belajar di Jerman juga sangat rendah. Hanya 6 daripada 16 negeri di Jerman mengenakan yuran pengajian. Itupun hanya sekitar RM2450 setiap semester. Negeri-negeri selebihnya menyediakan yuran percuma kepada pelajar. Mereka yang berminat boleh menghubungi nomber telefon DAAD pada talian 03-2148 0568 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Anda boleh memuat turun maklumat mengenai sambung belajar di IPTA Jerman di laman ini. Seperkara yang menarik ialah terdapat IPTA Jerman yang menawarkan program-program dalam bahasa Inggeris atau 25% - 50% dalam bahasa Inggeris.

Akhbar The Star Ahad 28 Disember 2009 juga menyiarkan artikel bertajuk Practical Advice. Artikel ini memberitahu tentang kos belajar di IPTA Jerman. Pelajar-pelajar memerlukan di sekitar RM2450 hingga RM3430 sebulan untuk hidup selesa sebagai pelajar di Jerman. Namun, RM1800 sebulan sudah memadai untuk hidup secara sederhana di bandar-bandar kecil atau di wilayah-wilayah bekas Jerman Timur. Artikel ini juga menyiarkan tentang pengalaman dua orang pelajar yang sambung belajar di Jerman dengan belanja sendiri. DAAD juga menawarkan biasiswa kepada mereka yang layak. Untuk mendapatkan biasiswa DAAD, calon-calon yang berminat perlu menghubungi pejabat DAAD di Kuala Lumpur pada talian 03-2148 0568.

Yuran pengajian untuk kursus kejuruteraan dan sains komputer di peringkat ijazah pertama di UNITEN ialah RM49680 dan RM44000 untuk tempoh masing-masing selama empat dan tiga tahun. Sewa bilik perseorangan ialah sebanyak RM280 sebulan. Sebagai perbandingan, keseluruhan kos selama tiga tahun di sebuah IPTA Jerman cuma RM72000. Namun, pelaburan ini amat berbaloi. Setiap pelajar dibenarkan bekerja selama 90 hari dalam tempoh setahun. Ini bermakna, dengan gaji sebanyak 11 Euro sejam, seorang pelajar dapat mengumpul sebanyak 7920 Euro setahun. Dalam tempoh tiga tahun program ijazah pertama, pelajar itu dapat mengumpul 23760 Euro Jumlah ini lebih dari mencukupi untuk membiayai keseluruhan pengajian yang memerlukan disekitar 18000 Euro. Lebihan itu dapat digunakan untuk membiayai pengajian di peringkat master pula. Apabila pelajar itu bekerja ketika mengikuti program di peringkat master selama dua tahun, dia dapat menambah sebanyak 15840Euro pula! Pengajian di peringkat master hanya memerlukan di sekitar 12000 Euro untuk tempoh selama dua tahun.

Blog Tuan Kamato menyiarkan maklumat ringkas mengenai sistem pendidikan di Jerman.

Kos sambung belajar di IPTA Jerman juga boleh di dapati di laman ini. Senarai IPT Jerman bertaraf dunia menurut senarai THES2007 boleh di dapati di laman ini. Senarai terbaru IPT Jerman bertaraf dunia menurut senarai THES2008 boleh didapati di laman ini.

Sunday, December 28, 2008

Mengharungi Kemelesetan Ekonomi Dengan Puasa Sunat Pada 9,10 dan 11 Muharram


Kita disunatkan berpuasa pada 10 Muharram. 10 Muharram ialah hari Asyura. Orang yang berpuasa pada hari Asyura mendapat kelebihan yang sangat banyak. Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa pada hari itu menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Ekonomi merudum mungkin disebabkan banyak melakukan dosa. Di samping bertaubat dan beristighfar, berpuasa pada hari Asyura dapat membantu mengharungi kemelesetan ekonomi apabila kesan ekonomi merudum disebabkan oleh banyak melakukan dosa.

Pada tahun 2009, hari Asyura jatuh pada hari Rabu, 7 Januari.

Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad, makruh berpuasa pada 10 Muharram sahaja kerana ia menyerupai perbuatan orang Yahudi. Puasa hari Asyura dilakukan beserta dengan puasa pada hari sebelumnya dan pada hari sesudahnya iaitu 9 dan 11 Muharram.

Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Tabrani, berpuasa sehari dalam bulan Muharram sama dengan berpuasa selama 30 hari.

Saturday, December 27, 2008

Biasiswa MS/PhD Bidang Sistem Maklumat di University of California at Irvine


Fakulti ISG (Information System Group) University of California at Irvine sedang mencari calon-calon yang sesuai untuk mengikuti pengajian dan manjalankan penyelidikan dalam bidang sistem maklumat di peringkat MS dan PhD. Program bermula pada musim luruh tahun 2009.

ISG ialah sebahagian daripada Jabatan Sains Komputer di Bren School of Information and Computer Science di University of California at Irvine, Amerika Syarikat. Hampir kesemua pelajar PhD Jabatan Sains Komputer menerima bantuan kewangan dalam berbagai bentuk. Baru-baru ini jabatan itu menerima sumbangan peribadi sebanyak USD20 juta dari Donald Bren.

Maklumat lanjut mengenai pengajian peringkat pasca ijazah di situ boleh di dapati di laman ini.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Januari 2009.

Alamat surat menyurat :

Department of Computer Science
Donald Bren School of Information and Computer Sciences
University of California, Irvine
3019 Donald Bren Hall
Irvine, CA 92697-3435
United States of America

No telefon : (949) 824-0016
No faks : (949) 824-4056
No telefon Pejabat Hal Ehwal Pelajar : (949) 824-5156

Emel : gcounsel@ics.uci.edu atau mcartnal@ics.uci.edu

Pegawai untuk dihubungi : Mark Cartnal

Saturday, December 20, 2008

PPSMI supporters and International Mother Language Day

International Mother Language Day disambut pada 21 Februari setiap tahun. Pendokong-pendokong PPSMI tidak layak menyambut International Mother Language Day.

Sunday, December 7, 2008

Bilakah Lebih Sesuai Diadakan Rumah Terbuka

Kita disunatkan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal. Ganjaran berpuasa Syawal sangat besar. Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, berpuasa enam hari dalam bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Puasa sunat dalam bulan Syawal lebih afdhal dilakukan secara berturut-turut dan dimulakan pada 2 Syawal.

Manakala 11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah hari-hari Tasyrik. Kita diharamkan berpuasa pada hari-hari Tasyrik. Kita juga disunatkan menyembelih binatang korban pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Justeru, rumah terbuka lebih sesuai diadakan sempena menyambut Aidil Adha. Lagipun, Hari Raya Aidil Adha juga dikenali sebagai hari raya bersuka ria atau hari raya makan.

Senarai IPT Indonesia Bertaraf Dunia 2008

Menurut senarai THES 2008, IPT-IPT Indonesia yang termasuk dalam senarai IPT bertaraf dunia ialah:

1. Universitas Indonesia
2. Institut Teknologi Bandung
3. Universitas Gadjah Mada

IPT-IPT lain yang berada di tangga 500+ terbaik di dunia ialah:

1. Universitas Airlangga
2. Universitas Pertanian Bogor
3. Universitas Brawijaya
4. Universitas Diponegoro

Kelebihan IPT-IPT di Indonesia ialah kos pengajian dan sara hidup yang rendah.

Friday, December 5, 2008

Mengharungi Kemelesetan Ekonomi Dengan Puasa Sunat Pada 9 Zulhijjah

Orang yang tidak melakukan ibadah haji disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah. 9 Zulhijjah ialah hari Arafah. Orang yang berpuasa pada hari Arafah mendapat kelebihan yang sangat banyak. Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa pada hari itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan dua tahun yang akan datang.

Ekonomi merudum mungkin disebabkan banyak melakukan dosa. Di samping bertaubat dan beristighfar, berpuasa pada hari Arafah dapat membantu mengharungi kemelesetan ekonomi apabila kesan ekonomi merudum disebabkan oleh banyak melakukan dosa.

Pada tahun 2008, hari Arafah jatuhnya pada hari Ahad, 7 Disember.