Saturday, March 29, 2008

Tarikh Akhir Biasiswa Monbukakagusho

Tarikh akhir memohon Biasiswa Monbukakagusho ialah pada 11 April 2008. Untuk keterangan lanjut, rujuk laman web kedutaan Jepun.

Friday, March 14, 2008

Biasiswa Monbukakagusho Kini Dibuka

Biasiswa Monbukakagusho ialah biasiswa tajaan kerajaan Jepun. Kerajaan Jepun membuka tawaran untuk program pengajian peringkat sarjana muda dan juga sarjana bagi tahun pengajian 2009.


Program sarjana muda mengambil masa 5 hingga 7 tahun. Ia bermula pada April 2009. Elaun bulanan dianggarkan sebanyak RM4,288. Tawaran dibuka kepada pemohon yang berumur antara 17 hingga 22 tahun yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau O-level. Pemohon juga perlu mahir Bahasa Inggeris.


Program sarjana ialah selama 18 bulan hingga dua tahun. Ia bermula pada April hingga Oktober 2009. Elaun bulanan dianggarkan sebanyak RM5,504. Penerima biasiswa dikecualikan daripada membayar yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran matrikulasi dan yuran kemasukan.


Penerima biasiswa juga mendapat tiket kapal terbang pergi dan balik ke Jepun.


Borang permohonan boleh didapati dari Kedutaan Jepun atau dimuat turun dari laman web http://www.my.emb-japan.go.jp/
Pemohon juga boleh menghantar sampul surat beralamat sendiri beserta setem 50 sen ke Perkhidmatan Maklumat Jepun, Kedutaan Jepun di Nombor 11, Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak, 50450, Kuala Lumpur.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kedutaan berkenaan.

Senarai IPT India Yang Bertaraf Dunia

Menurut senarai THES 2007, University of Delhi, Indian Institute of Technology Bombay dan Indian Institute of Technology Delhi termasuk dalam senarai IPT India yang bertaraf dunia. IPT-IPT lain yang berada di tangga 401-500 terbaik di dunia ialah:

1. University of Calcutta
2. Indian Institute of Technology Kanpur
3. Indian Institute of Technology Madras
4. Indian Institute of Technology Roorkee

Kelebihan IPT-IPT di India ialah kos pengajian dan sara hidup yang rendah.

Senarai penuh IPT-IPT di India boleh didapati di link ini.

Thursday, March 6, 2008

Kursus Ijazah di India sesi 2008/2009

Kerajaan India membuka permohonan untuk pengajian peringkat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan, perubatan, farmasi dan pergigian di IPTA di negara itu untuk sesi 2008/2009. Bidang-bidang lain ialah sains pertanian, sains veterinar, ekonomi, bisnes dan sebagainya. Kerajaan India mengendalikan proses kemasukan kerana tempat yang disediakan amat terhad.

Pemohon untuk program kejuruteraan mestilah mempunyai markah minima 60% dalam matapelajaran fizik, kimia dan matematik di peringkat STPM atau peperiksaan yang setara dengannya. Purata CGPA 2.7 dalam ketiga-tiga matapelajaran memberikan markah 60%.

Pemohon untuk program perubatan, farmasi,pergigian, sains pertanian dan sains veterinar mestilah mempunyai markah minima 60% dalam matapelajaran fizik, kimia dan biologi di peringkat STPM atau peperiksaan yang setara dengannya. Purata CGPA 2.7 dalam ketiga-tiga matapelajaran memberikan markah 60%.

Pemohon untuk program ekonomi, bisnes dan sebagainya mestilah mempunyai markah minima 60% dalam mana-mana matapelajaran yang diambil.

Pemohon-pemohon juga perlu mempunyai markah 50% untuk bahasa Inggeris dalam peperiksaan yang setaraf dengan tahap 10+2 CBSE di India.

Pemohon perlu membiayai sendiri keseluruhan pengajian. Kos pengajian di IPTA di India serta kos sara hidupnya lebih rendah berbanding dengan di negara-negara lain. Pemohon juga mesti memberi jaminan untuk kembali ke Malaysia setelah tamat pengajian. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mac 2008.

Borang permohonan boleh didapati dari laman berikut:
http://www.indianhighcommission.com.my/

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Suruhanjaya Tinggi India,
Bahagian Pendidikan,
No 2 Jalan Taman Duta,
off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur.

Wednesday, March 5, 2008

Mencari Pemimpin

Pemimpin dengan negara umpama seorang lelaki yang menjaga anak yatim.

Apabila lelaki itu kaya, tetapi anak yatim miskin, maka lelaki itu mengeluarkan wangnya untuk menyara kehidupan anak yatim dan dirinya sendiri tanpa menyentuh wang anak yatim sedikitpun.

Apabila lelaki itu kaya dan anak yatim pun kaya, maka lelaki itu mengeluarkan wangnya untuk menyara dirinya sendiri tanpa menyentuh wang anak yatim sedikitpun. Anak yatim menyara kehidupannya sendiri.

Apabila lelaki itu miskin, sedangkan anak yatim kaya, maka dibolehkan lelaki itu mengambil harta anak yatim itu sekadar untuk menyara hidup. Menyara hidup dengan menumpang harta anak yatim bukan bermakna sampai bermewah-mewah. Cukup sekadar boleh makan tengahari nasi berlauk ikan selar kuning dan memakai pakaian yang dibeli di pasar malam. Mana-mana yang terlebih ambil dianggap sebagai memakan harta anak yatim. Sebaliknya, anak yatim menyara kehidupannya sendiri.

Sunday, March 2, 2008

Scholarship Master Sains di The Politecnico di Milano - Pengambilan Kedua 2008/2009

Semua pelajar antarabangsa akan dipertimbangkan secara automatik untuk biasiswa berasaskan merit di The Politecnico di Milano untuk pengambilan kedua sesi 2008/2009 sekiranya mengisi borang permohonan secara online dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum 15 April 2008.
Biasiswa ini meliputi yuran pengajian dan penginapan. Mereka yang berjaya hanya dikenakan yuran pengajian sebanyak 144 Euro sahaja. Kelayakan minima pemohon dari Malaysia ialah ijazah kepujian kelas dua atas.


Program-program yang ditawarkan


Kampus Como


1. Master of Science in Computer Engineering
2. Master of Science in Environmental and Land Use Engineering
3. Master of Science in Management, Economics and Industrial Engineering


Kampus Lecco


1. Master of Science in Civil Engineering
2. Master of Science in Mechanical Engineering


Kampus Milano


1. Master of Science in Engineering of Computing Systems
2. Master of Science in Materials Engineering
3. Master of Science in Product-Service-Systems Design


Tempoh pengajian untuk semua kursus ialah 2 tahun.
Semua program dijalankan dalam bahasa Inggeris.


Laman web : http://www.polimi.it/