Saturday, June 4, 2011

Pemimpin Tentera Mestilah Hebat

Brigedier Jeneral Ravinder Singh menjadi Panglima Tentera Darat Singapura menggantikan Mejar Jeneral Chan Chung Sing pada 25 Mac 2011 yang bersara wajib. Brigedier Jeneral Ravinder Singh mempunyai ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford. Dia juga mempunyai ijazah Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan Teknologi dari Massachusetts Institute of Technology (MIT). Menurut ranking yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds pada tahun 2010, Universiti Oxford ialah universiti keenam terbaik di dunia. Manakala, Massachusetts Institute of Technology (MIT) ialah universiti kelima terbaik di dunia. Amalan melantik pegawai-pegawai tentera yang mempunyai latar belakang akademik dari universiti-universiti terbaik di dunia sangat kurang dijumpai dalam pasukan-pasukan tentera lain di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Filipina.

Wednesday, June 1, 2011

Siapakah Hang Tuah? Adakah Hang Tuah Seorang Cina Atau Melayu?

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.