Tuesday, February 10, 2009

Kisah Raja Yang Mulia

Seorang raja perempuan yang bernama Balqis berkata bahawa raja-raja biasanya akan merosakkan sesebuah negeri. Raja-raja juga menjadikan penduduk-penduduk negeri itu yang mulia menjadi hina. Allah membenarkan perkara itu yang biasanya dilakukan olah raja-raja kepada sesebuah negeri dalam ayat 34, surah An Namlu. Cuma raja-raja seperti Nabi Sulaiman as sahaja yang tidak melakukan seperti perbuatan raja-raja itu. Ayat 35 menerangkan tentang rancangan Balqis yang mahu memberi bermacam-macam projek kepada Nabi Sulaiman as. Tujuannya ialah untuk mengetahui reaksi Nabi Sulaiman as terhadap projek-projek itu. Kata Ibnu Abbas, Balqis menjelaskan kepada rakyatnya bahawa jika Nabi Sulaiman menerima projek-projek itu maka dia cuma seorang raja biasa. Oleh itu, Balqis akan mempersiapkan pasukan tentera untuk memerangi Nabi Sulaiman as. Jika Nabi Sulaiman as tidak menerima projek-projek itu, maka Nabi Sulaiman as sebenarnya ialah seorang nabi. Justeru, Balqis menyeru rakyatnya mengikuti Nabi Sulaiman apabila terbukti dia sebenarnya seorang nabi. Ayat 36 dalam surah yang sama menerangkan tentang utusan-utusan daripada Balqis membawa bermacam-macam projek yang berupa bertan-tan ketulan emas, permata, mutiara dan lain-lain lagi kepada nabi Sulaiman as. Nabi Sulaiman as berkata kepada utusan-utusan itu bahawa mereka tidak sepatutnya menawarkan projek-projek itu kepadanya kerana apa yang telah diberikan oleh Allah swt kepadanya lebih baik berbanding dengan projek-projek itu. Utusan-utusan itu menampilkan sikap materialistik melalui projek-projek yang ditawarkan. Raja-raja seperti Nabi Sulaiman as biasanya tidak terpengaruh dengan projek-projek yang ditawarkan. Menerima projek daripada pihak lain sebenarnya mengundang serangan daripada mereka.

Sunday, February 8, 2009

Menggilirkan Jawatan Menteri Besar Perak

Sekarang ini ramai yang sedang berebut jawatan Menteri Besar Perak. Kalau tidak mahukan Menteri Besar yang dilantik melalui sistem pilihanraya, sistem alternatif boleh juga diperkenalkan. Dalam sistem itu ada Menteri Besar, Menteri Besar Muda, Menteri Besar Dihilir, Menteri Besar Kecil Besar, Menteri Besar Kecil Sulong, Menteri Besar Kecil Tengah dan Menteri Besar Kecil Bongsu. Sistem itu menggilirkan jawatan menteri Besar Perak mengikut kumpulan masing-masing. Cuma sistem itu mempunyai satu kelemahan iaitu orang yang pandai mungkin dapat bypass orang lain untuk menjadi Menteri Besar. Namun sistem itu dilihat adil.