Thursday, January 31, 2008

Upah Mengajar al Qur'an

Hukum mengajar al Qur'an ialah fardhu kifayah. Jika tiada seorangpun yang layak mengajar al Qur'an dalam sebuah kampung maka hukumnya menjadi fardhu ain kepada mereka yang mahir tentang al Qur'an.Ulama berselisih pendapat mengenai mengambil upah mengajar al Qur'an.

Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar al Qur'an secara mutlak. Maka, golongan yang mengajar al Qur'an semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang upah atau balasan atau untung mendapat pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para nabi.

Hasan al Basri, al Sya'bi dan Ibnu Sirin mengatakan harus mengambil upah mengajar al Qur'an jika tidak mensyaratkan upahnya.Golongan yang mengajar al Qur'an tanpa mensyaratkan upahnya harus menerima hadiah apabila diberi. Insya Allah amalan kebajikan mereka tertulis di sisi Allah.

Imam Syafie, Imam Malik dan 'Ata' mengatakan harus mensyaratkan upah mengajar al Qur'an dengan upah yang sah.Golongan yang mengajar al Qur'an dengan mensyaratkan upahnya layak mengambil upahnya. Insya Allah segala amalan baik mereka akan diterima Allah.

Friday, January 25, 2008

Doa Mustajab Kepada Saudara Seagama

Muslim telah merekodkan sebuah hadis daripada Abu Dardak mengenai doa mustajab kepada seorang Islam yang lain. Nabi Muhammad telah berkata bahawa apabila seorang Islam mendoakan seorang Islam yang lain dengan sesuatu kebaikan tanpa diketahui olehnya, seorang malaikat pesuruh akan mengaminkan doa itu. Malaikat itu juga akan memohon kebaikan yang sama kepada orang Islam yang berdoa itu.

Mendoakan sesuatu kebaikan kepada orang Islam yang lain ialah satu perbuatan yang baik. Kita boleh mendoakan supaya diteguhkan iman, dimasukkan ke dalam syurga dan digolongkan bersama orang-orang yang mati syahid, orang-orang salih dan para nabi. Kita juga boleh mendoakan supaya dibanyakkan rezeki saudara kita itu dan diberi rezeki yang berkat. Di antara doa-doa lain ialah supaya disembuhkan dari penyakit, sentiasa dimudahkan segala urusan dan berjaya dalam segala lapangan yang diceburi. Kita berdoa tanpa diketahui oleh mereka. Malaikat akan mengaminkan doa yang dilakukan dengan cara seperti ini. Malaikat itu juga akan memohon supaya kita juga akan mendapat perkara yang sama yang kita doakan kepada saudara kita.

Wednesday, January 23, 2008

Scholarship Master Kejuruteraan Awam di King Abdul Aziz University

Jabatan Kejuruteraan Awam di Universiti King Abdul Aziz mempelawa permohonan untuk program Master (MS) dalam bidang kejuruteraan awam dengan pengkhususan berikut:

1. Structural
2. Construction Management
3. Geo-Technical, Environmental
4. Water Resources
5. Transportation

Pemohon mesti mempunyai CGPA 3.5, markah TOEFL 550 (paper based) dan markah GRE yang baik.

Pemohon-pemohon yang berjaya akan memperolehi perkara-perkara berikut melalui program Graduate Assistantship:

1. Yuran pengajian percuma
2. Elaun bulanan sebanyak 2000 Riyal Saudi
3. Penginapan percuma di dormitori milik universiti

Pemohon-pemohon yang berjaya berpeluang untuk melibatkan diri dalam projek-projek yang dibiayai.

Pemohon-pemohon yang berjaya dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti penyelidikan dan tugas-tugas yang diberikan oleh jabatan. Bantuan kepada pemohon-pemohon bergantung kepada kebolehan untuk mengekalkan pencapaian akademik yang baik. Ia juga bergantung kepada pencapaian dalam bidang penyelidikan melalui sumbangan artikel kepada jurnal-jurnal akademik.

Pemohon-pemohon dikehendaki menghantar perkara-perkara di bawah

1. Salinan transkrip
2. Salinan sijil
3. Salinan keputusan TOEFL dan GRE
4. Senarai rujukan
5. Surat-surat sokongan
6. Sebarang dokumen yang boleh membantu permohonan

kepada alamat emel berikut

engce1@gmail.com atau ce-eng@kau.edu.sa

Alamat surat-menyurat:

Prof. Sabry Ahmed Shihata,
Chairman,
Civil Engineering Department,
College of Engineering,
King Abdulaziz University,
P.O. Box 80204,
Jeddah 21589,
SAUDI ARABIA

No tel: 966-2-6400000 (ext 68138) atau 966-2-695-2488
No faks: 966-2- 695-2179

Laman web: http://engg.kaau.edu.sa/main/HomePage/Page01.html

Motivasi Diri Sendiri

J. Richard Hackman dan Greg R. Oldham mengenalpasti lima faktor yang mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Model ini dikenali sebagai Model Ciri Kerja.

Anda boleh meningkatkan motivasi diri anda sendiri dengan cara-cara berikut:

1. Mempelbagaikan kemahiran

Memperbanyakkan menghadiri latihan dan membaca untuk mempelbagaikan kemahiran. Contohnya, jika anda seorang eksekutif purchasing, anda boleh memahirkan diri anda dengan ISO9001, ISO14001 dan OHSAS18001 supaya dapat melihat kerja daripada dimensi yang berbeza. Anda juga boleh mempelajari tentang tugas orang lain dalam organisasi anda. Ini kerana anda boleh melakukan tugas anda daripada perspektif, kemahiran dan bakat seorang eksekutif operasi atau kualiti misalnya, memberi kesan yang positif kepada tugas anda.

2. Identiti tugas

Melaksanakan sebahagian atau keseluruhan tugas mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Contohnya, anda boleh menawarkan diri anda untuk mengendalikan keseluruhan tugas atau projek jika mampu. Jika tanggungjawab anda hanya meliputi sebahagian daripada tugas, anda boleh memainkan peranan sokongan kepada bahagian-bahagian lain dalam tugas atau projek.

3. Signifikan tugas

Mengetahui sejauh mana tugas memberi kesan kepada hidup atau tugas orang lain mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Contohnya, seorang guru sampai bilapun tidak akan mempunyai produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja apabila niatnya hanya untuk mendapat gaji atau kenaikan melintang. Hasil kerja yang boleh diberikan tidak lebih dari matlamat yang telah ditetapkan. Apabila matlamat bekerja hanya untuk gaji RM2000 sebulan, nilai kerja tidak lebih dari itu. Mereka yang mempunyai matlamat seperti mencapai redha Allah atau untuk membantu anak-anak bangsa (terutama yang yatim) supaya dapat berdikari serta membantu orang lain pula, mempunyai produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja yang sangat tinggi.

4. Autonomi

Kebebasan menggunakan budi bicara sendiri dalam merancang jadual tugas peribadi dan menentukan prosedur untuk melaksanakan tugas mempengaruhi produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja. Tetapi ini sukar dicapai melainkan seseorang itu dapat mempamerkan kebolehan, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi untuk melaksanakan sesuatu tugas. Kebolehan, kemahiran dan pengetahuan boleh diperbaiki dengan menghadiri latihan dan banyak membaca. Seseorang pekerja itu juga dapat memperbaiki kebolehan dan kemahiran bekerja dengan bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa memperbaiki cara kerja.

5. Maklumat balas

Sentiasa dapatkan maklumat balas kepada setiap kerja yang anda lakukan daripada ketua atau rakan sekerja anda. Contohnya, "tolong hubungi saya pada talian 0X-8XXX XXXX sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai hal sekian-sekian."

Tuesday, January 22, 2008

Mengancam Sikaya Yang Tidak Mahu Membantu Pelajar

Bukhari dan Muslim telah merekodkan tentang hadis daripada Abu Hurairah mengenai kata-kata Nabi Muhammad bahawa Allah tidak akan bercakap-cakap dengan tiga ketegori manusia pada hari kiamat nanti. Malah Allah langsung tidak mahu melihat mereka dan tidak akan mengampun dosa mereka. Sebaliknya Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang berat.


Kategori pertama


Orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di padang pasir atau di suatu kawasan yang tandus tetapi dia tidak mahu memberi air kepada para pengembara yang sudah putus bekalan air.


Kategori kedua


Orang yang menawar harga suatu produk atau perkhidmatan selepas waktu asar sambil bersumpah dengan nama Allah yang dia akan membelinya pada harga tertentu. Penjual mempercayai janji itu walaupun dia tiada langsung niat untuk membelinya.


Kategori ketiga


Orang mengundi, memilih atau melantik pemimpin hanya kerana tujuan material. Dia hanya akan melakukan kewajibannya apabila orang yang dipilihnya itu menunaikan janji meterialistiknya. Dia tidak akan mematuhi jika tidak mendapat sebarang habuan materialistik.


Orang-orang yang banyak harta mampu membina mahligai yang besar lagi indah serta memiliki kereta mewah dari jenama terkenal. Mereka boleh membawa kaum keluarga serta rakan-rakan untuk bercuti di luar negara setiap tahun. Mereka boleh membeli pakaian dan perhiasan serba mewah lagi berjenama. Akan tetapi, golongan pelajar perlu dibantu dari pelbagai sudut. Bantuan kepada mereka sangat berharga pada hari akhirat nanti.

Sunday, January 20, 2008

Scholarship Peringkat Master di Curtin University of Technology

Nama biasiswa : Curtin International Research Tuition Scholarship (CIRTS)

Jenis biasiswa : Berasaskan merit, terbuka kepada semua kerakyatan selain Australia dan New Zealand

Bilangan biasiswa : 30

Tarikh tutup : 31 Ogos 2008
Bidang penyelidikan : Semua bidang dari Curtin Business School, Division of Health Science, Division of Humanities dan Division of Science and Engineering

Tarikh mula program : 2009

Biasiswa ini untuk program peringkat master melalui penyelidikan.

Biasiswa meliputi yuran pengajian selama dua tahun dan elaun sara hidup sekurang-kurangnya AUD20,000 setahun.

Alamat surat menyurat:

Office of Research & Development
Curtin University of Technology
GPO Box U1987
PERTH WA 6845
Australia

Telephone: (08) 9266 4905

Fax: (08) 9266 3793

Scholarship Peringkat Master Sains di Technical University of Eindhoven

ASML ialah sebuah syarikat Belanda yang mempunyai kepakaran dalam bidang semikonduktor. Setiap tahun ASML menawarkan sebanyak 40 biasiswa peringkat Master of Science di Technical University of Eindhoven dalam bidang berikut:

1. Applied Physics
2. Systems and Control
3. Mechanical Engineering
4. Computer Science & Engineering
5. Embedded Systems
6. Electrical Engineering
7. Industrial and Applied Mathematics
8. Business Information Systems

Tempoh pengajian ialah selama dua tahun. Biasiswa meliputi yuran pengajian, kos sara hidup dan belanja-belanja lain. Pemegang biasiswa dikehendaki bekerja dengan syarikat ASML selama tiga tahun selepas tamat pengajian.

Syarat asas ialah mempunyai GPA sekurang-kurangnya 3.0 dan TOEFL 550 (paper based) atau IELTS 6.0. Syarat lain ialah mematuhi kriteria visa Belanda dan tidak dibiayai oleh sebarang organisasi lain. Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Mac 2008. Permohonan yang sampai sebelum tarikh itu akan dinilai secara automatik untuk biasiswa ASML. Lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan semasa memohon boleh dirujuk di alamat ini:

http://w3.tue.nl/en/services/stu/master_admission/application_on_paper/

Alamat surat menyurat:

Techniche Universiteit Eindhoven,
STU / Admissions Office – Master Programs,
P.O. Box 513,
5600 MB Eindhoven,
Netherlands.

No telefon: +31 (0)40 247 8015
No fax: +31 (0)40 244 1692
Laman web: http://w3.tue.nl/en/
Alamat emel: io@tue.nl

Laman web untuk permohonan secara online:
https://phobos.tue.nl/tmo-cgi/tmodag/index.opl

Borang permohonan untuk memohon secara manual boleh didapati di alamat berikut:
http://w3.tue.nl/en/services/stu/master_admission/application_on_paper/

Wednesday, January 16, 2008

Senarai IPT Jerman Yang Bertaraf Dunia

IPT Jerman bertaraf dunia berdasarkan senarai THES 2007

1. Ruprecht Karl University of Heidelberg
2. Ludwig Maximilian University of Munich
3. Technical University of Munich
4. Humboldt University of Berlin
5. Eberhard Karls University of Tübingen
6. Albert Ludwigs University of Freiburg (University of Freiburg)
7. Free University of Berlin
8. University of Stuttgart
9. Georg-August University of Göttingen
10. University of Karlsruhe
11. RWTH Aachen University (Aachen University of Technology)
12. Technical University of Berlin
13. Johann Wolfgang Goethe-University of Frankfurt
14. University of Hamburg
15. Darmstadt University of Technology
16. Dresden University of Technology
17. University of Ulm
18. Friedrich Alexander University of Erlangen Nuremberg
19. Julius-Maximilians University of Würzburg
20. University of Bonn (Rheinische Friedrich-Wilhelms-University of Bonn)
21. University of Leipzig
22. University of Konstanz
23. University of Bielefeld
24. Heinrich Heine University of Düsseldorf
25. Friedrich Schiller University of Jena
26. University of Cologne
27. Johannes Gutenberg University of Mainz
28. Ruhr University Bochum
29. University of Münster
30. University of Marburg
31. Saarland University
32. University of Bremen
33. Leibniz University Hannover (Gottfried Wilhelm Leibniz University Hannover)
34. Technical University at Braunschweig
35. University of Kiel
36. University of Mannheim
37. Martin Luther University of Halle-Wittenberg

What is kept in a store?

The functions in a store is similar to those in a warehouse. A store normally contains the following:

1. finished goods
2. raw materials
3. component parts
4. work in process items
5. packaging materials
6. repair parts
7. maintenance materials
8. tools
9. gauges
10.jigs

The items kept in a store differ among organisations. The size and the complexity of the operation of an organisation influence the extent of the value and the types items kept by a store. A large manufacturing facility, for example, will have several different stores according to functional areas in the organisation. The logistic department will handle finished goods store. In much the same way, the maintenance department will keep repair parts, maintenance materials, tools, gauges and jigs in its store. The concept of operating a store is the same no matter what the store keeps. Thus, a person with an ample experience handling a raw material store will be able to adapt to a finished goods store environment quite easily.

Tuesday, January 15, 2008

Scholarship Peringkat Master di King Saud University

Universiti Al Malik Saud, Arab Saudi menawarkan beberapa tempat untuk penyelidik sepenuh masa di dalam bidang sains komputer, sistem maklumat dan kejuruteraan komputer di Kolej Komputer dan Sains Informasi (CCIS) di universiti itu.

Universiti Al Malik Saud menganugerahkan biasiswa untuk program Master Sains kepada mereka yang berjaya.

Universiti Al Malik Saud mengkehendaki calon-calon yang berjaya untuk mengajar kursus-kursus peringkat ijazah pertama. Walau bagaimanapun, beban kerja cuma di sekitar 15 jam seminggu supaya calon-calon dapat menumpukan lebih masa kepada kerja-kerja menyelidik.

Bidang penyelidikan di CCIS termasuk:

1. Software Engineering
2. Database Systems
3. Distributed Systems
4. Image Processing
5. Simulation & Modeling
6. Artificial Intelligence
7. Arabic Computational Linguistics
8. Object Oriented Technologies
9. Networks & Internet Technologies
10.Computer Architecture & VLSI
11.Computer Security
12.E-business / ERP Systems

Syarat asas ialah ijazah sarjana muda dalam bidang sains komputer, kejuruteraan komputer atau bidang yang berkaitan. Calon-calon mestilah mahir berbahasa Inggeris dan mempunyai rekod akademik atau penyelidikan yang baik dan berpotensi untuk membangunkan kerjaya dalam bidang penyelidikan.

Pemohon perlu menghantar surat permohonan, curriculum vitae, transkrip peperiksaan, resume dan butir-butir tiga rujukan kepada alamat e-mel berikut DEAN_CCIS@ccis.ksu.edu.sa

Alamat-surat menyurat ialah:

Dean of College of Computer & Information Sciences,
P.O. Box 51178,
Riyadh 11543,
Saudi Arabia

Laman web: http://www.ccis.edu.sa/scholar.htm

Friday, January 11, 2008

IPT Jerman Untuk Pelajar Malaysia

Negeri Baden-Württemberg


Albert Ludwigs University of Freiburg (University of Freiburg)
Eberhard Karls University of Tübingen
Esslingen University of Applied Sciences
Freiberg University of Mining and Technology
Karlsruhe University of Applied Sciences
Konstanz University of Applied Sciences
Mannheim University of Applied Sciences
Offenburg University of Applied Sciences
Ravensburg University of Cooperative Education
Reutlingen University
Ruprecht Karl University of Heidelberg
University of Applied Sciences Furtwangen
University of Applied Sciences Stuttgart
Universität Karlsruhe
University of Konstanz
University of Mannheim
University of Stuttgart
University of Ulm


Negeri Bavaria


Augsburg University of Applied Sciences
Coburg University of Applied Sciences
Deggendorf University of Applied Sciences
Friedrich Alexander University of Erlangen Nuremberg
Hof University of Applied Sciences
Ludwig Maximilian University of Munich
Munich University of Applied Sciences
Technical University of Munich
University of Augsburg
University of Bamberg
University of Passau
University of Würzburg (Julius-Maximilians-Universität Würzburg)
Weihenstephan University of Applied Science


Negeri Berlin


Free University of Berlin
Humboldt University of Berlin
Technical University of Berlin


Negeri Brandenburg


Brandenburg Technical University
University of Potsdam
Viadrina European University
Wildau University of Applied Sciences


Negeri Bremen


University of the Arts Bremen
University of Bremen


Negeri Hamburg


Hamburg University of Applied Sciences
Technische Universität Hamburg-Harburg (Hamburg University of Technology)
University of Hamburg


Negeri Hesse


Darmstadt University of Applied Sciences
Darmstadt University of Technology
Frankfurt University of Applied Sciences
Fulda University of Applied Science
Johann Wolfgang Goethe-University of Frankfurt
University of Marburg


Negeri Lower Saxony


Carl von Ossietzky University of Oldenburg
Clausthal University of Technology
Georg-August University of Göttingen
Leibniz University Hannover (Gottfried Wilhelm Leibniz University Hannover)
Technical University at Braunschweig
University of Hildesheim
University of Osnabrück


Negeri Mecklenburg-Western Pomerania


Ernst Moritz Arndt University of Greifswald
University of Rostock


Negeri North Rhine-Westphalia


Aachen University of Applied Sciences
Bielefeld University
Bielefeld University of Applied Sciences
Dortmund University of Applied Sciences
Düsseldorf University of Applied Sciences
Heinrich Heine University of Düsseldorf
Iserlohn University of Applied Sciences
Ruhr University Bochum
RWTH Aachen University (Aachen University of Technology)
Technical University of Dortmund
University of Bonn (Rheinische Friedrich-Wilhelms-Universität Bonn)
University of Cologne
University of Duisburg-Essen
University of Münster
University of Paderborn


Negeri Rhineland-Palatinate


Bingen University of Applied Sciences
Johannes Gutenberg University of Mainz
Trier University of Applied Sciences
University of Kaiserslautern
University of Koblenz-Landau
University of Trier


Negeri Saarland


Saarland University


Negeri Saxony


Chemnitz University of Technology
Dresden University of Technology
Freiberg University of Mining and Technology
Neisse University
University of Leipzig
West Saxon University of Applied Sciences of Zwickau
Zittau University of Applied Sciences


Negeri Saxony-Anhalt


Martin Luther University of Halle-Wittenberg
Otto von Guericke University of Magdeburg
University of Merseburg


Negeri Schleswig-Holstein


Flensburg University of Applied Sciences
Lübeck University of Applied Sciences
University of Flensburg
University of Kiel


Negeri Thuringia


Friedrich Schiller University of Jena
Jena University of Applied Sciences
Technical University of Ilmenau
University of Erfurt

Thursday, January 10, 2008

Kos Pendidikan Peringkat Bachelor di IPT Jerman

Yuran pengajian

Yuran pengajian percuma di IPTA di negeri Berlin, Brandenburg, Mecklenburg-Western Pomerania, Saxony, Saxony-Anhalt, Schleswig-Holstein dan Thuringia.

IPTA di negeri Baden-Württemberg, Bavaria, Bremen, Hamburg, Hesse, Lower Saxony, North Rhine-Westphalia, Rhineland-Palatinate dan Saarland mengenakan yuran pengajian sebanyak 500 Euro setiap semester.

Yuran pentadbiran

Yuran pentadbiran percuma di IPTA di negeri Hamburg, North Rhine-Westphalia, Rhineland-Palatinate, Saarland, Saxony, Saxony-Anhalt, Schleswig-Holstein dan Thuringia. IPTA di negeri Baden-Württemberg, Bavaria, Berlin, Brandenburg, Bremen, Hesse, Mecklenburg-Western Pomerania dan Lower Saxony mengenakan yuran pentadbiran sebanyak 50 Euro setiap semester.

Yuran jangka panjang (untuk mereka yang menamatkan pengajian melebihi masa yang ditetapkan)

Yuran jangka panjang percuma di IPTA di negeri Berlin, Brandenburg, Mecklenburg-Western Pomerania, Saxony dan Schleswig-Holstein. IPTA di negeri Baden-Württemberg, Bavaria, Bremen, Hamburg, Hesse, Rhine-Westphalia, Rhineland-Palatinate, Saarland, Saxony-Anhalt dan Thuringia mengenakan yuran jangka panjang sebanyak 800 Euro setiap semester.

Yuran enrolmen atau sumbangan semester

Yuran enrolmen atau sumbangan semester sebanyak 50 Euro hingga 250 Euro bergantung kepada IPTA atau negeri. Kadang-kadang, caj tinggi kerana ia termasuk kos tambang perjalanan.

Kos sara hidup

Purata kos sara hidup di Jerman ialah 700 Euro sebulan. Kos ini merangkumi sewa bilik (250 Euro), makan (160 Euro), pakaian (60 Euro), tambang (86 Euro), insurans kesihatan (60 Euro), telefon/internet/TV (50 Euro) dan bahan pengajian (37 Euro). Di bandar-bandar besar, kos sewa bilik di sekitar 300 Euro sebulan. Di bandar-bandar kecil, kos sewa bilik mungkin serendah 180 Euro sebulan. Kos sara hidup boleh dikurangkan jika pandai menjimatkan kos.

Bekerja sambil belajar

Satu cara untuk menambah pendapatan ialah dengan bekerja sambil belajar. Visa membenarkan pelajar bekerja selama 90 hari atau 3 bulan dalam setahun. Kadar upah untuk sejam ialah di antara 9.50 Euro hingga 13.50 Euro. Kadar upah bergantung kepada firma atau skil pekerja.

Wednesday, January 9, 2008

Cerita Bos Mengedit Laporan

Apabila menulis laporan, perkara-perkara yang sensitif kepada organisasi perlu dijauhi. Kandungan dan format laporan perlu sesuai dengan pembaca. Kandungan laporan perlu sesuai dengan tujuan asal laporan ditulis. Justeru, bos perlu melatih pekerja supaya mahir menulis laporan. Ini kerana bos bertanggungjawab sepenuhnya ke atas laporan yang dihasilkan. Untuk mendapatkan laporan yang berkualiti, bos akan mengedit setiap laporan. Kerja mengedit laporan sebenarnya memperbaiki skil pekerja menulis laporan.

Bos bertanggungjawab melatih pekerja, termasuk untuk menulis laporan. Bos boleh melatih sendiri atau menghantar pekerja menghadiri kursus. Bos boleh mengendalikan kursus di premis sendiri dengan mengambil trainer dari luar organisasi. Jika mampu, bos juga boleh menghantar pekerja berkursus di tempat lain. Walau bagaimanapun, kursus perlu menepati objektif yang dikehendaki. Bos perlu menilai tahap skil pekerja sebelum dan sesudah menghadiri kursus. Tujuan menilai skil menulis laporan ialah untuk menentukan sama ada kursus yang dikendalikan berkesan atau tidak. Jika berkesan, bos boleh mengaturkan kursus yang sama untuk pekerja-pekerja lain.

Bos menghantar pekerja untuk menghadiri kursus menulis laporan. Tujuan bos menghantar pekerja menghadiri kursus ini ialah untuk memperbaiki skil pekerja menulis laporan. Bos tidak yakin untuk melatih sendiri pekerja menulis laporan. Bos tidak mahir menulis laporan. Apabila bos menulis laporan, ejaan selalu salah. Susunan ayat yang digunakan lintang-pukang. Lagipun bos tidak mempunyai masa untuk memperbaiki skil menulis laporan. Bos mempunyai banyak kerja lain yang perlu dibereskan. Jadual harian bos memang ketat.

Kursus menulis laporan sudah tamat. Pekerja kembali ke unitnya untuk menyambung tugas. Pekerja menyiapkan laporan seperti biasa. Kali ini laporan yang dihasilkan jauh lebih bermutu berbanding dengan sebelum menghadiri kursus. Skil pekerja menulis laporan sudah bertambah. Pekerja ialah peserta cemerlang semasa kursus. Tetapi, bos belum juga berubah. Dia masih di takuk lama. Bos suka meminda setiap perkara di dalam laporan yang diserahkan kepadanya. Bos tidak memberi sedikit ruang pun kepada pekerja untuk berbincang tentang pindaan yang dilakukan. Ini menambah rasa jengkel di dalam hati pekerja.

Tuesday, January 8, 2008

Scholarship Peringkat Master of Science di The Politecnico di Milano Bagi Sessi 2008 / 2009

Semua pelajar antarabangsa akan dipertimbangkan secara automatik untuk biasiswa berasaskan merit di The Politecnico di Milano Untuk Sessi 2008/2009 sekiranya:
1. mengisi borang permohonan secara online sebelum 15 Januari 2008
2. menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum 30 Januari 2008
Biasiswa ini meliputi yuran pengajian dan penginapan. Mereka yang berjaya hanya dikenakan yuran pengajian sebanyak 144 Euro. Kelayakan minima pemohon dari Malaysia ialah ijazah kepujian kelas dua atas.
Program-program yang ditawarkan
Kampus Como
Kampus Lecco
Kampus Milano
Tempoh pengajian untuk semua kursus ialah 2 tahun.
Semua program dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Saturday, January 5, 2008

Membantu Penuntut Ilmu

Golongan penuntut ilmu sentiasa memerlukan berbagai jenis bantuan. Jenis bantuan yang diperlukan termasuklah yuran, pakaian, tempat tinggal, tambang perjalanan, buku-buku nota serta rujukan, alat tulis, belanja makan dan sebagainya. Islam menggalakkan supaya membantu mereka yang menuntut ilmu, terutama sekali ilmu agama. Di antara rahsia murah rezeki ialah membantu penuntut ilmu dengan ikhlas.

Tirmizi dan Al Hakim telah merekodkan sebuah hadis daripada Malik bin Anas tentang dua orang saudara yang hidup pada zaman Nabi Muhammad. Seorang sahabat memiliki pekerjaan. Dia bekerja keras mencari rezeki sambil membantu saudaranya. Saudaranya itu tidak bekerja. Sebaliknya dia sering menghadiri kelas-kelas yang dikendalikan oleh Nabi Muhammad.

Sahabat itu datang berjumpa Nabi Muhammad tentang saudaranya yang hanya menghabiskan masa untuk belajar. Dia tidak setuju dengan sikap saudaranya yang terlalu bergantung kepadanya.

Kemudian Nabi Muhammad memberitahu sahabat tadi tentang rezekinya. Mungkin sahabat itu mendapat rezeki dengan sebab membantu saudaranya yang menuntut ilmu. Dia perlu menganggap rezeki yang diterima bukanlah dari usahanya seratus peratus. Dia perlu menyedari bahawa Allah menambah rezekinya kerana dia membantu saudaranya menuntut ilmu agama.

Ibnu Mubarak suka membantu orang lain. Dia menganggap bahawa ilmu ialah perkara yang terpenting selepas nabi. Apabila menghulurkan bantuan, dia memberi prioriti kepada golongan penuntut ilmu.