Sunday, March 15, 2009

Biasiswa Monbukagakusho Sesi 2010

Biasiswa Monbukakagusho ialah biasiswa tajaan kerajaan Jepun. Kerajaan Jepun membuka tawaran untuk program pengajian peringkat sarjana muda dan juga sarjana bagi tahun pengajian 2010.

Program sarjana muda mengambil masa 5 hingga 7 tahun. Ia bermula pada April 2010. Elaun bulanan dianggarkan sebanyak RM4,500. Tawaran dibuka kepada pemohon yang berumur antara 17 hingga 22 tahun pada 1 April 2009 yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau O-level. Pemohon juga perlu mahir Bahasa Inggeris.

Program sarjana ialah selama 18 bulan hingga dua tahun. Ia bermula pada April atau Oktober 2010. Elaun bulanan dianggarkan sebanyak RM6,000. Penerima biasiswa dikecualikan daripada membayar yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran matrikulasi dan yuran kemasukan.

Penerima biasiswa juga mendapat tiket kapal terbang pergi dan balik ke Jepun.
Borang permohonan boleh didapati dari Kedutaan Jepun atau dimuat turun dari laman web http://www.my.emb-japan.go.jp/Pemohon juga boleh menghantar sampul surat beralamat sendiri beserta setem 50 sen ke Perkhidmatan Maklumat Jepun, Kedutaan Jepun di Nombor 11, Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak, 50450, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kedutaan berkenaan

Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2008

1. Biasiswa Shell Malaysia

Tarikh tutup : 31 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati http://www.shell.com.my/

2. Program Biasiswa Khazanah

Keterangan lanjut, lawati http://www.khazanah.com.my/

3. Permohonan Tajaan JPA dan MARA

Tarikh tutup : 18 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati http://www.jpa.gov.my/ dan http://www.mara.gov.my/

4. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2009

Tarikh tutup : 22 Mac 2009
Mohon secara online melalui http://yayasan.tnb.com.my/sam

5. Securities Commission Malaysian Scholarship Award

Tarikh tutup : 25th March 2009
Keterangan lanjut, lawati http://www.sc.com.my/

6. Biasiswa Yayasan TM 2009

Tarikh tutup : 22 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati http://ytm.tm.com.my/

7. Biasiswa Bank Negara 2009

Tarikh tutup : 18 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati http://www.bnm.gov.my/

8. Yayasan Sime Darby Scholarship Award 2009

Tarikh tutup : 20 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati www.simedarby.com/scholarships

9. Biasiswa PETRONAS

Tarikh tutup : 17 Mac 2009
Keterangan lanjut, lawati http://spmonline.petronas.com.my/

10. Untuk biasiswa/bantuan pendidikan lain rujuk http://malaysia-scholarship.net/