This blog happens to be the blog about the world that surrounds me and the things that exist around me.
Friday, April 20, 2012
Interaksi Orang Melayu di Pahang Dengan Orang Jakun
Menurut Logan (1848) dan Balfour (1871), salah satu hobi Orang Melayu di Pahang ialah memburu Orang Jakun. Dalam hutan Pahang terdapat banyak puak Jakun. Mereka ini berkulit putih. Selalunya, Orang Melayu masuk ke hutan secara berpasukan. Orang Jakun yang berjaya ditangkap akan dibawa ke Pahang atau ke siam untuk dijual. Harga yang ditawarkan ke atas Orang Jakun ini sangat tinggi kerana warna kulit mereka.
Sunday, April 15, 2012
Faktor-faktor Kejatuhan Melaka ke Tangan Portugis
Faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis adalah seperti berikut (Schwartz, 1994)
1. Kematian Bendahara Sri Maharaja
2. Kesilapan Sultan Mahmud.
Dengan terbunuhnya Bendahara Sri Maharaja di atas perintah Sultan Mahmud sendiri, Melaka kehilangan seorang pakar strategi yang cekap. Sultan Mahmud tidak menyediakan pengganti yang berwibawa untuk mengendali hal ehwal pemerintahan Melaka.
3. Cara Tentera Portugis menggunakan senjata api lebih efektif. Sultan Mahmud juga menggunakan meriam. Tetapi penggunaan meriam di kalangan Orang Melaka lebih untuk menakut-nakutkan musuh dan bukannya untuk membunuh. Teknik dan disiplin dalam penggunaan senjata api lebih baik di kalangan Tentera Portugis.
4. Polarisasi agama di antara penduduk Asia Tenggara dengan Orang Portugis hanya bermula selepas tahun 1550. Ini bermakna peperangan Orang Melaka dengan Orang Portugis lebih berasaskan kepentingan kebendaan semata-mata. Tema jihad hanya bermula selepas tahun 1550.
5. Maksiat berleluasa di Melaka. Salah satu contoh ialah pembunuhan Bendahara Sri Maharaja secara zalim.
6. Terdapat Orang Melayu dan Orang Islam sendiri yang membantu Portugis
Monday, April 9, 2012
Harta Rampasan Alfonso D'Albuqurque di Melaka Tahun 1511
Ketika Alfonso D'Albuqurque menawan Melaka pada tahun 1511, dia telah memperolehi 9000 pucuk meriam pelbagai jenis dan wang emas yang nilainya pada hari ini melebihi RM550 juta. Satu perlima dari wang emas itu diberikan kepada Raja Portugal (Muller, 1878). Namun, jika wang emas itu kekal sehingga hari ini, ia akan habis tergadai juga. Nasib wang emas itu tidak akan lebih baik dari nasib wang RM250 juta yang diberi pinjam kepada NFC. Wang emas itu mungkin juga akan digunakan untuk majlis pertunangan keluarga PM atau membeli belah barangan berjenama. Satu persoalan di sini ialah kenapa Alfonso D'Albuqurque memberi satu perlima dari wang emas itu kepada Raja Portugal. Tidakkah ia sama kadarnya dengan jumlah ghanimah melalui peperangan yang menjadi bahagian Nabi Muhammad?
Sunday, April 1, 2012
Gempa Bumi Mersing 29 Mac dan Lynas
Satu gempa bumi yang berukuran 3.2 pada skala Richter dikesan berlaku Mersing, Johor pada pukul 9.43 29 Mac 2012. Gempa itu dikatakan berpusat di 16km timur laut dari Mersing.
Mersing tidak jauh dari kilang Lynas. Katakan pusat gempa itu berpusat di sekitar Gebeng pada skala lebih besar, bayangkan debu radioaktif bertaburan sehingga Kuala Terengganu dan Segamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)