Sunday, May 17, 2009

Biasiswa Master Dan PhD di Jepun



Asia Japan Alumni International dan The Japan Graduates Association Of Malaysia (JAGAM) menawarkan biasiswa Master dan PhD kepada mereka yang layak.

Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang berumur 35 tahun ke bawah dan memulakan pengajian pada kemasukan April 2010.

Mereka yang tidak boleh berbahasa Jepun akan diberi elaun untuk mengikuti kursus bahasa Jepun secara intensif sebelum memulakan program master atau PhD.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2009. Keterangan lanjut dan borang permohonan, boleh menghubungi talian 03-7877 4312 atau mengirim e-mel kepada jagamkl@gmail.com. Laman web JAGAM ialah www.jagam.org.my.

Alamat JAGAM:

Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM)
No. 88, Jalan SS2/4,
47300 Petaling Jaya,
Selangor,
Malaysia

No faks: 03-7787 4311

1 comment:

SueShilla said...

salam, saya nak tnya, kalau saya nak buat master april 2011, bila boleh apply? terima kasih.harap dapat respon