Wednesday, May 2, 2018

BN dan PAS Melupakan Orang Asli?


Pada 2 Mei 2013, saya telah menulis tentang BN dan UMNO Melupakan Orang Asli?  Pada PRU 14 kali ini, PH melakukan perubahan besar dengan meletakkan Tuan Nasir Dollah untuk bertanding di N45 DUN Galas. Tuan Nasir Dollah ialah calon Orang Asli pertama yang bertanding untuk Dewan Undangan Negeri Kelantan. Buat kali pertama dalam sejarah DAP selama 52 tahun, calon Orang Asli diletakkan untuk mewakili DAP dalam PRU. PH menawarkan sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Menteri dilantik dari kalangan Orang Asli untuk melaksanakan masterplan demi tingkatkan kedudukan dan taraf Orang Asli. 


BN juga tidak mahu ketinggalan. Ia berjanji untuk menyelesaikan tuntutan tanah adat Orang Asli jika berjaya mentadbir negeri ini pada PRU 14. Ia juga mahu membina jalan perhubungan berturap ke setiap perkampungan Orang Asli di negeri Kelantan.

PAS pula tidak tahu apa yang sebenarnya dimahukan oleh Orang Asli.

No comments: