Friday, March 14, 2008

Biasiswa Monbukakagusho Kini Dibuka

Biasiswa Monbukakagusho ialah biasiswa tajaan kerajaan Jepun. Kerajaan Jepun membuka tawaran untuk program pengajian peringkat sarjana muda dan juga sarjana bagi tahun pengajian 2009.


Program sarjana muda mengambil masa 5 hingga 7 tahun. Ia bermula pada April 2009. Elaun bulanan dianggarkan sebanyak RM4,288. Tawaran dibuka kepada pemohon yang berumur antara 17 hingga 22 tahun yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau O-level. Pemohon juga perlu mahir Bahasa Inggeris.


Program sarjana ialah selama 18 bulan hingga dua tahun. Ia bermula pada April hingga Oktober 2009. Elaun bulanan dianggarkan sebanyak RM5,504. Penerima biasiswa dikecualikan daripada membayar yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran matrikulasi dan yuran kemasukan.


Penerima biasiswa juga mendapat tiket kapal terbang pergi dan balik ke Jepun.


Borang permohonan boleh didapati dari Kedutaan Jepun atau dimuat turun dari laman web http://www.my.emb-japan.go.jp/
Pemohon juga boleh menghantar sampul surat beralamat sendiri beserta setem 50 sen ke Perkhidmatan Maklumat Jepun, Kedutaan Jepun di Nombor 11, Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak, 50450, Kuala Lumpur.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kedutaan berkenaan.

No comments: