Thursday, March 6, 2008

Kursus Ijazah di India sesi 2008/2009

Kerajaan India membuka permohonan untuk pengajian peringkat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan, perubatan, farmasi dan pergigian di IPTA di negara itu untuk sesi 2008/2009. Bidang-bidang lain ialah sains pertanian, sains veterinar, ekonomi, bisnes dan sebagainya. Kerajaan India mengendalikan proses kemasukan kerana tempat yang disediakan amat terhad.

Pemohon untuk program kejuruteraan mestilah mempunyai markah minima 60% dalam matapelajaran fizik, kimia dan matematik di peringkat STPM atau peperiksaan yang setara dengannya. Purata CGPA 2.7 dalam ketiga-tiga matapelajaran memberikan markah 60%.

Pemohon untuk program perubatan, farmasi,pergigian, sains pertanian dan sains veterinar mestilah mempunyai markah minima 60% dalam matapelajaran fizik, kimia dan biologi di peringkat STPM atau peperiksaan yang setara dengannya. Purata CGPA 2.7 dalam ketiga-tiga matapelajaran memberikan markah 60%.

Pemohon untuk program ekonomi, bisnes dan sebagainya mestilah mempunyai markah minima 60% dalam mana-mana matapelajaran yang diambil.

Pemohon-pemohon juga perlu mempunyai markah 50% untuk bahasa Inggeris dalam peperiksaan yang setaraf dengan tahap 10+2 CBSE di India.

Pemohon perlu membiayai sendiri keseluruhan pengajian. Kos pengajian di IPTA di India serta kos sara hidupnya lebih rendah berbanding dengan di negara-negara lain. Pemohon juga mesti memberi jaminan untuk kembali ke Malaysia setelah tamat pengajian. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mac 2008.

Borang permohonan boleh didapati dari laman berikut:
http://www.indianhighcommission.com.my/

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Suruhanjaya Tinggi India,
Bahagian Pendidikan,
No 2 Jalan Taman Duta,
off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur.

No comments: