Saturday, April 19, 2008

Belajar Perubatan di Mesir Sesi 2008

Calon-calon dipelawa untuk memohon tempat untuk memasuki kursus perubatan peringkat ijazah pertama di Mesir bagi sesi 2008 di universiti-universiti berikut:

1. Universiti Al Azhar
2. Universiti Tanta
3. Universiti Zagazig

Pengajian mengambil masa selama 6 tahun. Pengajian dijalankan dalam bahasa Inggeris. Yuran pengajian tahun pertama ialah USD2000. Yuran kemasukan ialah RM7000. Kos sara hidup ialah RM350 sebulan. Penganjur akan membantu memperolehi pinjaman daripada bank-bank terpilih untuk pemohon-pemohon yang berjaya.

Syarat kelayakan asas ialah mempunyai SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 dalam subjek Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Moden dan Matematik Tambahan.

Untuk keterangan lanjut, hubungi

Prof. Dr Razali Nawawi
Akademi Al Qur'an Medic Malaysia,
No 7, Jalan 2/1D,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-89262797/013-3690263/012-3725353

8 comments:

Abi Ummi Ammu said...

yuran universiti yang dinyatakan tak betul. Beza antara univ tanta, zagzig dan azhar dari segi yuran.

setakat ni penghantaran pelajar ke sini melalui agensi2 lebih kepada base on perniagaan dengan berdasarkan kepada 'nak bantu orang melayu dan islam'....

harap info yang diberikan lebih tepat, kalau nak datang ke sini jugak lalu la prosedur yang betul, dan pastikan student yang nak datang jelas dengan maklumat pengajian di sini.

yuran... kos hidup dll, kami tak nak ramai lagi bangsa melayu tertipu

6th year cairo university

Public opinion said...

Bolehkah tuan abi ummi ammu menghantar analisa yuran kursus perubatan sebenar di Al Azhar, Tanta dan Zagazig serta bagaimana hendak memohon secara terus tanpa perantaraan ejen. Tujuan utama ialah untuk memudahkan bakal-bakal pelajar yang adventurous menyambung pelajaran di situ. Tujuan lain ialah untuk membuat pembetulan di blog saya. Yuran di Kaherah, Ain Shams dan lain-lain sangat dialu-alukan. Saya juga berminat untuk mengetahui kos sara hidup dan belanja-belanja lain yang perlu bagi setahun.

Abi Ummi Ammu said...

sebenarnya ada perbezaan yuran antara kursus pengajian G to G dengan MoU.

ringkasnya kos di al-azhar untuk matrikulasi adalah 3000 pound sterling, seterusnya 1500 pound setiap tahun dari tahun 1 hingga thn 6. Pengajian adalah 7 tahun. Jumlah kos yuran dlm 12 000 pound sterling lebih kurang dalam RM 80 000 (rujuk nilai semasa Pound Sterling)

di zagzig USD 8000 setiap tahun selama 6 tahun (jumlah keseluruhan adalah USD 48 000 = RM 153 600)

di tanta USD 7000 setiap tahun selama 6 tahun ( USD 42 000)

setakat maklumat hari ini,dan mungkin akan ada perubahan.

nilai yuran dlm matawang pound dan USD sebagaimana yang dinyatakan.

cara nak mohon secara sah melalui JPA atau MARA, sekiranya calon persendirian permohonan kena lalu KPT dan Jabatan Penuntut malayisa Kaherah (JPMK).

ini secara umum sahaja...detail boleh lah hubungi JPMK.

Public opinion said...

Tuan Abi Ummi Ammu,

Terimakasih di atas maklumat yang diberikan.

Kita berharap semoga lebih ramai pelajar-pelajar kita lebih advencer untuk menimba ilmu dan pengalaman di luar negara.

Majoriti masyarakat belum berminat untuk menghantar anak-anak menimba ilmu dan pengalaman di luar negara dengan sumber sendiri.

Ada yang mampu membeli Toyota Wish 1.8 model 2005 RM138,000, rumah RM180,000, ubahsuai rumah RM60,000 dan membeli perabut dan lain-lain RM35,000 sedangkan jumlah keseluruhannya boleh menampung 3 orang anak mengikuti kursus perubatan di Mesir.

sya_ais said...
This comment has been removed by the author.
sya_ais said...

assalammualaikum...
sy nk bertanya...skrg ni sy ambik degree in accounting di UM...bolehkah sy sambung master dlm muamalat di mana2 universiti di mesir??

atau adakah sy perlu ambik degree smula dlm bidang muamalat kemudian bru bt master??

mohon pandangan...

shuds said...

assalamuaikum

saya nak tahu untuk memohon
masuk ke uni perubatan mesir neh
tak perlu ambil apa2 test ke?
macam indon n india perlu
ambil ujian kemasukan dulu.saya
dah survey dah.yuran pon bole tahan mahal jugak.n result kena ok lah(5AS AND ABOVE INCLUDING SCNS SUBS)tapi tiba2 ada kawan saya dah pun ada kat zaqazig further in medical.
spm dia tada lah scored sgt.
3A ja kuwt.(scns subjek B)so saya heran lah.kiranya kat mesir
dia tak kisah sgt lah?janji ada dwet jalan jeh eh?saya pon beminat.
tapi tulah.kos tgi sgt kot.macam yg public opinion cakap.yup betol
parents mmg susah sket bab2 nak kuar dwet ne.even my parent pon cam tuh.ades.na cakap ta mampu.rasa nya ok lagi.cuz my parent pakai imported car jugak.tapi bila cakap hal ne.dia suggest bter locally jeh.mmg lah boleh.tapi tahu2 jeh la malaysia.tempat untuk medical students kan limited.yg betol2 excellent(10A1 and above) jeh dapat yg cukup2 makan neh tak pandang dah. ades.bole tak sapa2 tunjuk jalan yg mudah sket.saya dah pening kepala.minat tuh membara.tapi bila dah ta nampak jalan.rasa nak giveup jeh

sue said...

saya nak tanya mcana dengan pelajar yang tak ambil SPM? Bagaimana cara nak apply medic di university mesir? maksud saya pelajar dari Malaysia tapi buat o level & A level di luar negara & tidak ikut sistem pendidikan di Malaysia?