Kita disunatkan berpuasa pada 10 Muharram. 10 Muharram ialah hari Asyura. Orang yang berpuasa pada hari Asyura mendapat kelebihan yang sangat banyak. Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa pada hari itu menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Ekonomi merudum mungkin disebabkan banyak melakukan dosa. Di samping bertaubat dan beristighfar, berpuasa pada hari Asyura dapat membantu mengharungi kemelesetan ekonomi apabila kesan ekonomi merudum disebabkan oleh banyak melakukan dosa.
Pada tahun 2009, hari Asyura jatuh pada hari Rabu, 7 Januari.
Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad, makruh berpuasa pada 10 Muharram sahaja kerana ia menyerupai perbuatan orang Yahudi. Puasa hari Asyura dilakukan beserta dengan puasa pada hari sebelumnya dan pada hari sesudahnya iaitu 9 dan 11 Muharram.
Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Tabrani, berpuasa sehari dalam bulan Muharram sama dengan berpuasa selama 30 hari.
No comments:
Post a Comment