Monday, December 29, 2008

Sambung Belajar di IPTA Jerman

Akhbar The Star Ahad 28 Disember 2009 menyiarkan artikel tentang kualiti IPTA Jerman. Ramai tokoh-tokoh ternama dilahirkan oleh IPTA-IPTA Jerman. Di antaranya ialah 30 peratus daripada pemenang hadiah nobel pada awal abad ke 20. Artikel itu juga menerangkan tentang University of Applied Science. Institusi jenis ini banyak terdapat di Jerman dan melahirkan sebahagian besar jurutera di negara itu. Kos belajar di Jerman juga sangat rendah. Hanya 6 daripada 16 negeri di Jerman mengenakan yuran pengajian. Itupun hanya sekitar RM2450 setiap semester. Negeri-negeri selebihnya menyediakan yuran percuma kepada pelajar. Mereka yang berminat boleh menghubungi nomber telefon DAAD pada talian 03-2148 0568 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Anda boleh memuat turun maklumat mengenai sambung belajar di IPTA Jerman di laman ini. Seperkara yang menarik ialah terdapat IPTA Jerman yang menawarkan program-program dalam bahasa Inggeris atau 25% - 50% dalam bahasa Inggeris.

Akhbar The Star Ahad 28 Disember 2009 juga menyiarkan artikel bertajuk Practical Advice. Artikel ini memberitahu tentang kos belajar di IPTA Jerman. Pelajar-pelajar memerlukan di sekitar RM2450 hingga RM3430 sebulan untuk hidup selesa sebagai pelajar di Jerman. Namun, RM1800 sebulan sudah memadai untuk hidup secara sederhana di bandar-bandar kecil atau di wilayah-wilayah bekas Jerman Timur. Artikel ini juga menyiarkan tentang pengalaman dua orang pelajar yang sambung belajar di Jerman dengan belanja sendiri. DAAD juga menawarkan biasiswa kepada mereka yang layak. Untuk mendapatkan biasiswa DAAD, calon-calon yang berminat perlu menghubungi pejabat DAAD di Kuala Lumpur pada talian 03-2148 0568.

Yuran pengajian untuk kursus kejuruteraan dan sains komputer di peringkat ijazah pertama di UNITEN ialah RM49680 dan RM44000 untuk tempoh masing-masing selama empat dan tiga tahun. Sewa bilik perseorangan ialah sebanyak RM280 sebulan. Sebagai perbandingan, keseluruhan kos selama tiga tahun di sebuah IPTA Jerman cuma RM72000. Namun, pelaburan ini amat berbaloi. Setiap pelajar dibenarkan bekerja selama 90 hari dalam tempoh setahun. Ini bermakna, dengan gaji sebanyak 11 Euro sejam, seorang pelajar dapat mengumpul sebanyak 7920 Euro setahun. Dalam tempoh tiga tahun program ijazah pertama, pelajar itu dapat mengumpul 23760 Euro Jumlah ini lebih dari mencukupi untuk membiayai keseluruhan pengajian yang memerlukan disekitar 18000 Euro. Lebihan itu dapat digunakan untuk membiayai pengajian di peringkat master pula. Apabila pelajar itu bekerja ketika mengikuti program di peringkat master selama dua tahun, dia dapat menambah sebanyak 15840Euro pula! Pengajian di peringkat master hanya memerlukan di sekitar 12000 Euro untuk tempoh selama dua tahun.

Blog Tuan Kamato menyiarkan maklumat ringkas mengenai sistem pendidikan di Jerman.

Kos sambung belajar di IPTA Jerman juga boleh di dapati di laman ini. Senarai IPT Jerman bertaraf dunia menurut senarai THES2007 boleh di dapati di laman ini. Senarai terbaru IPT Jerman bertaraf dunia menurut senarai THES2008 boleh didapati di laman ini.

7 comments:

+akmalhamdy said...

terima kasih hantar komen dalam blog saya. yer kuasa politik selalu direbut puak2 politikus khususnya melayu. kalau sembang di warung hal2 politik berjam2 lamanya.saya terbaca tulisan chedet dalam malay dilemma, kesimpulannya british sengaja meletakkan orang melayu memegang pentadbiran dan politik. dalam pada itu orang cina pula memegang ekonomi. malah sengaja pula memomokkan tentang faedah kerja kerajaan. bahkan orang cina telah/sedang ghairah membuat duit. ahli politik melayu pula didekati untuk mendptkan imbuhan iaitu keuntungan.
memang btul kita perlu kpd islam, ttp bolehkah ianya tercapai sdgkan kita lihat sndiri apa yg blaku paling truk di palestin, pmimpin islam pula mmbisu malah bsekongkol dgn israel spt mesir. seolah ada dua blok arab iaitu team mesir bsama saudi,iraq menentang team iran,syria,sudan.
apapun kita kena berusaha dlm stiap sudut.allah tanak tgk apa hasil kita tapi nk tgk apa usaha kita.

p/s: malaya history ni sape eh?selalu hantar tpt2 study,,kalo nak smbg uk..tp tkde duit..ade yg leh taja tak?

che-mie said...

orang melayu jangan tamak saja..

kena bersabar

hidup melayu

Khairi Rozita said...

saya berhasrat menghantar anak belajar ke german ..persoalannya ada yg kata kosnya murah berbanding di beberapa negara terutama di australia ..macam mana pendapat tuan?

Mademoiselle Atin said...

Salam.saya nak tahu..apa University di German yang boleh saya apply kalau aliran STPM yang saya ambil sekarang ni seni dengan sastera?

Mademoiselle Atin said...

Salam.Saya nak tahu..university di German yang mana boleh saya apply kalau aliran STPM saya ambil adalah seni dgn sastera? harap boleh bagi link or anything yang related. terima kasih :)

Mademoiselle Atin said...

Salam.saya nak tahu..apa University di German yang boleh saya apply kalau aliran STPM yang saya ambil sekarang ni seni dengan sastera?

Ampuan Marzuki said...

Salam.saya nak tahu..apa University di German yang boleh saya apply dalam bidang kejuruteraan pembuatan?