Dalam filem Conquest of The Planet of The Apes, beruk dan monyet menjadi haiwan peliharaan manusia. Ini terjadi selepas semua anjing dan kucing di dunia mati diserang sejenis wabak dalam tahun 1983. Caesar hairan kenapa layanan manusia kepada beruk dan monyet berbeza dengan layanan kepada anjing dan kucing. Beruk dan monyet mulanya menjadi haiwan peliharaan manusia. Caesar ingin tahu kenapa Gabenor Breck sangat membenci beruk dan monyet. Lebih-lebih lagi Caesar sendiri. Gabenor Breck menerangkan bahawa memperhambakan beruk dan monyet ialah satu cara untuk mengendalikan naluri semulajadi manusia.
Filem Conquest of The Planet of The Apes juga boleh dilihat seperti begini:
1. Syarikat asing melabur dalam negara.
2. Ia membuka kilang yang mengeluarkan produk untuk dieksport.
3. Ia mengambil orang tempatan sebagai pekerja.
4. Pekerja boleh dilatih untuk melakukan tugas yang biasanya dikendalikan oleh pekerja-pekerja di negara asal syarikat itu.
5. Majikan melayan pekerja tempatan dengan buruk.
6. Majikan memberi pekerja tempatan layanan buruk kerana naluri semulajadi manusia.
7. Naluri semulajadi manusia ialah sikap tamak.
8. Layanan buruk itu juga disebabkan oleh masa silam mereka.
9. Majikan itu berasal dari bangsa yang pernah dijajah atau ditindas.
10. Bangsa majikan itu pernah dilayan dengan buruk dan kejam oleh bekas penjajah mereka.
Natijah layanan buruk:
1. Pekerja tempatan membenci majikan.
2. Perasaan benci bertambah jika hubungan tidak diperbaiki.
3. Di kalangan pekerja tempatan ada yang bijak dan berpelajaran.
4. Mereka bercita-cita untuk mengambil alih tempat majikan mereka.
5. Kelak, pekerja tempatan menjadi majikan. Bekas majikan pula menjadi pekerja.
6. Pekerja tempatan menjadi majikan yang baik.
7. Ini kerana ada di kalangan mereka yang berperikemanusiaan.
Saksikan babak menarik dari filem Conquest of The Planet of The Apes, dialog Caesar dengan Gabenor Breck
Conquest of the Planet of the Apes - These bloopers are hilarious

No comments:
Post a Comment