Thursday, March 29, 2012

Orang Melayu Sudah Tinggal di New Orleans, USA 1869

Menurut akhbar Glasgow Herald bertarikh 27 Julai, 1869, beberapa keluarga Melayu sudah menetap di New Orleans, Amerika Syarikat pada masa itu. Salah satu tempat kediaman mereka di New Orleans ialah di Barrack Street.

Saturday, March 17, 2012

Lombong Emas Melaka 1828

Pada tahun 1828, emas dilombong secara intensif berhampiran Gunung Ledang. Pengeluaran emas di kawasan itu dikatakan boleh mencecah sehingga 270 kg setahun. Jika harga emas 916 ditetapkan pada RM194 per gram, maka nilai emas yang dikeluarkan di situ menurut kadar Ringgit Malaysia sekarang berada di sekitar RM50 juta.

Monday, March 12, 2012

Agama Penduduk Melaka Ketika Zaman Kesultanan Melaka

Menurut Sejarah Melayu, Bendahara kepada Sultan Muhammad Shah masih belum Islam ketika Sultan Muhammad Shah memeluk Islam (Shellabear, 1981).

Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, penduduk Melaka yang beragama Islam ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah hanyalah seratus orang termasuk Sultan Mansur Shah. Majoriti penduduk Melaka bukan beragama Islam hingga kepada zaman Portugis. (Cave, 1996). Penduduk Melaka ketika pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah baru mencecah 40,000 orang (Yusuf Iskandar, 1992).

Sulayman Al Mahri, seorang ahli pelayaran beragama Islam (1480 - 1550) yang belayar sehingga Alam Melayu meragui penduduk Melaka ketika itu beragama Islam (Laffan ,2011).

Sunday, March 4, 2012

Misteri Nama Malaysia

Nama Malaysia sudah diketahui semenjak tahuk 1937 lagi. Hal ini boleh dirujuk dalam teks berikut:

Emerson, Rupert. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rules. Macmillan, New York : 1937.

Namun, nama Malaysia juga menjadi tajuk sebuah buku yang ditulis oleh Fay-Cooper Cole dan diterbitkan pada tahun 1945 oleh D. Van Nostrand Company, Princeton, New Jersey. Tajuk buku itu ialah The Peoples of Malaysia.

Menurut Pensyarah Prof. Madya Mat Zin Mat Kib dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, nama Malaysia terdapat dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) yang bertarikh pada 1 Januari 1889 melalui laporan bertajuk "Geographical Notes in Malaysia and Asia" yang ditulis oleh J.E. Tenison-Woods tentang catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu.