Thursday, January 10, 2008

Kos Pendidikan Peringkat Bachelor di IPT Jerman

Yuran pengajian

Yuran pengajian percuma di IPTA di negeri Berlin, Brandenburg, Mecklenburg-Western Pomerania, Saxony, Saxony-Anhalt, Schleswig-Holstein dan Thuringia.

IPTA di negeri Baden-Württemberg, Bavaria, Bremen, Hamburg, Hesse, Lower Saxony, North Rhine-Westphalia, Rhineland-Palatinate dan Saarland mengenakan yuran pengajian sebanyak 500 Euro setiap semester.

Yuran pentadbiran

Yuran pentadbiran percuma di IPTA di negeri Hamburg, North Rhine-Westphalia, Rhineland-Palatinate, Saarland, Saxony, Saxony-Anhalt, Schleswig-Holstein dan Thuringia. IPTA di negeri Baden-Württemberg, Bavaria, Berlin, Brandenburg, Bremen, Hesse, Mecklenburg-Western Pomerania dan Lower Saxony mengenakan yuran pentadbiran sebanyak 50 Euro setiap semester.

Yuran jangka panjang (untuk mereka yang menamatkan pengajian melebihi masa yang ditetapkan)

Yuran jangka panjang percuma di IPTA di negeri Berlin, Brandenburg, Mecklenburg-Western Pomerania, Saxony dan Schleswig-Holstein. IPTA di negeri Baden-Württemberg, Bavaria, Bremen, Hamburg, Hesse, Rhine-Westphalia, Rhineland-Palatinate, Saarland, Saxony-Anhalt dan Thuringia mengenakan yuran jangka panjang sebanyak 800 Euro setiap semester.

Yuran enrolmen atau sumbangan semester

Yuran enrolmen atau sumbangan semester sebanyak 50 Euro hingga 250 Euro bergantung kepada IPTA atau negeri. Kadang-kadang, caj tinggi kerana ia termasuk kos tambang perjalanan.

Kos sara hidup

Purata kos sara hidup di Jerman ialah 700 Euro sebulan. Kos ini merangkumi sewa bilik (250 Euro), makan (160 Euro), pakaian (60 Euro), tambang (86 Euro), insurans kesihatan (60 Euro), telefon/internet/TV (50 Euro) dan bahan pengajian (37 Euro). Di bandar-bandar besar, kos sewa bilik di sekitar 300 Euro sebulan. Di bandar-bandar kecil, kos sewa bilik mungkin serendah 180 Euro sebulan. Kos sara hidup boleh dikurangkan jika pandai menjimatkan kos.

Bekerja sambil belajar

Satu cara untuk menambah pendapatan ialah dengan bekerja sambil belajar. Visa membenarkan pelajar bekerja selama 90 hari atau 3 bulan dalam setahun. Kadar upah untuk sejam ialah di antara 9.50 Euro hingga 13.50 Euro. Kadar upah bergantung kepada firma atau skil pekerja.

1 comment:

yaya said...

saya currently ijazah dalam jurusan komunikasi utim. akan menamatkan ijazah dalm tempoh setahun setengah lagi. saya ingin melanjutkan master di jerman apa yang harus saya lakukan. adakan saya harus memohon secara online tempat dimana2 university di sana dahulu atau bagaimana?