Tuesday, August 5, 2008

Pekerja Dianiaya Majikan: Kemanakah Kesatuan Sekerja?

Entah berapa lama syarikat Hytex Apparel sudah menganiaya pekerja. Syarikat itu sudah menjadi pembekal kepada Nike, Inc. selama 14 tahun. Pegawai-pegawai Nike, Inc. mendapati bahawa Syarikat Hytex Apparel memberi tempat tinggal yang tidak sesuai kepada pekerja dan memotong gaji mereka untuk dibayar kepada agensi. Kisah ini didedahkan oleh Utusan online pada 3 Ogos 2008.
Dalam kemelut ini, pihak kesatuan sekerja kelihatan mendiamkan diri. Peranan pihak kesatuan sekerja apabila syarikat-syarikat menutup operasi atau memberhentikan pekerja sangat mengecewakan. Pihak kesatuan sekerja tidak dapat memberikan alternatif untuk meredakan masalah yang sedang dihadapi pekerja. Kalau begitu, adakah isu pekerja bukan lagi menjadi agenda utama pihak kesatuan sekerja?

No comments: