Wednesday, September 17, 2008

Surah Untuk Bisnes Dan Orang Bisnes

1.Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan)
2.Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup
3.Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi
4.Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
5.Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya)
6.Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
7.Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)!Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu didaftarkan) dalam "Sijjiin"
8.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia "Sijjiin" itu
9.Ialah (tempat simpanan) kitab catatan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa)
10.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan
11.Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan
12.Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!
13.(Sehingga) apabila dia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berkata, Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!
14.Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan
15.Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya
16.Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran Neraka

Surah Al Mutaffifin, 1 - 16

Surah ini diturunkan di Madinah. An Nasai dan Ibnu Majah merekodkan daripada Ibnu Abbas bahawa apabila Nabi Muhammad tiba di Madinah, terdapat penduduk Madinah yang menipu dalam urusan bisnes. Mereka mengurangkan sukatan atau timbangan semasa menjual. Apabila membeli, mereka mahu sukatan atau timbangan yang tepat atau lebih. Lalu Allah menurunkan ayat yang bermaksud "kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan)" Selepas itu, keadaan menjadi baik. Orang Madinah mula memperbaiki amalan timbang dan sukat mereka.

Dalam surah Al Rahman ayat 9, Allah berfirman yang bermaksud, "Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang". Allah membinasakan kaum Nabi Syuaib kerana mereka menipu sukatan dan timbangan.

Dalam surah Al Isra' ayat 35, Allah berfirman yang bermaksud, "Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak)". Ibnu Abbas berkata umat Islam diamanahkan dengan dua perkara iaitu timbang dan sukat. Timbang dan sukat menyebabkan umat terdahulu binasa.

Dalam surah Al An'aam ayat 152, Allah berfirman yang bermaksud, "...dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil...". Dalam ayat ini, Allah menyuruh umat Islam supaya berlaku adil semasa memberi atau menerima.

Perkara yang terpenting dalam kehidupan manusia ialah rahmat Allah. Mereka yang berlaku adil dalam timbangan atau sukatan akan mendapat rahmat Allah. Demikian juga dengan kreditor yang sangat bertimbang rasa dan boleh berlebih kurang dengan debtor.

1 comment:

Scifiq Enterprise @ 012-3455387 said...

Great blog! ^_^ Visit mine www.automessenger.blogspot.com & share it with all your friends ^_^