Friday, September 5, 2008

Majikan Dapat Potongan Cukai Taja Pekerja Belajar

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan potongan cukai dua kali kepada majikan yang menaja pekerja mereka mengikuti pengajian lepasan ijazah dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi, elektronik dan sains hayat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengecualian cukai pegangan juga akan diberikan kepada pakar bukan pemastautin yang menyediakan perkhidmatan teknikal dalam bidang tersebut.

Badawi dalam ucapan pembentang Bajet 2009 berkata, kerajaan juga mengalu-alukan inisiatif pihak majikan swasta yang mengiktiraf sumbangan pekerja yang cemerlang dan berprestasi tinggi.

Dipetik dari laman Utusan Online

Komen

Kadang-kadang kerajaan terpaksa memberi insentif seperti ini kerana kebanyakan majikan memandang sepi tanggungjawab sosial atau mahu mengaut keuntungan semata-mata.

No comments: