KEPALA BATAS, 4 Sept (Hrkh) - Akta Kerja tahun 1955 merupakan 'akta kuno' yang masih digunapakai di negara ini kononnya untuk melindungi para pekerja tetapi sebenarnya memperkayakan majikan, kata Naib Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Abdul Razak Hamid.
Akta itu katanya, hanya mengandungi faedah minima yang khusus untuk kerja lebih masa, cuti tahun, cuti bersalin dan lain sedangkan untuk mengwujudkan kesatuan bagi faedah sesama pekerja dihalang.
"Akta Kerja tahun 1955 tidak boleh pakai lagi dan patut ditukar dengan akta yang lebih bagus dan bermanafaat pada pekerja. Itu akta penjajah yang dah kuno.Dah tak releven dipakai oleh negara sekarang, " katanya dalam program Wacana Pekerja Industri yang diadakan di Dewan Komplek Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini.
Pihak majikan tidak berpuas hati sekiranya akta pekerja itu diubah atau digubalkan kembali sejajar dengan kehendak semasa demi kebaikan pekerja yang bertungkus lumus melaksanakan tugasan yang diberikan.
Contohnya, bila seorang wanita bersalin ia akan dapat cuti 60 hari. Di tambah lagi jika terdapat cuti umum tetapi majikan melobi agar kerajaan tidak memberikan cuti tambahan berkenaan kononnya merugikan.
Paling menghairankan katanya, Ahli Parlimen yang ada menyokong cadangan majikan industri yang hanya menjagai kepentingan syarikat mereka daripada hak pekerja.
"MTUC kesal bila pekerja mendapat cuti contohnya bersalin mereka akan dapat 60 hari, itu yang termaktub dalam akta tapi majikan industri seluruh negara pergi melobi Ahli Parlimen tertentu supaya jangan bagi cuti tambahan sekiranya ada cuti umum lain semasa seseorang pekerja itu bercuti. Ia merugikan tapi sebenarnya ia hak pekerja kerana ia cuti umum, " katanya yang juga Pengerusi MTUC Pulau Pinang.
Sikap Ahli Parlimen kerajaan itu tambahnya, tidak matang untuk membantu pekerja industri dan mungkin mereka sendiri tidak tahu menahu betapa sukarnya bekerja dalam bidang industri.
Akta kerja hanya melindungi pekerja yang mendapat gaji RM1,500 ke bawah sahaja dan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang mendapat gaji lebih dari itu.
Maka, tidak hairan banyak gologan ini teraniaya bila dibuang kerja termasuk sukar mendapat pampasan.
"Ini dia dinamakan akta 'koboi' majikan hanya pentingkan diri. Nak pergi ke Pejabat Buruh lagi pening bila mereka mengkelaskan golongan ini bukan pekerja ekoran akta yang sengaja mengasingkan pangkat mengikut gaji sedangkan semua yang terlibat dengan industri adalah kaum pekerja," tegasnya.
Jelas Abdul Razak, satu lagi contoh yag paling ketara ialah bila golongan pekerja tiada kesatuan sebagai pelindung mereka akan hilang pedoman dan tempat bergantung bila mereka dibuang kerja.
Akta Perhubungan Perusahaan diwujudkan untuk melindungi mana-mana pekerja yang ada kesatuan manakala kepada pekerja yang tiada kesatuan akan mengigit jari.
"Bila ada Kesatuan Sekerja barulah akta itu boleh membantu. Justeru itu, ramai majikan tidak menggalakkan penubuhan kesatuan kerana ia boleh menjerat majikan seandainya majikan melakukan pembuangan pekerja, " katanya dalam progam anjuran Lajnah Pekerja Industri PAS Pulau Pinang.
Jika berlaku begitu, mangsa pembuangan dikehendaki mengutus surat pada majikan agar mengiktiraf mereka sebagai pekerja baru Akta Perusahaan boleh diguna pakai.
Menurutnya, "mana ada majikan akan memberi jawapan yang memenangkan pekerja yang dibuang."
Wacana Pekerja Industri yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS,Mohamad Sabu itu turut dibarisi ahli panel Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir dan Pengerusi Lajnah Industri PAS Pulau Pinang, Bukhari Ghazali.
Dipetik dari laman Tranungkite
Komen
Akta Kerja 1955 tidak semestinya ditukar. Ia boleh dipinda untuk menyesuaikan dengan trend mengurus sumber manusia di Eropah atau menjaga kebajikan pekerja dengan sewajarnya. Apa yang berlaku ialah pindaan yang dilakukan tidak memadai.
Hak menubuh kesatuan dinafikan untuk beberapa sektor pekerjaan. Namun perkara ini boleh diatasi apabila pengurus-pengurus di Malaysia lebih beretika dan mengamalkan cara mengurus sumber manusia yang betul. Sikap tamak majikan dapat diseimbangkan dengan menjaga kebajikan pekerja dengan sewajarnya. Sikap tamak majikan ini kadangkala dilindungi oleh pemimpin-pemimpin politik dan birokrasi yang berkepentingan atau tidak memahami keadaan semasa. Pengamal-pengamal sumber manusia yang terlalu takut dengan majikan sehingga meninggalkan prinsip memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula peratusan pengurus-pengurus yang mengetahui serta memahami tentang amalan sumber manusia yang betul amat sedikit.
Had RM1,500 memang sudah ketinggalan zaman. Nilai itu hanya wajar pada 40 - 50 tahun yang lalu. Tetapi kini zaman sudah berubah. Kini RM1,500 sudah tidak lagi relevan. Pada masa ini, nilai itu bersamaan dengan RM18,000 - RM22,000. Kini sudah tiba masanya had RM1,500 diubah dan definisi pekerja diluaskan skopnya.
Demikian juga dengan cuti tahunan. Akta Kerja 1955 memperuntukkan cuti tahunan minima 8 hari setahun bagi setiap pekerja yang dilindungi. Di beberapa negara Eropah, cuti tahunan minima ialah seperti berikut:
1. Bulgaria - 20 hari
2. Austria - 5 minggu
3. Denmark - 25 hari
4. Jerman - 4 minggu
5. Belanda - 4 minggu
6. Sweden - 25 hari

Apakah Malaysia akan menjadi negara maju dengan menetapkan cuti tahunan minima yang sedikit? Negara-negara Eropah tetap maju juga walaupun mereka menetapkan cuti tahunan minima yang lebih tinggi. Walaupun orang Malaysia kuat bekerja tetapi negara tidak maju-maju juga.
Membandingkan jam bekerja seminggu juga menarik.
1 comment:
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Post a Comment