Saturday, February 23, 2008

Jalan Sufi Dalam Berpolitik

Menurut Imam Al Ghazali, wujudnya dunia menyempurnakan agama. Ini kerana akhirat ialah tempat menuai hasil bagi tanaman-tanaman yang disemai semenjak di dunia lagi. Dunia ialah ladang bagi alam akhirat. Agama dan pemerintahan tidak boleh dipisahkan di antara satu dengan lain. Agama ialah teras pemerintahan. Sebaliknya, pemerintahan menjaga agama. Pemerintahan yang tidak mempunyai asas agama akan runtuh. Agama yang tidak dikawal dengan betul akan lenyap. Ketentuan hukum dan pemerintahan tidak sempurna tanpa pemimpin. Manakala, fekah menyelesaikan hal ehwal memimpin negara.

Justeru, memilih pemimpin yang memenuhi kriteria mempunyai teras kefahaman agama dan mampu menjaga agama dengan baik menepati jalan sufi dalam berpolitik. Mereka yang mengikut jalan sufi sentiasa mahukan pemimpin yang mempunyai teras kefahaman agama dan mampu menjaga agama dengan baik.

No comments: