Sunday, February 24, 2008

Unemployment Benefit di Australia

Kerajaan Australia menyediakan unemployment benefit kepada mereka yang tidak mempunyai kerja. Manfaat ini digelar Newstart Allowance. Elaun ini dibayar kepada penganggur yang berumur di antara 21 hingga 65 tahun dan sedang mencari kerja. Pemohon yang bujang menerima kadar yang berbeza daripada mereka yang sudah berkahwin. Pemohon yang bujang menerima AUD210.45 seminggu. Dia menerima wang itu dua minggu sekali. Pemohon yang mempunyai anak yang di bawah umur bekerja menerima kadar yang lebih tinggi.

Sesudah mendaftar untuk skim ini, pemohon menyertai aktiviti-aktiviti yang memudahkannya mendapat kerja. Apabila tempoh menganggur berpanjangan, syarat-syarat yang dikenakan kepada pemohon bertambah ketat. Kadangkala, pemohon dikehendaki mencari sehingga 10 kerja seminggu dalam sektor berbeza. Pemohon menghadiri sesi bersama Job Network Provider sekali seminggu. Apabila masih belum mendapat kerja, pemohon menyertai kerja sukarela.

Pemohon ialah rakyat Australia atau yang mempunyai taraf penduduk tetap. Pemohon menerima manfaat ini secara pro-rata. Had pendapatan maksima untuk menerima elaun penuh ialah AUD32 seminggu. Pemohon berhenti menerima manfaat ini apabila pendapatannya mencecah AUD397.42. Harta yang dimiliki mempengaruhi kadar yang dibayar. Pemohon menerima elaun penuh apabila memiliki aset bernilai AUD278,500 ke bawah tetapi tidak mempunyai rumah. Apabila pemohon mempunyai rumah, had maksima untuk menerima elaun penuh ialah AUD161,500.

Terdapat lain-lain manfaat yang disediakan kepada rakyatnya. Centrelink ialah sebuah agensi milik kerajaan Australia yang mengendalikan tugas ini. Fungsi utama agensi ini ialah untuk membantu orangramai supaya dapat berdikari dan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

No comments: