Saturday, February 16, 2008

Scholarship MBA di Thunderbird

Thunderbird School of Global Management ditubuhkan dalam tahun 1946. Ia adalah sebuah sekolah pengurusan peringkat pasca ijazah. Fokus utamanya ialah bisnes di peringkat global. Ia dianggap sebagai institusi terulung dalam mendidik pengurus-pengurus berciri global.

Senarai syarikat yang mengambil lepasan Thunderbird School of Global Management boleh di rujuk di sini.

Menurut majalah TOPMBA Career Guide edisi musim luruh 2007, purata gaji asas lepasan Thunderbird School of Global Management di peringkat global ialah USD77,065 setahun.

Thunderbird School of Global Management menyediakan insentif istimewa kepada pemohon-pemohon dari Malaysia untuk menyertai program MBA yang disediakan.

Butiran biasiswa
  1. Meliputi yuran pengajian untuk 60 jam kredit (bernilai USD75,000)
  2. Biasiswa tidak termasuk kos sara hidup, insurans kesihatan, bahan kursus dan sesi summerim/winterim. (Sesi summerim/winterim ialah program intensif selama 2-3 minggu yang dijalankan di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Lokasi-lokasi program ialah Afrika Selatan, China, India, Singapura, Belgium, Republik Czech, New York (AS), Wall Street (AS) atau Glendale, Arizona di AS. Program ini membolehkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan tokoh-tokoh bisnes antarabangsa, melawat syarikat-syarikat multinasional, meninjau tawar-menawar bisnes global, melihat pembentangan bisnes dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga berpeluang menganalisa risiko-risiko dan cabaran-cabaran apabila menjalankan bisnes di luar negara. Pelajar-pelajar juga berpeluang membina rangkaian kenalan bisnes global).
  3. Borang I-20 yang diperlukan untuk memohon visa pelajar dikeluarkan apabila calon-calon dapat menunjukkan bukti mempunyai dana untuk membiayai kos-kos selain dari yuran pengajian.
  4. Senarai biasiswa separa boleh dirujuk di sini.

Syarat-syarat kemasukan

  1. Mempunyai ijazah pertama yang setara dengan dikeluarkan oleh institusi-institusi AS yang diakreditasi. CGPA 3.0 ke atas diperlukan untuk memohon biasiswa.
  2. Menghantar transkrip rasmi yang mengandungi nama ijazah, tarikh ijazah dianugerahkan dan nilai CGPA.
  3. Markah GMAT 550 ke atas. Markah GMAT melebihi 640 diperlukan untuk memohon biasiswa.
  4. Markah TOEFL (bertulis) 600 ke atas atau dari format TOEFL yang setara diperlukan untuk memohon biasiswa.
  5. 2 surat rujukan dari persekitaran profesional.
  6. 3 esei sepanjang 500-1500 patah perkataan. Tajuk-tajuk esei boleh didapati dari laman web yang berkenaan.
  7. Pengalaman kerja selama 2 tahun ke atas.
  8. Resume yang mengandungi senarai tugas yang dilakukan dan peningkatan tanggungjawab yang diterima. Resume diperlukan untuk memohon biasiswa.
  9. Surat rujukan mengenai kualiti kepimpinan pemohon. Ia diperlukan untuk memohon biasiswa.
  10. Proses memohon boleh dirujuk di sini

Tarikh tutup untuk memohon : 28 April 2008 (untuk sesi musim luruh 2008)

Pegawai untuk dihubungi

Michele von Rautenkranz '88
Director of Regional Initiatives - Southeast Asia
Thunderbird School of Global Management
Representative Office - Singapore

Tel : +65 8163 3174
Emel : michele.vonrautenkranz@thunderbird.edu
Laman web : http://www.thunderbird.edu/

No comments: