Monday, September 29, 2008

Pameran Universiti-universiti Amerika Syarikat

Tarikh : 8 Oktober 2008

Masa : 5 pm hingga 8 pm

Tempat : Ballroom B, JW Marriott Hotel, 183 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Senarai universiti yang terlibat

1. Alfred University
2. Binghamton University, The State University of New ork
3. California State University, Fresno
4. Clarkson University
5. Embry-Riddle Aeronautical University
6. Fairleigh Dickinson University
7. George Mason University
8. Portland State University
9. Rutgers University
10.Stony Brook University
11.University of Colorado at Denver
12.University of Connecticut
13.The University of Iowa
14.University of Minnesota
15.University of Missouri at Kansas City
16.University of Oregon
17.University of San Diego
18.University of Wyoming
19.Widener University

Dapatkan tip-tip kemasukan dari jam 4.30 pm hingga 5.00 pm

Dipetik dari laman Lindentours

2 comments:

Anonymous said...

Salam..

Saya sebenarnya masih menuntut lagi di UiTM dalam jurusan diploma kejuruteraan awam dan buat pengetahuan saya dahulu pernah memasuki MRSM dan Matrikulasi(1 sem sahaja).

Saya ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk saya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang ini kerana sudah ramai kawan2 saya pergi keluar negara untuk belajar jadi saya berasa sedikit terkilan kerana tidak berjaya ke luar negara.

Saya juga ingin bertanya perlukah saya menyambung sepenuh masa jika saya ingin mengambil ijazah atau bekerja dan belajar secara separuh masa.

Public opinion said...

Tuan Drinho,

CGPA melebihi 3.0 mencerahkan peluang untuk mendapat tempat di kebanyakan universiti di luar negara. Walau bagaimanapun ada juga universiti yang menerima CGPA yang lebih rendah. CGPA melebihi 3.5 mencerahkan peluang untuk mendapat biasiswa. Akan tetapi, lebih banyak institusi menawarkan biasiswa untuk peringkat master dan PhD berbanding dengan ijazah pertama. Peluang-peluang biasiswa yang ditawarkan boleh diperolehi dari universiti-universiti berkenaan. Universiti-universiti di Eropah (kecuali UK) menawarkan yuran percuma atau mengenakan yuran yang minima. Justeru, pelajar hanya perlu menyediakan kos sara hidup. Kos sara hidup ini pula dapat ditampung dengan bekerja semasa cuti. Universiti-universiti di Amerika Syarikat menawarkan biasiswa kepada mereka yang cemerlang dalam ujian SAT untuk ijazah pertama dan GMAT/GRE untuk master/PhD.

Belajar sepenuh masa atau separuh masa untuk peringkat ijazah pertama bergantung kepada matlamat, kemahuan, kemampuan, kebolehan dan keperluan seseorang. UTM SPACE dan UiTM menawarkan program-program separuh masa di Malaysia untuk program ijazah kejuruteraan awam. Mengikuti program ijazah secara separuh masa lebih mencabar di Malaysia kerana faktor kerja dan keluarga. Namun kelebihannya ialah sumber kewangan yang jelas.

Mendapatkan biasiswa untuk peringkat ijazah pertama memang sedikit sukar. Namun tidak bermakna ia mustahil. Bagi mereka yang lebih bersifat advencer, kreatif dan berjimat cermat, negara Jerman ialah pilihan yang baik. Ini kerana universiti-universiti di Jerman menawarkan yuran percuma atau mengenakan yuran yang minima. Justeru, pelajar hanya perlu menyediakan kos sara hidup. Kos sara hidup ini pula dapat ditampung dengan bekerja semasa cuti.

Pilihan alternatif untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ialah dengan menghabiskan ijazah di universiti-universiti tempatan terlebih dahulu dengan keputusan cemerlang. Ia menjadi tiket untuk mendapat tempat di universiti-universiti terkenal di luar negara serta biasiswa.