Monday, October 12, 2009

Biasiswa Master Tajaan Bank Pembangunan Asia - Jepun Di University Of Sydney


Biasiswa ini ditaja oleh kerajaan Jepun untuk program-program berikut di University of Sydney,

1. Master of Economics
2. Master of Commerce
3. Master of International Business
4. Master of Transport Management
5. Master of International Public Health
6. Master of Engineering

Syarat-syarat permohonan

1. Tinggal atau bekerja di negara sendiri semasa memohon
2. Tidak memohon biasiswa yang sama lebih dari dua kali
3. Memohon tempat di University of Sydney dan biasiswa ini secara berasingan
4. Mempunyai kelulusan yang baik seperti CGPA sekurang-kurangnya 3.0 (skala 4) di peringkat ijazah pertama atau ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama
5. Jika memohon untuk Master of Engineering, pemohon mestilah mempunyai kelulusan yang baik dari program kejuruteraan 4 tahun di institusi yang diiktiraf
6. Menyertakan bukti pengalaman bekerja selama sekurang-kurangnya 2 tahun dan penyata cukai pendapatan yang terbaru (surat rasmi majikan memadai jika belum mempunyai penyata cukai pendapatan

Yuran pemprosesan permohonan untuk University of Sydney dikecualikan jika anda menghantar borang permohonan biasiswa ini bersekali dengan borang permohonan kemasukan ke University of Sydney

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2009 untuk kursus yang bermula pada Julai 2010. Untuk kursus yang bermula pada Mac 2011, tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mei 2010.

Biasiswa meliputi yuran pengajian, elaun buku dan bahan pengajaran, elaun bulanan, insurans perubatan dan belanja perjalanan. Bagi mereka yang terlibat dengan penyelidikan, geran khusus boleh dimohon untuk kerja lapangan dan penyediaan tesis. Dalam kes-kes yang tertentu, kemahiran komputer, persediaan bahasa dan lain-lain kursus berkaitan akan diambil kira.

Kelayakan calon

1. Pemohon yang mempunyai pengalaman kerja kurang dari dua tahun tidak akan dipertimbangkan
2. Pemohon wanita diberi keutamaan
3. Penaja tidak akan mempertimbangkan pemohon yang pernah belajar di luar negara
4. Penaja tidak akan mempertimbangkan pemohon yang sudah mempunyai ijazah master atau kedoktoran
5. Penajaan ini ialah untuk program-program University of Sydney seperti yang dinyatakan sahaja

Tempoh biasiswa ialah selama setahun. Lanjutan untuk tahun kedua atau ketiga bergantung kepada pencapaian akademik pemohon yang cemerlang mengikut kriteria University of Sydney dan kelulusan daripada pihak penaja.

Untuk keterangan lanjut dan memohon, layari laman ini

Alamat institusi,

International Office
The University of Sydney
NSW 2006 AUSTRALIA
Tel : +61 2 8627 8302
Faks: +61 2 8627 8387
Emel: adbscholarships@io.usyd.edu.au

No comments: