Friday, October 2, 2009

Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black : Satu Penilaian Semula


Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black dikatakan sebagai orang yang pertama mengelilingi dunia. Nama beliau hanya disebut oleh Antonio Pigafetta yang menulis tentang pelayaran Magellan serta dalam dokumen-dokumen rasmi Casa de Contatacion de las Indias dalam ekspedisi Magellan ke Filipina.

Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black dikatakan telah dibeli oleh Magellan sebagai hamba di Melaka dalam dokumen Magellan yang bernama "Last Will". Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black dikatakan telah menjadi hamba kepada Magellan beberapa hari sebelum serangan ke atas Melaka bermula dalam tahun 1511.

Pendokong-pendokong prinsip ketuanan Melayu menjadikan Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black sebagai idola tentang kehebatan bangsa Melayu. Pendokong-pendokong prinsip ketuanan Melayu memasukkan topik tentang Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black ke dalam tulisan, ucapan dan program-program mereka. Namun tiada siapa yang dapat menonjolkan peribadi sebenar Panglima Awang @ Enrique The Black sehingga kini.

Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black dikatakan turut sama berperang ketika Portugis melancarkan serangan ke atas Melaka. Magellan melantiknya sebagai pembantu kerana Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black mahir tentang ilmu pelayaran dan dia menguasai berbagai bahasa. Apabila Magellan mati di Filipina, Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black dilantik menjadi kapten kapal Victoria. Kemudiannya, dia menyambung pelayarannya mengelilingi dunia.

Satu perkara yang menghairankan ialah bagaimana seorang yang baru beberapa hari menjadi hamba turut berperang semasa pasukan Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka. Dia menyertai pasukan siapa? Mustahil dia berada di pihak Sultan Melaka kerana dia dikatakan menjadi hamba kepada Magellan beberapa hari sebelum serangan sebenar bermula. Sebagai tentera Portugis, boleh jadi! Tetapi, bolehkah dia berperang sebagai tentera Alfonso de Albuquerque jika dia benar-benar seorang hamba?

Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black mahir dalam ilmu pelayaran. Dia juga menguasai berbagai bahasa. Kemudian, dia menjadi kapten kapal Victoria pula. Jarang orang biasa-biasa, lebih-lebih lagi seorang hamba mahir dalam ilmu pelayaran. Jarang juga seorang hamba dapat menguasai berbagai bahasa. Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black sebenarnya bukan calang-calang orang. Jika dia benar-benar hamba Magellan, bagaimanakah dia dapat diberi kepercayaan untuk berperang bersama-sama tentera Alfonso de Albuquerque? Bagaimanakah dia dapat diberi kepercayaan untuk menyertai Magellan untuk kembali ke Lisbon? Bagaimanakah juga dia dapat diberi kepercayaan mengetuai kapal Victoria?

Apa yang dapat disimpulkan ialah Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black ialah seorang pegawai tinggi dalam pemerintahan dan juga angkatan laut Melaka. Seorang pegawai tinggi pada zaman itu sudah tentulah dapat menguasai berbagai bahasa. Tambahan pula, seorang pegawai tinggi dalam angkatan laut Melaka sudah tentulah menguasai ilmu pelayaran dengan baik. Perlu diambil kira ialah Hang Tuah pernah melakukan ekspedisi beberapa kali ke China, Siam, Majapahit dan Turki. Mungkin Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black terlibat dalam beberapa pelayaran itu. Seorang yang baru beberapa hari menjadi hamba terus diambil berperang; satu pernyataan yang menimbulkan tandatanya. Bolehkah seorang hamba dipercayai dalam tempoh beberapa hari? Apakah kualiti yang ada pada Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black sehingga dia menjadi orang penting dalam pasukan Alfonso de Albuqueque? Sudah tentulah Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black bukan seorang laskar biasa. Sekurang-kurangnya dia mampu memimpin sebuah ketumbukan.

Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black seorang hamba? Sudah tentu tidak. Dia sebenarnya menawarkan khidmatnya kepada Magellan. Dia menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Magellan.

Memperhambakan diri ialah kata-kata hormat orang Melayu yang menawarkan khidmat kepada orang lain yang dianggap sama atau lebih tinggi kedudukannya. Dalam bahasa Inggeris, perkataan serve tidak semestinya bermaksud memperhambakan diri. Ia seringkali ditakrifkan sebagai berkhidmat atau memberi khidmat kepada seseorang. Demikian juga perkataan servant. Ia memberikan maksud sebagai orang yang berkhidmat. Sudah tentulah Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black bukan seorang pembantu rumah walaupun perkataan servant juga bermaksud pembantu rumah. Memperhambakan diri menunjukkan rapatnya hubungan Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black dengan Magellan.

Panglima Awang @ Enrique The Black @ Henry The Black menyertai Magellan dalam pelayaran pulangnya ke Portugal. Untuk apa? Sudah tentulah bukan untuk dijual di Lisbon sebagai hamba abdi. Ia dibawa pulang ke Lisbon sebagai ganjaran membantu pasukan Alfonso de Albuquerque menawan Melaka. Situasinya sama dengan zaman sekarang. Membawa orang lain melancong ke Langkawi, London, Hong Kong, Los Angeles dan sebagainya ialah ganjaran kerana membantu sebuah kejayaan yang gilang-gemilang!

8 comments:

RozIlah Kamarudin said...

Where is your source?

U should read the book i read forty years ago. If you found it, i want to buy it from you.

Panglima Awang was just a nobody, he was captured by Ferdinand Magellan, still maintain his Muslim, came back to Melaka with his integrity intact. The book didnt even mention anything about him being a dignitary in the Melaka Sultanate or agin any personal wealth. Simply a boy called Awang who perserved by remaining true to his integrity. That was it.

Do not to twist this around to make it political....

Public opinion said...

Kindly read, H.M. Tuah Iskandar. Enrique Mengundang Jauh. Utusan Publications, Kuala Lumpur : 2003. 467 pages. ISBN: 9676113026.

The novel can be bought from www.ujanailmu.com.my.

The book received Hadiah Sako 2 Bagi Novel Nasional.

For references on Panglima Hitam, in the book, kindly refer to pages 12, 42, 43, 146, 230, 231 and 355.

Public opinion said...

Correction

For references on Panglima Awang, in the .....

AbEsA said...

fakta tak relevant...

Public opinion said...

Tuan Abesa, dari sudut mana faktanya tidak relevant?

matnormyth89 said...
This comment has been removed by the author.
AKU said...

salam. tahniah atas pandangan hebat anda!!tapi tak sure la ini adakah pandangan tulen anda atau di 'cedok' dr org lain. tapi, aku memg amat berminat dengan artikel ini..dan aku juga mat tertarik dengan panglima awang ( mula diperkenalkan melalui pembacaan buku hm tuah iskandar juga) walupun tak detail dr segi biodatanya, tapi aku juga berpandangan sama seperti saudra, mana mungkin beliau hanya seorg hamba..dan teori mengatakan enrique adalah hang tuah amat menarik sekai!!!tak mustahil...

Unknown said...

I am quite new to this historical figure actually, in fact I'm still doing some research about him.

The novel by H.M. Tuah Iskandar derives some of its facts from Harun Aminurrashid's work, Panglima Awang. I daresay its better to read the work for more details, though it might be conflicting your opinion.

On how to obtain it, I can't say for sure because DBP had no longer print newer ones nowadays. The only one that I saw on Net was the 4th edition, printed decades ago with its cover torn. I think my grandparents have a copy of it somehow, since my grandfather was a Malay language teacher long ago.

On the other hand, I gladly thank you for clarifying some of the blurred parts and I really do value your opinion on Panglima Awang. May hope that this figure will be soon exposed to the public especially the younger generation.