Tuesday, October 20, 2009

Biasiswa Penyelidikan Kanser di Sepanyol


Centro Nacional de Investigaciones Oncológicas (CNIO) di Sepanyol menwarkan 10 tempat untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan pada tahun 2010. Biasiswa ini dibuka kepada pemegang ijazah sarjana muda atau master dalam bidang bioperubatan atau mereka yang akan menamatkan pengajian mereka dalam kursus-kursus berkaitan dalam separuh pertama tahun 2010. Pemohon mestilah mempunyai rekod akademik yang baik dan pengalaman membuat penyelidikan. Had umur untuk memohon ialah 30 tahun.

Pada tahun pertama dan kedua, setiap calon dibayar sebanyak 18,069 Euro setahun ditambah dengan elaun tahunan sebanyak 1,500 Euro. Pada tahun ketiga dan keempat, setiap calon dibayar sebanyak 26,700 Euro setahun ditambah dengan elaun tahunan sebanyak 1,700 Euro. terma-terma perkhidmatan tertakluk kepada undang-undang Sepanyol. Setiap calon dilindungi oleh insurans kesihatan dan pekerjaan. Manfaat lain ialah cuti tahunan, subsidi makanan dan program bahasa Sepanyol dan Ingeeris. Setelah tamat pengajian, calon akan dianugerahkan dengan ijazah PhD daripada universiti-universiti yang berpusat di Madrid, Sepanyol. Belanja perjalanan dan tambang untuk menghadiri temuduga di Centro Nacional de Investigaciones Oncológicas (CNIO) di Sepanyol dibiayai oleh penaja.

Tarikh tutup untuk memohon ialah pada 15 Mac 2010. Keterangan lanjut boleh didapati di laman ini. Emel Pengurus Latihan CNIO, En. Mar Pérez ialah phd@cnio.es

No comments: