This blog happens to be the blog about the world that surrounds me and the things that exist around me.
Thursday, May 24, 2012
Thursday, May 17, 2012
Tarikh Melaka Wujud
Menurut Blagden (1911), Melaka sudah wujud sebelum kejatuhan Singapura yang di anggarkan di sekitar tahun 1377. Melaka berkembang selepas Singapura mengalami kemerosotan. Sebelum itu, Melaka ialah sebuah negeri yang menghantar ufti kepada Siam. Melaka sudah mula menghantar ufti kepada Siam sebelum tahun 1360 lagi.
Muller (1878) menyatakan bahawa Sri Iskandar Shah membuka Melaka pada tahun 1253.
Friday, April 20, 2012
Interaksi Orang Melayu di Pahang Dengan Orang Jakun
Menurut Logan (1848) dan Balfour (1871), salah satu hobi Orang Melayu di Pahang ialah memburu Orang Jakun. Dalam hutan Pahang terdapat banyak puak Jakun. Mereka ini berkulit putih. Selalunya, Orang Melayu masuk ke hutan secara berpasukan. Orang Jakun yang berjaya ditangkap akan dibawa ke Pahang atau ke siam untuk dijual. Harga yang ditawarkan ke atas Orang Jakun ini sangat tinggi kerana warna kulit mereka.
Sunday, April 15, 2012
Faktor-faktor Kejatuhan Melaka ke Tangan Portugis
Faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis adalah seperti berikut (Schwartz, 1994)
1. Kematian Bendahara Sri Maharaja
2. Kesilapan Sultan Mahmud.
Dengan terbunuhnya Bendahara Sri Maharaja di atas perintah Sultan Mahmud sendiri, Melaka kehilangan seorang pakar strategi yang cekap. Sultan Mahmud tidak menyediakan pengganti yang berwibawa untuk mengendali hal ehwal pemerintahan Melaka.
3. Cara Tentera Portugis menggunakan senjata api lebih efektif. Sultan Mahmud juga menggunakan meriam. Tetapi penggunaan meriam di kalangan Orang Melaka lebih untuk menakut-nakutkan musuh dan bukannya untuk membunuh. Teknik dan disiplin dalam penggunaan senjata api lebih baik di kalangan Tentera Portugis.
4. Polarisasi agama di antara penduduk Asia Tenggara dengan Orang Portugis hanya bermula selepas tahun 1550. Ini bermakna peperangan Orang Melaka dengan Orang Portugis lebih berasaskan kepentingan kebendaan semata-mata. Tema jihad hanya bermula selepas tahun 1550.
5. Maksiat berleluasa di Melaka. Salah satu contoh ialah pembunuhan Bendahara Sri Maharaja secara zalim.
6. Terdapat Orang Melayu dan Orang Islam sendiri yang membantu Portugis
Monday, April 9, 2012
Harta Rampasan Alfonso D'Albuqurque di Melaka Tahun 1511
Ketika Alfonso D'Albuqurque menawan Melaka pada tahun 1511, dia telah memperolehi 9000 pucuk meriam pelbagai jenis dan wang emas yang nilainya pada hari ini melebihi RM550 juta. Satu perlima dari wang emas itu diberikan kepada Raja Portugal (Muller, 1878). Namun, jika wang emas itu kekal sehingga hari ini, ia akan habis tergadai juga. Nasib wang emas itu tidak akan lebih baik dari nasib wang RM250 juta yang diberi pinjam kepada NFC. Wang emas itu mungkin juga akan digunakan untuk majlis pertunangan keluarga PM atau membeli belah barangan berjenama. Satu persoalan di sini ialah kenapa Alfonso D'Albuqurque memberi satu perlima dari wang emas itu kepada Raja Portugal. Tidakkah ia sama kadarnya dengan jumlah ghanimah melalui peperangan yang menjadi bahagian Nabi Muhammad?
Sunday, April 1, 2012
Gempa Bumi Mersing 29 Mac dan Lynas
Satu gempa bumi yang berukuran 3.2 pada skala Richter dikesan berlaku Mersing, Johor pada pukul 9.43 29 Mac 2012. Gempa itu dikatakan berpusat di 16km timur laut dari Mersing.
Mersing tidak jauh dari kilang Lynas. Katakan pusat gempa itu berpusat di sekitar Gebeng pada skala lebih besar, bayangkan debu radioaktif bertaburan sehingga Kuala Terengganu dan Segamat.
Thursday, March 29, 2012
Orang Melayu Sudah Tinggal di New Orleans, USA 1869
Menurut akhbar Glasgow Herald bertarikh 27 Julai, 1869, beberapa keluarga Melayu sudah menetap di New Orleans, Amerika Syarikat pada masa itu. Salah satu tempat kediaman mereka di New Orleans ialah di Barrack Street.
Saturday, March 17, 2012
Lombong Emas Melaka 1828
Pada tahun 1828, emas dilombong secara intensif berhampiran Gunung Ledang. Pengeluaran emas di kawasan itu dikatakan boleh mencecah sehingga 270 kg setahun. Jika harga emas 916 ditetapkan pada RM194 per gram, maka nilai emas yang dikeluarkan di situ menurut kadar Ringgit Malaysia sekarang berada di sekitar RM50 juta.
Monday, March 12, 2012
Agama Penduduk Melaka Ketika Zaman Kesultanan Melaka
Menurut Sejarah Melayu, Bendahara kepada Sultan Muhammad Shah masih belum Islam ketika Sultan Muhammad Shah memeluk Islam (Shellabear, 1981).
Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, penduduk Melaka yang beragama Islam ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah hanyalah seratus orang termasuk Sultan Mansur Shah. Majoriti penduduk Melaka bukan beragama Islam hingga kepada zaman Portugis. (Cave, 1996). Penduduk Melaka ketika pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah baru mencecah 40,000 orang (Yusuf Iskandar, 1992).
Sulayman Al Mahri, seorang ahli pelayaran beragama Islam (1480 - 1550) yang belayar sehingga Alam Melayu meragui penduduk Melaka ketika itu beragama Islam (Laffan ,2011).
Sunday, March 4, 2012
Misteri Nama Malaysia
Nama Malaysia sudah diketahui semenjak tahuk 1937 lagi. Hal ini boleh dirujuk dalam teks berikut:
Emerson, Rupert. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rules. Macmillan, New York : 1937.
Namun, nama Malaysia juga menjadi tajuk sebuah buku yang ditulis oleh Fay-Cooper Cole dan diterbitkan pada tahun 1945 oleh D. Van Nostrand Company, Princeton, New Jersey. Tajuk buku itu ialah The Peoples of Malaysia.
Menurut Pensyarah Prof. Madya Mat Zin Mat Kib dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, nama Malaysia terdapat dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) yang bertarikh pada 1 Januari 1889 melalui laporan bertajuk "Geographical Notes in Malaysia and Asia" yang ditulis oleh J.E. Tenison-Woods tentang catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu.
Saturday, February 25, 2012
Misteri Hang Tuah Bertemu Patih Gajah Mada?
Dikatakan Hang Tuah belayar ke Majapahit untuk bertemu dengan Ratu Majapahit. Hang Tuah dikatakan dapat menewaskan Taming Sari dihadapan Ratu Majapahit dan Patih Gajah Mada. Selepas itu, keris Taming Sari menjadi milik Hang Tuah.
Tetapi siapakah Patih Gajah Mada yang ditemui oleh Hang Tuah? Patih Gajah Mada dikatakan sudah meninggal dunia ketika pemerintahan Hayam Wuruk pada tahun 1364. Patih Gajah Mada meninggal ketika berusia 74 tahun. Hang Tuah dikatakan hanya lahir pada tahun 1444. Jika Patih Gajah Mada masih hidup ketika Hang Tuah lahir, dia sudahpun berusia 154 tahun ketika itu.
Mahapatih terakhir kerajaan Majapahit ialah Tuan Kanaka. Tuan Kanaka meninggal pada tahun 1430. Ketika Tuan Kanaka meninggal, Hang Tuah masih belum lahir lagi. Yang menjadi persoalan kini ialah siapakah yang sebenarnya ditemui oleh Hang Tuah?
Sultan Mansur Shah dikatakan memerintah di antara tahun 1456 hingga 1477. Ratu Majapahit yang memerintah sezaman dengan Sultan Mansur Shah ialah Suraprabhawa (1466 hingga 1477). Adakah Suraprabhawa Ratu Majapahit yang ditemui oleh Hang Tuah?
Ataupun jika Patih Gajah Mada benar-benar wujud pada di antara tahun 1290 hingga tahun 1364, siapakah sebenarnya Hang Tuah?
Sultan Mansur Shah dikatakan memerintah di antara tahun 1456 hingga 1477. Ratu Majapahit yang memerintah sezaman dengan Sultan Mansur Shah ialah Suraprabhawa (1466 hingga 1477). Adakah Suraprabhawa Ratu Majapahit yang ditemui oleh Hang Tuah?
Ataupun jika Patih Gajah Mada benar-benar wujud pada di antara tahun 1290 hingga tahun 1364, siapakah sebenarnya Hang Tuah?
Saturday, February 18, 2012
Sultan Melaka Ketagih Candu?
Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, Sultan-sultan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Shah menagih candu. Candu sangat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan yang dibuat oleh Sultan Mahmud Syah. Sultan Mahmud Syah bertindak kejam kerana intoksikasi candu. Maka tidak hairanlah Melaka tewas dengan mudah apabila ia di serang oleh tentera Alfonso D'Albuquerque. Pembesar-pembesar Melaka dan kerajaan-kerajaan kecil di Selat Melaka juga tidak menyukai Sultan Mahmud Syah, lalu mereka memberi bantuan kepada Alfonso D'Albuquerque untuk menjatuhkan Sultan Mahmud Syah. Lagipun Sultan Mahmud Syah tidak menghormati pandangan mereka dalam banyak perkara. Bendahara dan Laksamana Melaka mencadangkan kepada Sultan Mahmud Syah supaya berdamai sahaja dengan Alfonso D'Albuquerque. Namun, Sultan Mahmud Syah berkeras mahu menggunakan senjata ke atas Alfonso D'albuquerque. Peperangan tercetus dan akhirnya Melaka tewas.
Candu sudah wujud di Semenanjung semenjak abad ke 15 lagi. Ia bukan dikenali pada abad ke 19 walaupun perdagangan dan penggunaan candu di Semenanjung ketara pada zaman itu. Sultan-sultan dan pembesar Melaka sudah kenal dan ketagih candu pada zaman mereka.
Sultan-sultan Melaka tidak mendapat bekalan candu dari Orang Inggeris. Ini kerana Orang Inggeris belum bertapak secara rasmi di Asia Tenggara pada zaman itu. Sultan-sultan Melaka mendapat bekalan candu dari Timur Tengah seperti Aden dan Mekah(?). Oleh kerana bekalannya dari Timur Tengah, adakah ia dibekalkan oleh Orang Arab? Jika candu dibekalkan oleh Orang Arab, adakah Orang Arab juga menjadi penagih candu? Pada zaman itu, kuasa politik Orang Arab semakin merosot. Kuasa politik Orang Turki semakin menonjol. Pada tahun 1492, Bani Uthmaniyyah menawan Konstantinopel.
Candu sudah wujud di Semenanjung semenjak abad ke 15 lagi. Ia bukan dikenali pada abad ke 19 walaupun perdagangan dan penggunaan candu di Semenanjung ketara pada zaman itu. Sultan-sultan dan pembesar Melaka sudah kenal dan ketagih candu pada zaman mereka.
Sultan-sultan Melaka tidak mendapat bekalan candu dari Orang Inggeris. Ini kerana Orang Inggeris belum bertapak secara rasmi di Asia Tenggara pada zaman itu. Sultan-sultan Melaka mendapat bekalan candu dari Timur Tengah seperti Aden dan Mekah(?). Oleh kerana bekalannya dari Timur Tengah, adakah ia dibekalkan oleh Orang Arab? Jika candu dibekalkan oleh Orang Arab, adakah Orang Arab juga menjadi penagih candu? Pada zaman itu, kuasa politik Orang Arab semakin merosot. Kuasa politik Orang Turki semakin menonjol. Pada tahun 1492, Bani Uthmaniyyah menawan Konstantinopel.
Saturday, February 11, 2012
Fort Canning, Singapura Dalam Pensejarahan Melayu
Fort Canning, Singapura mempunyai nilai sejarah. Fart Canning juga dikenali dengan nama Bukit Singapura atau Bukit Larangan. Orang Melayu menggelarnya sebagai Bukit Larangan kerana ia dikaitkan dengan kepercayaan khurafat Orang Melayu mengenai kubur Raja-raja Temasik zaman dulu. Raffles (1823) menyatakan bahawa ia adalah lokasi persemadian raja-raja Temasik. Tuhfat Al Nafis merakamkan bahawa Sri Tri Buana iaitu Raja Temasik yang terawal dikuburkan di sana (Brown, 1970).
Seperkara lagi yang menarik ialah sehingga tahun 2004, sebanyak 300,000 artifak dari tapak-tapak ekskavasi di seluruh Singapura sudah dijumpai (Miksic, 2006). 90% daripada artifak yang ditemui berasal dari abad ke 14 (Miksic, 2007).
Aktiviti komersil dan urbanisasi sudah wujud di Temasik pada abad ke 14. Temasik bukan semata-mata memanfaatkan perdagangan di antara Timur dan Barat. Tetapi, pada masa itu, Temasik sudah mengimport bahan mentah dan menghasilkan artifak (Miksic, 1998). Bukti ini menunjukkan Raffles bukanlah orang yang menemui Singapura. Ia pernah mencapai zaman kegemilangannya ketika Raffles belumpun lahir ke dunia.
Monday, February 6, 2012
Meluruskan Polemik Hang Tuah
Moore dan Lloyd (1989), Benjamin dan Chou (2002), Nicholas (2004), Indriatmoko (2006), Lasimbang (2007) dan Leake (2007) bersependapat bahawa Hang Tuah ialah seorang pemimpin dari kalangan etnik Orang Asli. Secara spesifik, Meilink-Rolofsz (1962) dan Windstedt (1935) menyatakan bahawa Hang Tuah ialah pemimpin Orang Jakun.
Wednesday, February 1, 2012
Minyak Masak Masih Kurang di Pasaran
Sehingga 31 Januari 2012, tinjauan mendapati bahawa minyak masak masih kurang di pasaran. Apa yang menghairankan ialah cuti Tahun Baru Cina 2012 sudah lama berlalu. Felda juga mempunyai jenama minyak masaknya yang tersendiri iaitu Saji. Tetapi minyak masak jenama Saji keluaran Felda sukar di dapati. Apabila ditinjau di kebanyakan pasaraya, minyak masak jenama Saji tidak kelihatan di rak. Kedai mamak pun tidak menjual minyak masak jenama Saji. Sebotol pun tiada. Apa yang sudah terjadi? Yang lebih menghairankan lagi ialah Felda mengendalikan kawasan penanaman sawit yang sangat besar di Malaysia. Rata-rata peneroka Felda berbangsa Melayu. Pengurusan Felda juga terdiri daripada staf yang berbangsa Melayu.
Dari sudut bisnes, inilah peluang Felda untuk membuat untung. Felda boleh mengambil manfaat dari kekurangan bekalan untuk menggandakan pengeluaran. Takkan ini pun pengurusan Felda tak faham? Bilakah Felda mampu bersaing di peringkat global?
Thursday, January 26, 2012
Kenapa Bersama Haraki?
Menurut Almarhum Ustaz Fadzil Nor
" Jangan masuk PAS kalau anda cari dunia. Jangan panggil diri anda pejuang Islam kalau anda nak manusia puji anda. Anda jangan perasan macam anda ulama kalau perjuangan anda hanya setakat serban, jubah dan kopiah. PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Taala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Taala."
Kalau kita masih belum mampu, maka memadai sebagai permulaan kita mengasihi dan kemudiannya membantu ulama serta golongan yang bersama mereka yang berjuang memburu akhirat dalam skop yang bukan setakat serban, jubah atau kopiah. Pada setiap masa kita jangan putus asa dengan Allah Taala dalam setiap perkara.
" Jangan masuk PAS kalau anda cari dunia. Jangan panggil diri anda pejuang Islam kalau anda nak manusia puji anda. Anda jangan perasan macam anda ulama kalau perjuangan anda hanya setakat serban, jubah dan kopiah. PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Taala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Taala."
Kalau kita masih belum mampu, maka memadai sebagai permulaan kita mengasihi dan kemudiannya membantu ulama serta golongan yang bersama mereka yang berjuang memburu akhirat dalam skop yang bukan setakat serban, jubah atau kopiah. Pada setiap masa kita jangan putus asa dengan Allah Taala dalam setiap perkara.
Monday, January 23, 2012
Polemik Hang Tuah Wujud
Hang Tuah memang wujud. Tidak seperti yang difahami oleh Prof. Datuk Khoo Kay Kim. Tetapi Hang Tuah bukan Orang Melayu. Hang Tuah juga bukan Orang Cina. Hang Tuah tidak menyambut Gong Xi Fa Cai. Apabila pagi hari Gong Xi Fa Chai, Hang Tuah tidak bersedekah buah limau dan Ang Pau. Tetapi Hang Tuah ialah Orang Asli. Lebih tepat lagi, Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935).
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Pendapat Hang Tuah ialah Orang Asli juga boleh ditemui dalam Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London (Skeat, W.William and C.O. Blagden, 1906).
Seorang ahli antropologi dari etnik Semai, Juli Edo juga mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli.
Jadi, macam mana Orang Asli boleh jadi Melayu? Bagaimana Orang Asli boleh jadi Cina? Cuma kita belum dengar Orang Asli jadi Nepal atau Mat Bangla.
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Pendapat Hang Tuah ialah Orang Asli juga boleh ditemui dalam Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London (Skeat, W.William and C.O. Blagden, 1906).
Seorang ahli antropologi dari etnik Semai, Juli Edo juga mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli.
Jadi, macam mana Orang Asli boleh jadi Melayu? Bagaimana Orang Asli boleh jadi Cina? Cuma kita belum dengar Orang Asli jadi Nepal atau Mat Bangla.
Saturday, January 14, 2012
Mazhab-mazhab Fekah di Kalangan Ahli Sunnah
Di kalangan mazhab Ahli Sunnah ini wujud sehingga 13 mazhab fekah. Ada yang masih kekal sehingga hari ini sebagaimana ada yang sudah luput tanpa pendokong,
1. Mazhab Hassan al-Basri
2. Mazhab al-Auza'i
3. Mazhab Abi Hunifah
4. Mazhab Sufian Al-Thauri
5. Mazhab Maliki
6. Mazhab al-Laith ibn Sa'id
7. Mazhab al-Syafi'i
8. Mazhab Sufian ibn Uyainah
9. Mazhab Ishaq ibn Rohuwih
10. Mazhab Ahmad ibn Hanbal
11. Mazhab Abi Thur
12. Mazhab Daud al-Zohiri
13. Mazhab ibn Jarir al-Tobari
2. Mazhab al-Auza'i
3. Mazhab Abi Hunifah
4. Mazhab Sufian Al-Thauri
5. Mazhab Maliki
6. Mazhab al-Laith ibn Sa'id
7. Mazhab al-Syafi'i
8. Mazhab Sufian ibn Uyainah
9. Mazhab Ishaq ibn Rohuwih
10. Mazhab Ahmad ibn Hanbal
11. Mazhab Abi Thur
12. Mazhab Daud al-Zohiri
13. Mazhab ibn Jarir al-Tobari
Subscribe to:
Posts (Atom)