Friday, October 23, 2009

Biasiswa Untuk Lepasan SPM, STPM, Diploma Dan Matrikulasi Ke Luar Negara


1. Beberapa universiti di Amerika Syarikat yang menawarkan biasiswa melalui polisi need blind. Polisi ini bergantung harap kepada dana endowment yang diterima. Terdapat 7 buah institusi yang mempunyai polisi need blind dan menawarkan bantuan penuh kepada pelajar termasuk pelajar antarabangsa. Institusi-institusi itu ialah MIT, Dartmouth College, Yale University, Harvard University, Princeton University, Amherst College dan Williams College.

2. Terdapat juga universiti di Amerika Syarikat yang menawarkan bantuan kewangan kepada mereka yang mempunyai skor yang cemerlang dalam peperiksaan SAT.

3. Universiti Victoria di New Zealand memberi diskaun yuran pengajian yang banyak kepada lepasan STPM, diploma atau yang setara dengannya dari Malaysia melalui program Malaysia Fees Scholarship. Diskaun yang diberi ialah sebanyak NZ$20,000. Universiti of Queensland di Australia memberi potongan yuran 100% kepada pelajar cemerlang untuk mengikuti kursus Bachelor of Economics. Nama biasiswa itu ialah UQ Economics Scholarship-Malaysia. Queensland University of Technology menawarkan potongan yuran semester 1 sebanyak 50% kepada pelajar-pelajar Bachelor of Business yang layak.

1 comment:

Anonymous said...

bagaimana, bahagian undang-undang, macam mana eh?
boleh pergi oversea?
ke negara mana ye