Wednesday, November 17, 2010

Nilai Seorang Pekerja

Dipetik dari blog Marni

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Baru-baru ini, saya meluangkan sedikit masa di rumah presiden sebuah syarikat yang sedang meningkat maju. Secara kebetulan, satu rancangan kuiz sedang ke udara di kaca tv. Seorang daripada peserta kuiz itu sudah berminggu-minggu kekal sebagai juara. Dia dapat menjawab pelbagai bentuk soalan yang kebanyakannya tidak begitu penting.

Selepas peserta kuiz itu berjaya menjawab satu soalan pelik mengenai sebuah gunung di Argentina, tuan rumah bertanya kepada saya, “Cuba kamu teka berapakah saya akan bayar bagi menggaji orang seperti ini?”

“Berapa?” saya menyoal balas.

“USD300 sahaja, bukan USD300 seminggu atau sebulan, tetapi USD300 bagi seumur hidupnya. Saya sudah menilainya. Dia tidak boleh berfikir. Dia hanya boleh menghafal. Jadi, dia hanya ensiklopedia bergerak. Dengan USD300, saya dapat membeli satu set ensiklopedia yang bermutu. Malah, mungkin itu keterlaluan. Sebanyak 90% daripada jawapan yang keluar daripada mulut lelaki itu dapat saya rujuk dengan harga USD2.

Saya tidak memerlukan pekerja seperti ini. Saya memerlukan orang yang boleh menyelesaikan masalah, menyumbangkan idea serta boleh merealisasikan impian. Duit diperoleh daripada idea yang baik dan bukannya daripada fakta.”

(Petikan ini disesuaikan daripada buku The Magic of Thinking Big, David J. Schwartz, PhD., halaman 37-38).

Berapa peratuskah pekerja di Malaysia yang tergolong dalam kategori di atas? Berapa ramaikah kakitangan awam yang hanya bernilai USD300 sahaja?

Friday, November 12, 2010

UiTM Wajibkan Kepujian Sejarah Untuk Mengikuti Kursus

Syed Anuar Syed Mohamad, Tan Sri Abdul Rahman Arshad dan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim bersetuju dengan langkah UiTM mewajibkan kepujian sejarah supaya dapat mengikuti kursus-kursus di situ mulai Julai 2011. Tetapi Prof. Madya Datin Dr. Mahani Musa mengatakan UiTM perlu berhati-hati sebelum melaksanakan langkah itu.

Berita lanjut di sini.

Syarat kepujian sejarah itu penting. Tetapi, adakah ia mempunyai nilai tambah? Adakah pelajar-pelajar itu mempelajari tentang Konosuke Matsushita, Taichi Ohno, Agricola, Lord Robbens, Kalashnikov, Sultan Saifuddin Qultuz, JM Juran dan sebagainya. Bagaimana pula dengan Sakichi Toyoda, Kokichi Mikimoto, Jokichi Takamine, Kikunae Ikeda, Umetaro Suzuki, Kyota Sugimoto, Kotaro Honda dan sebagainya? Bagaimana pula dengan Hans Geiger, Heinrich Hertz, Karl Von Linde, Konrad Zuse dan lain-lain lagi?

Untuk pelajar-pelajar yang beragama Islam, alangkah baiknya jika mereka dapat mempelajari tentang sirah Nabi Muhammad dengan lebih menyeluruh selain daripada tokoh-tokoh di atas.

Wednesday, November 10, 2010

40,000 Netbook Untuk Pelajar di Kelantan

Berapa peratuskah netbook ini bakal dijual? Adakah kita akan lihat pelajar-pelajar di Kelantan melepak di simpang-simpang jalan pada waktu malam dengan netbook masing-masing sambil berbincang dan bertukar-tukar maklumat tentang perkara-perkara yang tidak berfaedah? Adakah netbook ini bakal menjadi alat untuk menjana ilmu atau sumber bisnes baru untuk orang Kelantan? Atau netbook ini menjadi sumber keruntuhan moral yang berleluasa?Bagaimanakah pula orang Kelantan mengurus netbook ini supaya ia menjadi perkakas bermanfaat untuk memandaikan bangsa? Mudah-mudahan netbook ini tidak menjadi penyebab orang Kelantan dikhayalkan dengan skim piramid yang bertopengkan direct selling.

Bacaan seterusnya di sini

Monday, May 31, 2010

Transit Pendidikan Tinggi ke Eropah

Transit Pendidikan Tinggi ke Eropah

HASRAT menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini bukan sekadar angan-angan. Lebih-lebih lagi, apabila peranan pengajian tinggi kini diangkat ke tahap teratas.

Keputusan sebuah jaringan pendidikan swasta terbesar dunia, Laureate International Universities untuk memindahkan pejabat operasinya di Asia dari Hong Kong ke Malaysia baru-baru ini, ternyata menunjukkan Malaysia semakin diyakini untuk muncul sebagai pusat pendidikan terkemuka.

Bermula dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang bertujuan memberikan lebih autonomi kepada ahli lembaga pengarah universiti untuk merencanakan agenda institusi, kini fokus kementerian tertumpu kepada peningkatan sumbangan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 14 April lalu berkata, kementerian merancang untuk menganugerahkan status universiti penyelidikan kepada dua lagi institusi yang memenuhi kriteria.

Namun begitu, projek penyelidikan universiti yang tidak berjaya dikomersialkan atau dipatenkan hanya akan membazirkan peruntukan kerajaan sekali gus menyaksikan ia gagal menepati sasaran kementerian dalam meningkatkan pendapatan sendiri sehingga 30 peratus.

Melihat trend globalisasi dan pengantarabangsaan universiti yang kini menjadi kayu pengukur kepada kemajuan sektor pengajian tinggi, universiti tempatan tidak boleh lagi berpeluk tubuh sebaliknya perlu menjalin lebih banyak kerjasama strategik bersama rakan luar negara.

Terbaru, kerjasama strategik antara Kementerian Pengajian Tinggi bersama Kesatuan Eropah (EU) menyaksikan peruntukan permulaan melibatkan Euro 575,000 (RM2.5 juta) untuk melaksanakan projek-projek MYEULINK bagi tempoh tiga tahun.

Projek baru MYEULINK bertujuan memberi kesedaran kepada kerajaan, sektor swasta, media dan masyarakat mengenai polisi yang dilaksanakan EU itu. Ia sekali gus diharapkan dapat meningkatkan kerjasama Malaysia-Eropah.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, MYEULINK mampu meningkatkan profil Malaysia dalam kalangan negara EU apabila kepakaran kedua-dua pihak digandingkan sekali gus mewujudkan persefahaman dalam konteks polisi pendidikan tinggi.

Menurutnya, projek serampang dua mata itu juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya menerusi pemindahan pengetahuan dan kepakaran melalui kursus-kursus latihan melibatkan sektor awam dan swasta.

"Matlamat jangka panjangnya adalah untuk menubuhkan sebuah pusat EU di Malaysia (MYEUCENTRE) yang akan mengenal pasti peluang-peluang penajaan penyelidikan di bawah rangka polisi EU serta program berkaitan," katanya.

Dalam pada itu, koordinator MYEULINK, Prof. Sayed Azam Ali berkata, projek tersebut berupaya membangunkan kapasiti antara Malaysia dan EU untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perniagaan.

Beliau berkata, antara peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan termasuklah program pertukaran pelajar 'Erasmus Mundus' dan The Seventh Framework Programme (FP7) yang menjadi instrumen utama pembiayaan penyelidikan di Eropah.

Selain itu, katanya, aktiviti MYEULINK juga merangkumi penganjuran Pameran Pendidikan Tinggi EU-Malaysia pada 2011 bagi mempamerkan institusi pengajian negara dan Eropah yang terlibat dalam program pertukaran dan penyelidikan melibatkan mahasiswa dan staf antara universiti.

Tambah beliau, sebuah persidangan yang melibatkan pemain penting dalam industri juga akan diadakan sempena pameran tersebut bertemakan Penubuhan Hab Pengajian Tinggi Serantau: Peluang dan Cabaran.

Bagi merealisasikan MYEULINK, empat universiti di Malaysia turut terlibat iaitu kampus University of Nottingham Malaysia (UNMC) yang bertindak sebagai koordinator program, selain Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dua universiti Eropah yang terlibat dalam pertukaran pensyarah untuk menyampaikan pengajaran dalam beberapa bidang tertentu berorientasikan EU pula ialah University Nottingham di United Kingdom (UK) dan University of Maastricht di Belanda.

Selain itu, tiga rakan sekutu kerjasama ini juga melibatkan institusi penyelidikan dan syarikat tempatan seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), USM serta Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Pensyarah dari University of Maastricht akan berkongsi kepakaran dalam bidang ekonomi dan perniagaan bersama UPM, sementara UMS pula menjadi hos dan koordinator kepada pengajian media dan sejarah berkaitan EU.

University of Nottingham, UK yang juga melahirkan graduan ternama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula akan berkongsi kepakaran bersama UM dalam bidang politik dan undang-undang.

Kesemua perkongsian pengetahuan dan kepakaran berkaitan EU melalui UPM, UMS dan UM seterusnya akan dihimpun melalui satu sistem simpanan maklumat yang boleh diakses secara dalam talian dikenali sebagai MYEUHENET.

Selain itu, struktur projek MYEULINK dirangka melibatkan penganjuran seminar berkaitan polisi EU dengan kerjasama tiga rakan sekutu melibatkan aspek keselamatan luar dan migrasi (ISIS) alam sekitar dan sains teknologi (IPPTN) serta tenaga (Petronas).

Kesemua penganjuran seminar tersebut melibatkan sumber kepakaran daripada pengajian tinggi, sektor awam dan swasta yang diselia oleh University of Nottingham, University of Maastricht dan Jaringan Sokongan Kecemerlangan Eropah (EESN).

Bagi mengembangkan hubungan organisasi awam dan swasta di Malaysia, satu lagi sistem simpanan maklumat secara dalam talian berkaitan polisi EU (MYEUHLSNET) akan dibangunkan bagi memadankannya dengan pusat-pusat penyelidikan dan pengetahuan yang relevan di Eropah.

Hasil gabungan input yang dikumpul melalui MYEUHENET dan MYEUHLSNET pula dijadikan pemangkin ke arah mewujudkan sebuah Community of Practice (MYEUCOP) yang mampu menzahirkan kepakaran dan amalan terbaik Malaysia-EU melibatkan beberapa polisi termasuk pendidikan.

Justeru, melalui MYUECOP yang diletakkan di bawah penyelarasan UM, ia diharapkan dapat menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran terhadap polisi yang dilaksanakan EU melalui kursus latihan yang melibatkan sektor awam dan swasta.

Akhirnya, MYEUCOP dijadikan garis panduan dan landasan ke arah penubuhan MYEUCENTRE melalui dialog, debat dan pertukaran kepakaran antara ahli akademik EU serta pembuat polisi di Malaysia dalam menentukan reaksi kedua-dua pihak terhadap beberapa polisi termasuk di peringkat pengajian tinggi.

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
Emel: pengarang@utusan.com.my

Dipetik dari laman Utusan Online 27 Mei 2010

Sunday, May 30, 2010

8 Ciri Eksekutif Syarikat Berbakat Gagal Dalam Kerjaya

8 Ciri Eksekutif Syarikat Berbakat Gagal Dalam Kerjaya

SYDNEY, Australia 23 Mei - Kajian terbaharu yang dijalankan oleh pakar perancangan penggantian ketua pegawai eksekutif, TalentInvest telah mengenal pasti lapan ciri-ciri yang boleh menyebabkan eksekutif syarikat yang paling berbakat 'tergelincir' di dalam kerjaya mereka.

Satu daripada empat eksekutif kanan gagal dalam tempoh 18 bulan pertama selepas pelantikan mereka, demikian menurut Majlis Kepimpinan Korporat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Ini hanya dipercepatkan sejak krisis kewangan global ekoran kesulitan dan kekaburan yang belum pernah berlaku yang dihadapi oleh banyak perniagaan.

Ketua TalentInvest, Meena Thuraisingham berkata, "Punca utama kegagalan di dalam kerjaya bagi para eksekutif adalah kerana terlalu mengikuti dan bergantung kepada sifat dan tindak-tanduk yang berjaya dan digunakan oleh mereka di dalam kerjaya sebelum ini. Kekuatan yang telah memacukan seseorang eksekutif ke puncak sesebuah organisasi boleh juga menjadi punca yang menyebabkan kejatuhan mereka." "Ketika perniagaan menjadi lebih rumit, ketidakupayaan untuk menyesuaikan diri dan belajar dengan pantas dan cekap menjadi punca utama kegagalan mereka.

Perkara ini sangat ketara semasa krisis kewangan global, yang menguji ketabahan walaupun pemimpin perniagaan yang paling berjaya."

Thuraisingham menawarkan khidmat nasihat kepada syarikat- syarikat senarai awam di United Kingdom, Singapura, Hong Kong dan India mengenai perancangan penggantian ketua pegawai eksekutif telah menjalankan penyelidikan itu pada 2008.

Penyelidikan itu memberi tumpuan kepada eksekutif yang telah menjadi sebahagian daripada proses formal perancangan penggantian ketua pegawai eksekutif dan telah dikenal pasti semasa proses ini sebagai mempunyai potensi memiliki ciri- ciri ketua pegawai eksekutif.

Lapan ciri-ciri penting yang dapat menggagalkan eksekutif itu ialah;

  • Membiarkan kekuatan untuk menjadi liabiliti

  • Salah tanggap orang dan perhubungan

  • Memperkecilkan kerumitan cabaran

  • Tidak dapat menerima hakikat

  • Menjalani pemulihan terlalu perlahan selepas sesuatu kekecewaan

  • Kegagalan untuk belajar dan menyesuaikan diri

  • Mengetepikan kelemahan atau maklumat balas mengenai kelemahan ini

  • Terlalu lama berada dalam kumpulan yang salah

  • Ciri-ciri ini dan toksid dan mengehadkan struktur organisasi yang membawa kepada satu peningkatan di dalam kegagalan eksekutif telah dimasukkan di dalam buku terbaru Thuraisingham, bertajuk Derailed - What Smart Executives Do to Stay on Track.

    "Buku ini bertujuan memaklumkan kepada para eksekutif kepada gejala bahaya yang tersorok dan isyarat amaran dan menyediakan kepada mereka dengan beberapa strategi kejayaan yang praktikal untuk membantu mereka membina GPS dalaman seperti sistem bagi mengemudi menerusi halangan dan cabaran yang tidak boleh dielak," kata Thuraisingham.

    Namun, ia juga penting untuk merealisasikan bahawa kegagalan dan halangan itu tidak semestinya tidak baik. Pembelajaran peribadi yang penting boleh terbit daripada kekecewaan dan kegagalan bagi seorang eksekutif yang bersifat terbuka untuk belajar daripada kekecewaan itu.

    Maklumat latar belakang Meena Thuraisingham adalah merupakan Pengetua TalentInvest (www.talentinvest.com.au) dan adalah seorang ahli psikologi organisasi, yang memberi nasihat kepada syarikat-syarikat senarai awam di Australia, Asia dan United Kingdom mengenai perancangan penggantian ketua pegawai eksekutif.

    Beliau adalah penulis 'Careers Unplugged-Essential Choices for a Great Career' (Blue Toffee) yang telah mencatatkan jualan paling laris.

    Dipetik dari laman Utusan Online 24 Mei 2010

    Tuesday, May 18, 2010

    Belajar Apa Tua-Tua?

    Belajar Apa Tua-Tua?

    Oleh Ustaz Saiful Bahri

    Kelmarin, Hazel Soares bersama rakan sekelasnya bergambar sebelum konvokesyen bagi mendapatkan ijazah setelah beliau berjaya menamatkan pengajian di Mills College di Oakland, California. Beliau yang berusia 94 tahun mampu menyelesaikan pengajiannya kembali setelah tamat pembelajarannya di Roosevelt High School di Oakland pada tahun 1932. Beliau yang memiliki 6 orang anak dan 40 orang cucu dan cicit merupakan orang kedua tertua berjaya lulus dari kolej.

    Tiga tahun yang lalu, Nola Ochs dari Kansas telah menempa nama sebagai lulusan Universiti yang tertua di dunia dan dicatat dalam Guinness Book of World Records yang ketika itu berusia 95 tahun. Beliau mendapat Ijazah Master dalam Liberal Studies dari from Fort Hays State University.

    Ia menjadi suntikan semangat kepada semua bahawa usia bukannya halangan dalam menggapai kejayaan dalam pendidikan. Apa yang penting adalah semangat, keinginan dan kesungguhan. Sebenarnya konsep pendidikan dalam Islam merupakan pendidikan sepanjang hayat. Belajar dari buaian sehingga ke liang lahad. Non Stop. Apatah lagi ilmu itu tiada tepinya dan tiadanya pelabuhan untuk berlabuh. Islam mengajar kita supaya menuntut ilmu dan mencintainya serta golongan yang terlibat dengan ilmu. Islam sendiri meletakkan mereka yang berilmu itu tinggi maqamnya selepas daripada nabi.

    شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ

    Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan, para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). (Surah al-Imran : 18)

    يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

    Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat, dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Mujadalah : 11)

    Banyak lagi ayat yang menyentuh kelebihan orang yang berilmu apatah lagi hadis-hadis yang menyebut demikian tetapi amat malang kekadang umat Islam sendiri lemah dari segi pengetahuan dan usaha untuk mencari ilmu. Pengasas kepada keilmuan adalah Islam itu sendiri. Negara umat Islam terawal telah mewujudkan universiti termasuklah yang masyhur seperti Universiti Cordova, Konstantinople maupun Universiti Al-Azhar sendiri yang telah menjangkau usia melebihi 1 ribu tahun.

    Realiti kini di alaf millenium ini, negara-negara umat Islam sendiri menpunyai kadar buta huruf yang tinggi. Tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara maju mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100% semuanya celik huruf.

    Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50% di negara majoriti Islam. Bererti 50% lagi berhenti awal mahupun tidak bersekolah. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus sahaja di negara majoriti Islam.

    Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5,758 buah universiti dan India ada 8,407. Negara-negara majoriti umat Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta! Bererti umat Islam ketinggalan jauh ke belakang. Itu belum diambil kira di mana tahap universiti umat Islam berbanding dengan umat lain.

    Kalau dilihat negara kita, permasalahan timbul bukan hanya pendidikan tetapi juga sosial, ekonomi maupun politik. Kegagalan pihak memerintah menyalurkan sumber ilmu pengetahuan kepada rakyatnya. Apatah lagi apabila pendidikan sendiri menjadi satu cabang perniagaan. Kerajaan berniaga dengan rakyatnya sendiri. Rakyat terpaksa membayar kos yang tinggi untuk pembelajaran. Peluang yang terhad bahkan pelbagai diskriminasi serta campur tangan politik sempit menyebabkan status pendidikan negara jatuh merudum.

    Kita sedih melihat generasi muda yang sibuk menghabiskan masa emas mereka dengan sia-sia. Sibuk dengan hiburan, merempit dan berpeleseran tanpa arah dan tujuan. Kadar celik ilmu maupun penguasaan agama yang amat cetek sekali. Inilah punca yang membawa banyak permasalahan remaja dan umat Islam kini.

    Peluang dan kesempatan pembelajaran secara formal maupun tidak formal amat terhad di negara kita. Kalau ada kesempatan pun banyak pula halangan-halangan lain. Tetapi biar apapun, sikap kita sendiri merupakan faktor utama dalam usaha merebut ilmu pengetahuan. Banyak yang terkandas ditengah jalan kerana hilang daya juang dan semangat menuntut ilmu. Banyak yang merasakan cukup dengan apa yang ada. Meskipun umur masih muda belia. Apatah lagi untuk mencapai pendidikan yang lebih tinggi seperti sarjana dan Phd. Bahkan rakan-rakan dan keluarga sendiri tak membantu. Bahkan cubaan untuk melunturkan semangat makin ada. "Mengaji apa lagi tua-tua ni". Istilah yang biasa kedengaran. Sedangkan para ulama terdahulu terpaksa belayar ke Mekah untuk menuntut ilmu bahkan ada yang memakan masa 20-30 tahun baru pulang kembali ke nusantara bagi menabur ilmu yang mereka miliki.

    Penulis sendiri melalui cabaran ini. Ijazah pertama di Universiti al-azhar diperolehi pada tahun 1989. Setelah 20 tahun barulah dapat peluang menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Memanglah dalam kelas kita yang tertua. Bahkan Ketua Jabatan dan sesetengah prof tu lebih muda daripada kita sendiri tetapi faktor usia guru bukannya menjadi penghalang untuk kita menuntut ilmu. Semangat yang ditunjukkan oleh nenek Hazel dan Nola ini menyuntik semangat untuk menyambung lagi pengajian keperingkat Phd, insyaAllah semoga Allah memberi jalan dan kekuatan meskipun banyak kekangan dan acapkali semangat yang tertangguh.

    Dipetik dari laman Tranungkite

    Komen : Buat permulaan, IPTA-IPTA di Malaysia mengecualikan 100% yuran pengajian dan lain-lain yuran kepada golongan pesara (serta mereka yang berumur 50 tahun ke atas) yang mengikuti mana-mana kursus berkaitan dengan pengajian Islam di peringkat ijazah, master dan PhD.

    Tuesday, May 11, 2010

    Kisah bahasa Melayu di Jepun




    SEBILANGAN orang Jepun mula belajar bahasa Melayu 100 tahun lalu, demikian menurut Moriyama dalam sebuah esei. Buku pertama terbit pada awal 1900-an dan kini jumlah pelbagai buku dan kamus Melayu lebih dari 200 buah.

    Beliau mencatat hal tersebut ketika mengisahkan perjalanan Marquis Yoshichika Tokugawa (1886-1976), seorang pembesar Jepun yang disebut sebagai pelopor pelajaran bahasa Melayu di negeri Jepun setelah menjelajah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Jawa. Beliau kemudian menjadi ketua Muzium Singapura dan Botanical Gardens semasa Perang Pasifik.

    Essei tersebut terbit dalam buku berjudul Lost Times and Untold Tales from the Malay World (NUS Press Singapore 2009). Lalu disiarkan gambar salah sebuah buku pertama bahasa Melayu itu yang terbit pada tahun 1912, berjudul Marai-go Dokusyu, lengkap dengan tulisan Jawi.

    Moriyama mulanya bercerita mengenai sebilangan kecil warga Jepun merantau ke negeri-negeri sebelah selatan kepulauan Jepun. Antara mereka ialah peniaga-peniaga kecil dan juga pelacur.

    Sebilangan dari mereka berjaya memiliki ladang-ladang getah dan ada juga yang melabur dalam industri bijih timah. Kerana itu pengetahuan bahasa Melayu digalakkan.

    Seperti dicatat oleh Moriyama: "Bahasa Melayu menjadi bahasa terpenting kerana digunakan secara meluas di negeri-negeri yang dijajah oleh Inggeris dan Belanda."

    Lalu, antara yang mula terbit ialah kamus dwibahasa Melayu dan Jepun. Pada peringkat permulaan disiarkan seruan: "Marilah kita pergi ke Selatan". Pada peringkat persekolahan pula bahasa Melayu diajar bagi kali pertama pada tahun 1908 di dua buah sekolah di Tokyo.

    Moriyama menambah: "Oleh kerana tiada guru Jepun boleh mengajar bahasa Melayu di sekolah maka guru-guru Melayu dipelawa datang ke negara Jepun untuk mengajar bahasa Melayu. Mereka mungkin menggunakan bahasa Inggeris ketika menyampaikan pelajaran. Sekurang-kurangnya lima guru Melayu datang dari Semenanjung Tanah Melayu untuk mengajar para pelajar Jepun di Tokyo."

    Lantas disebut nama salah seorang dari mereka. Bachee bin Wan Chik (atau Bachik bin Wan Chik) yang kemudian menyusun sebuah kamus dwibahasa Melayu-Jepun. Beliau mengajar selama 19 tahun dan kemudian dikurnia bintang kehormatan kerana sumbangannya itu.

    Antara buku pelajaran Melayu yang paling laris ialah Marai-go yon shu-kan (bahasa Melayu dalam Ampat Minggu) yang terbit pada tahun 1937. Ia kemudian diulang cetak hingga 30 kali.

    Turut menyusun buku tersebut ialah Marquis Yoshichika Tokugawa bersama gurunya Sumitake Asakuri, seorang professor bahasa Melayu di Universiti Tokyo.

    Pelajaran bagi dua hari pertama ialah bunyi sesuatu perkataan dan perbezaan antara sebutan bahasa Melayu dan bahasa di negeri-negeri yang dijajah oleh Belanda.

    Pelajaran bagi hari ke-24 ialah bagaimana mahu menggunakan perkataan-perkataan seperti alkisah, arakian, sa-bermula.

    Pelajaran bagi hari ke-27 dan 28 mengandungi cerita-cerita dari Hikayat Pelandok, Dari Hal Tuan Raffles Hendak Pulang dan Pantun Melayu.

    Pada satu peringkat lain diperturunkan kata-kata mengenai harimau: "Untung sekali sahaya sudah lihat harimau lebih dulu dia lihat sama sahaya dan dengan satu peluru boleh sahaya matikan dia."

    Kata-kata tersebut ialah dari Marquis Tokugawa yang gemar memburu beruang dan harimau. Menurut yang empunya cerita beliau akhirnya memilih Tanah Melayu dan Pulau Jawa kerana kegemarannya itu.

    Juga diceritakan betapa beliau menjalin hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim Negeri Johor setelah bersama-sama memburu. Dalam surat menyurat kedua menggunakan tulisan Jawi.

    Pada 7 Februari 1929, dalam surat Sultan Ibrahim dari Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru. Baginda menulis: "Sahabat saya Marquis Tokugawa." Selanjutnya pujian dari Baginda pada Tokugawa kerana menggunakan bahasa Melayu yang baik.

    Tokugawa memang menyedari pentingnya bahasa Melayu ketika perantauannya di Tanah Melayu dan Jawa. Hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim mendorongnya mempelajari bahasa Melayu yang baik dan tulisan Jawi kerana dalam surat Sultan Ibrahim disebut mengenai warga kulit putih juga belajar bahasa Melayu, tetapi mereka lebih gemar menulis rumi.

    Seperti diketahui semasa pemerintahan tentera Jepun di Malaysia setelah tewas tentera Inggeris dan Belanda, bahasa Jepun (Nippon-go) diajar di sekolah-sekolah yang dulu mengajar bahasa Inggeris.

    Komen : Inilah cara bagaimana Jepun menjadi sebuah negara yang hebat walaupun dalam banyak aspek ia masih ketinggalan berbanding dengan Amerika Syarikat.

    Oleh: Mazlan Nordin
    Dipetik dari laman Utusan Online

    Saturday, May 8, 2010

    Pandangan Blogger Hasbullah Pit Mengenai Hari Pekerja, Polisi Buruh dan Meningkatkan Ekonomi Negara

    1 Mei hari pekerja. Hari yang mulia bagi penyokong sosialis.

    Sosialis memang kerjanya perjuangkan nasib pekerja. Kapitalis pula suka kayakan orang kaya.

    Namun orang Sosialis jarang pula kempen orang supaya berniaga.

    Mahu naik gaji, mahu nasib pekerja terbela dan sebagainya, tapi pekerja perlu kekal sebagai pekerja. Sampai bila?

    Maka wujud golongan baru, pendokong dinar dirham, yang mempromosikan supaya berniaga. Pasar awam tanpa sewa patut diwujudkan.

    Supaya apa? Supaya semua orang boleh berniaga dengan mudah.

    Dengan itu meningkatnya Kelajuan wang atau "velocity of money".

    Dengan menganut pemikiran sosialis, pekerja sentiasa jadi pekerja, modal masih lagi pada kapitalis. Lambat laun, harga pekerja akan pergi ke kapitalis juga.

    Jadi, ayo berniaga.

    Zaman sudah dipermudahkan, kini golongan pekerja boleh berniaga di Laman web sosial tanpa sewa.

    Bagi pendokong dinar dirham, menjadi pemodal bukan satu kesalahan. walaupun sering dibenci sosialis.

    Apa yang penting ialah sistem kewangan yang mengikut peraturan, Tiada riba' , tiada penerbitan wang baru yang hanya dinikmati golongan pemodal.

    Dipetik dari blog Hasbullah Pit

    Thursday, May 6, 2010

    Ubah Cara Berniaga

    Ubah Cara Berniaga

    Ada sesuatu yang tidak kena apabila pelabur dan peniaga masih mengharapkan kos buruh yang rendah sedangkan kos sara hidup pekerja di negara ini semakin tinggi. Oleh sebab kos buruh yang rendah, majikan lebih berminat mengambil pekerja asing berbanding pekerja tempatan sendiri. Ketidakseimbangan ekonomi ini merencatkan agenda negara yang direncanakan melalui Model Ekonomi Baru (MEB).

    Kos sara hidup yang tinggi dan tidak bertepatan dengan gaji yang diperoleh menjejaskan kehidupan seharian pekerja tempatan. Selaras dengan itu, Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan kajian menyeluruh mengenai gaji minimum untuk para pekerja terutamanya yang terlibat dengan sektor industri bakal dijalankan.

    Sebelum itu, Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan yang rata-rata berpendapatan di antara RM500-RM700 sebulan pada masa kini. Dengan gaji yang sebegitu rendah berbanding dengan keperluan semasa, pengumuman tersebut sudah tentu menceriakan para pengawal keselamatan yang kebanyakannya merupakan pesara polis dan tentera.

    Namun demikian, ada desakan agar kenaikan gaji pengawal keselamatan ditangguhkan buat sementara waktu kerana majikan masih belum bersedia untuk menyerap kenaikan kos ini.

    Inilah satu perkara yang cukup sensitif tidak kiralah kepada para pekerja meskipun kepada majikan. Di mana-mana sahaja di dunia ini, isu gaji merupakan isu yang sering diperjuangkan di kalangan para pekerja. Isu gaji jugalah menyebabkan ramai tenaga mahir dan kurang mahir tempatan mencari peluang pekerjaan di luar negara.

    Umpamanya ramai doktor yang bekerja di luar negara seperti Singapura dan United Kingdom kerana mendambakan ganjaran yang cukup lumayan. Ramai yang bermastautin di luar negara semata-mata terpesona dengan gaji yang lebih menarik.

    Inilah dilema yang mesti ditangani segera jika kita benar-benar ingin berdaya saing di pentas antarabangsa. Negara memerlukan tenaga mahir dan bukannya lambakan para pekerja asing yang rata-ratanya sanggup bergaji murah.

    Hujahnya cukup mudah. Malaysia tidak lagi berdaya saing dari segi kos buruh yang rendah. Banyak negara lain yang boleh menawarkan kos buruh yang rendah.

    Ambil contoh negara China, boleh dikatakan banyak barangan yang dipasarkan di seluruh dunia seperti pakaian diperbuat dari China. Adakah kita masih lagi ingin bersaing dengan cara yang sama sedangkan sememangnya diketahui kita akan kalah sebelum bertanding?

    Natijahnya, cara berniaga perlu diubah. Tidak boleh lagi menggunakan cara yang sama.

    Oleh itu, para majikan mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan kebajikan para pekerja tempatan diutamakan. Kalau setiap tahun mereka mampu mengumumkan keuntungan berjuta-juta ringgit bahkan ada yang sampai berbilion ringgit, apalah sangat jika keuntungan ini disalurkan kepada kebajikan para pekerja.

    Perlu dingat, para pekerjalah yang selama ini menyumbang keuntungan kepada syarikat. Di negara Jepun, para pekerjanya cukup setia dengan majikannya. Jasa yang disumbangkan oleh majikan kepada mereka dibalas dengan budaya kerja yang hebat. Ini kerana kebajikan para pekerja dijaga dengan baik.

    Gaji mestilah setimpal dengan kerja yang dilakukan dan juga kos sara hidup semasa.

    Apabila kebajikan pekerja dijaga dan dihargai, produktiviti mereka juga akan semakin meningkat. Bukan itu sahaja, suasana kerja juga akan lebih kondusif dan seterusnya para pekerja akan termotivasi untuk bekerja secara ikhlas dan jujur bagi memastikan misi dan visi syarikat dapat dicapai.

    Tidakkah ini akan memberi kesan yang amat baik kepada syarikat? Sayangnya, masih ada majikan yang mengutamakan keuntungan semata-mata dan tidak nampak tentang kepentingan menjaga kebajikan para pekerja.

    Ketamakan sebeginilah yang akhirnya memberi kesan jangka masa panjang kepada ekonomi negara.

    Selain gaji dan kebajikan pekerja, produktiviti juga akan meningkat jika gejala rasuah dapat ditangani di kalangan ahli perniagaan. Statistik untuk empat bulan pertama tahun ini menunjukkan golongan kedua tertinggi ditangkap atas kesalahan memberi rasuah adalah kes menggajikan pendatang asing.

    Sekali lagi kita dapat lihat tentang budaya perniagaan yang tidak sihat di negara kita. Sudahlah tidak mengutamakan pekerja tempatan, sanggup pula menawarkan rasuah kepada pegawai kerajaan.

    Jangan menyalahkan penguat kuasa atau pegawai kerajaan jika punca rasuah bukannya datang dari mereka. Rasuah tidak akan sesekali berlaku jika tiada pihak yang memberi.

    Justeru, sokongan penuh mesti diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang berusaha bersungguh-sungguh membanteras gejala rasuah.

    Kempen membanteras rasuah dan penerangan jelas yang bakal diberikan kepada golongan peniaga mampu mengurangkan gejala jijik ini ke tahap terendah. Jika ini dapat dicapai, suasana perniagaan akan lebih berintegriti dan seterusnya kualiti dan produktiviti akan berjaya dilonjakkan pada tahap tertinggi.

    Budaya perniagaan yang bersih tanpa penyelewengan, penipuan dan rasuah akan menjadikan suasana ekonomi negara yang lebih mapan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

    Oleh Rohami Shafie
    PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

    Dipetik dari laman Utusan Online, 3 Mei 2010

    Saturday, May 1, 2010

    KTM Mengikut Langkah Sistem Keretapi di Jepun Dengan 'Women Only Coach'



    Tanda 'Boarding Point For Women Only' di atas platform membantu wanita naik ke dalam koc mereka dengan selesa.

    Friday, April 30, 2010

    Mari Belajar Cara Australia Jadikan Perpustakaan Milik Masyarakat

    Mari Belajar Cara Australia Jadikan Perpustakaan Milik Masyarakat

    BUDAYA membaca sebenarnya adalah satu sikap yang sukar dipupuk walaupun dalam mana-mana masyarakat sekali pun. Sikap ingin menambah pengetahuan terutama selepas zaman persekolahan merupakan bukan sesuatu perkara yang mudah dilaksanakan.

    Bagaimanapun, cara Australia memajukan perpustakaannya dan cara mereka menarik masyarakat mendampingi perpustakaan sangatlah unik dan wajar diteladani oleh kita semua.

    Pengalaman saya meninjau ke beberapa buah perpustakaan terutamanya perpustakaan desa di sekitar Victoria, banyak membuka mata saya, bagaimana sistem di sini memupuk budaya ingin membaca berlaku walaupun tanpa wujudnya kempen-kempen tertentu.

    Perpustakaan awam di Australia didirikan di setiap daerah, tanpa mengira bilangan populasi setempat. Ini bermakna walaupun populasi di sesuatu tempat tidak sampai satu ribu penduduk pun, tetap diadakan sebuah bangunan khusus untuk perpustakaan.

    Pengurusan perpustakaan diletakan di bawah seliaan kewangan perbandaran tempatan. Yang menariknya, setiap perpustakaan tidak mempunyai sebarang dana tertentu untuk menjalankan apa jua aktiviti yang direncanakan, melainkan gaji tetap para pekerja pustakaan tersebut.

    Dan untuk menjadi ahli di mana-mana perpustakaan di sini, tidaklah sesusah di Malaysia. Keahlian tidak memerlukan sebarang gambar passport ataupun penjamin, apatahlagi mengisi borang-borang yang menyusahkan.

    Secara tidak langsung, peraturan yang longgar ini dapat manarik minat masyarakat setempat untuk menjadi ahli perpustakaan. Apatahlagi peraturan-peraturan yang disediakan cukup mesra pengguna.

    Perpustakaan dibuka untuk kegunaan semua orang, tidak kira sama ada anda merupakan ahli ataupun bukan. Kelebihan menjadi ahli adalah sekadar untuk pinjaman dan penggunaan peralatan alatan.

    Lebih menarik, bila anda mendaftar untuk sesebuah perpustakaan awam, secara automatis anda menjadi ahli untuk kesemua perpustakaan yang terdapat di daerah tersebut. Anda boleh meminjam sebuah buku di perpustakaan A dan menghantarnya ke perpustakaan B, menarik bukan?

    Tambah teruja, perkhidmatan penghantaran dan pengambilan buku/video/cd ke rumah sebagai perkhidmatan tambahan, tanpa dikenakan sebarang caj tertentu. Maka secara tidak langsung anda tidak ada sebarang alasan untuk tidak membaca.

    Perpustakaan di sini tidak menegah untuk membuat bising, sesuatu yang pastinya kita tidak akan jumpa di mana-mana perpustakaan pun di dunia mungkin. Bagi masyarakat Australia, perpustakaan tidak perlu senyap, kerana bagaimana ilmu dapat disalurkan tanpa adanya diskusi dan interaksi.

    Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan membantu menyiapkan kerja sekolah - satu tarikan utama untuk golongan pelajar, untuk datang ke perpustakaan. Perkhidmatan ini juga disediakan secara percuma.

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur mahupun latarbelakang seseorang. Menariknya, mereka menggalakkan penggunaan internet, permainan video malah PS (Play Station) mahupun WII (Nintendo) disediakan - mungkin juga sebagai satu daya penarik agar golongan muda mengunjungi perpustakaan.

    Bayangkan setiap hari ada sahaja aktiviti dijalankan, dari kelas membaca sehingga ke kelas komputer, secara tidak langsung mengamit orang untuk datang ke perpustakaan. Di samping itu setiap persatuan sejarah setempat diletakkan di bawah seliaan perpustakaan.

    Bayi (di bawah umur 2 tahun) juga telah disediakan aktiviti tertentu, agar dapat dipupuk dari awal sikap ingin tahu, budaya membaca dan budaya bersosial.

    Kesimpulannya, semua ini secara tidak langsung melibatkan masyarakat setempat, dalam berkongsi pengalaman dan menyalurkan ilmu kepada yang lain. Setiap aktiviti bukan sahaja dijayakan oleh perpustakawan malah para sukarelawan yang tidak dibayar, bersama-sama mengemblengkan tenaga untuk menjayakan sesuatu aktiviti.

    Duit mahupun dana bukan penghalang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Masyarakat setempat tidak memerlukan makanan percuma untuk hadir sesuatu aktiviti, mahupun t-shirt tanda kenangan ataupun sijil kehadiran.

    Pengguna perpustakaan amat dahagakan ilmu, bukannya cenderahati. Penceramah juga tidak menuntut sebarang saguhati atau honorari, kerana kesedaran tanggungjawab sosial yang tinggi.

    Perpustakaan bukan sekadar tempat lambakan buku, ia dijadikan tempat tumpuan setempat. Tempat perbincangan dan tempat untuk berkongsi pengalaman. Pendek kata perpustakaan janganlah terlampau menakut-nakutkan pengguna, dengan peraturan-peraturan yang rigid.

    Ilmu janganlah dijadikan terlampau eksklusif hanya untuk golongan tertentu sahaja dan janganlah sama sekali kita menjadikan duit sebagai penghalang untuk maju ataupun melakukan sebarang aktiviti-aktiviti.

    DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI merupakan Honarary Visiting Academician di University of Melbourne. Beliau boleh dihubungi menerusi email asani@unimelb.edu.au

    Dipetik dari blog Dr Lo'Lo'

    Thursday, April 29, 2010

    Forum Hari Pekerja

    Forum sempena hari pekerja akan di adakan oleh PAS cawangan Seksyen 18 Shah Alam.

    Tarikh : 30 April 2010
    Masa : Selepas Isyak
    Tempat : Markaz PAS Seksyen 18 Shah Alam
    Panel :
    1. Dato Tuan Ibrahin Tuan Man
    2. YB Ir Khalid Samad
    3. Ketua AMK selangor.

    Urusetia :
    Unit Amal Shah Alam
    AJK PAS seksyen 18 timur.

    Saturday, April 10, 2010

    Tawaran Biasiswa Kerajaan Republik Indonesia Bagi Pelajar Ijazah Sarjana Sesi Akademik 2010/2011

    Kerajaan Republik Indonesia menawarkan biasiswa melalui Kementerian Pendidikan Nasional Republik Indonesia kepada pelajar-pelajar dari negara-negara yang menganggotai Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana di universiti-universiti sekitar Indonesia.

    Biasiswa dibawah Developing Countries Partnership (DCP) ini menawarkan calon-calon bagi Ijazah Sarjana untuk mengikuti pengajian di kalangan 13 universiti terpilih di Indonesia selama 3 tahun. Calon-calon dikehendaki mengikuti program persediaan dan pengenalan kepada Bahasa Indonesia untuk tahun pertama dan seterusnya mengikuti pengajian dalam bidang berkaitan selama 2 tahun.

    Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Biasiswa, KPTM sebelum atau pada 20 April 2010 ke alamat berikut:

    SETIAUSAHA BAHAGIAN
    BAHAGIAN BIASISWA
    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
    ARAS 4, BLOK 1, MENARA PjH, PRESINT 2
    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62100 PUTRAJAYA
    ( u.p. : Unit Biasiswa)

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

    UNIT BIASISWA
    BAHAGIAN BIASISWA
    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
    ARAS 4, BLOK 1, MENARA PjH,
    PRESINT 2
    62100 PUTRAJAYA
    (u.p. : Puan Nureezan / Puan Shamimi )
    Tel. : 03-8884 4608/ 4725
    Faks : 03-8884 4701

    Monday, March 15, 2010

    Belajar Di USA Untuk Lepasan SPM dan STPM

    Terdapat IPT di USA yang menjalankan polisi 'Need Blind". Polisi ini membolehkan pelajar membayar yuran setakat mana yang mereka mampu. Sebagai contoh, yuran pengajian setahun ialah RM90,000. Pelajar hanya mampu membayar RM7,000 setahun. Maka, baki RM83,000 tidak perlu dibayar oleh pelajar. Ia dianggap sebagai biasiswa oleh IPT. Pelajar perlu mengemukakan keputusan SAT yang baik untuk diterima masuk ke IPT itu. Senarai IPT di USA yang membuka polisi "Need Blind" kepada pelajar antarabangsa ialah seperti berikut:

    • Williams College
    • Harvard University
    • Middlebury College
    • MIT
    • Princeton University
    • Yale University

    Wednesday, March 10, 2010

    Benarkah Terdapat Kekurangan Pekerja Tempatan Untuk Sektor Restoran Sehingga Pekerja Asing Perlu Diambil?

    J. Suresh ialah penolong setiausaha Malaysian Indian Restaurant Owners’ Association mengatakan terdapat 20,000 kekosongan di 1,100 restoran-restoran India di seluruh negara. Daripada 10 pemanggil yang bertanyakan peluang kerja, sebahagian besar tidak membuat panggilan susulan selepas panggilan telefon yang pertama. Dia berpendapat pemanggil-pemanggil itu tidak berminat untuk bekerja di restoran India. Manakala presiden Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata terdapat 25,000 kekosongan di 2,000 restoran-restoran nasi kandar di seluruh negara. Dia berkata kekosongan itu sukar dipenuhi kerana pencari-pencari kerja mempunyai alternatif di sektor lain. Setakat ini hanya terdapat 80 pertanyaan mengenai peluang kerja di outlet-outlet nasi kandar. Pada 10 Februari 2010, Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) mengumumkan akan menawarkan skim gaji yang menarik untuk menarik perkerja tempatan bekerja di outlet nasi kandar. Noorul Hassan berkata gaji pembantu restoran ialah di antara RM800 hingga RM1,300 sebulan. Gaji juruwang ialah di antara RM1,000 hingga RM1,300 sebulan. Gaji penyelia ialah di antara RM1,500 hingga RM2,500 sebulan. Pekerja juga akan menerima manfaat lain seperti penginapan percuma, makan tiga kali sehari, potongan EPF dan SOCSO serta satu hari kelepasan mingguan (The Star 27 Februari, 2010, Poor response to job offers in nasi kandar and Indian restaurants).

    Pengarah Urusan Restaurant E & Y Sdn Bhd, Ansari Yacoob berkata mereka akan terus menyertai pameran kerjaya untuk mendapatkan pekerja tempatan namun usaha mereka masih belum berhasil. Restoran itu menawarkan gaji RM900 sebulan serta penginapan dan makan percuma. Elaun kerja keras juga akan diberi. Ansari Yacoob berkata berkata kekosongan itu sukar dipenuhi kerana pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja shif 12 jam (The Star 28 Februari, 2010, Malaysians shun work in restaurants).

    Kedai kopitiam Cina tradisional juga menghadapi masalah serupa. Tang Sui Kee, pengerusi Petaling Jaya Coffee Association berkata pekerja tempatan malu bekerja di kedai kopi kerana kerjanya susah dan tidak dihormati orang. faktor lain ialah gaji. (The Star 28 Februari, 2010, Kopitiam workers wanted).

    Soalnya benarkah restoran-restoran itu menawarkan gaji dan faedah sampingan seperti yang didakwa? Ada restoran memaksa pekerja membayar harga makanan yang disediakan. Bagaimanakah keadaan penginapan pekerja yang disediakan? Bekerja shif 12 jam perlu mematuhi Akta Kerja 1955. Adakah pekerja dibayar elaun lebih masa? Adakah majikan mematuhi akta-akta berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan? Kes Liang Jee Keng V. Yik Kee Restauran Sdn Bhd, [2002] 2 CLJ 750, Palanisamy Pillai V. Musa Ibrahim & Anor, [1984] 2 CLJ 340 (Rep) [1984] 1 CLJ 34, dan sebagainya boleh menjadi pedoman.

    Monday, March 8, 2010

    Biasiswa Master Dari Maxis

    Maxis Scholarship For Excellence ialah skim biasiswa untuk rakyat Malaysia yang telah mendapat tempat di IPT ternama di seluruh dunia. Senarai IPT ternama di seluruh dunia berdasarkan kepada senarai yang dikeluarkan oleh QS Quacquarelli Symonds. Senarai itu boleh didapati di laman ini.

    Bidang-bidang yang akan ditaja ialah seperti berikut:

    1. Life Sciences and Engineering
    2. Medicine
    3. Business and Management Studies
    4. Law and Government Studies
    5. The Performing Arts

    Kriteria pemilihan ialah seperti berikut:

    1. Berumur kurang dari 30 tahun
    2. Memperolehi sekurang-kurangnya kepujian kelas dua atas di peringkat ijazah pertama.
    3. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun
    4. Mengapresiasi dan berminat dengan hal ehwal semasa seperti pengetahuan am mengenai kerangka perlembagaan dan undang-undang Malaysia, ekonomi, inisiatif kerajaan dan falsafah pembinaan bangsa
    5. Mempamerkan penglibatan berterusan dalam aktiviti ko-kurikulum seperti sukan individu atau berpasukan, khidmat sukarela, ahli persatuan atau pertubuhan yang diiktiraf selain dari cemerlang dalam akademik, kerja sosial atau sumbangan lain yang serupa.
    6. Mempunyai tret sebagai duta negara, dengan ciri-ciri kesetiaan dan kekitaan yang sesuai. Juga bukti mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang jelas serta kebolehan mengurus visi

    Maklumat lanjut mengenai biasiswa Maxis Scholarship For Excellence boleh didapati di laman ini atau pada talian 1 300 82 1717 atau e-mel scholar@maxis.com.my

    Saturday, March 6, 2010

    Education UK 2010 exhibition

    Education UK 2010 exhibition

    20 and 21 March 2010, Hall 1, KL Convention Centre 1 pm - 6 pm
    23 March 2010, Ballroom, G Hotel, Penang 1 pm - 6 pm
    25 March 2010, Pullman Hotel, Kuching 1 pm - 6 pm
    27 March 2010, Petra Room, Le Meridien Kota Kinabalu 1 pm - 6 pm

    Senarai IPT yang terlibat boleh didapati di sini. Senarai IPT terbaik di dunia boleh didapati di sini. Senarai IPT 101-200 terbaik di dunia boleh didapati di sini. Senarai IPT 201-300 terbaik di dunia boleh didapati di sini. Senarai IPT 301-400 terbaik di dunia boleh didapati di sini. Senarai IPT 401-500 terbaik di dunia boleh didapati di sini.

    Sunday, February 28, 2010

    Senjata-senjata Kerajaan Melayu Melaka

    Penduduk Melaka menentang tentera Alfonso de Albuquerque dalam tahun 1511 menggunakan meriam dan periuk api. Semasa pertempuran untuk menawan Melaka, seorang komander tentera Portugis yang bernama Antonio de Abreu telah ditembak dengan istinggar sehingga patah beberapa batang giginya (Francis Rawdon Chesney, Observations on the Past and Present State of Firearms and on the Probable Effect on War, Longman, Brown, Green and Longmans, London, 1852).

    Penduduk Melaka juga menggunakan istinggar dan meriam berat untuk menghadapi serangan tentera Alfonso de Albuquerque. Sepucuk meriam berat yang pernah digunakan untuk melawan tentera Alfonso de Albuquerque kini berada di Lisbon. Raja Jawa yang bernama Muhammad datang membantu Sultan Melaka dengan membawa 8000 pucuk meriam. Tentera Jawa juga menggunakan mesingan dan roket (James Riddick Partington, A History of Greek Fire and Gunpowder, W. Heffer & Sons, Cambridge, 1960).

    Monday, February 22, 2010

    愛国行進曲 (Aikoku Koshinkyoku)

    愛国行進曲 (Aikoku Koshinkyoku)

    Lagu ciptaan Setoguchi Tokichi (1938) manakala lirik oleh Morikawa Sachio.


    Miyo! Tokai no sora akete,
    Kyokujitsu takaku kagayakeba,
    Tenchi no seiki hatsuratsu to
    Kibo wa odoru Oyamashima.
    O, seiro no asagumo ni
    Sobiyuru Fuji no sugata koso
    Kin'omuketsu yuruginaki
    Waga Nippon no hokori nare.

    Tate! Ikkei no okimi wo
    Hikari to towa ni itadakite,
    Shinmin warera mina tomoni
    Miitsu ni sowan daishimei.
    Yuke, hakko wo ie to nashi,
    Shikai no hito wo michibikite,
    Tadashiki heiwa uchitaten.
    Riso wa hana to saki kaoru.

    Ima ikutabi ka waga ue ni,
    Shiren no arashi takeru tomo,
    Danko to mamore sono seigi.
    Susuman michi wa hitotsu nomi.
    A, yuen no kamiyo yori,
    Todoroku hocho uketsugite,
    Daikoshin no yuku kanata
    Kokoku towani sakae are!


    Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

    Wednesday, February 17, 2010

    Kenapa Ambil Lagi Pekerja Asing?

    Dipetik dari blog Bongkar Sauh

    Kerajaan meluluskan 100,000 pekerja asing baru untuk tempoh lima bulan kerana permintaan syarikat untuk pekerja asing semakin meningkat. Peningkatan ini berlaku berikutan pemulihan ekonomi.

    Kerajaan mengambil langkah itu juga kerana rakyat tempatan tidak berminat untuk menerima tawaran syarikat berkaitan.

    Sementara syarikat berkaitan pula ketika diminta oleh kerajaan menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik pekerja tempatan tidak sanggup melakukan demikian.

    Itu petikan kenyataan menteri. Boleh baca di bawah sekali. Saya musykil dalam beberapa perkara.

    Pertama, betulkah 100,000 pekerja asing itu untuk keperluan industri atau untuk keperluan kroni? Bukankah ramai pemimpin Umno berniaga ‘orang’? Dan, mereka menjadi kaya dengan perniagaan itu.

    Kedua, betulkah rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan? Atau, syarikat berkenaan tidak mahu mengambil pekerja tempatan kerana mengelak tanggungan bebarapa kos yang tidak perlu ditanggung ke atas pekerja asing?

    Ketiga, kerajaan berkata ekonomi negara semakin pulih. Kalau begitu, mengapa syarikat tempatan tidak bersedia menawarkan gaji yang setimpal untuk pekerja tempatan?

    Bagi saya, kerajaan bohong dan bermain silap mata dalam isu ini. Bagaimana?

    Pertama, kalau dikatakan pekerja tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan, itu bohong di siang hari. Kalau ada pun bilangannya sangat kecil. Bukan rakyat tidak mahu bekerja tetapi sektor perkilangan tidak bersedia menerimanya. Sektor perkilangan ada alasan tersendiri.

    Pengalaman berada di syarikat swasta sekarang, setiap hari ada sahaja permohonan daripada lepasan sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk bekerja termasuk di sektor perkilangan. Mereka sanggup bekerja walau pun secara kontrak, bahkan dengan gaji yang seadanya. Asalkan mereka ada kerja.

    Bukan pekerja yang memilih pekerjaan tetapi sektor industri yang memilih.

    Kedua, kalau ekonomi negara sudah pulih, sepatutnya sektor perkilangan bersedia menaikkan gaji setimpal untuk pekerja tempatan. Mereka mengambil pekerja asing kerana bebanan kewangan. Kerajaan berbohong dengan kenyataan ekonomi negara sudah pulih.

    Ketiga, pengambilan pekerja asing dibuat untuk penjimatan kos operasi. Mereka boleh ditamatkan perkhidmatan termasuk diperah keringat mereka dengan mudah oleh majikan. Di samping itu ramai pemimpin Umno yang tumpang senang dan kaya dengan pengambilan pekerja asing.

    Pengurangan jumlah pekerja asing juga bukan sepenuhnya bertolak daripada kebertanggungjawaban kerajaan dalam isu ini tetapi lebih kepada ‘pengalihan isu’. Isu sebenarnya, Malaysia bukan lagi tumpuan pekerja asing. Di samping ‘bangkai’ cari makan dengan berniaga pekerja asing yang dibuat oleh pemimpin Umno / BN sudah tidak boleh ditutup lagi.

    Pemimpin Umno / BN usah berbohong dengan perkara ini. Kepada bapa menteri, cukup-cukuplah dengan retorik ekonomi semakin pulih. Mengaku sajalah bahawa Umno / BN memang telah hilang stamina untuk memulihkannya.

    Rakyat sudah tahu itu semua. Cuma rakyat menunggu masanya sahaja.

    Baca lagi di sini

    Monday, February 15, 2010

    Senarai IPT Indonesia Bertaraf Dunia 2009

    Menurut senarai THES 2009, IPT-IPT Indonesia yang termasuk dalam senarai IPT bertaraf dunia ialah:

    1. Universitas Indonesia
    2. Universitas Gadjah Mada
    3. Institut Teknologi Bandung
    4. Universitas Airlangga

    IPT-IPT lain yang berada di tangga 500+ terbaik di dunia ialah:

    1. Institut Pertanian Bogor
    2. Universitas Diponegoro
    3. Universitas Brawijaya
    4. Institut Teknologi Sepuluh Nopember

    IPT yang juga berkualiti tinggi ialah Universitas Sebelas Maret

    Kelebihan IPT-IPT di Indonesia ialah kos pengajian dan sara hidup yang rendah.

    Wednesday, February 10, 2010

    Biasiswa PhD di University Canterbury, New Zealand

    1. Nilai biasiswa ialah NZ$25,000 setahun, tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi ke negara asal dan yuran pengajian
    2. Tarikh tutup ialah 15 Mei dan 15 Oktober setiap tahun.
    3. Tempoh: 3 tahun
    4. Keterangan lanjut, rujuk laman ini

    Monday, February 8, 2010

    Biasiswa Master di University of Canterbury, New Zealand

    1. Nilai biasiswa ialah NZ$12,000 setahun dan yuran pengajian
    2. Tarikh tutup ialah 15 Mei dan 15 Oktober setiap tahun.
    3. Tempoh: 1 tahun
    4. Untuk tahun menyediakan tesis di peringkat master
    5. Keterangan lanjut, rujuk laman ini

    Sunday, February 7, 2010

    Biasiswa Kementerian Pelajaran Republik Rakyat China

    Biasiswa Kerajaan Republik Rakyat China ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran negara itu.

    Tempoh pengajian:

    1. Peringkat Bacelor - 4 hingga 7 tahun (Program persediaan dan bahasa Cina 1-2 tahun, pengajian sebenar 4-5 tahun)

    2. Peringkat Master - 2 hingga 5 tahun (Program persediaan dan bahasa Cina 1-2 tahun, pengajian sebenar 2-3 tahun)

    3. Peringkat PhD - 3 hingga 6 tahun (Program persediaan dan bahasa Cina 1-2 tahun, pengajian sebenar 3-4 tahun)


    Semua program peringkat bacelor untuk pelajar antarabangsa dijalankan dalam bahasa China. Pemohon-pemohon yang tidak menguasai bahasa China perlu mengikuti dan lulus program persediaan selama 1 hingga 2 tahun sebelum memasuki universiti.

    Senarai IPT-IPT Republik Rakyat China yang mengambil pelajar antarabangsa melalui Program Biasiswa Kerajaan Republik Rakyat China boleh didapati dari laman ini.

    Biasiswa tidak boleh disambung melebihi tempoh yang ditetapkan.

    Permohonan perlu dibuat melalui Kedutaan Republik Rakyat China di tempat masing-masing. Tempoh memohon ialah di antara bulan Januari hingga bulan April setiap tahun.

    Syarat-syarat kelayakan

    1. Bukan rakyat Republik Rakyat China
    2. Mempunyai taraf kesihatan yang baik
    3. Pemohon-pemohon untuk program bacelor mestilah berumur kurang dari 25 tahun dan mempunyai kelulusan yang baik di peringkat sekolah tinggi (STPM atau diploma yang setaraf). Pemohon-pemohon untuk program master mestilah berumur kurang dari 35 tahun dan mempunyai kelulusan peringkat bacelor. Pemohon-pemohon untuk program PhD mestilah berumur kurang dari 40 tahun dan mempunyai kelulusan di peringkat master.

    Jumlah biasiswa

    Biasiswa meliputi,

    1. Elaun sara hidup
    2. Pengecualian dari yuran pendaftaran, yuran pengajian, yuran makmal, yuran latihan praktik, bahan pengajaran asas dan penginapan dalam kampus
    3. Subsidi perpindahan selepas mendaftar
    4. Rawatan percuma sebagai pesakit luar, insurans perubatan yang komprehensif dan pelan manfaat untuk pelajar antarabangsa
    5. Subsidi perjalanan antara bandar yang diberikan sekaligus

    Nota

    1. Kos makmal dan latihan praktik yang di luar dari pengaturan pihak universiti hendaklah ditanggung sendiri oleh pelajar
    2. Buku teks dan bahan pengajaran yang tidak termasuk dalam senarai bahan pengajaran asas yang ditanggung oleh biasiswa hendaklah ditanggung sendiri oleh pelajar
    3. Kadar elaun sara hidup setiap bulan
    - Bacelor - 1,400 Yuan
    - Master - 1,700 Yuan
    - PhD - 2,000 Yuan
    Pelajar yang mendaftar selepas 15 haribulan hanya mendapat separuh dari jumlah di atas untuk bulan itu. Elaun sara hidup akan diberhentikan 15 hari dari tarikh bergraduasi. Elaun akan digantung apabila pelajar lambat mendaftar, tidak hadir tanpa sebab-sebab kesihatan atau tiada di universiti melebihi sebulan. Perjalanan antarabangsa tidak termasuk dalam biasiswa.
    4. Subsidi perpindahan selepas mendaftar ialah 1,500 Yuan untuk pelajar-pelajar yang akan mengikuti pengajian selama lebih dari 1 tahun.
    5. Caj perubatan percuma hanya di hospital-hospital yang tersenarai. Walau bagaimanapun, pelajar mungkin dikenakan caj untuk rawatan-rawatan tertentu.
    Keterangan lanjut boleh didapati dari laman ini

    Saturday, February 6, 2010

    Biasiswa Bukan Ijazah di Jepun

    No. 3/2010

    KENYATAAN MEDIA

    BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2010 (MONBUKAGAKUSHO:MEXT)
    PENDIDIKAN JEPUN & LATIHAN PERGURUAN

    Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan
    Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) untuk Pendidikan Jepun dan Latihan Perguruan kini dibuka untuk permohonan sehingga 2 Mac 2010. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon. Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 125,000 yen (ang. RM4,500) akan diberi kepada setiap penerima biasiswa Pendidikan Jepun, dan 152,000 yen (ang. RM5,472) untuk setiap penerima biasiswa Latihan Perguruan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan).

    Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

    Syarat-syarat:
    1. Pendidikan Jepun (kursus non-degree setahun bermula dari Oktober 2010)
    a) Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2010
    b) Pemohon mestilah siswazah tahun 2 atau tahun 3 (bukan pelajar tahun akhir) yang
    major dalam Bahasa Jepun atau Kebudayaan Jepun di universiti tempatan dan
    mestilah mendaftar di tempat pengajian apabila pulang semula di negara masingmasing.
    c) Pemohon mestilah mahir dalam bahasa Jepun.
    d) Permohonan mesti sampai di Kedutaan Jepun di Malaysia sebelum pukul 4 petang
    pada 2 Mac 2010. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2177-2600 (ext. 157/146)
    atau layari laman ini

    2. Latihan Perguruan (kursus non-degree 1 ½ tahun bermula dari Oktober 2010)
    a) Pemohon mestilah di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2010.
    b) Pemohon mestilah siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang telah bekerja
    sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di Maktab
    Perguruan dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja.
    c) Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar
    Bahasa Jepun.
    d) Permohonan harus dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Untuk
    maklumat lanjut, sila layari http://www.jpa.gov.my/ atau hubungi JPA di talian 03-
    8885-3413 (En. Zulhelmi bin Zakaria).

    Monday, February 1, 2010

    Biasiswa Helmholtz

    DAAD-Helmholtz Fellowships

    Contents:
    - for doctoral and post-doctoral students to do research in the fields of earth and environment, health, key technologies, structure of matter, transport and space at a Helmholtz Association Research Centres
    - Age requirement: below 32 for doctoral candidates pursuing PhD in Germany and below 36 for those who want to do a research in Germany towards a PhD in Malaysia
    - for post-doctoral students, they must have completed their doctorate in 2003 or 2004

    Contact:
    DAAD Information Centre KL
    No. 1, Jn Langgak Golf, 55000 KL.

    Ms. Sarah Charles
    Tel: 03-2148 0568
    Email: daadkl@tm.net.my

    Sunday, January 31, 2010

    Biasiswa PhD di Sekitar Leibniz, Jerman

    Contents:
    - for young Malaysian academics and scientists to complete a research project at one of the Leibniz Institutes
    - research fields are specified by the Institutes. Contact DAAD-KL for further details
    - German language skills are generally required
    - Age requirement: below 32 years old (exceptions are possible)

    Contact:
    DAAD Information Centre KL
    No. 1, Jn Langgak Golf, 55000 KL.

    Ms. Sarah Charles
    Tel: 03-2148 0568
    Email: daadkl@tm.net.my

    Saturday, January 30, 2010

    Biasiswa Research di Jerman, PhD di Malaysia

    Contents:
    - For PhD students to carry out their research and studies alternately in Malaysia and Germany, following a schedule set in advance by a German academic. The doctorate is to be obtained in Malaysia.
    - Age requirement: below 36 years old
    - Scholarship covers the period of study in Germany.

    Contact:
    DAAD Information Centre KL
    No. 1, Jn Langgak Golf, 55000 KL.

    Ms. Sarah Charles
    Tel: 03-2148 0568
    Email: daadkl@tm.net.my

    Friday, January 29, 2010

    Biasiswa di Universiti Jerman

    Contents:
    -For PhD candidates, young academics and scientists to carry out a research project, doctoral programme at a German institute of higher learning.
    -Candidates must be permanently employed in the government sector.
    -Age requirement: below 32 years old
    -award value between 715 and 975 euros plus travel & luggage costs and health insurance allowance

    Contact:
    DAAD Information Centre KL
    No. 1, Jn Langgak Golf, 55000 KL.

    Ms. Sarah Charles
    Tel: 03-2148 0568
    Email: daadkl@tm.net.my

    Biasiswa Pasca Siswazah Untuk Pelajar Dari Negara Membangun

    Contents:
    - Age requirement: below 36 (for some courses, the age limit is 32)
    - for a complete list of courses, contact the DAAD in KL
    - Monthly award is 715 euros including travel & luggage costs and a health insurance allowance

    Contact:
    DAAD Information Centre KL
    No. 1, Jn Langgak Golf, 55000 KL.

    Ms. Sarah Charles
    Tel: 03-2148 0568
    Email: daadkl@tm.net.my

    Tuesday, January 12, 2010

    Lebih 3,000 Pelabur Tertipu RM25 Juta Dalam Skim Ternakan Cacing

    Lebih 3,000 Pelabur Tertipu RM25 Juta Dalam Skim Ternakan Cacing

    KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kirakira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari. Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd di Kilang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lepas kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000. Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini. Dalam sidang media oleh mangsa skim tersebut di hadapan premis KWA di sini hari ini, pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak itu mendakwa melabur antara RM5,000 dan RM3 juta sejak Jun 2008. Menurut risalah KWA, syarikat itu menjalankan penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usahasama Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB). KWA membuka tujuh cawangan iaitu di Sungai Petani, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Butterworth dan Tunjang di Kubang Pasu dengan Kulim sebagai cawangan utama bagi memudahkan orang ramai melabur dalam skim yang disediakan. Ketua Polis daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan berkata polis sedang menyiasat kes itu. Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lepas. Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur sebanyak RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus. "Saya turut melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran KWA dan setakat ini hanya mendapat pulangan berjumlah RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lepas," kata Omar.
    Dipetik dari laman kedahlanie

    Nota : Isu pengetahuan di kalangan masyarakat, sifat keinginan untuk cepat kaya

    Monday, January 4, 2010

    Menggunakan Kalimah Allah

    Secara fitrahnya, manusia mengakui bahawa Allah yang menjadikan alam ini. Kata Allah yang bermaksud, "Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Az Zumar, 38). Ayat 64 Surah Ali Imran penting untuk menjadi renungan. Ayat itu bermaksud, "Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)". Mengajak orang lain menegakkan nama Allah dan menjauhi syirik lenih baik dari menggunakan saluran undang-undang dan berdemonstrasi untuk menghalang orang lain menggunakan nama Allah.