Hukum mengajar al Qur'an ialah fardhu kifayah. Jika tiada seorangpun yang layak mengajar al Qur'an dalam sebuah kampung maka hukumnya menjadi fardhu ain kepada mereka yang mahir tentang al Qur'an.Ulama berselisih pendapat mengenai mengambil upah mengajar al Qur'an.
Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar al Qur'an secara mutlak. Maka, golongan yang mengajar al Qur'an semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang upah atau balasan atau untung mendapat pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para nabi.
Hasan al Basri, al Sya'bi dan Ibnu Sirin mengatakan harus mengambil upah mengajar al Qur'an jika tidak mensyaratkan upahnya.Golongan yang mengajar al Qur'an tanpa mensyaratkan upahnya harus menerima hadiah apabila diberi. Insya Allah amalan kebajikan mereka tertulis di sisi Allah.
Imam Syafie, Imam Malik dan 'Ata' mengatakan harus mensyaratkan upah mengajar al Qur'an dengan upah yang sah.Golongan yang mengajar al Qur'an dengan mensyaratkan upahnya layak mengambil upahnya. Insya Allah segala amalan baik mereka akan diterima Allah.
No comments:
Post a Comment