Apabila menulis laporan, perkara-perkara yang sensitif kepada organisasi perlu dijauhi. Kandungan dan format laporan perlu sesuai dengan pembaca. Kandungan laporan perlu sesuai dengan tujuan asal laporan ditulis. Justeru, bos perlu melatih pekerja supaya mahir menulis laporan. Ini kerana bos bertanggungjawab sepenuhnya ke atas laporan yang dihasilkan. Untuk mendapatkan laporan yang berkualiti, bos akan mengedit setiap laporan. Kerja mengedit laporan sebenarnya memperbaiki skil pekerja menulis laporan.
Bos bertanggungjawab melatih pekerja, termasuk untuk menulis laporan. Bos boleh melatih sendiri atau menghantar pekerja menghadiri kursus. Bos boleh mengendalikan kursus di premis sendiri dengan mengambil trainer dari luar organisasi. Jika mampu, bos juga boleh menghantar pekerja berkursus di tempat lain. Walau bagaimanapun, kursus perlu menepati objektif yang dikehendaki. Bos perlu menilai tahap skil pekerja sebelum dan sesudah menghadiri kursus. Tujuan menilai skil menulis laporan ialah untuk menentukan sama ada kursus yang dikendalikan berkesan atau tidak. Jika berkesan, bos boleh mengaturkan kursus yang sama untuk pekerja-pekerja lain.
Bos menghantar pekerja untuk menghadiri kursus menulis laporan. Tujuan bos menghantar pekerja menghadiri kursus ini ialah untuk memperbaiki skil pekerja menulis laporan. Bos tidak yakin untuk melatih sendiri pekerja menulis laporan. Bos tidak mahir menulis laporan. Apabila bos menulis laporan, ejaan selalu salah. Susunan ayat yang digunakan lintang-pukang. Lagipun bos tidak mempunyai masa untuk memperbaiki skil menulis laporan. Bos mempunyai banyak kerja lain yang perlu dibereskan. Jadual harian bos memang ketat.
Kursus menulis laporan sudah tamat. Pekerja kembali ke unitnya untuk menyambung tugas. Pekerja menyiapkan laporan seperti biasa. Kali ini laporan yang dihasilkan jauh lebih bermutu berbanding dengan sebelum menghadiri kursus. Skil pekerja menulis laporan sudah bertambah. Pekerja ialah peserta cemerlang semasa kursus. Tetapi, bos belum juga berubah. Dia masih di takuk lama. Bos suka meminda setiap perkara di dalam laporan yang diserahkan kepadanya. Bos tidak memberi sedikit ruang pun kepada pekerja untuk berbincang tentang pindaan yang dilakukan. Ini menambah rasa jengkel di dalam hati pekerja.
No comments:
Post a Comment