Wednesday, May 28, 2008

Meningkatkan Perkhidmatan Van/Bas Sekolah dan Teksi

"Katakan harga CIF sebuah van berkapasiti 2.7L buatan Korea berharga sekitar RM28000 - RM29000. Cukai import yang dikenakan untuk kenderaan CKD buatan negara bukan ASEAN ialah 10%. Cukai eksais ialah 105%. Cukai jualan sebanyak 10%. Di tambah pula dengan keuntungan pengedar kenderaan dan komisen jurujual, ini menjadikan harga van itu di sekitar RM78000. Apabila semua cukai ini dihapuskan, harga van itu boleh dikurangkan sebanyak 60%.

Menghantar anak-anak ke sekolah, lebih-lebih lagi ke sekolah agama ialah satu pekerjaan yang mulia. Tambang van/bas yang lebih mahal menjadi rungutan ibubapa. Keadaan kebanyakan van/bas yang digunakan amat daif.

Pengusaha-pengusaha van/bas sekolah boleh menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti pada harga yang berpatutan apabila mereka boleh membeli van/bas dengan harga yang lebih murah.

Subsidi minyak disel sebanyak 100 liter sebulan untuk setiap van banyak membantu mereka mengurangkan tambang. Selain itu, bisnes mereka juga boleh dikecualikan daripada cukai pendapatan tahunan.

Pengedar kenderaan mahu untung dan jurujual juga mahu komisen. Tetapi, sikap suka bersedekah di kalangan mereka dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan van/bas sekolah sambil menurunkan kos tambang.

Bisnes van/bas sekolah bukanlah suatu bisnes yang lumayan. Menurut blog Tuan Rozmal, jarang kita dapat tengok pengusaha van dan bas sekolah secara kecil-kecilan duduk rumah banglo, pakai kereta Mercedes, pergi melancong luar negara. Malah ada yang buat kerja part time kerana tak cukup duit hasil bawa van dan bas dengan menjual apam balik, menjual keropok dan sebagainya.

Cara yang sama boleh digunakan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan teksi di Malaysia.

Artikel ini pernah disiarkan di laman Tranungkite

No comments: