Sunday, May 4, 2008

30 Biasiswa Korea Untuk Pelajar Malasia

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kerajaan Republik Korea menawarkan biasiswa kepada 30 pelajar Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah di negara itu.

Kedutaan Republik Korea di Malaysia dalam satu kenyataan berkata pemberian biasiswa itu bertujuan meningkatkan program pertukaran dalam bidang pendidikan dan memupuk ikatan persahabatan antara kedua-dua negara.

"Biasiswa ini adalah bagi tempoh pembelajaran selama dua tahun di peringkat sarjana dan tiga tahun bagi program doktor falsafah (tidak termasuk tempoh setahun atau kurang daripada itu bagi mengikuti kursus bahasa Korea), katanya.

Penerima biasiswa ini diwajibkan mengikuti kursus asas bahasa Korea sebelum memulakan pengajian di peringkat sarjana.

Menurut kenyataan itu antara perbelanjaan yang dibiayai oleh biasiswa itu ialah tiket kapal terbang, elaun bulanan (kira-kira RM2,800), yuran tuisyen, elaun penyelidikan, kos percetakan disertasi, insurans perubatan dan yuran kursus bahasa Korea.

Pemohon mestilah belum berumur 40 tahun pada 1 Sept 2008 dan sudah tamat atau dijangka tamat mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda sebelum atau pada 31 Ogos 2008 untuk layak mengikuti pengajian di peringkat sarjana dan tamat mengikuti pengajian di peringkat sarjana sebelum 31 Ogos tahun yang sama bagi mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah.

"Mereka juga wajib mendapat Purata Mata Gred (GPA) melebihi Aras 'B'," kata kenyataan itu.

Tarikh tutup permohonan ialah 18 Jun 2008 dan maklumat lanjut serta borang permohonan boleh didapati dengan melayari lama web http://mys.mofat.go.kr/eng/index.jsp.

Sumber dari BERNAMA

4 comments:

zino said...

dah tak layak pulak nak apply hehe dah terlebih umur.. nanti tanyakan anak anak..

Public opinion said...

Tuan Zino,

Anak saudara dan anak jiran pun boleh.

DeeN said...

Wah, macam menarik nih.
Kalo apply mih musti best hehe...

Salam ziarah kembali!! ;)

KAMATO said...

Bagus tu sapa dapat, tang kena belajar basa Korea tu yang penat sikit