Thursday, May 8, 2008

Pendidikan di Jerman

Mengapa belajar di Jerman? Pertanyaan ini cukup sukar dijawab. Ada bermacam-macam alasan mengapa Jerman dipilih sebagai negara untuk tujuan menyambung pelajaran. Kualiti pendidikan di Jerman, Jerman sebagai pusat teknologi dan sains di Eropah, pengalaman di peringkat internasional, dan bahasa Jerman itu sendiri adalah alasan-alasan utama mengapa mahasiswa asing datang ke Jerman untuk belajar. Kos pembelajaran yang murah juga merupakan salah satu sebab mahasiswa memilih Jerman untuk menyambung pelajaran. Kerajaan dan dan masyarakat Jerman mengamalkan sistem sosial demokrat yang menjamin semua warganya layak untuk mendapatkan pendidikan. Pendidikan merupakan hak setiap warganya, sehingga kerajaan Jerman menanggung hampir seluruh pembiayaan untuk pembelajaran. Pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke program kedoktoran diberikan percuma bagi rakyatnya.

Sistem pendidikan di Jerman agak berbeza jika di bandingkan dengan Malaysia atau negara-negara lain seperti USA, UK dan Australia. Di Jerman terdapat 3 katagori universiti:

Univesität dan Technische Universität (TU).

Sistem pendidikan di universität ini lebih berorientasi pada teori dan penyelidikan. Peratus untuk pengajaran teori mencapai 80%-90% dari kurikulum pembelajarannya.

Fachhochschule (FH)

Fachhochschule (FH) dalam Bahasa Inggeris dikenali dengan University of Applied Science. Di universiti ini kandungan kurikulum antara teori dengan amali adalah seimbang. Peratus perbandingan antara teori dengan amali sekitar 60% teori dan 40% amali termasuklah latihan industri.

Berufsakademie (BA)

Berufsakademie (BA) dalam Bahasa Inggeris dikenali dengan University of Cooperative Education. Universiti ini merupakan bentuk kerjasama antara universiti dengan industri. 60% daripada kandungan latihannya adalah latihan di industri.

Insyaallah satu masa nanti akan wujud Universiti Kemahiran Malaysia di negara kita yang menggunakan konsep yang diamalkan di negara Jerman ini di mana amali merupakan teras utama kurikulum pembelajarannya.

Dipetik dari blog Tuan Kamato

Pautan lain:

1. Kos belajar di Jerman
2. Senarai IPT Jerman bertaraf dunia menurut THES 2007

1 comment:

KAMATO said...

Terima kasih meletak tulisan saya di sini. Sebenarnya banyak yg harus dipelajari di sini. Konsep agak berbeza dengan kita. Sebenarnya saya sedang membuat PHD serentak di 2 universiti (UTHM & Bremen), cara penyelia dalam negara banding dengan penyelia jerman amat berbeza.