Monday, July 7, 2008

Biasiswa Master/PhD di Flinders University

Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS) dianugerahkan kepada pelajar antarabangsa berdasarkan merit dan potensi untuk menjalankan penyelidikan.

Biasiswa ini merangkumi

1. Yuran pengajian
2. Perlindungan kesihatan untuk pelajar dan tanggungan
3. Pengecualian yuran untuk memohon visa bagi pelajar dan tanggungan
4. Elaun sara hidup Flinders University bagi pelajar cemerlang sebanyak AUD20,007 (kadar tahun 2008) yang dikecualikan dari cukai. Flinders University mempunyai hak untuk tidak memberi elaun ini.
5. Elaun anak (atau anak-anak) dibawah tanggungan yang berusia 18 tahun ke bawah
6. Elaun perpindahan sebanyak AUD1445 (resit diperlukan)

Biasiswa ini untuk pengajian sepenuh masa sahaja. Tempoh biasiswa ini ialah selama dua tahun untuk peringkat master dan 3 tahun untuk peringkat PhD.

Syarat kelayakan

1. Bukan rakyat Australia atau New Zealand
2. Memenuhi syarat-syarat masuk untuk program master atau PhD ke Flinders University
3. Mengemukakan bukti kompetensi bahasa Inggeris
4. Tidak memegang ijazah PhD melalui penyelidikan. Tidak memegang ijazah master melalui penyelidikan jika memohon untuk program master.
5. Tidak memegang biasiswa Australian Agency for International Development (AusAID) dalam tempoh dua tahun sebelum bermulanya biasiswa Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS).
6. Belum memulakan pengajian di peringkat PhD melalui penyelidikan sebelum 1 Januari 2009.

Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos 2008

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini

No comments: