Tuesday, July 1, 2008

Pengusaha Teksi, Van Sewa Mahu Subsidi Minyak

SIBU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Joseph Mauh Ikeh merayu kerajaan memberi subsidi petrol kepada pengusaha teksi dan van sewa yang beroperasi di kawasan Selangau dekat sini.Beliau mahu golongan terbabit perlu diberi subsidi sama seperti yang dinikmati oleh para pengusaha teksi atau van sewa di kawasan-kawasan lain di negeri ini.

Tanpa menyatakan bilangan pengusaha teksi dan van sewa di kawasan berkenaan, beliau yang dihubungi hari ini memberitahu mereka tidak diwakili mana-mana persatuan untuk menyuarakan permintaan itu.

"Saya bimbang jika mereka tidak diberikan subsidi, para pengguna terpaksa membayar tambang yang mahal berikutan harga petrol dan diesel yang naik harganya," kata beliau.

Menurut Joseph, para pengusaha teksi dan van sewa di Selangau telah mengadakan perjumpaan dengan wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung permintaan tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau juga memohon agar subsidi bahan bakar turut diberi kepada penduduk rumah panjang yang masih menggunakan bot berenjin sangkut untuk bergerak.

"Subsidi ini amat diperlukan pemilik enjin sangkut terutama bagi penduduk di hulu Batang Mukah serta Tamin yang masih menggunakan pengangkutan sungai," jelasnya.

Beliau memberitahu, selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, perbelanjaan membeli minyak dari hulu Batang Mukah ke pekan Selangau ialah RM100berbanding RM50sebelum ini.

"Permintaan ini perlu dipertimbangkan kerana kenaikan harga minyak amat membebankan penduduk luar bandar yang rata-rata tidak mempunyai pendapatan tetap," katanya.

Dipetik dari Utusan Online, 27 Jun 2008

Komen

Di juga tiada tol. Namun mereka boleh meminta supaya dikecualikan dari cukai import, cukai eksais dan cukai jualan ke atas teksi atau van sewa serta alat ganti dan tayar yang berkaitan. Selain itu mereka juga boleh meminta supaya diperuntukkan AP ke atas teksi atau van sewa serta alat ganti dan tayar yang diimport sendiri.

No comments: