KEPALA BATAS 28 Jun - Krisis kenaikan harga minyak dijangka menyebabkan banyak syarikat terutama sektor industri akan menghentikan pengambilan pekerja baru bagi mengurangkan kos operasi.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berkata, ekoran itu, para majikan hanya akan memilih calon yang benar-benar berkaliber bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka.
"Kenaikan harga minyak menyebabkan kos operasi semakin meningkat dan bagi memastikan mereka terus beroperasi serta mendapat keuntungan, majikan akan berhati-hati dalam mengurus sumber."
"Bagi tujuan ini, langkah yang diambil pastinya dengan mengurangkan pengambilan pekerja baru," katanya dalam ucapan perasmian Karnival Pekerjaan dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia peringkat negeri di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Tenaga Kerja Malaysia, Sheikh Yahya Sheikh Mohamed.
Sementara itu, Sheikh Yahya menggesa golongan penganggur atau pencari kerja termasuk siswazah disaran melayari laman web www.elx.gov.my bagi merebut lebih 40,000 peluang pekerjaan pelbagai sektor yang sedang diiklankan di laman itu.
Menurut beliau, jumlah itu turut merangkumi 7,000 kekosongan pegawai kanan pengurusan syarikat dan hampir 4,000 jawatan profesional.
Kata beliau, peluang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pencari kerja memandangkan banyak syarikat dijangka mula menghentikan pengambilan pekerja baru bagi mengurangkan kos operasi ekoran kenaikan harga bahan api, baru-baru ini.
Tambah beliau, walaupun laman web itu semakin popular dengan purata kunjungan 13,000 pelawat sehari, namun ramai pencari kerja hanya membuat pendaftaran tanpa membuat semakan harian sebaliknya menunggu dipanggil majikan.
"Sepatutnya mereka buat semakan setiap hari dan melihat sama ada kerja yang ditawarkan padan dengan pengalaman atau kelulusan akademik, selepas itu bolehlah mereka berurusan untuk menghadiri temuduga dan sebagainya," jelasnya.
Beliau menambah, pencari kerja atau majikan yang berjaya dinasihatkan supaya membuat laporan bagi membolehkan pihak kementerian mengemas kini rekod dan memantau situasi penggajian dalam negara.
Sementara itu, Sheikh Yahya memberitahu, sebanyak 6,000 pekerja dalam pelbagai sektor telah diberhentikan oleh majikan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, pemberhentian pekerja tersebut bukan akibat kenaikan harga bahan api, sebaliknya oleh sebab-sebab teknikal termasuk penutupan operasi syarikat terbabit.
Dipetik dari laman Utusan Online, 29 Jun 2008

No comments:
Post a Comment