Friday, May 30, 2008

Tip Untuk Mendapat Biasiswa Master Dari IPT Amerika Syarikat

Markah GMAT melebihi 640 memberi kelebihan kepada calon apabila memohon biasiswa untuk program peringkat master dari IPT Amerika Syarikat. Ada IPT Amerika Syarikat menawarkan biasiswa untuk pemohon yang mempunyai markah GMAT sebanyak 630. Kadangkala IPT Amerika Syarikat menghubungi calon yang mendapat GMAT melebihi 640 secara terus untuk menawarkan biasiswa!

Wednesday, May 28, 2008

Meningkatkan Perkhidmatan Van/Bas Sekolah dan Teksi

"Katakan harga CIF sebuah van berkapasiti 2.7L buatan Korea berharga sekitar RM28000 - RM29000. Cukai import yang dikenakan untuk kenderaan CKD buatan negara bukan ASEAN ialah 10%. Cukai eksais ialah 105%. Cukai jualan sebanyak 10%. Di tambah pula dengan keuntungan pengedar kenderaan dan komisen jurujual, ini menjadikan harga van itu di sekitar RM78000. Apabila semua cukai ini dihapuskan, harga van itu boleh dikurangkan sebanyak 60%.

Menghantar anak-anak ke sekolah, lebih-lebih lagi ke sekolah agama ialah satu pekerjaan yang mulia. Tambang van/bas yang lebih mahal menjadi rungutan ibubapa. Keadaan kebanyakan van/bas yang digunakan amat daif.

Pengusaha-pengusaha van/bas sekolah boleh menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti pada harga yang berpatutan apabila mereka boleh membeli van/bas dengan harga yang lebih murah.

Subsidi minyak disel sebanyak 100 liter sebulan untuk setiap van banyak membantu mereka mengurangkan tambang. Selain itu, bisnes mereka juga boleh dikecualikan daripada cukai pendapatan tahunan.

Pengedar kenderaan mahu untung dan jurujual juga mahu komisen. Tetapi, sikap suka bersedekah di kalangan mereka dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan van/bas sekolah sambil menurunkan kos tambang.

Bisnes van/bas sekolah bukanlah suatu bisnes yang lumayan. Menurut blog Tuan Rozmal, jarang kita dapat tengok pengusaha van dan bas sekolah secara kecil-kecilan duduk rumah banglo, pakai kereta Mercedes, pergi melancong luar negara. Malah ada yang buat kerja part time kerana tak cukup duit hasil bawa van dan bas dengan menjual apam balik, menjual keropok dan sebagainya.

Cara yang sama boleh digunakan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan teksi di Malaysia.

Artikel ini pernah disiarkan di laman Tranungkite

Monday, May 26, 2008

Senarai IPT Indonesia Bertaraf Dunia

Menurut senarai THES 2007, Universitas Gajah Mada, Institut Teknologi Bandung dan Universitas Indonesia termasuk dalam senarai IPT Indonesia yang bertaraf dunia.

Kelebihan IPT-IPT di Indonesia ialah kos pengajian dan sara hidup yang rendah.

Kaji Semula Keputusan Batal MOU Antara IPT Tempatan dan Universiti Al-Azhar

KAHERAH, 26 Mei (Hrkh) - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memohon agar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengkaji semula keputusan pembatalan persefahaman (MOU) antara institut pengajian tinggi Malaysia dan Universiti al-Azhar yang berpusat di Kaherah, Mesir.

Presiden PMRAM Khairul Anuar Ramli berkata, pihaknya melihat perjanjian persefahaman tersebut sangat membantu anak-anak Melayu dalam meneruskan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam pengajian Islam.

"Bidang tersebut tergolong dalam bidang kritikal di mana ia telah melahirkan modal insan yang berkualiti sesuai dengan agenda besar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata beliau.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa dalam soalan tambahannya kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Idris Haron bertanya kenapa MOU antara kerajaan Mesir dan kolej-kolej tempatan yang menghantar pelajar ke tahun tiga mereka ke al-Azhar telah dibatalkan.

Menjawab soalan tersebut, Dato' Idris memberitahu Parlimen bahawa antara sebab keputusan itu dilaksanakan adalah kerana permintaan pasaran ke atas graduan lulusan agama adalah minimum dan hal itu seterusnya mendorong kerajaan menghadkan penghantaran pelajar ke universiti al-Azhar.

Mengulas hal itu, Khairul Anuar berkata, kewujudan cawangan Universiti al-Azhar di Negeri Sembilan misalnya, adalah contoh bahawa kerajaan tidak wajar menyekat peluang graduan-graduan IPT tempatan untuk meneruskan pengajian di kampus induk universiti tertua itu.

"Merujuk dakwaan yang menyatakan perjanjian persefahaman itu tidak menepati pasaran kini, PMRAM melihat ia bukan sebab yang kukuh untuk terus dibatalkan kerjasama itu. Realiti sekarang menunjukkan bahawa pengangguran dalam kalangan graduan di bidang pengajian lain turut berlaku.

"Apakah kerana sekadar faktor kekurangan kehendak pasaran semasa, maka terus sahaja disekat perkembangan ilmu agama dalam kalangan pelajar-pelajar di Malaysia?" kata beliau.

Tambah beliau, peluang pekerjaan yang selama ini terbuka luas kepada graduan lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang pendidikan sepatutnya lebih diperhebatkan. J-Qaf, menurut Khairul Anuar, adalah contoh program yang disifatkannya sebagai salah satu langkah penyelesaian untuk mengatasi isu pengangguran di kalangan graduan pengajian Islam itu.

"Oleh itu, kerajaan perlulah meneliti semula betapa peluang tersebut sangat membantu anak-anak Melayu mendalami ilmu Islam secara langsung.

"Implikasi buruk akan berlaku dengan terputusnya generasi penuntut-penuntut Mu'adalah Universiti al-Azhar jika KPT tidak mengkaji baik buruk keputusan yang telah dibuat," katanya.

Oleh Ali Bukhari Amir
Dipetik dari laman Harakahdaily

Komen

Lepasan universiti Al Azhar tidak semestinya menjadi guru J-QAF atau imam sahaja. Mereka boleh juga menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pentadbiran, Eksekutif Sumber Manusia, Eksekutif Purchasing, Eksekutif Stor, Eksekutif Logistik, Eksekutif Kawalan Dokumen, Eksekutif Latihan, Ekesekutif/Penyelia Pengeluaran, Eksekutif Perhubungan Perusahaan, Eksekutif Safety & Health (jika mengambil kursus di NIOSH dan mendaftarkan diri dengan DOSH), Eksekutif Pemasaran, Eksekutif Jualan dan sebagainya.

Majikan-majikan di Malaysia mempunyai paradigma bahawa memilih kursus mestilah yang sesuai. Ini ialah paradigma yang kurang tepat kerana terdapat banyak kerja yang hanya mensyaratkan ijazah dalam mana-mana bidang. Syarikat-syarikat Malaysia kurang daya kreatif kerana terlalu dogmatik apabila memilih pekerja. Memanglah untuk mengambil doktor memerlukan calon-calon yang ada MBBS, MD atau MBChB. Tetapi dalam bidang pemasaran misalnya, ia sepatutnya terbuka kepada mana-mana disiplin pengajian. Sarah Burroughs mempunyai ijazah bacelor dalam bidang sejarah dari Universiti Lincoln di Missouri, AS tetapi bekerja di sebuah syarikat pengiklanan (Dipetik dari Solomon, MR dan Stuart, EW, Marketing. Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey, 2nd Edition, 2000).

Paradigma ini diperkukuhkan lagi oleh sesetengah ahli politik Malaysia dan tokoh-tokoh bisnes yang menyatakan bahawa punca graduan menganggur ialah kerana pilihan kursus yang tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, bilangan imam di seluruh negara masih tidak mencukupi. Sebuah masjid yang beroperasi secara 3 shif lebih mudah diimarahkan. Ini akan membolehkan jemaah masjid berqiamullail, misalnya. Selain itu, mengoperasikan masjid secara 3 shif akan dapat mengurangkan risiko harta benda masjid dicuri oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Masjid akan sentiasa ada orang. Pencuri-pencuri tidak berpeluang untuk bermaharajalela.

Setiap shif mempunyai seorang imam lulusan Universiti Al Azhar atau lain-lain IPT. Mereka akan diketuai oleh seorang ketua imam yang lebih senior. Seorang inspektorat akan menyelia seluruh aktiviti peringkat daerah. Inspektorat ini dibantu oleh beberapa orang pembantu. Deskripsi kerja mereka boleh diperluaskan. Mereka bukan sahaja memimpin solat, malah mengendali kelas-kelas pengajian, memberi kaunseling kepada penduduk setempat, mengkoordinasi kelas tiusyen, mentadbir perpustakaan masjid, menyelia house-keeping masjid dan sebagainya. Siapa kata lepasan universiti Al Azhar mempunyai pasaran kerja yang rendah. Pokok pangkalnya terletak pada persepsi kita sendiri.

Sunday, May 25, 2008

Biasiswa Kerajaan Republik Arab Mesir

Kerajaan Republik Mesir menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia bagi sesi Akademik 2008/2009. Tawaran yang diberikan adalah seperti berikut :

1. 10 biasiswa ijazah pertama di Universiti Al Azhar
2. 10 biasiswa lepas ijazah di Universiti Al Azhar

Kelayakan masuk untuk ijazah pertama ialah sijil STAM. Kelayakan masuk untuk program lepas ijazah ialah ijazah pertama.

Tarikh tutup permohonan untuk sesi 2008/2009 ialah 30 Jun2008.

Butir-butir lanjut mengenai biasiswa boleh didapati dari

Kedutaan Republik Arab Mesir,
28, Lingkungan U Thant,
Off Jalan U Thant,
55000 Kuala Lumpur

Telefon : 03-4256-8184 atau 03-4256-8745

Sambung Belajar di Institut Teknologi Bandung

Institut Teknologi Bandung (ITB) mempelawa calon-calon dari Malaysia untuk memasuki program-program peringkat ijazah pertama di situ. Ia ditubuhkan pada 2 Mac 1959. Menurut senarai THES2007, Institut Teknologi Bandung ialah universiti yang ke 369 terbaik di dunia. Fakulti-fakulti yang terdapat di Institut Teknologi Bandung ialah

1. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA)
2. Sekolah Ilmu dan Teknologi Hayati (SITH)
3. Sekolah Farmasi (SF)
4. Fakultas Teknologi Industri (FTI)
5. Sekolah Teknik Elektro dan Informatika (STEI)
6. Fakultas Teknik Sipil dan Lingkungan (FTSL)
7. Sekolah Bisnis dan Manajemen (SBM)
8. Fakultas Teknik Pertambangan dan Perminyakan (FTTM)
9. Fakultas Teknik Mesin dan Dirgantara dan sebagainya.

Kelas akan dijalankan dalam bahasa Inggeris.
Yuran pengajian ialah Rp 2.5 juta setiap semester. Kos sara hidup ialah sekitar Rp 1 juta sebulan.

Program ijazah pertama mengambil masa selama 4 tahun. Institut Teknologi Bandung mengkehendaki pemohon-pemohon menduduki Tes Bakat Skolastik (TBS) atau mengemukakan slip keputusan SAT (yang tidak melebihi 6 bulan dari tarikh tutup permohonan) untuk diterima masuk. Pemegang sijil SPM, STPM, matrikulasi dan diploma digalakkan memohon.

Maklumat tentang SAT boleh didapati dari laman berikut:
http://www.collegeboard.com/student/testing/sat/about.html

Tes Bakat Skolastik ITB (ITB Scholastic Aptitude Test) akan dijalankan pada 1 Jun 2008 di Kedutaan Republik Indonesia, No 233, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Butir-butir lanjut mengenai permohonan masuk ke Institut Teknologi Bandung (ITB) dan pendaftaran Tes Bakat Skolastik ITB (ITB Scholastic Aptitude Test) boleh didapati dari

Ms Rahmi Kamelia
Tel: 017-2409759
E-mel: rahmi_kamelia@yahoo.com

Thursday, May 22, 2008

Pameran IPT-IPT Amerika Syarikat

Pameran IPT-IPT Amerika Syarikat memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang IPT-IPT, sistem pendidikan, biasiswa universiti, cara kemasukan dan sebagainya ke IPT-IPT di Amerika Syarikat melalui sesi seminar. IPT-IPT juga menyediakan panel temuduga untuk memilih calon-calon yang layak. Pameran itu merangkumi permohonan peringkat ijazah, master dan PhD.

Butir-butir pameran

Nama pameran : USA for students
Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
Tempat : Dewan San Choon, Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Masa : 10 pagi hingga 4 petang

Masuk adalah percuma.
Pendaftaran melalui laman ini.

Senarai IPT-IPT yang mengambil bahagian
(Kebanyakannya bertaraf dunia)

Bates College
Bowdoin College
Brown University
Carnegie Mellon University
Colby College
Columbia University
Cornell University
Dartmouth College
Drake University
Duke University
Kenyon College
Massachusetts Institute of Technology
Middlebury College
Michigan State University
Mount Holyoke College
New York University
Northwood University
Penn State University
Princeton University
Purdue University
Rensselaer Polytechnic Institute
Rochester Institute of Technology
Rutgers, The State University of New Jersey
Smith College
Stanford University
Stevens Institute of Technology
Swarthmore College
Thunderbird School of Global Management
The University of Chicago
The University of Pennsylvania
University at Buffalo, The State University of New York
University of Illinois at Urbana-Champaign
University of the Ozarks
University of Michigan
University of Minnesota, Twin Cities
University of Missouri-Kansas City
University of Nebraska-Lincoln
University of Virginia
Wabash College
Western Kentucky University
Western Michigan University
Widener University

Wednesday, May 21, 2008

Biasiswa Master/Doctorate di Australian National University

Kerajaan Jepun membiayai skim Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Program Biasiswa Jepun (JSP). Skim ini ditubuhkan dalam tahun 1988. Ia bertujuan untuk membuka peluang kepada rakyat negara-negara membangun yang menjadi ahli ADB untuk memasuki program-program lepas ijazah dalam bidang ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi dan lain-lain bidang yang berkaitan dengan pembangunan di institusi-institusi akademik di kawasan Asia Pasifik.

Program-program yang ditawarkan di Crawford School of Economics and Government, Australian National University, Australia

1. Master in International and Development Economics
2. Master in Public Policy (Development Administration)
3. Master in Environmental Management and Development
4. Master in Infrastructure Management

Butir-butir biasiswa

ADB-JSP menyediakan biasiswa penuh selama 1 hingga 2 tahun yang meliputi

1. Yuran pengajian
2. Elaun sara hidup dan elaun rumah bulanan
3. Elaun buku dan bahan pengajaran
4. Insurans perubatan
5. Belanja tambang

Biasiswa ini untuk setahun dengan tambahan untuk tahun kedua, jika perlu dengan syarat pemegang biasiswa mengekalkan prestasi yang memuaskan institusi akademik.

Syarat-syarat kelayakan

1. Rakyat negara anggota yang meminjam daripada ADB
2. Layak memasuki kursus-kursus Australian National University di atas
3. Ijazah bacelor dengan rekod akademik yang cemerlang
4. Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun
5. Mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, lisan dan bertulis
6. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan ditutup
7. Mempunyai taraf kesihatan yang baik
8. Bersedia untuk kembali ke negara asal setelah tamat pengajian
9. Pemohon tidak tinggal atau bekerja mana-mana negara selain dari negara asal.
10.Pemohon bukan kakitangan Australian National University
11.Pemohon bukan pengarah eksekutif, pengarah gantian, pengurus dan staf ADB atau organisasi-organisasi antarabangsa yang lain serta konsultan atau saudara mara mereka.

Tarikh tutup permohonan :

30 Mei 2008 untuk kemasukan pada 21 Jul 2008
14 Nov 2008 untuk kemasukan pada 23 Feb 2009

Biasiswa untuk program PhD juga disediakan.

Maklumat lanjut mengenai kemasukan boleh didapati di laman ini.

Alamat untuk dihubungi

Ms Billie Headon
Director,
Student Recruitment,
Alumni and Scholarships

E-mel: billie.headon@anu.edu.au
No telefon: +612 6125 4705
Faks: +612 6125 5570

Cara memohon boleh didapati di laman ini.

Tuesday, May 20, 2008

Umat Islam Perlu Bersungguh Dalam Perniagaan - Taulan Rasul

ALOR STAR, 20 Mei (Hrkh) - Mencari rezeki melalui perniagaan perlulah dengan usaha yang bersungguh-sungguh mengikut panduan Islam selain pergantungan harap semata-mata hanya kepada Allah. Demikian antara intipati ucapan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohamed Taulan Mat Rasul dalam satu majlis bersama penjaja kecil yang diadakan di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, perniagaan adalah suatu urusan yang memerlukan ketabahan dan kerajinan.

"Sebab itulah orang Inggeris memanggil meniaga ini business, ia busy yakni sibuk. Sebab sibuk itulah orang meniaga ini kaya raya," terang beliau.

Peniaga boleh menambah rezeki kerana katanya Islam itu cukup mudah. Jelasnya mudah yang dimaksudkan adalah ruang memohon daripada Allah SWT.

"Tuan-tuan minta rezeki minta daripada Allah SWT, bukan minta daripada saya, bukan minta daripada (majlis) bandaran, bukan minta daripada orang, bukan minta dari persatuan, tapi minta kepada Allah SWT. Rezeki kita Allah SWT yang beri,"tegasnya.

Mohamed Taulan turut menyentuh kepentingan solat sunat Dhuha yang berkait kepentingan memohon rezeki.

"Lepas kita sembahyang subuh ada satu lagi sembahyang iaitu sembahyang dhuha. Ini untuk minta rezeki. Pun begitu ia bukan sembahyang yang wajib. Tapi jika kita buat kita bukan sahaja dapat pahala, tapi kita juga dapat rezeki daripada Allah SWT.

"Sembahyang itu biasa saja, tapi doanya itu. Dalam doanya itu kita minta daripada Allah SWT rezeki yang jauh didekatkan, rezeki yang susah itu mudahkan, rezeki yang di atas langit diturunkan, yang di bumi ditimbulkan, yang haram itu dihalalkan, itu (sebahagian) doanya. Ini lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT serta menjauhkan kita daripada perkara-perkara tidak elok,"terangnya lagi.

Tambah beliau, PAS yang menerajui Kerajaan Kedah hendak memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat serta mengeluarkan rakyat daripada dosa.

"Apabila kita mengadap Allah SWT, Dia tidak tanya soal duit dan harta. Yang Dia tanya pahala banyak mana yang dibawa dari dunia.

"Kerana itu kita meniaga, berniagalah cara ikhlas, jujur, barang baik, harga yang berpatutan," nasihatnya.

Dalam keadaan harga barang yang mahal dan kos penyediaan yang semakin meningkat sekarang ini, maka peniaga katanya mestilah meletakkan harga yang berpatutan.

"Islam mengajar kita mencari untung, misalnya barang modal RM 1, boleh jual maksimum RM 3. Maknanya 200 peratus kita boleh naik. Tidak boleh lebih daripada itu," tegas beliau.

Menurut Mohamed Taulan lagi untuk maju peniaga perlu memperkenalkan barang atau produk sendiri. Misalnya makanan, beliau berkata masyarakat hari ini pertamanya mementingkan makanan yang dibeli sedap, keduanya bersih dan ketiganya murah.

Bagaimanapun jelasnya, murah ini sesuatu yang relatif, oleh itu tegasnya harga mesti sesuai dengan barang yang didagangkan.

"Oleh itu jangan jual barang yang tidak berkualiti, atau barang yang tidak setaraf dengan yang kita iklankan.

"Kalau barang itu buat daripada cotton katakan cotton, kalau buat daripada sutera katakan sutera. Jangan kata barang itu original sedangkan datang daripada Thailand. Kita nak kejujuran dalam meniaga," perinci beliau.

Tegas beliau, oleh kerana rezeki daripada Allah SWT, maka perlunya juga mencontohi Nabi SAW dalam menjalankan perniagaan.

"Macam mana dia (Nabi SAW) boleh berniaga sedangkan itu barang orang lain? Ini kerana dia jujur. Dia terangkan kepada orang mengenai barang ini macam ini, mahu barang macam ni harganya begini. Ini contoh yang diajar oleh Islam," terangnya lagi.

Oleh Izwan Abdul Halim
Dipetik dari laman Harakahdaily

Undang-undang anti diskriminasi terhadap pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) di Amerika Syarikat

Pindaan Kelima dan Keempat belas ke atas Perlembagaan Amerika Syarikat menghadkan kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk melakukan diskriminasi. Diskriminasi di sector swasta dikawal oleh statut-statut kerajaan pusat dan negeri.

1. Americans With Disabilities Act, 1990

Akta ini melarang diskriminasi terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak dalam sebarang aspek pekerjaan oleh kerana kecacatan mereka. Akta ini juga menggesa majikan supaya menyediakan kemudahan yang sesuai di tempat kerja untuk pekerja Orang Kurang Upaya (OKU). Orang Kurang Upaya (OKU) terdiri daripada mereka yang cacat secara fizikal atau mental.

2. Civil Rights Act, 1991

Akta ini menyediakan peruntukan mengenai pampasan terhadap diskriminasi pekerjaan yang dilakukan secara sengaja

3. Rehabilitation Act, 1973 digubal bertujuan untuk mempromosi dan memperluaskan peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

Monday, May 19, 2008

Pepatah Tamil III

Tukang gunting tidak boleh menggunting rambutnya sendiri

Sunday, May 18, 2008

Biasiswa Master di University of Auckland

Kerajaan Jepun membiayai skim Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Program Biasiswa Jepun (JSP). Skim ini ditubuhkan dalam tahun 1988. Ia bertujuan untuk membuka peluang kepada rakyat negara-negara membangun yang menjadi ahli ADB untuk memasuki program-program lepas ijazah dalam bidang ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi dan lain-lain bidang yang berkaitan dengan pembangunan di institusi-institusi akademik di kawasan Asia Pasifik.

Program-program yang ditawarkan di University of Auckland, New Zealand.

1. Master in International Business
2. Master of Commerce (International Business)
3. Master of Arts (Development Studies)
4. Master of Science (Environmental Science)
5. Master/Doctorate in Engineering
6. Master of Public Health

Butir-butir biasiswa

ADB-JSP menyediakan biasiswa penuh selama 1 hingga 2 tahun yang meliputi

1. Yuran pengajian
2. Elaun sara hidup dan elaun rumah bulanan
3. Elaun buku dan bahan pengajaran
4. Insurans perubatan
5. Belanja tambang

Biasiswa ini untuk setahun dengan tambahan untuk tahun kedua, jika perlu dengan syarat pemegang biasiswa mengekalkan prestasi yang memuaskan institusi akademik.

Syarat-syarat kelayakan

1. Rakyat negara anggota yang meminjam daripada ADB
2.Diterima memasuki kursus-kursus di University of Auckland
yang diluluskan
3. Ijazah bacelor dengan rekod akademik yang cemerlang
4. Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun
5. Mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, lisan dan bertulis
6. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan ditutup
7. Mempunyai taraf kesihatan yang baik
8. Bersedia untuk kembali ke negara asal setelah tamat pengajian
9. Pemohon tidak tinggal atau bekerja mana-mana negara selain dari negara asal.
10.Pemohon bukan kakitangan University of Auckland
11.Pemohon bukan pengarah eksekutif, pengarah gantian, pengurus dan staf ADB atau organisasi-organisasi antarabangsa yang lain serta konsultan atau saudara mara mereka.

Tarikh tutup permohonan : 1 Jun 2008

Alamat untuk dihubungi

The University of Auckland
Private Bag 92019
Auckland Mail Centre,
Auckland 1142,
New Zealand.(Attn: International Admissions/Scholarships)
E-mail: studentinfo@auckland.ac.nz

Ms. Rita Fatialofa-Patolo
International Scholarships Coordinator
NZ Australia Pacific Region
International Office
E-mail: int-questions@auckland.ac.nz

No telefon: +64 9 373 7599 ext. 82579
Faks: +64 9 373 7405
Cara memohon boleh didapati di laman ini.

Sunday, May 11, 2008

Menjalankan Bisnes di Peringkat Global


Saya baru selesai membaca buku Doing Business Anywhere oleh Tom Travis hari ini. Saya membelinya dalam bulan Julai 2007.

Buku ini menerangkan tentang asas-asas untuk menjalankan bisnes di peringkat global. Banyak perkara yang disentuh oleh buku ini tidak diajar di universiti-universiti tempatan. Buku ini sesuai untuk pensyarah, pelajar, CEO dan eksekutif kanan syarikat, pemilik bisnes kecil dan pegawai kerajaan. Pemilik bisnes kecil atau bisnes keluarga dapat mengambil manfaat dari buku ini kerana menjalankan bisnes di peringkat global bukanlah monopoli syarikat-syarikat besar sahaja. Bisnes kecil dan bisnes keluarga pun boleh beroperasi di peringkat global. Syarikat boleh menjual produk serta perkhidmatan atau mendapatkan sumber bekalan di seberang laut.

Buku ini menerangkan tentang bagimana hendak memanfaatkan penjanjian-perjanjian perdagangan antara negara untuk keperluan syarikat. Buku ini juga menerangkan tentang pentingnya menjaga jenama dan reputasi syarikat. Bisnes yang berpegang kepada etika memberi kelebihan apabila beroperasi di peringkat global. Aspek sekuriti penting untuk syarikat. Buku ini menerangkan tentang prinsip untuk menjaga sekuriti produk. Bencana berlaku secara tiba-tiba. Syarikat menghadapi bencana secara kreatif supaya operasi syarikat tidak terjejas. Walaupun syarikat merancang secara strategik, namun bencana boleh melanda bila-bila masa. Tindakbalas yang pantas dan kesediaan syarikat untuk menghadapi bencana dapat mengurangkan kesan dari bencana yang berlaku.

Buku ini juga menerangkan tentang pentingnya bersemuka dan selalu berhubung dengan klien atau pembeli. Walaupun kita dapat berhubung dengan klien atau pembeli melalui e-mel, telefon atau sidang video, namun cara itu tidak mencukupi walaupun ia canggih dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Pekerja-pekerja yang berkaliber banyak membantu apabila kita pergi mengunjungi klien atau pembeli di luar negara. Dikejutkan oleh panggilan telefon pada lewat malam atau awal pagi ialah perkara biasa apabila kita mempunyai klien atau pembeli di luar negara. Ini kerana Malaysia berada di zon waktu yang berbeza dengan banyak negara.

Thursday, May 8, 2008

Pendidikan di Jerman

Mengapa belajar di Jerman? Pertanyaan ini cukup sukar dijawab. Ada bermacam-macam alasan mengapa Jerman dipilih sebagai negara untuk tujuan menyambung pelajaran. Kualiti pendidikan di Jerman, Jerman sebagai pusat teknologi dan sains di Eropah, pengalaman di peringkat internasional, dan bahasa Jerman itu sendiri adalah alasan-alasan utama mengapa mahasiswa asing datang ke Jerman untuk belajar. Kos pembelajaran yang murah juga merupakan salah satu sebab mahasiswa memilih Jerman untuk menyambung pelajaran. Kerajaan dan dan masyarakat Jerman mengamalkan sistem sosial demokrat yang menjamin semua warganya layak untuk mendapatkan pendidikan. Pendidikan merupakan hak setiap warganya, sehingga kerajaan Jerman menanggung hampir seluruh pembiayaan untuk pembelajaran. Pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke program kedoktoran diberikan percuma bagi rakyatnya.

Sistem pendidikan di Jerman agak berbeza jika di bandingkan dengan Malaysia atau negara-negara lain seperti USA, UK dan Australia. Di Jerman terdapat 3 katagori universiti:

Univesität dan Technische Universität (TU).

Sistem pendidikan di universität ini lebih berorientasi pada teori dan penyelidikan. Peratus untuk pengajaran teori mencapai 80%-90% dari kurikulum pembelajarannya.

Fachhochschule (FH)

Fachhochschule (FH) dalam Bahasa Inggeris dikenali dengan University of Applied Science. Di universiti ini kandungan kurikulum antara teori dengan amali adalah seimbang. Peratus perbandingan antara teori dengan amali sekitar 60% teori dan 40% amali termasuklah latihan industri.

Berufsakademie (BA)

Berufsakademie (BA) dalam Bahasa Inggeris dikenali dengan University of Cooperative Education. Universiti ini merupakan bentuk kerjasama antara universiti dengan industri. 60% daripada kandungan latihannya adalah latihan di industri.

Insyaallah satu masa nanti akan wujud Universiti Kemahiran Malaysia di negara kita yang menggunakan konsep yang diamalkan di negara Jerman ini di mana amali merupakan teras utama kurikulum pembelajarannya.

Dipetik dari blog Tuan Kamato

Pautan lain:

1. Kos belajar di Jerman
2. Senarai IPT Jerman bertaraf dunia menurut THES 2007

Wednesday, May 7, 2008

Modern Labour Movement : Kerajaan Kelantan Amal Konsep Takwa Elak Pekerja Tertindas

KUALA LUMPUR,6 Mei (Hrkh) - Kerajaan Kelantan mengamalkan konsep tiada jurang yang sangat besar di antara kebajikan pekerja dengan kedudukan majikan bagi menjamin persamaan kemanusiaan di antara hubungan pekerja dengan majikan.

Menurut Exco Kanan kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa, asas majikan dan pekerja ialah takwa di mana majikan mesti takutkan Allah tidak menindas pekerja dan pekerja pula tidak akan mencuaikan amanah yang diberikan oleh majikan.

Beliau berkata, majikan yang baik terdiri daripada mereka yang tahu apa keperluan pekerjanya dan pada masa yang sama pekerja juga tahu apa yang dikhendaki oleh majikan.

"Hubungan dua hala di antara majikan dengan pekerja amat mustahak bagi menjamin kesejahteraan," katanya dalam ucapan di Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3, di Stadium Melawati, Shah Alam baru-baru ini.

Beliau mencadangkan asas di atas perlu dilaksanakan di sektor perladangan kerana pekerjanya masih tertindas.

Dalam ucapan tersebut beliau memberi contoh langkah awal yang diambil oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan memperkenalkan cuti hujung minggu selama dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu.

Katanya, Tuan Guru telah dikritik teruk oleh pihak kerajaan Pusat yang mendakwa kerajaan Kelantan mengajar rakyatnya malas.

Bagaimanapun, tambah beliau lima tahun kemudian kerajaan Pusat telah meniru cara yang dilaksanakan oleh Kelantan memberi cuti dua hari kepada pekerja.

Katanya, kerajaan Kelantan yang memberi cuti dua hari itu tidak bermakna rakyatnya rehat terus tetapi setiap hari Jumaat diisytiharkan sebagi hari Ilmu dan Tuan Guru Nik Aziz akan memberi kuliah mingguan untuk seluruh rakyat tetapi masih belum disiarkan secara langsung oleh RTM.

Manakala tambah beliau, hari Sabtu merupakan hari keluarga supaya interaksi keluarga menjadi lebih rapat.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan membina pekerja dalam konteks mereka adalah ahli sebuah keluarga dan mereka apabila mencapai kedudukan yang lebih baik kita harap akan melimpah kepada keluarga mereka untuk mempunyai satu tahap kesejahteraan yang lebih tinggi.

"Kerana itu saya rasa Tuan Guru Nik Aziz bukan saja layak mentadbir Kelantan tetapi turut layak mentadbir negara begitu juga dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat," tegasnya.

Menurut beliau, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya; "Jika sekiranya kamu mengambil pekerja kamu berikan mereka makan apa yang kamu makan, dan kamu berikan pakaian apa yang kamu pakai."

Ini kerana katanya, bagi mengelakkan jurang yang besar di antara majikan dengan pekerja.

Selain itu beliau turut mencadangkan kepada kerajaan Selangor yang akan melaksanakan cuti bersalin selama 90 hari supaya 10 hari diberikan sebelum tarikh bersalin kerana masalah wanita mengandung selepas bersalin dan hari-hari terakhir sebelum bersalin. - mks.

Oleh Saidah Sairan
Dipetik dari laman Harakahdaily

Tuesday, May 6, 2008

Modern Labour Movement : Islam Penyelesai Masalah Pekerja - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan semua majikan, Ketua Jabatan dan syarikat supaya melaksanakan peraturan atau budaya kerja berpandukan ajaran Islam bagi mengelakkan pekerja terjerat dengan masalah majikan mendiskriminasi pekerja.

Beliau berkata, semua manusia sama ada mereka yang berjawatan Menteri Besar, Ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan dianggap sebagai pekerja.

Justeru, katanya, majikan perlu memberi gaji atau elaun kepada pekerja mereka selepas selesai melakukan tugasan tanpa sebarang tekanan.

Menurut beliau, cara menyelesaikan masalah pekerja sama ada mereka di kalangan buruh kasar atau pegawai kerajaan, majikan perlu membayar gaji atau elaun mereka setimpal dengan tugasan masing-masing.

Katanya apabila majikan dapat menyelesaikan masalah pekerja mereka akan mendapat pahala, walaupun wang mereka habis dan pahala itu merupakan duit yang digunakan untuk membayar gaji pekerja.

"Cara untuk mendapatkan pahala majikan atau ketua jabatan dan syarikat perlu menyelesaikan masalah pekerja dengan adil," katanya dalam ucapan penutup Perhimpunan Pekerja dan Wacana Kebangsaan 2008 di Stadium Melawati, Shah Alam baru-baru ini.

Beliau menegaskan bagi menyelesaikan segala masalah gaji atau elaun pekerja tidak ada cara lain yang lebih berkesan selain berpegang pada ajaran Islam.

Tuan Guru Nik Aziz telah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama lima penggal dan langkah awal yang diambil memberi tambahan gaji kepada pekerja dan cuti dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu.

"Tindakan saya memberi cuti dua hari menyebabkan Kerajaan Pusat mendakwa kerajaan Kelantan mengajar rakyatnya pemalas," katanya dalam ucapan penutup.

Bagaimanapun, tambah beliau lama-kelamaan Kerajaan Pusat meniru segala perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan dengan menambah cuti pekerja sebanyak dua hari.

Begitu juga dengan cuti bersalin dahulu 40 hari menjadi 60 hari dan beliau melahirkan kebimbangan jika cuti bersalin ditambah menjadi 90 hari akan menyebabkan pekerja wanita berhenti kerja.

"Saya bekerja cara saya dan di akhirat pula saya sebagai Ketua Negeri akan dipanggil dahulu oleh Allah bersoal jawab berkenaan dengan rakyat, ekonomi, budaya, sosial negeri Kelantan," jelasnya.

Tambah beliau,jika kerja begini teruk semua manusia berfikir tentang tanggungjawab berhadapan dengan Allah,maka tidak ada orang yang berebut untuk menjadi Menteri Besar.

Menurut beliau, tapi ada yang berebut untuk menjadi Menteri Besar kerana ada benda lain yang menjadi pilihan. - mks.

Oleh Saidah Sairan
Dipetik dari laman Harakahdaily

Sunday, May 4, 2008

30 Biasiswa Korea Untuk Pelajar Malasia

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kerajaan Republik Korea menawarkan biasiswa kepada 30 pelajar Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah di negara itu.

Kedutaan Republik Korea di Malaysia dalam satu kenyataan berkata pemberian biasiswa itu bertujuan meningkatkan program pertukaran dalam bidang pendidikan dan memupuk ikatan persahabatan antara kedua-dua negara.

"Biasiswa ini adalah bagi tempoh pembelajaran selama dua tahun di peringkat sarjana dan tiga tahun bagi program doktor falsafah (tidak termasuk tempoh setahun atau kurang daripada itu bagi mengikuti kursus bahasa Korea), katanya.

Penerima biasiswa ini diwajibkan mengikuti kursus asas bahasa Korea sebelum memulakan pengajian di peringkat sarjana.

Menurut kenyataan itu antara perbelanjaan yang dibiayai oleh biasiswa itu ialah tiket kapal terbang, elaun bulanan (kira-kira RM2,800), yuran tuisyen, elaun penyelidikan, kos percetakan disertasi, insurans perubatan dan yuran kursus bahasa Korea.

Pemohon mestilah belum berumur 40 tahun pada 1 Sept 2008 dan sudah tamat atau dijangka tamat mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda sebelum atau pada 31 Ogos 2008 untuk layak mengikuti pengajian di peringkat sarjana dan tamat mengikuti pengajian di peringkat sarjana sebelum 31 Ogos tahun yang sama bagi mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah.

"Mereka juga wajib mendapat Purata Mata Gred (GPA) melebihi Aras 'B'," kata kenyataan itu.

Tarikh tutup permohonan ialah 18 Jun 2008 dan maklumat lanjut serta borang permohonan boleh didapati dengan melayari lama web http://mys.mofat.go.kr/eng/index.jsp.

Sumber dari BERNAMA

Saturday, May 3, 2008

Majikan Bijak Lahir Ramai Pemimpin

PEKERJA adalah pemimpin dalam dimensi tersendiri. Mereka bertanggungjawab melaksanakan kerja dengan baik bagi memenuhi objektif organisasi, memimpin emosi, fizikal dan mental agar berdaya maju menguruskan tugas.

Sebagai pekerja, bapa, suami, anak, jiran dan seorang Muslim, kita bertindak sebagai pemimpin dalam menguruskan peranan berbeza.

Di bawah majikan adalah kalangan pekerja berpotensi yang menjadi pemimpin berpengaruh. Ketua pegawai eksekutif dan pengasas syarikat komputer antarabangsa, Steve Jobs pernah berkata, tugas sebenar pihak atasan dalam organisasi dan tanggungjawab ketua pegawai eksekutif ialah melahirkan ramai pemimpin.

Secara abstrak, jawatan sebagai pekerja bertindak dari segi peranan, selain menjiwai sifat pemimpin dari dalam hati yang bermula dengan memimpin jawatan.

Tambah Steve Jobs lagi, organisasi dianggap gagal, pihak atasan dianggap tidak mencapai objektif dan ketua pegawai eksekutif tidak berfungsi jika mereka hanya melahirkan mesin bukan pemikir.

Pekerja adalah pemimpin yang berfikir, kata Profesor George Gallup yang membuat kajian bagaimana seseorang itu boleh menjadi pemimpin berpengaruh dan hebat. Peratusan penuh kehebatan pemimpin dipecahkan kepada faktor berikut.

50 peratus faktor kepemimpinan melalui personaliti.
35 peratus faktor kepemimpinan daripada ilmu.
15 peratus faktor kepemimpinan daripada jawatan.

Budaya membaca kalangan pekerja adalah tindakan melahirkan genius dalam diam.

Kelompok genius diam dalam organisasi mengguna pakai ilmu sebagai kuasa pengaruh bagi mengurus kepemimpinan.

Mereka tidak perlu bermula dengan kedudukan tetapi dengan membaca sesuatu yang berkait rapat dengan perkembangan potensi diri.

Budaya membaca menjadikan pekerja mengurus budaya kepemimpinan dalam organisasi melalui komunikasi interpersonal dan pengetahuan yang menjadikan mereka rujukan berwibawa dalam organisasi.

Kaji selidik laman web School of Champions mendapati 68 peratus responden percaya ilmu pengetahuan jauh lebih penting berbanding bakat.

Sejumlah 1,436 responden menyertai kaji selidik ini dan 985 percaya ilmu lebih penting berbanding bakat.

Melalui input daripada pelbagai sumber bacaan, tingkah laku boleh diubah suai dan diaplikasi mengikut keadaan.

Pekerja genius dalam diam tahu apakah jenis tingkah laku yang sesuai dalam keadaan berbeza. Pekerja adalah pemimpin yang membaca bukan saja apa yang tercatat dalam sebuah buku tetapi tahu membaca keadaan dan membuat inovasi dalam organisasi.

Zamri Mohamad,
Melaka.

Artikel ini dipetik dari laman Berita Harian Online

Friday, May 2, 2008

Pepatah Tamil II

Pohon yang mempunyai buah yang manis sahaja yang dibaling orang

Thursday, May 1, 2008

Commemorating Labour Day in Malaysia

May 1 is a national holiday in Malaysia. Malaysia started observing the holiday in 1972 following an announcement by the late Malaysian Deputy Prime Minister, Tun Dr Ismail. In his historic speech, he hoped that the decision to observe May 1 as a national holiday would encourage the Malaysian labor movements to feel the need to be bound to the purpose of the national aspiration.

But in Malaysia there are various history models that can be learnt in terms of the sacrifices made by the workers toward helping the country progress economically and technologically. May 1 should be the day to commemorate the contributions of Malaysian ordinary workers to the country. Without those contributions, the local and foreign companies that once invested or have been investing in Malaysia would not make huge profits.

Unlike in Malaysia where the statutory 48 hours maximum working week is being practiced, working time in most Western European countries is declining steadily. Even though many perceive that less is produced, the result of reducing maximum working week is actually the opposite. Reducing maximum working week has in fact contributes toward enhancing productivity. France adopted the 35-hour working week in February 2000. The main advantage of reducing maximum working week is to enhance the quality of life among workers.

But the period of time that workers spend daily in some Monday-to-Friday companies in Malaysia is actually at least 10 hours per day. A worker clocks in at 8:00 am and the day ends at 6:00 pm. A 1-hour break is given to each worker. That means a worker actually works at least 45 hours per week. Even though the company claims to practice 48 hours maximum working week, but it is still incomparable to that practiced in most Western European countries. In another company, a worker clocks in at 8:30 am and the day ends at 6:00 pm. But he or she has to work another 8 hours on two Saturdays each month. A 1-hour break is given to each worker. That means a worker has to work for at least 46.5 hours per week in certain weeks.

Another area to consider is the 1-hour break is given to each worker. Both companies do not compensate their workers for rest breaks and meal periods. This is common among companies in Malaysia. To compare with, the overtime laws for non-exempt employees in the United States prohibit employers to ask the workers to simply work off the clock. That means both companies shall compensate the workers by reducing another 1 hours from a worker's working day without reducing the basic salary or simply pay them for the extra effort they have given. Taking into account the 1-hour break means that the company is asking its workers to work 50 hours per week. The maximum working week in Malysia is only 48 hours. But the company has not been paying the workers for the extra two hours. At the second company, the working hours in certain weeks shall be 51.5 hours if the 1-hour break is included. Whether the practice complies to the Malaysian laws or not, we leave the question to the employers and the legal community.

Does the current labor practice make Malaysia a more developed country? What we can actually see is that Malaysia is still lagging behind in many areas. Moreover, can we expect the workers to become highly motivated with the steadily increasing prices of goods?