Monday, December 29, 2008

Sambung Belajar di IPTA Jerman

Akhbar The Star Ahad 28 Disember 2009 menyiarkan artikel tentang kualiti IPTA Jerman. Ramai tokoh-tokoh ternama dilahirkan oleh IPTA-IPTA Jerman. Di antaranya ialah 30 peratus daripada pemenang hadiah nobel pada awal abad ke 20. Artikel itu juga menerangkan tentang University of Applied Science. Institusi jenis ini banyak terdapat di Jerman dan melahirkan sebahagian besar jurutera di negara itu. Kos belajar di Jerman juga sangat rendah. Hanya 6 daripada 16 negeri di Jerman mengenakan yuran pengajian. Itupun hanya sekitar RM2450 setiap semester. Negeri-negeri selebihnya menyediakan yuran percuma kepada pelajar. Mereka yang berminat boleh menghubungi nomber telefon DAAD pada talian 03-2148 0568 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Anda boleh memuat turun maklumat mengenai sambung belajar di IPTA Jerman di laman ini. Seperkara yang menarik ialah terdapat IPTA Jerman yang menawarkan program-program dalam bahasa Inggeris atau 25% - 50% dalam bahasa Inggeris.

Akhbar The Star Ahad 28 Disember 2009 juga menyiarkan artikel bertajuk Practical Advice. Artikel ini memberitahu tentang kos belajar di IPTA Jerman. Pelajar-pelajar memerlukan di sekitar RM2450 hingga RM3430 sebulan untuk hidup selesa sebagai pelajar di Jerman. Namun, RM1800 sebulan sudah memadai untuk hidup secara sederhana di bandar-bandar kecil atau di wilayah-wilayah bekas Jerman Timur. Artikel ini juga menyiarkan tentang pengalaman dua orang pelajar yang sambung belajar di Jerman dengan belanja sendiri. DAAD juga menawarkan biasiswa kepada mereka yang layak. Untuk mendapatkan biasiswa DAAD, calon-calon yang berminat perlu menghubungi pejabat DAAD di Kuala Lumpur pada talian 03-2148 0568.

Yuran pengajian untuk kursus kejuruteraan dan sains komputer di peringkat ijazah pertama di UNITEN ialah RM49680 dan RM44000 untuk tempoh masing-masing selama empat dan tiga tahun. Sewa bilik perseorangan ialah sebanyak RM280 sebulan. Sebagai perbandingan, keseluruhan kos selama tiga tahun di sebuah IPTA Jerman cuma RM72000. Namun, pelaburan ini amat berbaloi. Setiap pelajar dibenarkan bekerja selama 90 hari dalam tempoh setahun. Ini bermakna, dengan gaji sebanyak 11 Euro sejam, seorang pelajar dapat mengumpul sebanyak 7920 Euro setahun. Dalam tempoh tiga tahun program ijazah pertama, pelajar itu dapat mengumpul 23760 Euro Jumlah ini lebih dari mencukupi untuk membiayai keseluruhan pengajian yang memerlukan disekitar 18000 Euro. Lebihan itu dapat digunakan untuk membiayai pengajian di peringkat master pula. Apabila pelajar itu bekerja ketika mengikuti program di peringkat master selama dua tahun, dia dapat menambah sebanyak 15840Euro pula! Pengajian di peringkat master hanya memerlukan di sekitar 12000 Euro untuk tempoh selama dua tahun.

Blog Tuan Kamato menyiarkan maklumat ringkas mengenai sistem pendidikan di Jerman.

Kos sambung belajar di IPTA Jerman juga boleh di dapati di laman ini. Senarai IPT Jerman bertaraf dunia menurut senarai THES2007 boleh di dapati di laman ini. Senarai terbaru IPT Jerman bertaraf dunia menurut senarai THES2008 boleh didapati di laman ini.

Sunday, December 28, 2008

Mengharungi Kemelesetan Ekonomi Dengan Puasa Sunat Pada 9,10 dan 11 Muharram


Kita disunatkan berpuasa pada 10 Muharram. 10 Muharram ialah hari Asyura. Orang yang berpuasa pada hari Asyura mendapat kelebihan yang sangat banyak. Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa pada hari itu menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Ekonomi merudum mungkin disebabkan banyak melakukan dosa. Di samping bertaubat dan beristighfar, berpuasa pada hari Asyura dapat membantu mengharungi kemelesetan ekonomi apabila kesan ekonomi merudum disebabkan oleh banyak melakukan dosa.

Pada tahun 2009, hari Asyura jatuh pada hari Rabu, 7 Januari.

Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad, makruh berpuasa pada 10 Muharram sahaja kerana ia menyerupai perbuatan orang Yahudi. Puasa hari Asyura dilakukan beserta dengan puasa pada hari sebelumnya dan pada hari sesudahnya iaitu 9 dan 11 Muharram.

Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Tabrani, berpuasa sehari dalam bulan Muharram sama dengan berpuasa selama 30 hari.

Saturday, December 27, 2008

Biasiswa MS/PhD Bidang Sistem Maklumat di University of California at Irvine


Fakulti ISG (Information System Group) University of California at Irvine sedang mencari calon-calon yang sesuai untuk mengikuti pengajian dan manjalankan penyelidikan dalam bidang sistem maklumat di peringkat MS dan PhD. Program bermula pada musim luruh tahun 2009.

ISG ialah sebahagian daripada Jabatan Sains Komputer di Bren School of Information and Computer Science di University of California at Irvine, Amerika Syarikat. Hampir kesemua pelajar PhD Jabatan Sains Komputer menerima bantuan kewangan dalam berbagai bentuk. Baru-baru ini jabatan itu menerima sumbangan peribadi sebanyak USD20 juta dari Donald Bren.

Maklumat lanjut mengenai pengajian peringkat pasca ijazah di situ boleh di dapati di laman ini.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Januari 2009.

Alamat surat menyurat :

Department of Computer Science
Donald Bren School of Information and Computer Sciences
University of California, Irvine
3019 Donald Bren Hall
Irvine, CA 92697-3435
United States of America

No telefon : (949) 824-0016
No faks : (949) 824-4056
No telefon Pejabat Hal Ehwal Pelajar : (949) 824-5156

Emel : gcounsel@ics.uci.edu atau mcartnal@ics.uci.edu

Pegawai untuk dihubungi : Mark Cartnal

Saturday, December 20, 2008

PPSMI supporters and International Mother Language Day

International Mother Language Day disambut pada 21 Februari setiap tahun. Pendokong-pendokong PPSMI tidak layak menyambut International Mother Language Day.

Sunday, December 7, 2008

Bilakah Lebih Sesuai Diadakan Rumah Terbuka

Kita disunatkan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal. Ganjaran berpuasa Syawal sangat besar. Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, berpuasa enam hari dalam bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Puasa sunat dalam bulan Syawal lebih afdhal dilakukan secara berturut-turut dan dimulakan pada 2 Syawal.

Manakala 11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah hari-hari Tasyrik. Kita diharamkan berpuasa pada hari-hari Tasyrik. Kita juga disunatkan menyembelih binatang korban pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Justeru, rumah terbuka lebih sesuai diadakan sempena menyambut Aidil Adha. Lagipun, Hari Raya Aidil Adha juga dikenali sebagai hari raya bersuka ria atau hari raya makan.

Senarai IPT Indonesia Bertaraf Dunia 2008

Menurut senarai THES 2008, IPT-IPT Indonesia yang termasuk dalam senarai IPT bertaraf dunia ialah:

1. Universitas Indonesia
2. Institut Teknologi Bandung
3. Universitas Gadjah Mada

IPT-IPT lain yang berada di tangga 500+ terbaik di dunia ialah:

1. Universitas Airlangga
2. Universitas Pertanian Bogor
3. Universitas Brawijaya
4. Universitas Diponegoro

Kelebihan IPT-IPT di Indonesia ialah kos pengajian dan sara hidup yang rendah.

Friday, December 5, 2008

Mengharungi Kemelesetan Ekonomi Dengan Puasa Sunat Pada 9 Zulhijjah

Orang yang tidak melakukan ibadah haji disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah. 9 Zulhijjah ialah hari Arafah. Orang yang berpuasa pada hari Arafah mendapat kelebihan yang sangat banyak. Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa pada hari itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan dua tahun yang akan datang.

Ekonomi merudum mungkin disebabkan banyak melakukan dosa. Di samping bertaubat dan beristighfar, berpuasa pada hari Arafah dapat membantu mengharungi kemelesetan ekonomi apabila kesan ekonomi merudum disebabkan oleh banyak melakukan dosa.

Pada tahun 2008, hari Arafah jatuhnya pada hari Ahad, 7 Disember.

Sunday, November 30, 2008

Harga Minyak Masak

Harga buah kelapa sawit yang dibeli daripada pekebun merudum sekarang ini. Tetapi harga minyak masak dari kelapa sawit tidak turun-turun juga.

Tuesday, November 11, 2008

Biasiswa dan Pameran MBA



Pameran ini menemukan anda dengan pejabat kemasukan sekolah-sekolah bisnes ternama di dunia. Pengunjung-pengunjung pameran berpeluang untuk memenangi biasiswa berjumlah RM4 juta daripada penganjur atau IPT yang terlibat. Panduan kerjaya TOPMBA diberikan percuma kepada 100 pengunjung pertama.

Tarikh : 21 November 2008 (Jumaat)
Masa : 5 pm hingga 9 pm
Tempat : The Westin Hotel, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Senarai universiti yang terlibat di laman ini

Pendaftaran secara online percuma. Pendaftaran di pintu masuk pameran dikenakan sebanyak RM20 seorang. Untuk mendaftar, rujuk laman ini

Pameran Master dan PhD


Pameran ini menemukan anda dengan pejabat kemasukan sekolah-sekolah siswazah ternama di dunia.

Tarikh : 22 November 2008
Masa : 2 pm hingga 5 pm
Tempat : The Westin Hotel, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Senarai universiti yang terlibat di laman ini

Untuk mendaftar, rujuk laman ini

Monday, November 3, 2008

Pameran Universiti-universiti United Kingdom

Tarikh : 8 November 2008 - 9 November 2008

Masa : 1 pm hingga 6 pm

Tempat : Hall 5, Kuala Lumpur Convention Center

Senarai universiti yang terlibat

1. University of Aberdeen
2. University of Bath
3. University of Bradford
4. Brunel University
5. Cardiff University
6. Cass Business School, City University
7. University of Dundee
8. University of East Anglia
9. Goldsmiths, University of London
10.Heriot-Watt University
11.The University of Hull
12.Keele University
13.University of Kent
14.University of Leeds
15.The University of Liverpool
16.Loughborough University
17.The University of Manchester
18.Newcastle University
19.The University of Nottingham
20.Queen Mary, University of London
21.Queen's University, Belfast
22.The University of Reading
23.Royal Holloway, University of London
24.School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
25.The University of Sheffield
26.University of Southampton
27.University of Strathclyde
28.University of Surrey
29.Swansea University
30.University of Warwick
31.University of York

Keterangan lanjut, rujuk laman British Council

Friday, October 31, 2008

Consider Proposal For Minimum Wage

I applaud the decision by the Human Resources Ministry to establish a wage council to look into low salaries in certain sectors, particularly the electronic and textile sectors (The Star, Oct 8).

Although this is overdue and may be inopportune at this time in point as the world is facing an economic crisis, the effort is praiseworthy.

The proposed council should conduct an in-depth enquiry with the stakeholders, namely the MTUC and the employers' associations, on the issue.

Wage levels are still low in Malaysia in certain sectors. If one looks at EPF’s 2007 Annual Report, almost 75% of EPF active members have low savings.

A reasonable wage level has a positive effect on an employee's retirement savings. In this respect, MTUC's proposal of setting the minimum wage at RM900 should be given due consideration by the Government.

A reasonable level of basic salary will help members to accumulate sufficient savings for retirement as EPF contribution is based on worker's basic salary, excluding overtime payment, which does not attract EPF contributions.

Although wage determination is productivity-based, it also has a human rights dimension which warrants the attention of policy makers.

Our workers must be paid a decent basic salary. Private sector workers do not have lifelong pension to see them through their retirement years.

SEGAREN.

Taken from The Star Online, October 10, 2008.

Comment

Setting the minimum wage at RM900 in Malaysia will not solve the wages issue once and for all. An engineer with 1 year experience in areas other than Kuala Lumpur should be getting at least RM9,000 per month where 1 Euro equals to RM4.50. A production operator in areas like Seremban and Ipoh should be getting at least RM2,300 per month (without overtime pay). The appropriate base salary for a new technician in the same towns is about RM4,000.

Raising the workers' salary is the only way to boost the economy.

The investors will find it very difficult to relocate to other countries when workers in the rest of the South East Asian countries are also getting similar pay.

Senarai IPT India Bertaraf Dunia 2008

Menurut senarai THES 2008, IPT-IPT India yang termasuk dalam senarai IPT bertaraf dunia ialah:

1. Indian Institute of Technology Delhi
2. Indian Institute of Technology Bombay
3. Indian Institute of Technology Kanpur
4. University of Delhi
5. Indian Institute of Technology Madras

IPT-IPT lain yang berada di tangga 401-500 terbaik di dunia ialah:

1. University of Calcutta
2. Indian Institute of Technology Roorkee
3. University of Pune

IPT-IPT lain yang berada di tangga 500+ terbaik di dunia ialah:

1. University of Mumbai
2. Indian Institute of Technology Guwahati
3. Indian Institute of Technology Kharagpur

Kelebihan IPT-IPT di India ialah kos pengajian dan sara hidup yang rendah.

Senarai penuh IPT-IPT di India boleh didapati di link ini.

Friday, October 17, 2008

Mencari Calon PhD, MSc, MA

Assalamualaikum,

Ada research fund yang boleh dimanfaatkan oleh calon calon Phd, MSc. dan MA. Yang berminat dijemput memohon untuk memasuki program tersebut di bawah seliaan saya. Bidang-bidang:

1. Hydrology
2. Water Resources
3. Environment
4. Athropogenic impacts on the Environment
5. Integrated Water Resource Management

Bahasa disertasi adalah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Kalau dalam Hindi minta Datuk Shah Rukh Khan jadi supervisor.

Dipetik dari laman Prof Dr Hamirdin

Thursday, October 9, 2008

Beza Malaysia dengan Somalia

Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai sebuah syarikat perkapalan tersohor iaitu MISC. Baru-baru ini lanun Somalia menawan dua buah kapal milik MISC di perairan Somalia.

Somalia ialah sebuah negara yang sedang mengalami keadaan cacamerba. Ia tidak mempunyai syarikat perkapalan sehebat MISC. Namun ia mempunyai beberapa kumpulan lanun yang suka menawan kapal-kapal yang lalu di perairan negara itu.

Cuti bersalin yang termaktub dalam undang-undang Malaysia ialah 60 hari dengan gaji penuh. Cuti bersalin yang termaktub dalam undang-undang Somalia ialah 14 minggu dengan gaji separuh.

Mengurus Pekerja Berbakat

University of Hertfordshire, Regional Office, Kuala Lumpur menganjurkan satu program syarahan mengenai cara untuk mengurus pekerja berbakat.

Ia menjawab persoalan tentang bagaimanakah caranya sebuah organisasi dapat menarik minat, membangun dan mengekalkan pekerja-pekerja berbakat supaya organisasi terus berjaya dalam tempoh sepuluh tahun

Tarikh : 23 Oktober 2008 (Khamis)

Masa : 7 malam

Tempat : University of Hertfordshire, Regional Office, Lot S08A, Tingkat 8, South Block, Wisma Selangor Dredging, 142A Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Penyampai : Eddie V Blass, penyelidik utama mengenai cara mengurus pekerja berbakat

Minuman ringan disediakan sebelum syarahan.

Tempahan perlu dibuat sebelum 16 Oktober 2008.

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi

Tel : 03-21628560 (Indrani/Mary)
Emel : i.kuppusamy@herts.ac.uk

Wednesday, October 8, 2008

Safety Policy A Must In Schools

A form five student was killed recently in a bizarre incident in the study room of his boarding school when the wall collapsed on him at SMK Datuk Harun in Tanjung Karang, Selangor.

This is not the first time such a fatal accident has occurred in a school.
Over the years, a number of fatal accidents had taken place in schools involving innocent students.

In the wake of the latest tragedy, it is all the more urgent for the Education Ministry to emphasise and carry out a safety and health policy for all schools.

A matter of utmost concern is the quality of construction of the school wall by the contractor concerned.

The tragic accident should be thoroughly investigated and action be taken against those responsible.

The subject of "safe schools" should not be confined only to aspects concerning indiscipline, crime, threats to the safety of students, bullying and gangster-like behaviour but also to matters concerning the safety of school buildings, classrooms, equipment and all amenities.

In this regard, there is a need for schools to be aware of the existence and importance of the Occupational Safety and Health Act, 1994 and its application to educational institutions.

The application of the Act to the schools as "the place of work" aims to make all schools safe and healthy places of work for teachers, students and visitors alike.

In line with the provisions in the Act, it is the duty of employers (the school management) to formulate a safety and health policy, implement risk prevention through safety and health inspection and safety and health auditing to identify shortcomings and to decide on remedial measures.

Ensuring that all schools and educational institutions take an active interest in safety and health will also benefit the students who can learn more about safety and health and be safety conscious from an early age.

This will benefit them greatly when they enter the workforce.

Taken from The Star Online 7 October 2008
By Tan Sri Lee Lam Thye

Council To Look Into Salaries Of Electronics, Textile Sectors

Putrajaya : The days of low wages for workers in the electronics and textile sectors may soon be over.

The Human Resources Ministry has given a directive for a wage council to be set up to look into the salaries of workers in both these sectors after receiving complaints that they "consistently received low wages."

Its minister Datuk Dr S. Subramaniam said several commission of inquiries and wage councils had been formed previously to look into issues of minimum wages for workers in several sectors, such as security guards, clinic assistants, hotel and catering and general workers in small holdings.

"The ministry is currently undertaking steps to look into wages in the electronics and textile sectors. The wage council will conduct a nationwide inquiry by interviewing workers in these two industries and come up with recommendations."

"We hope they will be able to finish their work by the end of next year," he told reporters Tuesday after receiving a memorandum on minimum wage from MTUC at his office here in conjunction of the World Day for Decent Work.

A similar wage council had recently approved a minimum wage for private security guards of between RM250 to RM700 to help ease their burden.

Subramaniam said while the Government did not agree on the implementation of a minimum wage for all workers, it recognised that it was necessary to offer decent salaries as the country was losing its skilled employees to its competitors.

"We are losing our skilled workers to Singapore and the Middle East. We may end up losing even more so we must come up with attractive salaries as a way of persuading them to stay on."

"I have requested the Malaysian Employers' Federation to come up with guidelines on what is the appropriate salary for workers in the different areas in the private sector and how to implement them," he said, adding that the ministry would also continue to hold dialogues with both employers and workers in sectors, which were not covered by the work of such councils.

He said the ministry was also taking steps to reduce the presence of foreign workers in the country, adding that the Cabinet had agreed on reducing the numbers by at least 500,000 persons and was thinking of ways and means of accomplishing this without it affecting businesses and the economy.

MTUC president Syed Shahir Syed Mohamud said the union would continue to pressure the Government on the issue of minimum wage of RM900 monthly for all workers despite the setting up of the wage councils.

"The wage councils are a separate issue for us and we are not against it. However, last year’s increase in salaries for civil servants have had a positive impact."

"So, we hope it's time to give those working in the private sector a similar increase as well," he said, adding that the memorandum also touched on the possible spillover effects of the financial crisis in United States and Europe on the workers here.

Besides minimum wage, the memorandum touched on issues such as unions and productivity-linked wage systems.

Taken from The Star Online 7 October 2008

By Sim Leoi Leoi

Tuesday, October 7, 2008

PhD Bertemakan Melayu di UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dengan pengkhususan berkenaan dengan sebarang topik tentang Melayu.

Keterangan lanjut mengenai syarat kemasukan, yuran, pembiayaan dan sebagainya, hubungi

Professor Emeritus Dr Abdullah Hassan
Pengarah Institut Peradaban Melayu,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzwan

Tel : +605-4505506
Emel : profabdullah@ipm.upsi.edu.my

Sunday, October 5, 2008

Pameran Universiti-universiti Australia

Tarikh : 18 Oktober 2008 - 19 Oktober 2008

Masa : 12 pm hingga 6 pm

Tempat : Conference Hall 1,2 dan 3, Level 3, Kuala Lumpur Convention Center

Senarai universiti yang terlibat

1. The Australian National University
2. Curtin University of Technology
3. Charles Sturt University
4. The University of Western Australia
5. Deakin University
6. Monash University
7. University of Tasmania
8. The University of Adelaide
9. The University of Melbourne
10.Bond University
11.Griffith University
12.Queensland University of Technology

Keterangan lanjut, rujuk laman studyinaustralia.org

Monday, September 29, 2008

Pameran Universiti-universiti Amerika Syarikat

Tarikh : 8 Oktober 2008

Masa : 5 pm hingga 8 pm

Tempat : Ballroom B, JW Marriott Hotel, 183 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Senarai universiti yang terlibat

1. Alfred University
2. Binghamton University, The State University of New ork
3. California State University, Fresno
4. Clarkson University
5. Embry-Riddle Aeronautical University
6. Fairleigh Dickinson University
7. George Mason University
8. Portland State University
9. Rutgers University
10.Stony Brook University
11.University of Colorado at Denver
12.University of Connecticut
13.The University of Iowa
14.University of Minnesota
15.University of Missouri at Kansas City
16.University of Oregon
17.University of San Diego
18.University of Wyoming
19.Widener University

Dapatkan tip-tip kemasukan dari jam 4.30 pm hingga 5.00 pm

Dipetik dari laman Lindentours

Pengecualian Yuran

Malaysia University of Science and Technology (MUST) membiaya sepenuhnya (RM12,000) yuran pengajian program baru iaitu Foundation in General Sciences. Pelajar-pelajar yang mendaftar untuk program itu tidak akan dikenakan yuran di sepanjang tahun. Mereka yang lulus program itu akan diterima secara automatik untuk mengikuti program-program sarjana muda yang dikendalikan oleh Malaysia University of Science and Technology (MUST). Pengkhususan yang ditawarkan melalui program Foundation in General Sciences itu ialah sains, biosains, teknologi dan kejuruteraan. Syarat kelayakan pemohon ialah 5 kredit di peringkat SPM termasuk Bahasa Inggeris, Matematik dan mana-mana 2 subjek sains atau yang setara. Keterangan lanjut, hubungi Redzuan Zainuddin di talian 03-78801777 atau e-mel redzuan@must.edu.my

Dipetik dari laman The Star Online

Sunday, September 28, 2008

Achieving Malay Unity

People who eat from the same plate will never betray one another - Ethiopian proverb.

Perhaps this is one of the keys to achieve Malay unity. But the general attitude of the Malays toward many persons eating together from the same plate has not been very encouraging. That is why milestones toward achieving Malay unity has not been very encouraging.

Saturday, September 20, 2008

[Modern Labour Movement] Akta Pekerja 1955 Hanya Kayakan Majikan - MTUC

KEPALA BATAS, 4 Sept (Hrkh) - Akta Kerja tahun 1955 merupakan 'akta kuno' yang masih digunapakai di negara ini kononnya untuk melindungi para pekerja tetapi sebenarnya memperkayakan majikan, kata Naib Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Abdul Razak Hamid.

Akta itu katanya, hanya mengandungi faedah minima yang khusus untuk kerja lebih masa, cuti tahun, cuti bersalin dan lain sedangkan untuk mengwujudkan kesatuan bagi faedah sesama pekerja dihalang.

"Akta Kerja tahun 1955 tidak boleh pakai lagi dan patut ditukar dengan akta yang lebih bagus dan bermanafaat pada pekerja. Itu akta penjajah yang dah kuno.Dah tak releven dipakai oleh negara sekarang, " katanya dalam program Wacana Pekerja Industri yang diadakan di Dewan Komplek Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini.

Pihak majikan tidak berpuas hati sekiranya akta pekerja itu diubah atau digubalkan kembali sejajar dengan kehendak semasa demi kebaikan pekerja yang bertungkus lumus melaksanakan tugasan yang diberikan.

Contohnya, bila seorang wanita bersalin ia akan dapat cuti 60 hari. Di tambah lagi jika terdapat cuti umum tetapi majikan melobi agar kerajaan tidak memberikan cuti tambahan berkenaan kononnya merugikan.

Paling menghairankan katanya, Ahli Parlimen yang ada menyokong cadangan majikan industri yang hanya menjagai kepentingan syarikat mereka daripada hak pekerja.

"MTUC kesal bila pekerja mendapat cuti contohnya bersalin mereka akan dapat 60 hari, itu yang termaktub dalam akta tapi majikan industri seluruh negara pergi melobi Ahli Parlimen tertentu supaya jangan bagi cuti tambahan sekiranya ada cuti umum lain semasa seseorang pekerja itu bercuti. Ia merugikan tapi sebenarnya ia hak pekerja kerana ia cuti umum, " katanya yang juga Pengerusi MTUC Pulau Pinang.

Sikap Ahli Parlimen kerajaan itu tambahnya, tidak matang untuk membantu pekerja industri dan mungkin mereka sendiri tidak tahu menahu betapa sukarnya bekerja dalam bidang industri.
Akta kerja hanya melindungi pekerja yang mendapat gaji RM1,500 ke bawah sahaja dan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang mendapat gaji lebih dari itu.

Maka, tidak hairan banyak gologan ini teraniaya bila dibuang kerja termasuk sukar mendapat pampasan.

"Ini dia dinamakan akta 'koboi' majikan hanya pentingkan diri. Nak pergi ke Pejabat Buruh lagi pening bila mereka mengkelaskan golongan ini bukan pekerja ekoran akta yang sengaja mengasingkan pangkat mengikut gaji sedangkan semua yang terlibat dengan industri adalah kaum pekerja," tegasnya.

Jelas Abdul Razak, satu lagi contoh yag paling ketara ialah bila golongan pekerja tiada kesatuan sebagai pelindung mereka akan hilang pedoman dan tempat bergantung bila mereka dibuang kerja.

Akta Perhubungan Perusahaan diwujudkan untuk melindungi mana-mana pekerja yang ada kesatuan manakala kepada pekerja yang tiada kesatuan akan mengigit jari.

"Bila ada Kesatuan Sekerja barulah akta itu boleh membantu. Justeru itu, ramai majikan tidak menggalakkan penubuhan kesatuan kerana ia boleh menjerat majikan seandainya majikan melakukan pembuangan pekerja, " katanya dalam progam anjuran Lajnah Pekerja Industri PAS Pulau Pinang.

Jika berlaku begitu, mangsa pembuangan dikehendaki mengutus surat pada majikan agar mengiktiraf mereka sebagai pekerja baru Akta Perusahaan boleh diguna pakai.
Menurutnya, "mana ada majikan akan memberi jawapan yang memenangkan pekerja yang dibuang."

Wacana Pekerja Industri yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS,Mohamad Sabu itu turut dibarisi ahli panel Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir dan Pengerusi Lajnah Industri PAS Pulau Pinang, Bukhari Ghazali.

Dipetik dari laman Tranungkite

Komen

Akta Kerja 1955 tidak semestinya ditukar. Ia boleh dipinda untuk menyesuaikan dengan trend mengurus sumber manusia di Eropah atau menjaga kebajikan pekerja dengan sewajarnya. Apa yang berlaku ialah pindaan yang dilakukan tidak memadai.

Hak menubuh kesatuan dinafikan untuk beberapa sektor pekerjaan. Namun perkara ini boleh diatasi apabila pengurus-pengurus di Malaysia lebih beretika dan mengamalkan cara mengurus sumber manusia yang betul. Sikap tamak majikan dapat diseimbangkan dengan menjaga kebajikan pekerja dengan sewajarnya. Sikap tamak majikan ini kadangkala dilindungi oleh pemimpin-pemimpin politik dan birokrasi yang berkepentingan atau tidak memahami keadaan semasa. Pengamal-pengamal sumber manusia yang terlalu takut dengan majikan sehingga meninggalkan prinsip memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula peratusan pengurus-pengurus yang mengetahui serta memahami tentang amalan sumber manusia yang betul amat sedikit.

Had RM1,500 memang sudah ketinggalan zaman. Nilai itu hanya wajar pada 40 - 50 tahun yang lalu. Tetapi kini zaman sudah berubah. Kini RM1,500 sudah tidak lagi relevan. Pada masa ini, nilai itu bersamaan dengan RM18,000 - RM22,000. Kini sudah tiba masanya had RM1,500 diubah dan definisi pekerja diluaskan skopnya.

Demikian juga dengan cuti tahunan. Akta Kerja 1955 memperuntukkan cuti tahunan minima 8 hari setahun bagi setiap pekerja yang dilindungi. Di beberapa negara Eropah, cuti tahunan minima ialah seperti berikut:

1. Bulgaria - 20 hari
2. Austria - 5 minggu
3. Denmark - 25 hari
4. Jerman - 4 minggu
5. Belanda - 4 minggu
6. Sweden - 25 hari

Apakah Malaysia akan menjadi negara maju dengan menetapkan cuti tahunan minima yang sedikit? Negara-negara Eropah tetap maju juga walaupun mereka menetapkan cuti tahunan minima yang lebih tinggi. Walaupun orang Malaysia kuat bekerja tetapi negara tidak maju-maju juga.

Membandingkan jam bekerja seminggu juga menarik.

Wednesday, September 17, 2008

Surah Untuk Bisnes Dan Orang Bisnes

1.Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan)
2.Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup
3.Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi
4.Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
5.Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya)
6.Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
7.Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)!Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu didaftarkan) dalam "Sijjiin"
8.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia "Sijjiin" itu
9.Ialah (tempat simpanan) kitab catatan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa)
10.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan
11.Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan
12.Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!
13.(Sehingga) apabila dia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berkata, Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!
14.Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan
15.Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya
16.Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran Neraka

Surah Al Mutaffifin, 1 - 16

Surah ini diturunkan di Madinah. An Nasai dan Ibnu Majah merekodkan daripada Ibnu Abbas bahawa apabila Nabi Muhammad tiba di Madinah, terdapat penduduk Madinah yang menipu dalam urusan bisnes. Mereka mengurangkan sukatan atau timbangan semasa menjual. Apabila membeli, mereka mahu sukatan atau timbangan yang tepat atau lebih. Lalu Allah menurunkan ayat yang bermaksud "kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan)" Selepas itu, keadaan menjadi baik. Orang Madinah mula memperbaiki amalan timbang dan sukat mereka.

Dalam surah Al Rahman ayat 9, Allah berfirman yang bermaksud, "Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang". Allah membinasakan kaum Nabi Syuaib kerana mereka menipu sukatan dan timbangan.

Dalam surah Al Isra' ayat 35, Allah berfirman yang bermaksud, "Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak)". Ibnu Abbas berkata umat Islam diamanahkan dengan dua perkara iaitu timbang dan sukat. Timbang dan sukat menyebabkan umat terdahulu binasa.

Dalam surah Al An'aam ayat 152, Allah berfirman yang bermaksud, "...dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil...". Dalam ayat ini, Allah menyuruh umat Islam supaya berlaku adil semasa memberi atau menerima.

Perkara yang terpenting dalam kehidupan manusia ialah rahmat Allah. Mereka yang berlaku adil dalam timbangan atau sukatan akan mendapat rahmat Allah. Demikian juga dengan kreditor yang sangat bertimbang rasa dan boleh berlebih kurang dengan debtor.

Tuesday, September 16, 2008

Pekerja Tempatan Lebih Diutamakan - Syed Hamid

PUTRAJAYA 4 Sept — Kementerian Dalam Negeri akan memastikan tenaga kerja tempatan diberi keutamaan sebelum meluluskan sebarang permohonan untuk mengambil pekerja asing, kata Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, kementerian itu akan merujuk terlebih dahulu kepada pangkalan data Kementerian Sumber Manusia berhubung sebarang permohonan untuk pengambilan pekerja asing, bagi memastikan sama ada masih wujud tenaga kerja tempatan yang boleh dibekalkan kepada syarikat berkenaan.

"Kita juga akan melihat kepada laporan yang mengatakan bahawa memang tidak ada pekerja tempatan yang terlatih atau jawatan yang diperlukan sebelum kita meluluskan untuk pengambilan pekerja asing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain itu Syed Hamid berkata, kementerian juga akan memastikan permintaan terhadap pekerja asing aadalah mengikut nisbah yang ditetapkan.

"Dalam tiap-tiap sektor kita tetapkan nisbah pekerja asing dan tempatan. Kita akan tengok sama ada permintaan untuk mengambil pekerja asing mengikut nisbah atau tidak, dan kalau nisbahnya betul, barulah kita benarkan," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga akan mengambil tindakan lebih tegas ke atas pekerja asing yang tinggal lebih lama dari tempoh yang sepatutnya iaitu 10 tahun bagi pekerja mahir dan lima tahun bagi pekerja tidak mahir, kecuali bagi pembantu rumah.

Katanya banyak kes seperti itu yang berlaku dan tindakan akan diambil bagi memastikan semua pihak mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Dipetik dari laman Utusan Online

Komen

Honto ka? Betul ke ni pekerja tempatan diutamakan?

Friday, September 5, 2008

Majikan Dapat Potongan Cukai Taja Pekerja Belajar

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan potongan cukai dua kali kepada majikan yang menaja pekerja mereka mengikuti pengajian lepasan ijazah dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi, elektronik dan sains hayat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengecualian cukai pegangan juga akan diberikan kepada pakar bukan pemastautin yang menyediakan perkhidmatan teknikal dalam bidang tersebut.

Badawi dalam ucapan pembentang Bajet 2009 berkata, kerajaan juga mengalu-alukan inisiatif pihak majikan swasta yang mengiktiraf sumbangan pekerja yang cemerlang dan berprestasi tinggi.

Dipetik dari laman Utusan Online

Komen

Kadang-kadang kerajaan terpaksa memberi insentif seperti ini kerana kebanyakan majikan memandang sepi tanggungjawab sosial atau mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Tuesday, September 2, 2008

Developing Talent

TALISMAN Malaysia Ltd (Talisman) is offering scholarships worth a total of RM2mil to students pursuing programmes at local universities.

Under its scholarship programme, which aims to help build talent within the Malaysian oil and gas industry, Talisman will be sponsoring 32 geoscience students and another 32 engineering students over the next five to six years.

The scholarships will be for courses relevant to the oil and gas industry — geology, geophysics, petroleum and chemical engineering — conducted at Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia.

"This scholarship programme reflects the company's long-term commitment to develop and build expertise in the local oil and gas industry," said Talisman Malaysia vice-president Jonathan Wright.

"We believe strongly in integrating corporate responsibility initiatives into our day-to-day operations. This helps us to create value, manage risks and assist our employee recruitment and retention efforts."

The scholarships will help meet the increasing demand for trained and experienced workers in various sectors of the oil and gas industry.

Talisman has awarded scholarships to 17 students this year, covering full tuition fees, a computer, as well as living and book allowances for the duration of the course.

Recipients will also be given priority for industrial training and internship with the company, with the chance to join its new graduates' programme after graduation.

They will also have access to Talisman scholars’ on-campus and office-based support activities.

The lucky recipients are Tan Xin Yun, Woon Kok Sin, Aw Sei Howe, Chong Kok Lin, Au Yau Kwang, Tan Wei Jun, Mohd Rohaizam Azminuddin, Muhammad Mursyid Aman, Lim Ping Keat, Mohammad Danial Mohammad Ritzaudeen, Faiz Adam Syakirin Salleh, Rozanna Abdul Rahim, Mohammad Syahizad Adzidzi, Ahmad Wafi Sahedan, Ahmad Shafiq Ezzat Abdullah, Nur Atirah Mohd Anuar and How Lip Heng.

Also present at the presentation ceremony was Higher Education Deputy Minister Datuk Ir Idris Haron, who presented the scholarship award letters to the recipients.

Taken from The Star Online

Friday, August 22, 2008

Susan Loone Wrote About The Plight Of The Ex-Workers Of The Nikko Factory

Sacked Workers SeekHelp From Anwar And Perak MB

"I promised to blog about this for the sake of the workers. I happened to be there at the right time and the right place.

Representatives of workers from Nikko based in Prai sought the help of Anwar Ibrahim, the Permatang Pauh candidate, today, at one of Keadilan's operations centre in Yayasan Aman, Penanti.

They were accompanied by Malaysian Trade Union Council (Penang branch) representative V. Vijaya.

The workers complaint that about 1,200 workers were given a 24 hours notice to pack up and leave the company on June 30.

Up till today, about 400 of them have not received their compensation money, which totals to about RM7.3 million.

Most of the workers were old timers, who had served the company for 15 years or so. As they were mostly between the ages of 35-40 years, they found it an uphill task to find for new jobs.

Many were middle-aged women and single mothers who lamented that they needed the money soon as they were running out of patience.

"Everything has gone up in price and hari raya is approaching," they cried.

Anwar Ibrahim, who was present at the meeting said that he would look into the plight of the workers. He added that this situation cannot be condoned as it would set a precedent for other companies to follow suit.

He was accompanied by Perak chief minister, PAS' Mohammad Nizar Jamaluddin, who came to throw his support behind Anwar's candidacy. Mohammad Nizar was asked to attend the meeting as many of the workers hail from Perak. He assured them that there were schemes available to help them tie through this difficult times.

He also condemn the action of the company which retrenched the workers at short notice but added that the reason why the former ended up with a situation like this was due to Barisan Nasional’s government recent increase of fuel prices and other essential goods.

He echoed Anwar's concerns that if action were not taken against wrongful dismissals, it would become a habit with companies out to cheat workers.

I felt the workers were indeed very wise to take opportunity of the current campaign period and by-election to voice out their grievances.

Hope they would indeed be paid their rightfulcompensation soon, hopefully before Merdeka or Ramadhan which would most probably begin on September 1."

Taken from Susan Loone's blog

Comments:
We don't need such companies as investors in Malaysia. Those companies only care about making huge profits but never have an inkling to be socially responsible toward the host country. Investors that have a sense of social responsibility toward the host country are beneficial to the workers' well being and their future. The more responsible investors are most welcome to set up their manufacturing facilities in Malaysia.

MBA Scholarship at UIAM, Malaysia

Specialization : General Management, Strategic Management, Finance or Islamic Banking and Finance

Admission requirement for MBA :

1. A good Bachelor’s Degree or an equivalent professional qualification
2. A minimum of 2 years working experience in a management or executive position. Where necessary, potential candidates may be interviewed
3. Proficiency in English language (where necessary candidates may be required to sit for an English language proficiency test)
4. A minimum score of 550 (PBT-TOEFL), 213 (CBT-TOEFL), 6.0 (IELTS) or 6.0 (EPT) is required for international students

Application deadline for November 2008 intake

1. Malaysian student : September 30, 2008
2. International student : September 5, 2008

MBA application form can be downloaded from this link

Name of scholarship : Rector's Fellowship

Details of scholarship :

1. Open to full-time students (Malaysian and International)
2. For international applications, the applicant must be a Muslim
3. Full-waiver of tuition fees
4. Monthly stipend of RM1000.00
5. Book allowance of RM250.00 per semester
6. Return airfare for international students for one trip only
7. On-campus accommodation (for unmarried students only)

Eligibility for scholarship :

1. Outstanding academic track record with minimum CGPA of 3.50 or its equivalent at undergraduate level
2. Proficiency in English language and mathematics
3. Leadership potential and impressive co-curriculum record
4. The applicant has not received any financial assistance from any other sponsoring bodies
5. Preference will be given to those with work experience

Further information about the scholarship and the application form can be obtained from this link

Contact information:

Management Centre,
International Islamic University Malaysia
P.O. Box 10,
50728 Kuala Lumpur,
Malaysia

Telephone :

+603-61964181 / + 603-61964183 / + 603-61964187 / + 603-61964189 / 603-61964190

Fax : +603-61964856

Website : http://www.managementcentre.com.my/

Thursday, August 21, 2008

Is RM120,000 Enough For Life After Retirement?

Deputy Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said RM120,000 is enough for life after retirement. In The Star Online, 22 July 2008, he said that with about RM120,000 in a worker's Employee Provident Fund (EPF) account by the time the person retires or reaches the age of 55, he or she will have about RM500 to spend each month.

Maybe he feels that we are still in the 1960's. Or maybe our country is located somewhere in Central Africa. Or maybe he feels that RM500 is equivalent to 500 Euro. And the petrol price is dropping significantly!

Wednesday, August 6, 2008

Sesetengah Majikan di Malaysia Suka Menganiaya Pekerja?

Sesetengah majikan di Malaysia suka menganiaya pekerja? Utusan online pada 3 Ogos 2008 melaporkan tentang sebuah kilang pembekal kepada syarikat Nike, Inc didakwa menganiaya pekerja. Syarikat Hytex Apparel didakwa memberikan pekerjanya tempat tinggal yang tidak sesuai dan memotong gaji mereka untuk membayar yuran agensi. Sementara itu, pasport mereka juga ditahan.

Pembongkaran kisah syarikat Hytex Apparel ini merupakan tip of the iceberg. Banyak lagi syarikat yang suka menganiaya pekerja namun perbuatan mereka masih belum terbongkar.
Sebagai contoh, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 melarang syarikat daripada memotong gaji pekerja untuk membeli alat pelindung diri (PPE) atau mengenakan bayaran kepada mereka. Namun, ada syarikat yang melakukan perkara itu dengan sewenang-wenangnya.

Perbuatan majikan menganiaya dapat diatasi dengan cara berikut:

1. Syarikat-syarikat melaksanakan standard OSHA seperti OHSAS18001
2. Memperkemaskan undang-undang berkaitan pekerja
3. Mengetatkan perlaksanaan undang-undang berkaitan pekerja
4. Mencukupkan bilangan staf yang kompeten untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan pekerja
5. Memperkemaskan kurikulum mengenai sumber manusia di IPT
6. Mendidik pekerja mengenai hak-hak mereka menurut undang-undang
7. Mendidik majikan mengenai tanggungjawab-tanggungjawab mereka menurut undang-undang
8. Mengadakan saluran yang telus supaya pekerja dapat membuat aduan tanpa rasa takut kerjaya mereka terjejas
9. Mempastikan penjawat-penjawat awam yang berkaitan dengan hal ehwal pekerja tidak mengambil rasuah atau mudah dipengaruhi oleh syarikat
10.Menyediakan golongan pengamal sumber manusia yang berwibawa dan mempunyai tahap kesedaran sosial yang tinggi
11.Syarikat-syarikat prihatin terhadap perlunya mempunyai tanggungjawab sosial
12.Pelanggan-pelanggan seperti Nike, Inc. menggesa syarikat pembekal mematuhi undang-undang dan mempunyai etika yang tinggi dan sebagainya.
13.Menubuhkan unit forensik di jabatan-jabatan yang berkaitan dengan pekerja
14.Menubuhkan sistem indeks untuk memantau prestasi syarikat dalam mengurus pekerja dengan cara yang sejajar dengan undang-undang dan penuh etika
15.Menubuhkan NGO untuk menangani masalah pekerja
16.Menggesa kesatuan sekerja supaya lebih prihatin terhadap isu-isu yang sebenarnya berlaku di kalangan pekerja dan lain-lain lagi.

Di negara ini terdapat empat golongan majikan:

1. Majikan yang mematuhi undang-undang dan beretika. Majikan seperti ini sukar dicari.
2. Majikan yang mematuhi undang-undang tetapi tidak beretika. Contohnya, majikan membayar gaji tepat pada masanya tetapi rawatan perubatan percuma yang diberikan kepada pekerja berkualiti rendah.
3. Majikan yang tidak mematuhi undang-undang tetapi beretika. Contohnya, majikan seringkali lambat membayar gaji tetapi memberitahu dengan jujur tentang tahap kewangan syarikat serta memaklumkan dengan lebih awal kepada pekerja apabila syarikat ingin melaksanakan skim memberhentikan pekerja secara sukarela (VSS). Syarikat juga menyediakan program-program latihan yang sesuai serta member nilai tambah kepada pekerja yang ingin menyertai program memberhentikan pekerja secara sukarela (VSS).
4. Majikan yang tidak mematuhi undang-undang dan tidak beretika. Contohnya, syarikat memotong gaji pekerja untuk membeli alat pelindung diri (PPE) atau mengenakan bayaran kepada mereka untuk perkara itu.

Tuesday, August 5, 2008

Pekerja Dianiaya Majikan: Kemanakah Kesatuan Sekerja?

Entah berapa lama syarikat Hytex Apparel sudah menganiaya pekerja. Syarikat itu sudah menjadi pembekal kepada Nike, Inc. selama 14 tahun. Pegawai-pegawai Nike, Inc. mendapati bahawa Syarikat Hytex Apparel memberi tempat tinggal yang tidak sesuai kepada pekerja dan memotong gaji mereka untuk dibayar kepada agensi. Kisah ini didedahkan oleh Utusan online pada 3 Ogos 2008.
Dalam kemelut ini, pihak kesatuan sekerja kelihatan mendiamkan diri. Peranan pihak kesatuan sekerja apabila syarikat-syarikat menutup operasi atau memberhentikan pekerja sangat mengecewakan. Pihak kesatuan sekerja tidak dapat memberikan alternatif untuk meredakan masalah yang sedang dihadapi pekerja. Kalau begitu, adakah isu pekerja bukan lagi menjadi agenda utama pihak kesatuan sekerja?

Monday, August 4, 2008

Syarahan Malim di UPSI

Dato' Prof. Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid menyampaikan syarahannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim dalam siri Syarahan Malim UPSI pada Rabu 30 Julai 2008. Dato' Prof. Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid melontarkan satu idea yang bernas dalam syarahannya itu. Dia menyarankan supaya 10% - 20% daripada guru-guru besar dan pengetua-pengetua sekolah menengah terdiri daripada golongan profesional dari sektor swasta.

Saranan ini dikeluarkan tepat pada masanya. Ini kerana sektor pendidikan negara masih menanti input-input baru untuk melonjakkannya supaya setaraf dengan negara-negara maju. Pengalaman kerja mereka boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, mereka juga boleh berperanan sebagai pendorong untuk pelajar-pelajar memilih bidang kerjaya yang sesuai dengan bakat dan cita-cita. Input-input mereka dalam kelas, perhimpunan dan mesyuarat dapat mengkayakan minda pelajar-pelajar serta guru-guru lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar tidak lagi menjawab solan kefahaman berdasarkan teks yang membincangkan tentang suasana di kebun durian Pak Long Ahmad. Tetapi mengenai sejarah perkembangan Pelabuhan Kelang dan sumbangannya kepada ekonomi negara. Atau mengenai planter-planter berbangsa Perancis di Malaysia semenjak tahun 1900.

Bekas-bekas jurutera R&D, pegawai pemasaran, pakar sumber manusia, akauntan, pegawai bank dan sebagainya mempunyai input-input yang berguna kepada minda pelajar-pelajar serta guru-guru lain. Mereka dapat mengaitkan apa yang diajar dalam kelas dengan pengalaman mereka di sektor swasta. Sebagai contoh, bekas jurutera R&D dari kilang sabun sudah tentulah dapat menerangkan tentang proses menghasilkan sabun dalam kelas kimia. Dia juga dapat mengaitkan dengan perekonomian dalam menghasilkan sabun. Jadi, pelajar-pelajar bukan hanya menerima teori semata-mata tetapi juga bagaimana melakukan sesuatu secara praktikal. Skil ini boleh diaplikasikan kepada produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan lain apabila pelajar-pelajar itu berminat dengan bisnes atau keusahawanan. Pengalamannya dalam research juga dapat membantu pelajar-pelajar yang ingin menceburkan diri dalam bidang research.

Saturday, July 26, 2008

Beza Malaysia Dengan Kanada

Ketika saya berada di Kanada pada 2006, saya mendapati seorang pegawai tenteranya yang berpangkat Kapten memperolehi jumlah pendapatan tahunan sebanyak CD70,000. Ini bermakna pendapatan bulanannya lebih kurang CD5,800.

Dengan gaji bulanan sebanyak itu mereka boleh membeli sebuah kereta baru dengan kapasiti enjin 1.5 cc ke atas pada harga kurang CD25,000. Dengan gaji sebanyak itu juga mereka dapat membeli komputer riba (laptop) berjenama seperti Dell dengan harga kurang lebih CD800.

Di Malaysia dengan gaji RM3,000 saya hanya dapat membeli kereta dengan cc besar pada harga RM50,000 ke atas. Juga saya dapat membeli laptop dengan harga lebih kurang RM2,500 bagi jenama Dell. Sepatutnya di negara ini, untuk membeli kereta berharga RM50,000 - gaji yang selesa yang patut saya dapat adalah RM10,000 sebulan! Barulah rationya sama seperti di Kanada.

Kanada memang besar tetapi mempunyai jumlah penduduk lebih kurang Malaysia. Jika dibandingkan hasil buminya, Malaysia lagi bertuah kerana mempunyai kelapa sawit, getah, minyak dan sebagainya. Kanada tidak bernasib baik kerana mempunyai cuaca empat musim. Walau bagaimanapun mereka ada minyak di Wilayah Alberta. Jika membeli barang di sana kita dikenakan cukai seperti GST dan PST (jika tidak silap).

Bagaimanapun masih murah juga. Di Alberta hanya di kenakan GST sahaja kerana Wilayah mereka mempunyai minyak. Jadi rakyat Canada memang beruntung sebab kerajaannya ditadbir dengan baik. Rakyatnya hidup selesa kerana tak perlu fikir nak buat dua kerja semata-mata nak pakai kereta mewah dan memperolehi sesuatu yang mereka kehendaki.

Di Malaysia kerajaan nak rakyatnya buat kerja lebih untuk membeli kereta mewah dan barang-barang lain. Hakikatnya kenapa tak boleh kita mencontohi Kanada. Yang baik ikut sajalah dan yang tidak baik diketepikan. Ini tidak, mentadbir negara seperti tidak ada panduan. Ikut suka hati pemimpin sendiri.

Semasa bersekolah, saya ingat Malaysialah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai budi bahasa dan sopan santun yang tinggi. Tanggapan ini didorong oleh propaganda media khususnya TV dan akhbar. Rupa-rupanya di Eropah, orangnya lebih berbudi bahasa dan bersopan santun.

Contohnya di Malaysia, penumpang bas awam akan turun tanpa ucapan terima kasih pada pemandu. Sebabnya penumpang dah bayar, buat apa nak ucap terima kasih kepada pemandu. Tetapi di Eropah, walaupun penumpang membayar tetapi ketika turun diucapkan terima kasih kepada pemandu. Bukankah itu berbudi bahasa namanya?

Oleh Mohamad Nazir
Dipetik dari laman Harakahdaily

Biasiswa Master/PhD Kerajaan Mexico

Keutamaan diberikan kepada mereka yang

1. mahu memberi fokus pengajian kepada pembangunan di negara asal
2. akan bekerja dalam bidang yang penting untuk pembangunan di negara asal
3. mengikuti bidang pengajian dari institusi yang tersenarai
4. mengikuti bidang yang tidak ditawarkan di negara asal
5. merupakan pensyarah atau penyelidik di negara asal
6. datang dari sektor awam yang bertanggungjawab terhadap bidang-bidang yang penting terhadap negara asal
7. bekerja dalam projek-projek pembangunan ekonomi, sosial dan manusia yang memberi tumpuan terhadap golongan ang terpinggir

Syarat-syarat asas

1. menghantar borang ke kedutaan Mexico sebelum tarikh tutup permohonan
2. mempunyai sokongan daripada kerajaan negara asal pemohon
3. mempunyai CGPA 3.2 ke atas
4. mempunyai ijazah bacelor (untuk memohon program master) atau ijazah master (untuk memohon program PhD)
5. memenuhi kelayakan yang ditetapkan
6. diterima masuk oleh institusi berkaitan
7. pulang ke negara asal selepas tamat pengajian dan berada di negara asal sekurang-kurangnya 2 tahun (untuk program master) atau tiga tahun (untuk program PhD)

Tarikh tutup memohon ialah pada 7 Ogos 2008. Pemohon mestilah mempunyai surat tawaran dari institusi-institusi Mexico yang berkaitan sebelum dipertimbangkan. Borang permohonan hendaklah dihantar ke kedutaan Mexico sebelum tarikh tutup permohonan.

Butir-butir biasiswa

1. meliputi yuran enrolmen dan yuran pengajian
2. elaun bulanan sebanyak 6310.80 Peso untuk program master dan 7888.50 untuk program PhD
3. insurans kesihatan bermula dari bulan ketiga setelah biasiswa berkuatkuasa
4. tambang dari Mexico City ke tempat pengajian
5. tambang penerbangan dari negara asal tertakluk kepada negara-negara yang tersenarai sahaja

Institusi-institusi yang terlibat

1. Autonomous University of Puebla
2. Mexico College
3. Michoacan College
4. Northern Border College
5. Southern Border College
6. Mexico State College
7. National Polytechnic Institute
8. Technological Institute of Celaya
9. Technological Institute of Ciudad Madero
10. Technological Institute of Chihuahua
11. Technological Institute of Durango
12. Technological Institute of La Laguna
13. Technological Institute of Morelia
14. Technological Institute of Orizaba
15. Technological Institute of Saltillo
16. Technological Institute of Tepic
17. Technological Institute of Tijuana
18. Technological Institute of Toluca
19. Technological Institute of Tuxtepec
20. Technological Institute of Veracruz
21. Monterrey Institute of Technological and Higher Studies
22. Western Institute of Technology and Higher Education
23. Kementerian Kesihatan Mexico
24. Antonio Narro Autonomous Agrarian University
25. Autonomous University of Aguascalientes
26. Autonomous University of Baja California
27. Autonomous University Chapingo
28. Autonomous University of Chihuahua
29. Autonomous University of Nuevi Leon
30. Autonomous University of Queretaro
31. Autonomous University of San Luis Potosi
32. Autonomous University of Tlaxcala
33. Autonomous University of Yucatan
34. Autonomous University of Zacatecas
35. Autonomous University of Hidalgo State
36. Autonomous University of Mexico State
37. Autonomous University of the State of Morelos
38. Metropolitan Autonomous University
39. University of Colima
40. University of Gauadalajara
41. University of Guanajuato
42. University of Quintana Roo
43. Sea University
44. University of the Americas, Puebla
45. Ibero-American University
46. San Nicolas de Hidalgo University of Michoacan
47. National Autonomous University of Mexico
48. University of Veracruz

Keterangan lanjut, alamat emel dan borang pemohonan boleh didapati di laman ini

Thursday, July 24, 2008

Masalah Hilang Pendengaran Akibat Kebisingan Tempat Kerja Membimbangkan

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata bahawa masalah pendengaran yang serius di kalangan rakyat Malaysia rata-rata disebabkan oleh kebisingan di tempat kerja. 424,000 penduduk Malaysia mempunyai masalah pendengaran akibat kebisingan di tempat kerja. Masalah ini berlaku apabila pekerja terdedah terlalu lama terhadap bunyi bising daripada peralatan seperti mesin dan jentera. Data ini diperolehi dari kajian yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Umum. Graf mereka yang mengalami masalah pendengaran meningkat setiap tahun. Keadaan ini amat membimbangkan. Saraf telinga yang rosak akibat kebisingan akan menjadi kecacatan kekal. Masalah ini tidak boleh diperbaiki. Datuk Liow Tiong Lai menyeru supaya masalah ini ditangani segera secara serius. Masalah ini berlaku kerana pekerja dan majikan tidak sedar tentang pentingnya alat pelindung pendengaran.

Sebenarnya, cara terbaik untuk mengurangkan kebisingan di tempat kerja ialah melalui kawalan secara kejuruteraan. Namun, cara ini jarang dilakukan kerana belanjanya mahal. Sukar ditemui syarikat yang betul-betul jujur mengeluarkan duit untuk mengurangkan kebisingan di tempat kerja. Bagi mereka, untung lebih penting dari mengeluarkan duit untuk menjaga telinga pekerja. Syarikat-syarikat juga nampaknya tidak berminat untuk menukar mesin dan jentera yang mengeluarkan bunyi bising kepada mesin dan jentera yang lebih senyap.

Sikap pekerja dan majikan terhadap alat pelindung pendengaran juga menyedihkan.

Namun keadaan ini masih boleh diperbaiki. Jumlah denda yang boleh dikenakan terhadap majikan atau pekerja berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 masih rendah. Meningkatkan jumlah denda kepada RM1 juta - RM2 juta bagi setiap kesalahan boleh menggusarkan mereka yang tidak berminat untuk mengatasi masalah pendengaran rosak akibat terdedah terlalu lama terhadap bunyi bising daripada peralatan seperti mesin dan jentera. Satu kesalahan dikira bukan dari satu kilang yang didakwa melanggar akta tetapi ia dikira berdasarkan berapa ramai pekerja yang mengalami masalah pendengaran atau tidak memakai alat pelindung pendengaran.

Penguatkuasaan akta juga berada ditahap minima. Pekerja takut membuat laporan kepada pihak kerajaan tentang perlanggaran terhadap akta ini kerana bimbangkan kerjaya terjejas atau tidak tahu bagaimana caranya hendak membuat laporan dengan betul. Pekerja juga bimbang pihak yang menerima laporan mereka bersubahat dengan majikan atau sudah dirasuah oleh majikan sendiri.

Kita juga tidak mempunyai jumlah pegawai penguatkuasa yang mencukupi untuk melaksanakan akta itu. Pegawai-pegawai yang ada juga tidak berapa cekap untuk menjalankan tugas mereka secara efektif. Terdapat berpuluh-puluh ribu graduan yang menganggur, namun kita masih mengatakan masalah pekerja terdedah terlalu lama terhadap bunyi bising daripada peralatan seperti mesin dan jentera ialah masalah yang kronik.

Penglibatan pihak kesatuan sekerja juga amat dialu-alukan. Setakat ini pihak kesatuan sekerja di Malaysia kelihatan tidak begitu berminat dengan isu pekerja terdedah terlalu lama terhadap bunyi bising daripada peralatan seperti mesin dan jentera. Pihak kesatuan sekerja lebih mengutamakan gaji dan bonus tahunan. Agaknya skop perjuangan pihak kesatuan sekerja hanya terbatas kepada gaji dan bonus tahunan. Telinga kurang pendengaran sedikit tidak mengapa asalkan majikan menambah gaji dan bonus tahunan walaupun jumlahnya tidak seberapa.

Wednesday, July 23, 2008

Jadikan Membaca Jurnal Suatu Kebiasaan

Salah satu hobi lelaki pengasas Microsoft, Bill Gates adalah membaca jurnal. Ini kerana jurnal menghidangkan perkembangan terkini penyelidikan dalam bidang tertentu tidak kira undang-undang, sains sosial, kejuruteraan, perkomputeran, perniagaan, biologi, fizik dan lain-lain.

Apakah itu jurnal? Jurnal adalah suatu himpunan artikel penyelidikan akademik yang diterbitkan secara berkala menurut bidang tertentu atau gabungan beberapa bidang. Ia berbeza dengan majalah yang menerbitkan artikel yang bersifat popular.

Artikel jurnal lebih menekankan dasar penyelidikan, metodologi serta hasil penemuannya. Bahan-bahan penyelidikan itu dipersembahkan dengan terperinci. Adakalanya dibantu oleh graf, carta, peta dan sebagainya.

Sebelum zaman Internet, jurnal sukar diperolehi secara langsung di kedai-kedai biasa melainkan di kedai buku universiti ataupun pusat penyelidikan yang menerbitkannya. Ia bukan sahaja mahal tetapi mempunyai khalayak yang tertumpu kepada segelintir ilmuwan dalam bidangnya sahaja.

Biasanya jurnal akan dilanggani oleh perpustakaan dan sarjana yang berminat secara perseorangan. Para pelajar akan memperoleh manfaat daripada jurnal apabila mengunjungi perpustakaan.

Setelah Internet menerobos alam pendidikan dengan lebih meluas, versi jurnal akademik dalam talian mula mengambil tempat.

Biasanya jurnal-jurnal ini dilanggan berdasarkan rumah penerbitan akademik tertentu seperti ScienceDirect atau Elsevier yang telah berkecimpung dalam penerbitan jurnal bercetak sebelum meluasnya penggunaan Internet. Walau bagaimanapun, kosnya masih sangat mahal dan tidak mampu dibiayai kebanyakan pelajar secara persendirian.

Sayangnya, menurut kajian tertentu di Universiti Malaya, hanya sebilangan kecil pelajar sarjana muda sahaja memanfaatkan jurnal sebagai salah satu bahan rujukan penting dalam kajian masing-masing. Manakala yang lebih kerap menggunakannya adalah pelajar sarjana.

Ini kerana jurnal akademik dianggap terlalu berat intinya dan ramai pelajar lebih suka menggunakan maklumat yang lebih ringkas dan mudah untuk difahami.

Ini adalah satu kerugian besar, apatah lagi dengan kemunculan kira-kira 3,500 jurnal akademik berwibawa yang telah menyediakan penerbitan secara percuma dalam talian, bernaung di bawah projek Directory of Open Access Journals (DOAJ).

Dengan capaian terbuka yang disediakan oleh jurnal-jurnal akademik tersebut, mereka yang bukan terdiri daripada kalangan akademik dan pelajar universiti pun dapat turut sama membaca hasil kajian bermutu dan terkini yang biasanya cuma disediakan oleh perpustakaan akademik.

Bagi pelajar sarjana muda, bolehlah mula menjinakkan diri dengan jurnal akademik supaya dapat meningkatkan daya fikir dan menghasilkan kertas kerja atau tesis yang cemerlang.

Bahan yang terhad kepada apa yang mampu dibawakan oleh enjin carian Google mahupun Google Scholar sahaja tanpa usaha mencari bahan khusus dan menjurus, ditakuti akan memberikan hasil yang sederhana atau biasa-biasa.

Bagi orang awam pula, keberadaan jurnal ini dalam talian akan memudahkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menelitinya.

Manfaatnya boleh dikongsi hatta oleh para usahawan yang mencari idea perusahaan baru di pinggiran ilmu paling mutakhir, ataupun penulis yang mahukan idea segar dan terkehadapan untuk ditukangi menjadi karya.

Mungkin akan lahir dalam kalangan kita mereka yang setara Bill Gates, fikirannya berada nun jauh di hadapan sana, hasil membaca bahan-bahan penyelidikan mutakhir.

Dipetik dari blog bukuria

Sunday, July 13, 2008

Biasiswa Master/PhD di University of Tasmania

Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS) dianugerahkan kepada pelajar antarabangsa berdasarkan merit dan potensi untuk menjalankan penyelidikan. Biasiswa ini merangkumi

1. Yuran pengajian
2. Perlindungan kesihatan untuk pelajar
3. Elaun sara hidup bulanan dan sebagainya

Biasiswa ini untuk pengajian sepenuh masa sahaja. Tempoh biasiswa ini ialah selama dua tahun untuk peringkat master dan 3 tahun untuk peringkat PhD.

Syarat kelayakan

1. Bukan rakyat Australia atau New Zealand
2. Memenuhi syarat-syarat masuk untuk program master atau PhD ke University of Tasmania
3. Mengemukakan bukti kompetensi bahasa Inggeris
4. Memulakan pengajian dalam tahun 2009
5. Menunjukkan rekod pencapaian akademik yang cemerlang

Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos 2008

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini

Untuk menghubungi perkhidmatan antarabangsa University of Tasmania

Telefon: +61 3 6226 2706
Faks: +61 3 6226 7862

Wednesday, July 9, 2008

Mengapa IPT Menjadi Korban Politik Dan Ekonomi?

Laman Harakahdaily pada 7 Julai 2008 menyiarkan tentang ucapan Taib Azamuddin, ahli parlimen PAS dari Baling dalam sesi perbahasan kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia kesembilan(RMK9). Dia berkata bahawa sesetengah golongan seolah-olah menjadikan IPT sebagai mangsa politik dan ekonomi mereka. Para sarjana dan cendikiawan negara menganggap IPT di negara ini sudah tidak mampu mengeluarkan golongan yang berfikiran kritis dan inovatif. Peranan IPT menjadi semakin sukar untuk diperbaiki. Dia berkata bahawa mahasiswa menanggung beban sehingga sudah selesai menamatkan pengajian. Beban ini mengganggu-gugat usaha mengembangkan daya intelek mahasiswa, selain dari rohani dan jasmani mereka. Adalah lebih malang lagi apabila pihak-pihak tertentu dilihat seolah-olah mahu menjadikan mahasiswa sebagai tempat untuk mendapat untung semata-mata. Dia menegaskan bahawa tugas IPT ialah sebagai pendokong visi dan misi pendidikan negara. Tetapi apa yang berlaku ialah IPT sangat bermotifkan untung sambil diresapi oleh anasir-anasir politik.

UM sudah terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dunia berdasarkan senarai Times Higher Education Supplement (THES). Dalam senarai tahun 2007, ia berada pada tangga ke 246. IPT-IPT lain seperti UiTM, UMS dan UPSI tidan pernahpun memasuki senarai 500 universiti terbaik dunia.

Kita masih ternanti-nanti apakah IPT-IPT Malaysia dapat memperbaiki kedudukan mereka dalam senarai tahun 2008 dan seterusnya. Namun, usaha yang gigih secara berterusan amat penting supaya lebih banyak IPT-IPT Malaysia dapat memasuki senarai 200 universiti terbaik dunia, lebih-lebih lagi dalam senarai 50 universiti terbaik dunia. Dalam masa terdekat ini, sekurang-kurangnya ada sebuah IPT yang tersenarai di antara 25 universiti terbaik dunia. Manakala, 2 atau 3 IPT lagi ialah di antara 100 universiti terbaik dunia.

Laman Utusan Online pada 3 Februari 2008 memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan supaya Universiti Malaya (UM) menjadi di antara universiti terbilang dunia. Dia mencadangkan 3 langkah iaitu meningkatkan lagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai bidang, menambah pelajar asing dan meningkatkan peratus tenaga pengajar asing. Dia menyerahkan kepada kebijaksanaan pengurusan Universiti Malaya (UM) apabila ingin melakukan langkah-langkah itu.

Namun, apakah pengurusan IPT yang diresapi oleh anasir-anasir politik dapat menarik pelajar dan pensyarah asing serta meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai bidang? Pengurusan IPT yang tidak bebas dari anasir-anasir politik sukar untuk menjadi kreatif dan inovatif.
Dr Azly Rahman pernah menulis mengenai cara-cara untuk memperbaiki IPTA dalam blognya. Artikel itu bertajuk Recontructing Our Public Universities dan sebagainya.

Monday, July 7, 2008

Biasiswa Master/PhD di Flinders University

Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS) dianugerahkan kepada pelajar antarabangsa berdasarkan merit dan potensi untuk menjalankan penyelidikan.

Biasiswa ini merangkumi

1. Yuran pengajian
2. Perlindungan kesihatan untuk pelajar dan tanggungan
3. Pengecualian yuran untuk memohon visa bagi pelajar dan tanggungan
4. Elaun sara hidup Flinders University bagi pelajar cemerlang sebanyak AUD20,007 (kadar tahun 2008) yang dikecualikan dari cukai. Flinders University mempunyai hak untuk tidak memberi elaun ini.
5. Elaun anak (atau anak-anak) dibawah tanggungan yang berusia 18 tahun ke bawah
6. Elaun perpindahan sebanyak AUD1445 (resit diperlukan)

Biasiswa ini untuk pengajian sepenuh masa sahaja. Tempoh biasiswa ini ialah selama dua tahun untuk peringkat master dan 3 tahun untuk peringkat PhD.

Syarat kelayakan

1. Bukan rakyat Australia atau New Zealand
2. Memenuhi syarat-syarat masuk untuk program master atau PhD ke Flinders University
3. Mengemukakan bukti kompetensi bahasa Inggeris
4. Tidak memegang ijazah PhD melalui penyelidikan. Tidak memegang ijazah master melalui penyelidikan jika memohon untuk program master.
5. Tidak memegang biasiswa Australian Agency for International Development (AusAID) dalam tempoh dua tahun sebelum bermulanya biasiswa Endeavour International Postgraduate Research Scholarships (EIPRS).
6. Belum memulakan pengajian di peringkat PhD melalui penyelidikan sebelum 1 Januari 2009.

Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos 2008

Untuk keterangan lanjut, rujuk laman ini

Thursday, July 3, 2008

Kesan Kenaikan Harga Minyak ke Atas Motivasi Pekerja (XXV)

CUEPACS Tuntut COLA RM500

KUALA LUMPUR 28 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (cuepacs) menuntut kerajaan menaikkan kadar elaun kos sara hidup (Cola) kepada RM500 sebulan untuk semua kakitangan awam tanpa mengira kawasan.

Presiden cuepacs, Omar Osman berkata, langkah itu perlu memandangkan semua kakitangan awam ketika ini terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.

"Saya sedih melihat hidup kakitangan kita yang semakin terhimpit berikutan kenaikan harga minyak. Apabila minyak naik semua barang naik dan ini memberi kesan kepada kehidupan ahli-ahli kita."

"Walaupun kerajaan telah menaikkan gaji 10 bulan lalu ia tidak cukup kerana kenaikan minyak kali ini terlalu tinggi. CUEPACS meminta kerajaan menerima tuntutan ini (Cola RM500) bagi meringankan beban anggota sektor awam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kongres CUEPACS di Ibu Pejabat CUEPACS di sini hari ini.

Tuntutan Cola RM500 untuk semua kakitangan merupakan salah satu daripada enam perkara yang diputuskan di dalam mesyuarat tersebut.

Omar memberitahu, pada masa ini semua kakitangan kerajaan menikmati imbuhan Cola antara RM100 hingga RM300 iaitu bergantung kepada lokasi bekerja.

Katanya, dalam mesyuarat itu, CUEPACS juga sebulat suara menolak pelaksanaan pembayaran gaji dua kali sebulan seperti cadangan Kabinet sebelum ini.

Beliau berkata, meskipun cadangan itu dianggap baik tetapi pada hakikatnya ia tidak banyak membantu kakitangan kerajaan untuk mengurus perbelanjaan mereka.

"Katakanlah seorang kakitangan menerima gaji sebanyak RM1,100 sebulan dan selepas ditolak itu dan ini, yang tinggal hanya RM500 atau RM450," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, CUEPACS bersetuju jika kerajaan memberi gaji dua minggu sekali.

"Jika sistem ini kami setuju kerana pada akhirnya iaitu secara keseluruhannya jumlah bulan yang dibayar adalah sebanyak 13 bulan dan bukan 12 bulan," tambahnya.

Oleh Saifulizam Mohamad
Dipetik dari laman Utusan Online, 29 Jun 2008

Walaupun harga petrol berada di sekitar RM7.15 seliter di Jerman, namun jurutera tanpa pengalaman kerja dibayar sekitar RM14,000 sebulan.Menetapkan gaji minima RM900 atau RM1500 tidak mencukupi. Gaji minima di sekitar RM4500 lebih sesuai untuk suasana bisnes di Malaysia.

Jerman dan lain-lain negara boleh tetapi Malaysia tidak boleh?

Wednesday, July 2, 2008

Majikan Dijangka Kurangkan Pekerja Baru

KEPALA BATAS 28 Jun - Krisis kenaikan harga minyak dijangka menyebabkan banyak syarikat terutama sektor industri akan menghentikan pengambilan pekerja baru bagi mengurangkan kos operasi.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berkata, ekoran itu, para majikan hanya akan memilih calon yang benar-benar berkaliber bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka.

"Kenaikan harga minyak menyebabkan kos operasi semakin meningkat dan bagi memastikan mereka terus beroperasi serta mendapat keuntungan, majikan akan berhati-hati dalam mengurus sumber."

"Bagi tujuan ini, langkah yang diambil pastinya dengan mengurangkan pengambilan pekerja baru," katanya dalam ucapan perasmian Karnival Pekerjaan dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia peringkat negeri di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Tenaga Kerja Malaysia, Sheikh Yahya Sheikh Mohamed.

Sementara itu, Sheikh Yahya menggesa golongan penganggur atau pencari kerja termasuk siswazah disaran melayari laman web www.elx.gov.my bagi merebut lebih 40,000 peluang pekerjaan pelbagai sektor yang sedang diiklankan di laman itu.

Menurut beliau, jumlah itu turut merangkumi 7,000 kekosongan pegawai kanan pengurusan syarikat dan hampir 4,000 jawatan profesional.

Kata beliau, peluang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pencari kerja memandangkan banyak syarikat dijangka mula menghentikan pengambilan pekerja baru bagi mengurangkan kos operasi ekoran kenaikan harga bahan api, baru-baru ini.

Tambah beliau, walaupun laman web itu semakin popular dengan purata kunjungan 13,000 pelawat sehari, namun ramai pencari kerja hanya membuat pendaftaran tanpa membuat semakan harian sebaliknya menunggu dipanggil majikan.

"Sepatutnya mereka buat semakan setiap hari dan melihat sama ada kerja yang ditawarkan padan dengan pengalaman atau kelulusan akademik, selepas itu bolehlah mereka berurusan untuk menghadiri temuduga dan sebagainya," jelasnya.

Beliau menambah, pencari kerja atau majikan yang berjaya dinasihatkan supaya membuat laporan bagi membolehkan pihak kementerian mengemas kini rekod dan memantau situasi penggajian dalam negara.

Sementara itu, Sheikh Yahya memberitahu, sebanyak 6,000 pekerja dalam pelbagai sektor telah diberhentikan oleh majikan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, pemberhentian pekerja tersebut bukan akibat kenaikan harga bahan api, sebaliknya oleh sebab-sebab teknikal termasuk penutupan operasi syarikat terbabit.

Dipetik dari laman Utusan Online, 29 Jun 2008

Cadang Kerajaan Beli Syarikat Konsesi Tol

SHAH ALAM 28 Jun - MCA Selangor mencadangkan kerajaan mengambil alih 19 buah syarikat konsesi lebuh raya yang beroperasi di Lembah Klang dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat ekoran kenaikan harga minyak.

Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Selangor, Datuk Tang See Hang berkata, langkah itu bukan sesuatu yang mustahil kerana kerajaan mempunyai kemampuan hasil keuntungan Petronas dan pengurangan subsidi minyak.

Malah katanya, kerajaan juga memegang ekuiti sebanyak 74 peratus dalam Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menerusi Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Oleh yang demikian, kerajaan hanya perlu membeli sebanyak 1.3 bilion saham yang bernilai RM3.67 bilion untuk memiliki sepenuhnya PLUS.

"Dengan cara ini, kerajaan boleh memansuhkan atau mengurangkan bayaran tol dan sekaligus mengurangkan beban rakyat.

"Kita berharap kerajaan mengambil langkah perlu untuk melaksanakan cadangan ini secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan MCA Selangor di sini hari ini.

Tambah See Hang, MCA akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed untuk membincangkan cadangan itu termasuk menyerahkan memorandum tersebut pada 7 Julai ini.

Ini kerana katanya, Selangor merupakan negeri paling banyak mempunyai tol dengan 15 syarikat termasuk empat lebuh raya yang sedang dalam pembinaan.

Dalam pada itu, See Hang turut meminta kerajaan membuat pengumuman terbuka termasuk terma dan syarat yang dibuat dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuh raya.

Katanya, pengumuman berkenaan membolehkan rakyat mengetahui dengan lebih jelas perjanjian yang dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang keraguan rakyat kepada kerajaan.

"Dakwaan yang mengatakan terdapat fail-fail sulit mengenai perjanjian lebuh raya yang tidak boleh didedahkan, kini didapati sudah tidak lagi dapat diterima oleh rakyat.

"Oleh itu, kerajaan juga perlu memperjelaskan kepada rakyat mengenai perkara tersebut selain mengkaji dan mempertimbangkan semula perjanjian lebuh raya sekiranya terdapat terma dan syarat yang tidak menguntungkan rakyat," ujarnya.

Oleh Abdul Yazid Alias
Dipetik dari laman Utusan Online, 29 Jun 2008

Komen

Sebuah cerita lama yang diberi nafas baru. Namun usaha ini wajar diteruskan.

Pertumbuhan Sektor Pembuatan Mungkin Perlahan

KUALA LUMPUR 27 Jun - Prestasi sektor pembuatan akan menjadi lebih perlahan jia ia tidak dapat diselaraskan dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini, demikian menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, FMM berkata, maklum balas yang diterima dari sektor tertentu industri itu menunjukkan kenaikan harga tenaga, dari minimum 15 peratus sehingga setinggi 130 peratus, akan memberi kesan buruk yang bakal menghakis margin dan malah sehingga mencatatkan kerugian.

"Dengan ini, wujud keperluan segera untuk mempercepatkan program mengenai kecekapan penggunaan sumber tenaga, yang termasuk kajian mengenai harga dan skim subsidi. Yang turut diperlukan ialah dasar baru tenaga dan strategi oleh kerajaan," katanya.

FMM berkata, penjelasan dari kerajaan berguna dalam memahami kekurangan unjuran dalam prestasi pembuatan di segi keluaran dan eksport.

Prestasi asal pembuatan di segi pengeluaran dan eksport dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) masing-masing telah disemak semula kepada 4.1 peratus dan 8.1 peratus daripada 6.7 peratus dan 9.3 peratus sebelum itu.

Mengenai semakan semula RMK-9, FMM berkata, ia menggalakkan dan meyakinkan sektor perniagaan untuk memahami bahawa ekonomi negara ini masih berada pada landasan untuk berkembang.

FMM telah melahirkan kepuasan dengan jaminan tambahan dari Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan akan terus mengekalkan dan menambah baik paras semasa ketelusan dan perjanjian pemegangan saham sektor awam.

"Isu ekonomi dan cabaran boleh ditangani bagi memastikan keefisienan yang lebih meluas dalam penggunaan sumber yang dapat mendorong kepada nilai wang lebih baik dalam pelaburan perniagaan dan perdagangan.

"Ini sebaliknya akan mendorong kepada taraf kehidupan yang lebih baik bagi rakyat," katanya.

Secara keseluruhannya, FMM turut tertarik dengan senarai komitmen dasar dalam laporan RMK-9 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Dipetik dari laman Utusan Online, 28 Jun 2008

Komen

Apakah ini ialah indikator untuk meningkatnya bilangan siswazah menganggur dan kilang-kilang menutup operasi lalu berpindah ke negara lain?

Tuesday, July 1, 2008

Pengilang Digesa Tetapkan Kadar Gaji Munasabah

KUALA LUMPUR, 27 Jun - Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam mencadangkan Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) menetapkan amaun munasabah sebagai gaji minimum bagi pekerja dalam sektor pembutan berikutan kenaikan harga minyak dan kos hidup sekarang.

Beliau berkata, majikan boleh menggariskan struktur gaji mereka sendiri berdasarkan prestasi dan produktiviti industri itu.

Bagaimanapun, katanya ia mestilah struktur gaji standard bagi sektor pembuatan.

Dr. Subramaniam berkata, beliau berjumpa wakil FMM baru-baru ini dan mengesyorkan mereka merumuskan struktur gaji mereka sendiri yang dapat diterima dan munasabah.

"Kami mahu FMM merumuskan amaun munasabah bagi pekerja sektor pembuatan daripada eksekutif tertinggi sehingga kategori pekerja paling rendah," katanya dan menurutnya FMM menerima baik cadangan itu.

Laporan FMM mendedahkan 88 peratus syarikat pembuatan yang dikaji selidik memberikan kenaikan gaji pada purata 5.62 peratus kepada eksekutif dan 5.52 peratus kepada bukan eksekutif pada 2007.

Hasil kaji selidik itu menurut FMM, menunjukkan penurunan mata peratusan sebanyak 0.46 dalam kenaikan gaji bagi eksekutif, berbanding pada 2006 (6.08 peratus).

Kenaikan gaji bagi bukan eksekutif juga lebih rendah pada kadar mata peratusan 0.4 berbanding 5.92 peratus pada 2006.

FMM juga berkata, bagi tahun ini, 116 responden dari kaji selidik itu menyatakan yang mereka akan membayar kenaikan kepada eksekutif pada purata 5.92 peratus atau kenaikan mata peratusan 0.3.

Katanya begitu juga, 120 responden mengunjurkan untuk membayar kenaikan lebih tinggi kepada bukan eksekutif pada purata 5.73 peratus atau kenaikan mata peratusan 0.21 pada 2008.

Dipetik dari laman Utusan Online, 28 Jun 2008

Komen

Walaupun harga petrol berada di sekitar RM7.15 seliter di Jerman, namun jurutera tanpa pengalaman kerja dibayar sekitar RM14,000 sebulan.

Menetapkan gaji minima RM900 atau RM1500 tidak mencukupi. Gaji minima di sekitar RM4500 lebih sesuai untuk suasana bisnes di Malaysia. Ini kerana pendapatan purata rakyat yang lebih tinggi membantu merancakkan ekonomi negara. Rakyat mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanja apabila pendapatan purata rakyat yang lebih tinggi. Kerajaan dapat mengutip lebih banyak cukai apabila bisnes rancak. Bisnes yang rancak juga membuka lebih banyak peluang kerja.

Kadar gaji munasabah sukar ditetapkan kerana pengilang sangat taksub untuk membuat untung. Tambahan pula cara mengurus akaun syarikat tidak telus.

Namun, amaun munasabah bagi pekerja sektor pembuatan daripada eksekutif tertinggi sehingga kategori pekerja paling rendah ialah sesuatu yang harus difikirkan. Tetapi, berapakah untung munasabah yang harus dicatat oleh pengilang? Pengilang menghadapi dilema di antara melunaskan tanggungjawab sosial dengan membuat untung yang banyak. Apabila diberi pilihan, pengilang selalunya lebih cenderung untuk membuat untung yang banyak sambil mengketepikan tanggungjawab sosial. Pada masa yang sama, pengilang terus memainkan PR di kalangan masyarakat untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa merekalah sebenarnya jaguh tanggungjawab sosial.

Pengusaha Teksi, Van Sewa Mahu Subsidi Minyak

SIBU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Joseph Mauh Ikeh merayu kerajaan memberi subsidi petrol kepada pengusaha teksi dan van sewa yang beroperasi di kawasan Selangau dekat sini.Beliau mahu golongan terbabit perlu diberi subsidi sama seperti yang dinikmati oleh para pengusaha teksi atau van sewa di kawasan-kawasan lain di negeri ini.

Tanpa menyatakan bilangan pengusaha teksi dan van sewa di kawasan berkenaan, beliau yang dihubungi hari ini memberitahu mereka tidak diwakili mana-mana persatuan untuk menyuarakan permintaan itu.

"Saya bimbang jika mereka tidak diberikan subsidi, para pengguna terpaksa membayar tambang yang mahal berikutan harga petrol dan diesel yang naik harganya," kata beliau.

Menurut Joseph, para pengusaha teksi dan van sewa di Selangau telah mengadakan perjumpaan dengan wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung permintaan tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau juga memohon agar subsidi bahan bakar turut diberi kepada penduduk rumah panjang yang masih menggunakan bot berenjin sangkut untuk bergerak.

"Subsidi ini amat diperlukan pemilik enjin sangkut terutama bagi penduduk di hulu Batang Mukah serta Tamin yang masih menggunakan pengangkutan sungai," jelasnya.

Beliau memberitahu, selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, perbelanjaan membeli minyak dari hulu Batang Mukah ke pekan Selangau ialah RM100berbanding RM50sebelum ini.

"Permintaan ini perlu dipertimbangkan kerana kenaikan harga minyak amat membebankan penduduk luar bandar yang rata-rata tidak mempunyai pendapatan tetap," katanya.

Dipetik dari Utusan Online, 27 Jun 2008

Komen

Di juga tiada tol. Namun mereka boleh meminta supaya dikecualikan dari cukai import, cukai eksais dan cukai jualan ke atas teksi atau van sewa serta alat ganti dan tayar yang berkaitan. Selain itu mereka juga boleh meminta supaya diperuntukkan AP ke atas teksi atau van sewa serta alat ganti dan tayar yang diimport sendiri.

BSBA Tidak Halang Ahli Naik Tambang

BINTULU 26 Jun - Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bintulu (BSBA) tidak akan menghalang ahli-ahlinya daripada meneruskan cadangan menaikkan tambang bas sekolah meskipun ia bercanggah dengan seruan kerajaan.

Pengerusinya, Doris Daha Bujang berkata, persatuan tidak ada kuasa untuk menghalang ahli-ahlinya daripada meneruskan cadangan menaikkan tambang bas berkuat kuasa hujung bulan ini.

"Saya mungkin boleh menerima seruan untuk mengekalkan kadar tambang, tetapi saya tidak boleh jamin semua ahli persatuan akan mengikut jejak saya."

"Saya juga tidak menyalahkan mereka disebabkan kami masih lagi membeli minyak diesel dan petrol mengikut harga pasaran," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Bintulu, Zaedy Nor Abu Nasir yang menyatakan tambang bas sekolah di Bintulu tidak akan dinaikkan pada Julai ini.

Doris berkata, ahli-ahli persatuan pastinya akan menimbangkan semula cadangan tersebut sekiranya mereka dapat menikmati minyak pada harga subsidi.

"Kita faham, dalam keadaan sekarang iaitu ahli-ahli membeli minyak mengikut harga pasaran terlalu sukar bagi ahli-ahli untuk mengekalkan kadar tambang sedia ada," katanya.

Katanya, pemberian segera kad fleet kepada semua ahli perlu dipertimbangkan segera supaya ahli persatuan boleh meneruskan operasi dengan mengekalkan kadar tambang sedia ada.

"Sehubungan itu, ibu bapa pelajar juga harus faham dengan situasi kami sekarang yang berdepan dengan kenaikan harga minyak, kos membaiki, harga alat ganti dan sebagainya," kata beliau.

Semalam Zaedy dilaporkan berkata, masih banyak ahli BSBA yang tidak tahu menggunakan kemudahan subsidi yang disediakan.

"Ada di antara mereka mempunyai kad fleet, tetapi tidak mendapat nombor pin bagi membolehkan mereka menikmati subsidi minyak.

Inilah menyebabkan masalah timbul," katanya. Bagaimanapun kata beliau, selepas satu perbincangan diadakan bersama wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Isnin lalu, beberapa perkara sudah dipertimbangkan termasuklah mengekalkan kadar tambang sedia ada.

Dipetik dari laman Utusan Online, 27 Jun 2008

Komen

BN seperti tidak berminat dengan isu tambang bas sekolah. Namun Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bintulu (BSBA) masih mempunyai pilihan lain iaitu Pakatan Rakyat. Setelah lebih 50 tahun diberi peluang mentadbir negara, prestasi mereka sentiasa tidak memuaskan. Kini tiba masanya negara ditadbir oleh golongan berprestasi tinggi. Sekarang ini bukannya tahun 50'an. Negara sedang melangkah ke arah zaman k-ekonomi. Cara mentadbir negara mestilah sesuai dengan zaman.

Monday, June 30, 2008

Cadang Naik Tambang Bas Sekolah di Miri

MIRI 26 Jun - Selepas Bintulu, kini giliran Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bahagian Miri (MDSBA) pula menyatakan hasrat menaikkan tambang bas sekolah antara RM15 hingga RM50.

Alasan yang diberikan juga sama iaitu kenaikan harga minyak diesel dan petrol yang diumumkan kerajaan baru-baru ini telah menaikkan kos operasi mereka.

Pengerusi MDSBA, Lee Geok Ting berkata, selain itu cadangan tambang baru tersebut juga sejajar dengan kekerapan perjalanan bas yang terpaksa menghantar pelajar menghadiri kelas tambahan dan aktiviti di sekolah.

Kebelakangan ini katanya, kebanyakan sekolah menyusun banyak aktiviti tambahan yang memerlukan pelajar lebih kerap berulang alik ke sekolah.

"Dengan kenaikan kos bahan api dan peningkatan kadar ulang alik ke sekolah, maka kos operasi kami kini amat tinggi."

"Justeru, kami akan mengemukakan cadangan ini kepada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) supaya mempertimbangkan rayuan menaikkan kadar tambang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, ramai pengusaha bas yang menyatakan tidak mampu untuk berhadapan dengan peningkatan berterusan kos operasi.

"Bukan sahaja harga minyak semakin tinggi, tetapi juga kos penyelenggaraan dan harga alat ganti untuk kenderaan juga sangat mahal dan tidak mampu ditanggung pengusaha," katanya.

Menurut beliau, keadaan menjadi rumit apabila pengusaha tidak dapat menikmati sepenuhnya subsidi minyak yang diberikan kerajaan.

"Bukan semua pengusaha bas bernasib baik mendapat subsidi tersebut kerana hanya dua buah stesen minyak Shell sahaja yang boleh menjual minyak subsidi kepada kami," katanya.

Katanya, dua stesen minyak tersebut ialah stesen minyak Shell di Morsjaya di Jalan Lapangan Terbang, dan sebuah lagi di Jalan Miri-Pujut.

"Kami tidak dapat menikmati sepenuhnya kemudahan itu kerana tidak semua stesen minyak menjual subsidi minyak kepada kami selain di dua buah stesen tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Geok Ting berharap pihak berkenaan akan memahami situasi mereka bagi memastikan tiada pengusaha bas sekolah yang terpaksa gulung tikar disebabkan keadaan semasa.

Katanya, kerajaan juga perlu memikirkan kesukaran yang dihadapi pengusaha bas sekolah dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Minggu lalu, Persatuan Pengusaha Bas Bintulu mengumumkan untuk menaikkan tambang bas antara RM10 hingga RM30 berkuatkuasa hujung bulan ini.

Dipetik dari laman Utusan Online, 27 Jun 2008

Komen

Di Miri tiada jalan bertol seperti di Bintulu. Namun mereka boleh meminta supaya dikecualikan dari cukai import, cukai eksais dan cukai jualan ke atas bas atau van sekolah serta alat ganti dan tayar yang berkaitan. Selain itu mereka juga boleh meminta supaya diperuntukkan AP ke atas bas atau van sekolah serta alat ganti dan tayar yang diimport sendiri.

Lagi Langkah Ringan Beban Rakyat Akan Diumum

Ketika melancarkan model baru Audi A4 1.8T di Pusat Audi Glenmarie pada 26 Jun 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa kerajaan mempunyai beberapa langkah lagi yang dapat membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Antara langkah yang akan diambil ialah memberi insentif kepada kenderaan yang penggunaan bahan apinya cekap. Langkah-langkah itu akan diumum dalam masa terdekat.

Namun langkah itu tidak mencukupi. Rakyat mahukan supaya dikecualikan kenderaan serta alat ganti dan tayar yang berkaitan dari cukai import, cukai eksais dan cukai jualan. Rakyat juga mahukan supaya diperuntukkan AP ke atas kenderaan serta alat ganti dan tayar yang diimport sendiri. Mereka mahu supaya dibenarkan mengimport sendiri kenderaan serta alat ganti dan tayar tanpa membabitkan orang tengah. Kadar tol yang ada juga membebankan rakyat.

Pemandu Teksi Caj Tambang Tidak Ikut Meter

KUALA LUMPUR 25 Jun - Pemandu teksi Lembah Klang yang merosot pendapatan mereka kesan kenaikan harga minyak awal bulan ini, mula bertindak mengenakan caj sesuka hati ke atas penumpang.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Pasar Seni, bangunan Kotaraya dan Puduraya mendapati kebanyakan pemandu teksi tidak lagi mengenakan tambang ke atas penumpang berdasarkan meter.

Orang ramai yang ditemui rata-ratanya kesal dengan tindakan pemandu teksi terbabit yang jelas hanya memikirkan keuntungan sendiri tanpa mengambil kira beban pengguna.

Pembantu peribadi, Jadrul Hisham Syed Amran, 38, mendakwa keadaan itu sebenarnya sudah menjadi lumrah kepada penumpang di sekitar Pasar Seni sejak sebulan lalu.

"Kecewa. Mereka seolah-olah menjadi samseng di sini. Ramai yang sudah merungut tetapi sehingga hari ini tiada sebarang tindakan."

"Kita tidak tahu mengapa jadi begini. Kita tidak boleh terima alasan kenaikan harga minyak kerana kebanyakan teksi menggunakan gas asli (NGV)," katanya.

Malangnya, menurut Jadrul Hisham, kebanyakan penumpang tiada pilihan lain dan terpaksa menaiki teksi yang tidak menggunakan meter.

"Kebanyakannya terpaksa bayar sahaja walaupun tinggi kerana itu sahaja kenderaan awam yang ada untuk ke rumah mereka.

"Kita minta pihak berkuasa pantau segera. Gelagat pemandu teksi ini sudah melampau batas," ujarnya.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Nurleila Abd. Samad, 23, amat kesal dengan tindakan pemandu teksi terbabit yang mengenakan tambang sesuka-hati atas alasan kenaikan harga minyak.

"Golongan pelajar semakin susah. Pemandu teksi ini seolah-olah pentingkan diri sendiri."

"Mereka menetapkan harga sesuka hati. Caj yang dikenakan jelas terlalu tinggi dan di luar kemampuan pelajar," jelasnya.

Pekerja swasta, Darus Sallam Abd. Manan, 30, berkata, tindakan pemandu teksi di sekitar Pasar Seni itu sebenarnya sudah berlarutan di kebanyakan tempat di Lembah Klang.

"Bukan sahaja di sini. Mereka seperti sudah sepakat jadi kumpulan teksi samseng yang tidak mahu menggunakan meter."

"Kalau murah tidak apa. Ini terlampau mahal dan membebankan penumpang," ujarnya.

Kadar permulaan untuk menggunakan perkhidmatan teksi sekarang ialah RM2 dengan tambahan 60 sen untuk setiap kilometer seterusnya.

Caj itu akan bertambah sebanyak 50 peratus jika teksi disewa pada waktu tengah malam dan beberapa sen lagi untuk tiga atau empat orang penumpang.

Wartawan Utusan Malaysia turut merasai sendiri pengalaman menaiki teksi yang enggan menggunakan meter.

Perjalanan dari Pasar Seni ke KL Sentral sejauh lima kilometer (km) yang sepatutnya hanya RM3.80 dicaj RM7 oleh pemandu teksi terbabit.

Oleh Wan Syamsul Amly Wan Seadey
Dipetik dari laman Utusan Online, 26 Jun 2006

Komen

Mereka boleh meminta supaya dikecualikan dari cukai import, cukai eksais dan cukai jualan ke atas teksi serta alat ganti dan tayar yang berkaitan yang diimport sendiri. Selain itu mereka juga boleh meminta supaya diperuntukkan AP ke atas teksi serta alat ganti dan tayar yang diimport sendiri. Mengecualikan tol ke atas teksi sanagt mansabah.