KUALA LUMPUR 25 Jun - Pemandu teksi Lembah Klang yang merosot pendapatan mereka kesan kenaikan harga minyak awal bulan ini, mula bertindak mengenakan caj sesuka hati ke atas penumpang.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Pasar Seni, bangunan Kotaraya dan Puduraya mendapati kebanyakan pemandu teksi tidak lagi mengenakan tambang ke atas penumpang berdasarkan meter.
Orang ramai yang ditemui rata-ratanya kesal dengan tindakan pemandu teksi terbabit yang jelas hanya memikirkan keuntungan sendiri tanpa mengambil kira beban pengguna.
Pembantu peribadi, Jadrul Hisham Syed Amran, 38, mendakwa keadaan itu sebenarnya sudah menjadi lumrah kepada penumpang di sekitar Pasar Seni sejak sebulan lalu.
"Kecewa. Mereka seolah-olah menjadi samseng di sini. Ramai yang sudah merungut tetapi sehingga hari ini tiada sebarang tindakan."
"Kita tidak tahu mengapa jadi begini. Kita tidak boleh terima alasan kenaikan harga minyak kerana kebanyakan teksi menggunakan gas asli (NGV)," katanya.
Malangnya, menurut Jadrul Hisham, kebanyakan penumpang tiada pilihan lain dan terpaksa menaiki teksi yang tidak menggunakan meter.
"Kebanyakannya terpaksa bayar sahaja walaupun tinggi kerana itu sahaja kenderaan awam yang ada untuk ke rumah mereka.
"Kita minta pihak berkuasa pantau segera. Gelagat pemandu teksi ini sudah melampau batas," ujarnya.
Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Nurleila Abd. Samad, 23, amat kesal dengan tindakan pemandu teksi terbabit yang mengenakan tambang sesuka-hati atas alasan kenaikan harga minyak.
"Golongan pelajar semakin susah. Pemandu teksi ini seolah-olah pentingkan diri sendiri."
"Mereka menetapkan harga sesuka hati. Caj yang dikenakan jelas terlalu tinggi dan di luar kemampuan pelajar," jelasnya.
Pekerja swasta, Darus Sallam Abd. Manan, 30, berkata, tindakan pemandu teksi di sekitar Pasar Seni itu sebenarnya sudah berlarutan di kebanyakan tempat di Lembah Klang.
"Bukan sahaja di sini. Mereka seperti sudah sepakat jadi kumpulan teksi samseng yang tidak mahu menggunakan meter."
"Kalau murah tidak apa. Ini terlampau mahal dan membebankan penumpang," ujarnya.
Kadar permulaan untuk menggunakan perkhidmatan teksi sekarang ialah RM2 dengan tambahan 60 sen untuk setiap kilometer seterusnya.
Caj itu akan bertambah sebanyak 50 peratus jika teksi disewa pada waktu tengah malam dan beberapa sen lagi untuk tiga atau empat orang penumpang.
Wartawan Utusan Malaysia turut merasai sendiri pengalaman menaiki teksi yang enggan menggunakan meter.
Perjalanan dari Pasar Seni ke KL Sentral sejauh lima kilometer (km) yang sepatutnya hanya RM3.80 dicaj RM7 oleh pemandu teksi terbabit.
Oleh Wan Syamsul Amly Wan Seadey
Dipetik dari laman Utusan Online, 26 Jun 2006
Komen
Mereka boleh meminta supaya dikecualikan dari cukai import, cukai eksais dan cukai jualan ke atas teksi serta alat ganti dan tayar yang berkaitan yang diimport sendiri. Selain itu mereka juga boleh meminta supaya diperuntukkan AP ke atas teksi serta alat ganti dan tayar yang diimport sendiri. Mengecualikan tol ke atas teksi sanagt mansabah.

No comments:
Post a Comment