Mereka yang cemerlang dari segi akademik masih mempunyai banyak peluang walaupun permohonan biasiswa di IPT tempatan ditolak. Berbagai peluang menanti di luar negara. Biasiswa-biasiswa itu ditawarkan berasaskan merit kepada mereka yang cemerlang. Walau bagaimanapun, peluang-peluang itu hanya berguna apabila pelajar-pelajar cemerlang itu bersifat resourceful dan adventurous.
Sebagai contoh, seorang bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menulis ke pada akhbar The Star mengenai kisahnya. Akhbar The Star menyiarkan kisahnya dalam surat pembaca pada 8 Jun 2008.
Dia mendapat ijazah kepujian kelas pertama dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dia memohon jawatan sebagai tutor di situ tetapi tidak berjaya. Kemudian dia berjaya mendapat biasiswa dari European Union (EU) untuk mengikuti kursus master dalam bidang water and coastal management. Program ini dikendalikan bersama oleh Universidad de Cadiz, Sepanyol dan Universidade do Algarve, Portugal.
Sekembalinya dia ke Malaysia, dia telah memohon kerja di Jabatan Perhilitan Sabah tetapi tidak berjaya. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga menolak permohonannya untuk skim felowship universiti (PhD dan tenaga pengajar). Dia kemudiannya mengalih perhatian ke luar negara sekali lagi. Dia memohon biasiswa doktoral di bawah program Asia Youth Fellowship (AF) dan di sebuah universiti di Kanada. Kedua-dua institusi itu menawarkan biasiswa kepadanya. Dalam prgram AYF, dia perlu menjalani latihan bahasa Jepun selama lapan bulan. Yayasan Jepun menaja program ini. Selepas itu, dia akan memasuki Universiti Hiroshima dengan biasiswa Monbukagakusho.
Kesimpulannya, peluang terbuka luas di luar negara kepada mereka yang cemerlang walaupun tidak berjaya mendapat biasiswa di IPT tempatan, terutama sekali di peringkat master dan PhD.

No comments:
Post a Comment