Thursday, June 12, 2008

Kesan Kenaikan Harga Minyak ke Atas Motivasi Pekerja (VI)

Abu Nuaim melaporkan sebuah kata-kata hikmat yang bermaksud hampir kepada kefakiran membawa kepada kekufuran. Kata-kata hikmat ini sangat relevan dengan golongan pekerja di Malaysia yang kini terpaksa bergelut dengan kesan kenaikan harga minyak. Belanja harian semakin meningkat sedangkan gaji yang diperolehi tidak seberapa. Desakan hidup membuka peluang terhadap perkara-perkara yang tidak wajar dilakukan oleh golongan pekerja. Kalau dahulu golongan pekerja menjauhi rasuah tetapi kini perkara itu mungkin bermain-main dalam fikiran. Mereka yang terdesak mungkin akan nekad untuk mencuri harta syarikat atau menyalahguna wang syarikat. Menipu kerja lebih masa atau tuntutan perjalanan mungkin akan menjadi perkara biasa.

Apabila golongan pekerja sudah terbiasa dengan perkara-perkara maksiat seperti itu, maka bagaimanakah kita dapat menghasilkan suasana kehidupan yang diberkati Allah dalam masyarakat. Mungkin tidak ramai yang berminat untuk hidup dalam negara kebajikan yang mendapat keampunan dari Allah. Mungkin mereka sudah selesa dengan apa yang ada. Mungkin mereka terlalu berbangga dengan apa yang sudah dicapai.

No comments: