Thursday, June 26, 2008

Kesan Kenaikan Harga Minyak ke Atas Motivasi Pekerja (XVIII)

Tuntutan Cuepacs Supaya Kaji Semula COLA Akan Dibawa ke Kabinet

SEREMBAN 21 Jun — Permintaan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar kerajaan mengkaji semula kadar pemberian Elaun Kos Sara Hidup (COLA) untuk kakitangan awam akan dibawa ke Kabinet, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

"Bagaimanapun kita kena bincang dahulu dengan pihak atasan termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara."

"Saya faham situasi dan keadaan di mana Cuepacs telah membuat permohonan ini. Saya mengambil kira pandangan mereka dan saya faham keadaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pekerjaan dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia peringkat Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Semalam Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan agar mengkaji semula kadar COLA bagi meringankan beban kakitangan awam ekoran kenaikan harga minyak.

Omar berkata, kenaikan harga petrol dan diesel sekaligus menyebabkan harga barangan keperluan naik secara mendadak sehingga menyebabkan kakitangan awam berpendapatan rendah tersepit.

Dipetik dari Utusan Online, 21 Jun 2008

Komen

Di Jerman harga petrol lebih kurang RM7.15 seliter. Tetapi gaji seorang jurutera tanpa pengalaman di sekitar RM14,000.

No comments: